Study weh

Jadual exam dah dapat..
14hb baru start exam..lambat lg kowt.


14hb - Isu-isu Dalam Pendidikan Khas       (8.30 pagi - 11 pagi)
15hb - Pemulihan Dalam Komuniti              (8.30 pagi - 11 pagi)
17hb - Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (2.30 ptg - 5 ptg)


Baru siap 1 nota tinggal lagi 2 nota


Tengok subjek cam senang ja kan tapi  susah oo.. Cuba tengok subjek Pentaksiran Pendidikan Seni Visual.. Pa kes belajar seni? kes la sangat.. seni la paling susah tau..Ingat belajar pasal melukis je ke?


Tapi nasib baik ku suka seni..


Dah2 nak study nie..
Baca nota jap
tiba-tiba

Mengantuk la plak..

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Hari nie ku geram sangat sebabnya Praktikum semester depan ku wat kat sekolah nun jauh di sana.. Geram kat sapa? geram kat diri sendiri le bukanya salah sesapa pun.. 

Oleh sebab nak relax2 dan tenangkan fikiran ku pun join GA nie.. Mmg nak join pn dah letak dalam side bar pun tapi xsempat nak wat entry. Nie baru sempat

Klik kat banner dibawah nie yee untuk sesapa nak nak join. Join jele xkena jwp soalan pun


Syarat2? xda syarat2 cuma follow blog GA tersebut dan letak banner kat entry korang pas2 tag 3 orang.. Nak tau lebih lanjut klik ja kat banner tu.. Hadiah pun da kat c2. Tarikh tutup 10 November 2011

tag :

Blog Onitsukahana berat ke?

Berat ke blog nie ek.. Dulu mmg xdapat di nafikan la blog nie berat sbb da widget yang xdiperlukan tapi skrang dah ok tapi knapa bleh jadi cmnie


Ku pun try la timbang blog..


Ok je xsampai 100kb pun.. Korang buka blog nie xberat kan kan..


Tempat tidur baru

Dulu  ikut dan je nak tido mana2 pun tp sekarang demi menjaga keselamatan dan menjadi pengawal di rumah, diorang mengambil keputusan untuk tido kat sini
















Atas almari

Yang agak tinggi

dan memang tinggi
 Pagi2 laptop atas meja sebelah printer tu terbuka sebab kucing2 nie pijak button start pas2 baru pijak atas printer dan lompat ke atas almari tu (nasib bukan pijak almari bunga tu)

Biarlah da pokok pun 


Janji dapat tido dan muatkan 2ekor kucing (perasan x da 2 ekor? )

Dibawah adalah tempat tidur sebelum2 nie

Dalam plastik

Belakang laptop

Depan toilet
Untuk pengetahuan korang anak kucing yang warna putih tu dah mati sebab demam 2 3 hari ( xlalu makan) 

korang ingat tempat tido ku ke???

Contest Sesimple Wanny


Sapa nak join??? Klik banner sesimple di bawah nie..jgn malu-malu jgn segan-segan ok


Syarat-syarat sesimplenya..

1.Ada Blog atau Fb ( Ada blog )

2.Buat entry dengan tajuk "Contest Sesimple Wanny" beserta banner di ats (Dah buat)

3.Dalam entry tersebut sertakan sekali gambar korang yang paling comel@menarik(berapa pun x kisah).Gambar yang telah diedit lagi baguss.(Kalau rajinla)-bonus mark ( Dah letak 2 gambar yg comel/menarik dan telah diedit.Erk.. tp xnampak cam edit.xpandai edit sangat cukup sekadar contrast n buh frame.hehe)

4.Ceritakan sekali tentang gambar tu,,panjang or pendek x kisah:) ( Dah cerita )

5.Like FB page wanny dan follow blog wanny kalau rajin---> FB PAGE WANNY-bonus mark ( Dah like FB dan follow blog)

6.Siap?Just komen di entry ini beserta link entry korang. ( belum lg.nnt pas siap entry nie hana komen k)

Nie gambar baru yang paling sesimple

Haaa.. teka2 mana satu tuan blog

Nie la tuan empunya blog..comel x? hehe.. apa yang menarik pasal gambar tu adalah...tengok dari jauh nampak macam ok je (gambar pertama) pas2 time nak crop n edit gambar nak masuk contest nie baru perasan mata buka xbuka je (gambar ke 2). Silau kowt..tapi owg lain elok je.hehe..

Sesimple x cerita pasal gambar nie? hehe. Nak hadiah...huhu

Header baru


Agak2 korang kan.. cantik x header kat atas tu..hahaha biasa ja kan..

Tapi klu nak dibandingkan header lama yang di bawah nie..Header yang terbaru cantik lagi kan..kan.. hehe

Ku mana reti wat2 header nie.. Nie ja yang mampu. Tuu pun ambik dari Shabby Blog.

Jadi komen2 la skit pasal header tu.. Tapi kan klu korang pandai wat header, korang bagi la percuma satu kat ku nie..sian ku xreti wat header.hehe (ayat pujuk / pasrah ).. Nak belajar wat header tapi tah bila nak belajar pun xtau

Presentation PDK

Xda benda dah ku nak update.. tengah cari2 contest untuk di join tapi xjumpa2 asyik2 GA je..GA pun ku join gak dah xtau pa nak wat kan ( padahal lagi 4 minggu nak exam study x lg ). Relax la dulu kan.. xsampai seminggu ku rehat2 kat umah dah nak study.hehe

Entry kali nie berkaitan dengan subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Ada kaitan dengan program 'Curahan Kasih Untukmu OKU' Lepas ja program tersebut, kami diberi masa seminggu untuk sediakan presentation berkaitan dengan program tersebut..Kena wat betul2..markah nie.

Di bawah nie adalah pic2 semasa presentation bermula..bukan gambar candid. Nie gambar posing2. Nak buh gambar candid tapi malu ahh..hahaha

Gambar gelap kan.. sebab tutup lampu. Present pakai slaid power point. Kelas ku ja yang terlibat. Pas2 da 5 orang pensyarah tengok n menilai. Kesemuanya 26 orang dalam dewan nie

Muka senyum padalah dalam hati gerun nak bentang,,hehe (lawak ja) Nie group ke 3

Yang nie group ke 2. Group ku la.Pasnie bentang la. Hijau tuu

Yang di bawah nie lepas presentation. Muka ceria xmau-mau

Putih itu suci.Diorang nie kata tema diorang ala-ala koperat (moden)

Haa yang nie tema Hijau melambangkan kedamaian, keindahan alam semulajadi

Group nie xpasti la. Kebanyakan berbaju kuliah bewarna biru.. Cun lah..
Apa-apa pun semua group sempoi..

CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

Guru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan

Berkualiti dari segi intelek
Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini kerana guru adalah member dan menyampaikan maklumat kepada pelajar.Cabaran pada hari ini memerlukan guru yang memiliki pelbagai lmu pengetahuan dan kepakaran.

Selain daripada itu, guru juga perlu mahir IT.Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai Pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.Untuk kekal sebagai guru berkualiti, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa menegemaskini kemahiran menggunakan komputer.dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Pengusaan Bahasa Inggeris yang baik juga termasuk dalam ciri-ciri guru yang berkualiti.Guru perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris kita perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar

Guru juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik

Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar
Kegemaran membaca membolehkan seseorang guru tersebut sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada kita untuk menyampaikam pengajaran dengan berkesan. Sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti professional keguruan.

Ciri-ciri guru berkualiti juga perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi.Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.Kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.


Berkualiti dari segi Kerohanian
Guru juga perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan .

Guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh.Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip serta amanah.

Berkualiti dari segi jasmani
Guru yang berkualiti sentiasa menjaga kesihatan diri.Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan.Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat tanpa penyakit memberi kelebihan kepada kita untuk berkhidmat dengan bertanggungjawab dan berkesan. Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. tubuh badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan.

Sebagai seorang guru,guru tresebut harus menonjolkan penampilan diri yang baik Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh anak didik untuk dijadikan contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku kita mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan kita sebagai seorang guru yang berkualiti. kita perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan imej saya sebagai seorang guru yang berkualiti. Kita juga mesti sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Selain daripada itu, guru perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal iaitu Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran fizikal kemahiran komunikasi ialah semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

Berkualiti dari segi Emosi.
Sentiasa menghayati nilai-nilai murni ,norma dan Etika Perkhidmatan.Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan

Guru juga harus mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.



"Giveaway LuvBunny House"


Last-last minit baru la terhegeh2 nak join GA nie..Tarikh tutup esk weh 25 Oktober 2011 jam 11.59 pm. Apa2 pun sempat je klu join kan kan..hehe.

Ku tertarik kat banner di atas tu yang ku terus join tu..cute kan banner tu.. sesapa nak join klik banner di atas k

BIRTHDAY GIVEWAY!!!!

Klik2 banner di atas untuk join ok



'Semoga entry nie menjadi entry bertuah untuk BIRTHDAY GIVEAWAY"

Sepatutnya Tuan Empunya GA yang wat wish nie terbalik plak.hehe

Suka Suki Giveaway by jeeha

Niat sebenarnya mmg nak cari contest . Almaklumlah cuti kan..bowink2 camnie xsalah klu mencuba nasib.hehe

Sebenarnya dalam banyak2 contest ku join ku pernah menang 2x ja..tapi kedua-dua hadiah tersebut xsampai2 pun..

Sedih tu mmg sedih. Sebabnya 2contest yang ku menang tu adalah fez time ku menang contest. Yang paling bertuahnya 2 2 contest tu diumumkan secara serentak dan ku dapat tau ku menang pun secara serentak. Mau x gembiranya.. tapi sekarang apa pun xda

Mungkin alamat ku bg silap kowt..biarlah.. bukan rezeki kan..

So kali nie bukan ku nak join CONTEST tapi nak mencuba GIVEAWAY.

Saja suka suki nak join. Suka suki? macam nama GA di bawah nie..


Sesapa nak join klik banner di atas yee

Tarikh tutup ialah pada jam 1915H @ 07:15pm pada 30 oktober 2011...bersempena dengan tarikh ulangtahun tuan empunya blog jeeha yang ke-20...
Suka suki je wat entry xda kena mengan ngan GA? hehe xpa kan sekadar meluahkan perasaan.. Sedih nie..

Berdosakah aku berkecil hati @ terasa hati by Cik Diana

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati."

I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

**********

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiks...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH.

Anak: *Blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari ALLAH. Kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tetapi kita kecil hati dengan ALLAH.

Anak: Ooo..Ok...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita, "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain, "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." Jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH itu lesap.
Anak: *Termakan cili

**********

Subbahanallah. Hanya itu yang mampu saya lafazkan. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Malu sendiri kerana saya memiliki sikap ini. Astagfirullah hal azim. Ringkasnya saya cuba untuk menjauhi sifat ini, sifat mudah berasa hati. Insyaallah akan sedaya upaya untuk redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur di atas peringatan yang diberikan.

S.U.C.C.E.S


Gandingkan...

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
dengan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Contoh
A=1, Z=26

Mari kita cuba perkataan..LUCK.
Adakah LUCK ada penentu kerjayaan..
LUCK = 12 + 21 + 3 + 11 = 47%
Hasilnya
47% (bukan 100%)

Cuba pula
MONEY
kerana orang kata, kalau ada duit..semua boleh
MONEY = 13 + 15 + 14 + 5 + 25 = 72%

72% ( bukan 100%)
Ternyata salah anggap itu

Cuba pula perkataan KNOWLEDGE
tanpa ilmu mustahil boleh berjayakan..lihat hasilnya

KNOWLEDGE = 11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
Memang tanpa ilmu, tidak boleh berjaya tapi hasilnya bukan 100%

Kamu kata kamu sudah berusaha..mari lihat perkataan HARDWARK
HARDWARK = 8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11 = 98%
HARDWARK=98% (bukan 100%)
Masih belum cukup untuk berjaya..

Semua perkataan diatas tidak menghasilkan nilai 100% kan..jadi apa sebenarnya resepi untuk berjaya???

Apa kata kita cuba perkataan terakhir

ATTITUDE

ATTITUDE = 1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%.
ATTITUDE =100%

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes...

OUR Life 100% Successful...

To achieve this 100% attitude, you must !!! be disciplined in life

Program Curahan Kasih Untukmu OKU - Hari Terakhir / Hari Kelima


Hari terakhir sudah. Sesapa yang belum membaca entry untuk hari2 sebelum nie sila klik dibawah k

Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat

Hari terakhir nie xbanyak sangat snap pic cz pada hari tersebut diadakan aktiviti home-based. Dimana xtvt nie kami kena pergi kerumah pelatih PDK. Antara xtvt yang diadakan pada masa tu adalah xtvt pengurusan asas : membutangkan baju, masukkan benang kedalam butang, gotong-royong dan memasak

Ku ditugaskan untuk gotong royong di luar rumah tersebut.. so spa yang nak snap gambar di dalam rumah. Didalam rumah pun sibuk ngan memasak n xtvt pengurusan diri.. xsempat langsng nak pegang kamera..di bawah nie antara gambar2 yang sempat di snap

Mimi menunjuk cara membutangkan baju - kemahiran kordinasi mata dengan tangan

Masukkan tali ke dalam butang - kemahiran kordinasi mata dengan tangan

Membentuk mengunakan blok

Gotong royong di kawasan rumah


membutangkan baju

Menzip


Haa xbnyak gambar kan.. gambar memasak xda, cenderahati pun xda.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...