Kenangan abadi - photoshoot
First time di photoshoot. Hana memang tak pandai nak posing-posing.huhu
Banyak kenangan bila imbas balik gambar-gambar ni.. Bukan sebab di photoshoot tapi sebab... klik entry sebelum NIE
p/s : line slow betul.. geram kawe
Mari Berjiwa
Kau muncul tanpa ada sebab. Tanpa mengisi kekosongan hidup. Tapi kau tetap terima aku yang sudah pun mempunyai teman.Kenapa tak muncul 4 5 tahun yang lalu? Ya Allah, apa yang harus aku lakukan.
Aku tahu kau bukan seperti lelaki lain, lelaki yang mahu temannya berada di sisinya yang berada di didepan mata. Aku suka cara kau, aku nak kau menjadi teman aku tapi aku tak boleh terima kau.
Aku nak tegur kau sebagai seorang sahabat. Tapi aku mengambil keputusan tak akan tegur kau sebab aku takut kau tersalah erti. Cukuplah sekadar aku tegur kau pasal ‘MASA’ dan ‘ROKOK’. Sebabnya adalah satu. Untuk kebahagian kau suatu nanti. Pecayalah teguran tersebut akan membuatkan teman mudah untuk mendekati kau.
Aku harap aku dapat mencari pengganti untuk kau. Yang sama macam aku. Itu yang kau nak. Tapi mampukah aku nak cari pengganti untuk kau? Insya’allah satu hari nanti kau akan berjumpa dengan teman yang membuatkan kau melupakan aku.
Memang aku tak nafikan yang aku sayang kau. Sayang seorang teman tapi mesra. Aku sedih tapi itu sahaja yang mampu membuatkan aku ........................
P/s : Tiba-tiba nak berjiwa time dengar suria cinta di Suria.fm
Tinggal 5 minggu lagi..
Semenjak hana berpraktikum nie, Kalau nak di campur semua praktikum. semuanya 6 bulan.Pejam celik pejam celik, lagi 5 minggu nak habiskan praktikum.bermacam-macam ragam / peragai murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Bukan setakat budak je guru-guru yang mengajar pun ada macam-macam ragam. Maklumlah nak mengajar murid Pendidikan Khas nie Kena la banyak bersabar, penyayang, empati, tanggugjawab, pandai memujuk dan banyak lagi.
Sebut ja Guru pendidikan khas, orang kata kerja mudah sebab tak da exam, balik awal, budak sikit (satu kelas 6 hingga 8 orang), ada alaun. kan? Cuba berada di kelas pendidikan khas selama 1 hari. Tapi 1 jam pun dah cukup untuk membuktikan yang Guru Pendidikan Khas memang hebat.
Buka senang nak mendorong murid Pendidikan Khas ni untuk belajar. Jadi gurulah yang memainkan peranan untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan. Guru lah yang perlu kreatif mereka cipta bahan bantu mengajar yang menarik supaya murid mendorong untuk belajar.
Lagi satu aliran Pendidikan Khas takda buku teks berbanding aliran perdana. Segala sei pembelajaran 100% bergantung kepada cara penyampaian guru tersebut. A kata guru, A lah bagi murid. hah, baru teringat murid pendidikan khas yang tahap lemah, nak kenal atau sebut huruf A pun memerlukan masa yang lama.Seminggu? tak mungkin. Mungkin memakan masa berbulan-bulan. Kiranya suatu hari tu pelajar tersebut boleh sebut A. Itu dah cukup membanggakan guru. Bermacam-macam aktiviti guru tu cuba akhirnya murid tersebut barjaya sebut A. Baru huruf A..
Bermacam macam perkara yang hana tengok disebalik kerjaya Guru Pendidikan Khas di sekolah praktikum hana.Bukan setakat mengajar ja tapi boleh
- baiki siling
- baiki paip bocor
- baiki mesin liminat
- tebung dinding untuk letak alat pemadam api
- buat hiasan lanskap ( cendawan daripada simen )
- tukang masak (subjek kemahiran hidup)
- Tukang jahit (subjek kemahiran hidup)
Kerjaya Guru Pendidikan Khas memang mencabar yang paling penting banyakkan bersabar menghadapi murid-murid yang pelbagai ragam
sekadar hiasan
p/s : lama tak update blog
3 day's @ Putrajaya
Hana yang konvo ke? lambat lagi la. tahun depan baru hana konvo. tahun depan? tak lama dah tu.. yang pastinya konvo di tempat yang sama iaitu di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Insyallah.
Konvo abang sebenarnya, tapi hana tak masuk pun PICC tu.. lama kot nak habis majlis tu..hehe hana lepak-lepak kat hotel ja
Tak sabar rasanya nak konvo. Camna la agaknya ye..
Lama juga hana tak jejak kaki kat putrajaya. Last hana pergi sana, 6 tahun yang lalu. Itu pun sebab abang sekolah kat Putrajaya, Sekolah Alam Shah
Ada sedikit ole-ole untuk santapan anda semua :)
Tempat penginapan untuk 3 hari 2 malam
Belum masuk bilik lagi nie. posing dulu
Panorama dari bilik tingkat 7. Nie bahagian tengah
Nie pulak bahagian depan
Lepas check in, keluar jalan-jalan cari makan di sekitar Masjid Putrajaya
Nando's.
Erm.. nasib la siapa yang pegang kamera tu.. mesti kena snap gambar je.huhu
Balik ke hotel
Lepak-lepak kat taman-taman sekitar hotel
Ambil bau je
Jalan-jalan di malam hari. Dari tingkat 7 nak ke lobby.
Hari Konvo
mak dan abang
abah dan abang
Waktu petang hari ke 2 di Putrajaya
Makan-makan di Taman Warisan
Tak sah kalau pergi Putrajaya kalau tak jejak kaki di Alamanda.hehe
Erm... boleh ke snap gambar dalam Alamanda ni.huhu
p/s : Esok dah nak balik Kelantan. Bermulalah hari kepenatan menjalani praktikum. Sabar-sabar tinggal 6 minggu ja lagi.huhu
Tengok boleh sentuh jangan
Bagus.. duduk elok-elok jangan kacau.
Sedapnya keropok lekor nie.. 100% ikan.
Yeesss dah masak.
Lambatnya laa.. lapar ni
Dah siap..
Dulu dan sekarang sama kan ???
Dengan abang. hana tak pasti umur berapa masa nie. kalau tengok dari segi warna gambar dan cara pemakaian dalam sekitar tahun 1991 or 1992
zoom sikit
Geramnya kat diri sendiri..( masa nie la ) :P
Gambar nie sebelum masuk tadika.hehe sebab time nie hana (dalam bulatan) menetap di Langkawi. Masa kat langlawi hana tak bersekolah lagi.. Yaka Langkawi??
zoom sikit...
zoom sikit...
Bestnya rambut panjang sebab tak payah sikat sendiri. mak yang sikat dan dandan.hehe
Hana dengan abang di rumah jiran. Masa ni dah tadika. 5 tahun agaknya. Hana dulu-dulu memang kecik sampai sekarang kecik lagi..huhu
Kat kampung. Kenduri Pak Ngah kahwin.hehe. Abang berbaju kemeja putih. Hana dalam bulatan berbaju oren. Baju kebarung kan yang hana pakai tu.. Teringin pulak nak buat baju kebarung.hehe
zoom sikit...
Hahaha tak da gigi depan. Agak-agak still maintain lagi kan dari gambar atas yang korang tengok sampai sekarang. kan..kan.. :P
Alahai.. time nie hana (dalam bulatan) berubah menjadi pendiam dan pemalu.huhu. Kurus betul. Syifaa (adik) berbaju pink besar daripada hana. Keciknya hana masa ni nampak tulang je.Time nie hana sekolah rendah dalam sekitar darjah 2 or darjah 3 sebab hana ingat masa tu hana sekolah sesi petang
Dah ceria. Hana berbaju merah bersama kawan baik Atiqah. Gambar di ambil di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir. Sekolah lama hana. Dah mula bertudung itu pun tudung sekadar sekolah je kat luar tak bertudung. Hana mula bertudung pun masa darjah 6. Mungkin masa nie hana tingkatan 1 or 2. Sebab masa nie hana pun perangai budak-budak lagi. bestnya masa nie tak gemuk.huhu.
Lupa pulak, Hana dah mula pakai cermin mata masa tingkatan 1. Itu pun kadang-kadang ja pakai.
Hana dalam bulatan. Masa nie tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulai Pinang cos Kejuruteraan Elektrik. 6 tahun yang lalu. Kamera pun masik pakai kodak fujifilm :)
Waah... Dah mula cotrol-control ayu gitu. Ayu la sangat (tangan di dada mata jeling ke atas + jelir lidah) Gambar di ambil di dalam bas 4 tahun yang lepas. Masa nie hana dah berada di Instutut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Umur dalam 19 or 20 tahun. Muda belia lagi.haha Tudung awning pun tak tercipta lagi.hehe Tudung bawal nie la yang senget sana sini bila turun dari bas
THE LATEST
gambar di ambil 2 hari yang lepas
Taraaa
Still muda belia. Erk, 23 tahun kira muda la kan kan. Hana ambil gambar nie pun sebab time tu dengan segala hormatnya hana merasmikan tudung bawal 2 tone yang baru dibeli. hehe.. RM11 je.. nak?
.................EnD...................
Kita Putus !!!
kucing jantan : Kita berpisah !
kucing betina : Apa ?
kucing jantan : Sebenarnya awak bukan kucing betina !
kucing betina : Apa maksud awak ?
kucing jantan : Perempuan mana ada misai .
kucing betina : ....... =.=''
p/s : Gimik je tajuk entry nie.hehe
Guru serba boleh
P/s : Ada korang pernah dengar dan tengok tandas peguam, tandas doktor? tak pernah kan.. Kalau tandas guru?? hehe ada kan kan..
Selamat tiba di bumi Jelapang Padi
Yeahaa masa yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya.
Seminggu je cuti? mana cukup.. nak siapkan kerja dan bahan bantu mengajar lagi..
Apa-apa pun bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang praktikum 13 bulan nie ada juga terselit seminggu cuti sekolah. Dapat juga hana berehat dari kesibukan hari sekolah. Baru praktikum dah terasa kepenatan dan ke'tensionan' dengan kerenah budak-budak. Belum bergelar guru lagi tu dah tension-tension.huhu
Apa-apa pun selamat bercuti semua..
Kepada pemenang 'GiveAway by Onitsukahana'
Sepatutnya Hana pos hadiah hari Khamis lepas lagi. Tapi petugas tu kata tak boleh nak hantar hari tu sebab dah lewat. Kalau nak hantar kena datang hari Ahad sebelum 3.30 petang. Barulah hana tau, kalau nak hantar pos laju pastikan sebelum 3.30petang sebab van tu akan bertolak ke tempat pos yang nak di tuju. So terpaksa hana tundakan tarik pos hadiah tersebut dengan harapan nak pos pada hari Ahad..
Ahad pula tersangat-sangat lah sibuk. tunda lagi..
Hari nie hari Isnin. Isnin free sebab tak ada kelas. Hana ambik kesempatan untuk siapkan kerja-kerja pada waktu free tersebut. Petang, tepat pukul 3petang Hana gerak ke pajabat pos. Alhamdulillah, selamat juga hadiah tersebut diposkan.hehe
Petugas tu kata esok (Selasa) baru van akan hantar ke tempat yang dituju.
Kesimpulannya, Rabu or Khamis hadiah tersebut sampai lah ke rumah korang..Kalau yang Sabah Sarawak tu mungkin lama sikit kot.
Nanti kalau dah dapat hadiah tu bagitau ek..
tak sabar la tu :P hehe