Terapi Muzik

Pernah tengok filem Tintanic? Korang perasan tak semasa kapal tu nak karam, parang penumpang berlari selamatkan diri, ada sekumpulan ahli muzik kan.Diorang tak lari dan terus bermain dengan alat muzik masing-masing. Salah seorang daripada mereka nak selamatkan diri sebab kapal tu dah nak tenggelam, Tapi dia berpatah balik dan terus menyertai kumpulan muziknya. Mereka terus bermain muzik seperti tidak ada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Kanak-kanak sangat suka menyanyi. Kebanyakkan lagu kanak-kanak semuanya gembira. Contoh mudah lagu A B C. Suruh kanak-kanak tersebut baca A B C secara automatik diorang akan menyanyi lagu A B C. Cuba mintak kanak-kanak tu tunjukkan huruf C. Kanak-kanak tu akan keliru mana satu huruf C. Kalau kanak-kanak yang dah besar tu lagi la, laju je menyanyi tapi bila suruh hafal sifir 2 sangat susah.
Daripada 2 contoh di atas, muzik bukan sekadar hiburan kan.. Agak-agak korang penting tak muzik? Muzik melalaikan ke? kalau kena dengan tempat mendatangkan kebaikan tak?



Antara kegunaan muzik adalah muzik digunakan sebagai terapi

TERAPI muzik berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stress menghadapi peperiksaan. Ia merupakan alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.

Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS dan lain-lain lagi

Matlamat Utama Terapi Muzik

  untuk memulihkan kekuatan fizikal 
  menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan 
  memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
  memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Fakta Tentang Terapi Muzik

Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan. 

Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS. 

Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi. 

Ada dua keadaan yang menggunakan terapi muzik. Satu daripadanya ialah keadaan klinikal, di mana terapi muzik itu digunakan untuk tujuan pembetulan. Keadaan yang satu lagi ialah keadaan pendidikan, di mana terapi muzik itu digunakan untuk meningkatkan kecerdikan. 

Terapi muzik dalam keadaan pendidikan membantu pelajar belajar dengan lebih baik. Di samping meningkatkan kecerdikan, ia juga sangat berkesan untuk membaiki ingatan. Pelajar yang melalui terapi muzik itu juga menunjukkan keupayaan daya ingatan yang lebih kuat.  Dalam keadaan klinikal itu, penyelidikan mendapati bahawa orang yang mengalami masalah psikiatri bertindak balas dengan lebih baik kepada rawatan apabila mereka diberikan terapi muzik pada masa yang sama

Dalam handset,  hana stanby muzik ni untuk me'relax'kan diri (dengar tau)

Richard Clayderman - Balada para Adelina
Richard Clayderman - Love Story
Richard Clayderman - Unchained Melody  
Mozart - symphony 40
Kitaro - Caravansary
Kitaro - Mirage
Kitaro- Silk Road

p:s Kalau study sambil dengar desiran ombak atau air terjun pun best juga :)

2 orang dah komen :

jaakechik said...

muzik mmg dpt tenangkan fikiran kita. tapi kena pandai pilih la. kalo yg berat2 bt tambah serabut adalaa hehehehe

LaLa mhdnor said...

suka lagu nasyid, tenang je dgr :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...