INTERNSHIP-PROGRAM JATI DIRI DAN HIDROTERAPI@BUKIT KLUANG, BESUT TERENGGANU
Program terakhir iaitu
PROGRAM JATI DIRI DAN HIDROTERAPI
yang dipengerusikan oleh Fifah.
Setiap guru diberi tugas untuk menjaga dan membimbing seorang atau dua orang murid. Hana kena jaga seorang murid ja. Seorang murid tu pun penat jugak nak mengawalnya. Kalau dia nak pi mana-mana kena ikut ja.. Risau kan nak biarkan murid kat kawasan luas ni. Kalau sesat tak pasal-pasal cikgu yang kena jawap. Tapi kalau cikgu sesat macam mana plak yee :P
Pemandangan tempat aktiviti
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid yang hana jaga tu berada di dalam kumpulan B. Kumpulan B masa tu diminta melakukan aktiviti Flying Fox
Gambar di bawah ni adalah Kumpulan A
Mereka melakukan aktiviti 'Pecah Bekuan' lebih kurang macam Water Confident.
Murid pakai life jacket. Yang berbaju hijau tu, pakar terapi . Yang berbaju merah besar-besar sikit tu cikgu sekolah hana
Aktiviti apungan
Kalau murid yang berani, ok je
Ada seorang murid ni, takut nak masuk dalam air. 2 3 orang guru angkat murid tu dan bawa masuk dalam air. Menagis dia.Hehehe Kalau murid yang kecik tu tak kisah la nak menangis tapi ni murid dah besar panjang takut nak masuk dalam air. Sampai sudah dia tak buat aktiviti air :)
Terapi pasir
Cuba teka, untuk apa terapi pasir ni??
Terapi pasir ni untuk menguatkan otot-otot badan. Kalau murid yang mengalami celebral palsi memang di galakkan untuk buat terapi pasir dan hidroterapi
Kita beralih kamera ke kumpulan B pula
Aktiviti Kumpulan A dan Kumpulan B berjalan serentak. Hana di dalam kumpulan B jadi tak dapat libatkan diri dalam aktiviti pasir dan hidroterapi
Kumpulan B melaksanakan aktiviti Flying Fox
Ni la anak murid yang hana kena jaga :) Dia ok cuma manja-manja sikit. Biasalah tu.
Lepas ja habis murid buat aktiviti Flying Fox ni, Giliran cikgu pulak nak terbang. Lama kot tak terbang dengan benda alah ni kira-kira 3 tahun lepas. Pantang ada peluang macam ni hana mesti nak cuba
Sepatunya gambar murid hana letak kat sini tapi tak boleh sebab apa ek.. Jadi hana gantikan dengan gambar hana.haha. Untunglaa
Tepat pukul 1, kami semua rehat dan makan-makan. Hana confirm tak makan. Tak boleh nak makan kalau penat.
Tepat pukul 2.30 kami berjalan ke Bukit Kluang. Kat bukit tu ada gua. Pernah tak hana masuk gua.. Er... macam tak pernah ja.
Sebelum berjalan tu dah bagitau berjalan mengikut barisan. Tak sampai 5 minit berjalan dah tak da barisan..
Murid istimewa ni peramah dan penyayang orangnya. Setiap kali selisih dengan orang mesti salam.Terharu Hana masa ni. cuba tengok murid-murid biasa ada tak yang buat macam tu.Ada tapi tak banyak kan.
Setelah melalui jambatan yang patah ombak mengganas akhirnya sampai juga ke gua Bukit Kluang
Yang di atas ni gua yang pertama. Kalau redah ombak dan batu-batu pantai kat depan tu sampai pulak ke gua yang kedua. Banyak pulak gua kat sini.
Nak ke gua seterusnya kena lalu laluan yang sangat sempit.
Kalau badan kecik macam hana ni boleh la jalan mengiring. Kalau yang bersi sikit kena merangkak.
Menarik betul
Sampai sudah gua ke dua..Agak-agak kalau jalan ke depan lagi ada tak gua.huhu
Masa ta mengizinkan untuk teruskan perjalanan
Peace...
Murid-murid ni tak kenal penat diorang suka teroka. Diorang beria-ia nak teruskan perjalanan tapi masa tak megizinkan.
Bye bye Bukit Kluang
INTERNSHIP - SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT SEKOLAH 2012
Program ke2 yang telah dilaksanakan ialah Sukaneka Pendidikan Khas iaitu ia dilaksanakan bersama-sama dengan Program Senamrobik 1 Malaysia
Ni merupakan latihan sukaneka.Kalau tak buat latihan memang agak keserabutan nanti. Nak suruh berbaris pun susah. Lepas ja sukaneka terus suara hana jadi macam Ella Si Ratu Rock.
Lepas 2 minggu iaitu sebanyak 3 kali latihan tiba lah acara sukaneka yang sebenar
Sempat je kalau bergambar dulu.
Wajah-wajah ceria anak didik ambo.
Cikgu-cikgu hensem turut mambantu hana dan rakan-rakan dalam mengawal peserta.hehe
Susah oo nak kawal kanak-kanak rebena yang aktif ni.
Acara pertama ialah leret bola menggunakan kayu hoki. mula dengan larian zig-zag dan patah balik dengan larian lurus
Senang ja kan. Tapi bagi budak-budak Pendidikan Khas ni, susah sikit nak buat aktiviti ni sebab aktiviti ni memerlukan kecekapan dalam mengawal bola dan kordinasi mata dan tangan. Alhamdulillah dengan latihan yang cukup, diorang dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik
Aktiviti ke 2 ni untuk murid-murid yang lemah dari segi fizikal. Hana selaku Pengerusi untuk Sukaneka nie dah berhempas pulas memikirkan aktiviti yang sesuai untuk murid tahap rendah ni. Mula-mula hana dah latih budak ni untuk aktiviti yang simple macam susun blok dan masukkan tali ke dalam butang. Tapi diorang memang tak mampu nak buat aktiviti tu.
Betapa pasrahnya hana masa tu.. Tapi atas bantuan cikgu-cikgu, akhirnya aktiviti Aiskrem Kon yang paling sesuai untuk diorang ni. Macam best je bunyi aktiviti ni kan 'Aiskrem Kon'
Macam biasa diorang ni, kalau hana menjerit diorang buat don't no je..Sebagai cikgu, Hana kena sabar je lah. Sesungguhnya hana seorang yang penyabar :)
Nak suruh diorang berbaris, kena mengunakan suara+bahasa isyarat. Macam gambar di atas. Kalau tak jadi jugak,kena buat cara manual. Genggam tangan diorang, bawa diorang beratur di belakang kawan.Pastu bagi amaran
Kalau marah ' Hye!+ cekak pinggang/tunjuk tanda amaran+besarkan mata'.
Suruh diam ' DIAM!+tangan kat mulut'
Bagi yang degil, aktif, berlari terpaksa menggunakan ketegasan, kemanjaan, kasih sayang dan segala-galanya untuk memujuk diorang.
Hana fikir satu ja
Hana mendidik anak-anak istimewa yang kelak akan masuk syurga
Haa... ni la aktiviti 'Aiskrem Kon'.
Lepas habis aktiviti nie.. murid Pendidikan Khas diminta berehat sementara tunggu majlis penyampian hadiah Alang-alang berehat. boleh ambil gambar candid
Lepas habis aktiviti nie.. murid Pendidikan Khas diminta berehat sementara tunggu majlis penyampian hadiah Alang-alang berehat. boleh ambil gambar candid
Baju sukan Program Pendidikan Khas Integrasi
Anak murid ambo nie..macam-macam kerenah
Pantang hana bawa keluar handset
"Cikgu, nak main game"
"Main molek deh, Tokse gocoh-gocoh deh''
Fuh, pandai hana kecek Kelate. Dengan budak-budak boleh la..
Secara jujurnya dah 5 tahun hana duduk di Kelantan, hana lemah dan tak faham sangat bahasa Kelantan.
Selebriti tuu..
PA System yang memang Da'Boom. Memang best lah. Siap ada karaoke.
Di bawah ni acara sukeneka untuk Murid Prasekolah
Makan cupcake kot. Tak boleh jadi ni
Minum air kotak plak tu
Ni pulak acara untuk murid aliran perdana
Harus ada acara kutip gula-gula
Ingat acara guru, Bersemangat hana buat renggangan badan tadi.haha
Sekali acara murid daa
Acara penyampaian hadiah
Rumah Kuning JUARA
Aku Suka Dia
Tiba-tiba video klip ni buat Hana tersenyum
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
2 hari sudah berlalu
Harap hari ni perjalanan untuk meneruskan kehidupan Hana akan berjalan seperti biasa. Insyallah jika hana tak terdengar khabar-khabar angin yang menyakitkan hati dan menyababkan hana sebak
Ya Allah bantulah hana dalam menempuhi hari ini dan hari-hari yang mendatang. Hana tak larat nak tanggung sorang-sorang
4 bulan = 17 minggu = 122 hari = 2928 jam = 175680 minit = 10540800 saat :(
4 bulan lagi?
Lambatnya masa berlalu..
MASA cepatlah bergerak
Aku hanya bergantung kat MASA saja
Biar MASA yang menentukan segala-galanya
Aku harap dengan perpisahan yang akan tiba nanti akan melenyapkan segala permasalahan
Siapa kata kalau lari daripada masalah, masalah tidak dapat selesai?
Aku nak lari dari masalah ni sekarang juga
Tapi MASA tak menganjak
Aku perlukan kau MASA
Lambatnya..
Kalau boleh
Bangun dari tidur nanti aku berada di rumah aku di KEDAH
Kalau boleh aku tak nak fikir langsung pasal ni
Aku nak kehidupan aku bebas dari pergolakan ni
Aku tak akan jejak kaki kat sini
Aku nak lupakan segala-galanya
Tak sabarnya nak tinggalkan bumi Kelantan
Tak sabar juga nak tinggalkan kenangan pahit manis kat sini
Aku tak nak ingat apa-apa pun kenangan kat sini
Aku tak akan bawa balik kenangan aku ke KEDAH
Aku dah trauma dengan semua ni
Hati dan perasaan aku siapa yang tahu
Kalaulah aku tak terima pengajian aku kat sini
Semua ni tak akan berlaku kan..
Tapi aku bersyukur
Perkara ni membuatkan aku menjadi lebih tabah
Setabah-tabah aku, hati aku cukup pedih
Banyak perkara aku pendam
Aku tak pernah cerita kat sesiapa pun
Sebab aku tak percaya kat sesiapa pun kecuali diri aku sendiri
Aku percaya, aku mampu untuk simpan perkara baik buruk itu
Biar aku tanggung seorang diri
Aku cuma nak dia happy
Ingin sekali nak keluar dari pengajian ni
Tapi nanti dikatakan tidak bersyukur
Ya Allah apa yang aku katakan ni
Aku fikir 4 bulan ja lagi
Sabar Hana...
Segala-galanya akan berakhir selepas 4 bulan
Dulu aku kata sahabat adalah segala-galanya
Sekarang tanggapan tersebut makin lama makin berkurang
Sahabat baik adalah 1 dalam sahabat-sahabat
Ya memang betul
23 tahun aku punyai sahabat
Hanya seorang sahabat baik yang aku ada
........................................
p/s : Kecelaruan emosi sehingga menyebabkan kecelaruan dalam penulisan
Ini SEMUA salah aku
Ya memang salah aku.. Semuanya berpunca dari aku. Tapi aku buat ni semua untuk menjaga hati kau. Aku tak sampai hati nak lukakan kati kau. Aku dah buntu, dah tak ada jalan lain untuk bagitau kau perkara yang sebenar.
Dan akhir sekali aku terjerat, Aku terjerat dengan dengan perbuatan aku sendiri. Ini balasan aku demi menjaga hati kau. Biar aku yang merana. Aku biarkan kau hidup bahagia dengan tangapan kau terhadap aku. Aku tak kisah. Kau tetap SAHABAT aku kan.
Biar lah orang lain menganggap aku ni tak ada perasaan, aku tak fikir orang lain. Siapa lagi kata aku macam tu? siapa lagi? Dalam hati aku, orang boleh nampak ka apa yang aku rasa. Hati aku sukar nak di tafsir kekadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku buat. Yang aku tahu aku buat semua ni untuk kau. Kau SAHABAT aku. Disebabkan orang lain, aku dan kau jadi macam ni.
Kenapa semua ni jadi kat kita kenapa bukan orang lain? Aku tabah menerima apa saja khabar angin dari orang. Biar lah orang nak kata apa pun. Aku anggap semua tu nak menghancurkan hubungan kita sebagai SAHABAT. Segala khabar angin orang aku sendiri yang tanggung, aku tak berkongsi dengan sesiapa pun. Beban yang aku tanggung selama ni semakin hari semakin membuatkan aku jatuh. Tapi aku tak kisah sebab kau SAHABAT aku. Aku sanggup membuatkan kau gembira.....................................
by : Mr Google
(Nak luahkan tetapi sukar untuk di sampaikan)
INTERNSHIP-PROGRAM KHIDMAT SOSIAL GOTONG ROYONG “SEHARI BERSAMAMU INSAN ISTIMEWA@MASJID KUBANG PANJANG, PASIR MAS
Panjangnya nama program ni. Program ni dipengerusikan oleh Cik Siti Norfadilah.
Gotong-royong ni merupakan satu program yang julung kali diadakan untuk murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2). Seramai 15 orang murid terlibat dalam aktiviti ni
Di perkarangan Kelas Pendidikan Khas. Sedikit taklimat mengenai gotong-royong tersebut
Tiba di Masjid Kubang Panjang, Pasir Mas. Guru membahagikan kepada dua kumpulam iaitu kumpulan pertama membersih di bahagian dalam Masjid manakala kumpulan kedua memberseih di perkarangan luar masjid
Masjid nie dah kemas cuma berhabuk ja. Cuci tingkap, buang sawang mop lantai, sampu sampah ja. Penat juga sebab masjid ni besar
Hana handle bahagian luar masjid. Cabut rumput dan kutip sampah. Time ni tak panas sangat best la buat kerja. Kena buat cepat-cepat nanti panas, tak terhabis kerja nanti
Dah mula panas.
Dalam pukul 11pagi, kerja gotong-royong sudah selesai. Semua diminta berehat sambil menunggu makanan.
Sesi refleksi oleh guru pembimbing
Masa untuk makan.Berselera sunggah murid-murid makan.
Dalam pukul 11pagi, kerja gotong-royong sudah selesai. Semua diminta berehat sambil menunggu makanan.
Masa ni hana tak makan lagi. Penat sangat kan. Rasa tak lapar
Lepas makan,refleksi dari kami pulak.
Ucapan terima kasih kepada murid dan guru kerana menjayakan program ni. Tak sabar pula rasanya nak melaksanakan program ke 2 mingu depan
Program ni diadakan hari Khamis.
Ahad minggu depan tu ada sesi penyampian sijil kat perhimpunan sekolah.
INTERNSHIP@SKSID
Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek / aktiviti yang berkaiatan dengan pelajaran dam pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar menunjukkan sifat kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan
Hana bersama dengan 3 rakan bersatu hati, berpadu tenaga untuk menjayakan Internship ini
dari kiri Afifah, Izzatie, Fadilah, Hana
Special Thanks to photographer b'coz snap our pic during the program (Erk, betul ke ayat BI hana nie, sekali sekala nak gak speaking walaupun ambik subjek BM).Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang turut membantu kami dalam menjayakan setiap program yang dirancang
Tempoh Internship selama sebulan. Dalam sebulan tersebut hana dikehendaki membuat 3 program di sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua. Segala perancangan awal harus dirancang dengan rapi
.
Minggu pertama
Perbincangan dan siapkan kertas kerja
Minggu ke 2 dan ke 3
Melaksanakan program
Minggu ke 4
Siapkan laporan
Part nak buat laporan yang lemah sikit ni.huhu
Nanti hana imbas balik segala macam program Internship hana ok.
Mesyuarat terakhir Di SID
Hari ni tamat sudah Internship di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua, Pasir Mas Kelantan. Tinggal 1 lagi yang belum di selesaikan iaitu Kajian Tindakan. Sekarang hana tak nak fikir lagi pasal tu. Hana nak rehatkan diri dulu
Jom layan gambar-gambar di bawah ni.
Penolong kanan
Guru yang dedikasi
Tayangan slaid
Masa ni hana dah start mengantuk
Cuba bayangkan dari pukul 10.15 pagi hingga kul 1petang tak berhenti..Disebabkan hana mengantuk hana pun ambik la gambar-gambar ni
Lepas habis ja mesyuarat mata hana terang je.haha
Tengok sempat posing lagi. Gambar sendiri lebih banyak dari gambar mesyuarat
Ada tak rupa ciri-ciri seorang guru tak?
Macam tak da ja. Tapi dalaman penuh ilmu yang tunggu masa untuk hana curahkan kat murid-murid hana tahun depan. Insyallah
Macam tak da ja. Tapi dalaman penuh ilmu yang tunggu masa untuk hana curahkan kat murid-murid hana tahun depan. Insyallah
Bersama anak murid
Baget hana tinggi padahal hana berdiri atas batu
Semua gambar selepas mesyuarat di ambil oleh anak murid. Pandai jugak dia ambik gambar ek..