4 bulan = 17 minggu = 122 hari = 2928 jam = 175680 minit = 10540800 saat :(

4 bulan lagi?

Lambatnya masa berlalu.. 
MASA cepatlah bergerak
Aku hanya bergantung kat MASA saja
Biar MASA yang menentukan segala-galanya

Aku harap dengan perpisahan yang akan tiba nanti akan melenyapkan segala permasalahan
Siapa kata kalau lari daripada masalah, masalah tidak dapat selesai?
Aku nak lari dari masalah ni sekarang juga
Tapi MASA tak menganjak
Aku perlukan kau MASA

Lambatnya..

Kalau boleh
Bangun dari tidur nanti aku berada di rumah aku di KEDAH
Kalau boleh aku tak nak fikir langsung pasal ni
Aku nak kehidupan aku bebas dari pergolakan ni
Aku tak akan jejak kaki kat sini
Aku nak lupakan segala-galanya 

Tak sabarnya nak tinggalkan bumi Kelantan
Tak sabar juga nak tinggalkan kenangan pahit manis kat sini
Aku tak nak ingat apa-apa pun kenangan kat sini
Aku tak akan bawa balik kenangan aku ke KEDAH
Aku dah trauma dengan semua ni
Hati dan perasaan aku siapa yang tahu


Kalaulah aku tak terima pengajian aku kat sini
Semua ni tak akan berlaku kan..
Tapi aku bersyukur 
Perkara ni membuatkan aku menjadi lebih tabah
Setabah-tabah aku, hati aku cukup pedih

Banyak perkara aku pendam
Aku tak pernah cerita kat sesiapa pun
Sebab aku tak percaya kat sesiapa pun kecuali diri aku sendiri
Aku percaya, aku mampu untuk simpan perkara baik buruk itu
Biar aku tanggung seorang diri
Aku cuma nak dia happy

Ingin sekali nak keluar dari pengajian ni
Tapi nanti dikatakan tidak bersyukur
Ya Allah apa yang aku katakan ni

Aku fikir 4 bulan ja lagi
Sabar Hana...
Segala-galanya akan berakhir selepas 4 bulan

Dulu aku kata sahabat adalah segala-galanya
Sekarang tanggapan tersebut makin lama makin berkurang
Sahabat baik adalah 1 dalam sahabat-sahabat
Ya memang betul
23 tahun aku punyai sahabat
Hanya seorang sahabat baik yang aku ada
........................................

p/s : Kecelaruan emosi sehingga menyebabkan kecelaruan dalam penulisan 

9 orang dah komen :

Unknown said...

kisah yg sgt celaru, macam masalah dgn ssorg yg mmbuatkan awk beremosi. awk menyesal ngn tempat tuh, or menyesal dgn ssorg. hurmm.. byk persoalan dlm cerita awk tuh..

Nik said...

sabarnye

fiQRa said...

kak hana, sabar ya. ada hikmah semua ni. Allah ada ;)

Unknown said...

awak... lately saya perasan awak banyak luahkan perasaan.. ada apa2 masalah ke?

Hana said...

@fiQRa:)

Hana said...

@aryes coulborn menyesalnya.. kalau tau jadi mcm ni..

Hana said...

@nik rossabar..

Hana said...

@Boni Kacak masalah yang sama.

Cik tikah said...

betul.. sahabat susah nak cari. kawan ramai sgt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...