Sebab-sebab kucing merajuk
Suatu pagi yang nyaman. Hana menuju ke pintu utama rumah yang pada kebiasaanya akan hana buka tiap-tiap pagi untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah
"Eh ada kucing. Kucing siapa ni"
Hana pun memanggil kucing tersebut
" Meow.. (macam mana ek nak taip kita panggil kucing)"
Wo.. berderet anak kucing menerjah masuk ke rumah.
Kecik-kecik comel. Nampak tak 2 ekor kucing bawah kerusi tu.. Rasanya ibu bapa pada anak-anak kecik ni. hehe
Opss.. jangan masuk. Nanti kucing-kucing hana jelous bawa masuk kucing lain dalam rumah. haha
Disebabkan anak-anak kecik yang tidak tahu apa-apa ni menyebaban hana terpaksa menutup pintu semula. Kesian la pulak
Hana pun menghidangkan juadah yang tidak seberapa ni
Lapar agaknya. tu yang sampai masuk rumah
Cianya..Lapar yee
Yang si kecik hitam kaki putih tu comel.. Geram betul
Macam harimau bintang pun ada
Ok lepas habis bagi makan . Hana pun masuk rumah, panggil kucing-kucing hana.. Masa untuk makan. Mana ek diorang ni Selalunya dengar je surat khabar (nak letak ikan) terus datang
Huh, memang merajuk.
"Jom la turun Che Ah, kita makan.."
"Ok tak pe nanti lapar kau turun jugak kan.."
Tapi mana kucing hana yang lain. lari dari rumah ka?? Confius ni.
Lagi lagi Raya
Tanpa di duga, Hari Raya ke 4 sedang hana menyiapkan Kajian tindakan tiba-tiba loceng pintu berbungi
Tinng... Tonng.,
Biarlah mak hana buka. Kawan mak kot
"Adik... Kawan hang mai ni"
"kawan??"
Tengok luar
Haaa kawan hana datang.. Terkejut. perasaan hana masa tu tidak dapat digambar kan. Seronoknya kawan-kawan sekolah menengah form 1 hingga form 3 dulu.
Borak punya borak. diorang ajak beraya rumah kawan-kawan yang lain. Semestinya hana ikut. Lama dah tak jumpa kawan-kawan lama
Farahin Husna. Syafiqah, Hana, Aishah
Erk..keciknya hana macam form 3 tak??
Seronoknya berjalan-jalan dengan kawan
Makan malam
KFC @ Tesco Extra Sungai Petani
Akhirnya.. ulat itu dimusnahkan
Selama 3 minggu blog hana diserang 'ulat'. Seminggu hana boleh relax lagi buat macam perkara tu tak serius. Minggu kedua masih relax tapi ada sedikit usaha untuk mengatsai masalah tu. Masuk minggu ketiga, Tak boleh jadi ni.. Hana buang segala benda yang dirasakan tidak penting dalam blog ni.
Buka Fb. Terlihat status kawan
Hana anggap 'ulat' tu macam hack. Entah patut ke tidak 'ulat' tu digelar hack.huhu
Akhirnya 'ulat-ulat' tersebut berjaya di hapuskan oleh kawan hana. Nak tegaskan di sini.. bukan hana tapi kawan hana. Memang gembira + sedih + terharu sangat-sangat.
Macam ta percaya. Senang-senang je dia kata dah jumpa 'ulat' tu. Hana terkejut beruk dah. Eleh melawak ja ni.. Tapi memang betul bukan lawak. Dia dah jumpa 'ulat' tu
Cuba bayangkan blog yang 2 3 tahun tahun bersama dengan kita akhirnya di makan 'ulat'. Siapa yang tak sedih. Lagi-lagi segala kenangan suka duka kita di kongsi bersama blog tersayang kan..
Tapi yang musykilnya, Hana bagi link blog ja, dalam masa sejam dia dapat tau punca masalah tu dan meminta hana delete 1 banner dalam sidebar hana...Bukan disebabkan owner banner tu tapi disebabkan link untuk buat banner tu bermasalah. (Kawan hana yang kata.. hana angguk je)
Sebenarnya hana dah trauma dengan web ni.. Rasa takut nak upload dalam blog.huhu
Kalau diimbas balik betapa penat lelah hana search google cara nak atasi masalah ni (masa tengah siapkan kajian tindakan pulak tu) Ada tapi bukan berkaitan dengan 'ulat'. Hana ambik masa 3 hari untuk perhati betul-betul 'ulat' dalam html dan terpaksa buang semua link-link widget hana. Kalau korang perasan cursor hana dah jadi biasa (lepas ni kena letak balik cursor hijau hana tu)... background blog pun hana tukar gara-gara 'ulat' tersebut. pasword dan emel pun hana tukar. Haa hana siap tukar nama dan link blog lagi. Tak menjadi juga. Lepas tukar link blog rasa sayang pula kat link blog lama. Tak sampai 10 minit tukar balik ke link lama.hehe
Last skali, hana redha jelah. siapa yang bertuah dapat lah ke blog hana, siapa yang tak bertuah tu terpaksa ke web yang hana tunjukan gambar tadi :). Sehinggalah hana terjumpa status kawan hana tu.hehe
Terima kasih tidak terhingga hana ucapkan kepada kawan hana. Lepas hana dapat tahu pasal ni. Hana rasa happy sangat.. 7 hari 7 malam hana akan meraikan ke'happy'an hana ni..
Entry Raya 2 hari
Tak banyak gambar yang diambil semasa Raya 2012 ni .Maklumlah nak siapkan kajian tindakan(sekarang dah siap) Raya tahun nie memang habiskan masa dengan buat Kajian Tindakan ja.
Pada kebiasaan, Hana dan family beraya di kampung. Raya pertama di Kedah dan Raya ke 2 di Perak.
Raya pertama dihidangkan dengan
Nama pun Hari Raya jadi wajiblah dihidangkan dengan Biskut Raya dan makanan favroute mak hana.Laksa Penang hehe
Adik hana berbaju biru. Hana berbaju purple. Kacaknya.. ( Bahasa Sarawak dipanggil cantik :P ) Ok. adik hana memang tinggi banyak dari hana dan dia besar sikit.Sebab tu sampai sekarang orang panggil hana adik dan adik hana panggil Syifa. Lagipun beza umur hana dengan adik 6 tahun.
Masa ni nak balik kampung Perak.
Mak hana dengan Syifa.
Kan nampak Syifa besar lagi kan kan
Sepupu :)
Yang belakang tu baru tadika yang depan umur 2 tahun
Hahaha
It's me
Ok tu ja gambar yang ada. simplenya raya kali ni. Kajian Tindakan punya pasal,hehe Tahun depan hana nak beraya secara besar-besaran. Ehem ehem dah kerja kan. Boleh sponser mak, abah dan Syifaa. Insyallah
Tak suka dengan emosi macam ni
Hari ni...
Bermulalah penderitaan aku,
Aku hanya mampu bersabar,
Untuk ku lalui sisa-sisa kehidupan di sini
Masih diganggu emosi dahulu.Menyendiri berdiam untuk jangka waktu yang aku sendiri tidak pasti sampai bila aku mampu hidup macam ni. Mungkin 2 bulan.
Aku yakin aku mampu bertahan. Hati aku belum sembuh lagi dari peristiwa-peristiwa itu. Semakin aku gembira, semakin sakit hati aku menahan segala lakonan kegembiraan aku. Betapa hipokritnya aku berdepan dengan semua orang.
Kenapa ya.. peristiwa ni susah untuk aku lupakan. Peristiwa lain sehari aku boleh lupa. Oh, mungkin sebab dia kawan aku. Kawan??? dia boleh dianggap kawan ke? Sedihnya bila aku kata macam tu. Ya dia kawan aku tapi.... kawan jenis apa ye. sampai sanggup bawa mulut pasal aku..
1001 rahsia aku simpan pasal kau. Tapi disebabkan kesilapan aku yang sekecil itu kau hebohkan pada semua orang.. Ya Allah..ta boleh ke kalau kita sama-sama luahkan rasa ketidakpuashati tu.. Orang anggap aku tak tahu pasal ni. Semua orang berlakon depan aku.Pura-pura tak tahu kan..Hahaha jangan risau aku dah tahu segala-segalanya. Aku sendiri yang dengar dia ceritakan pasal aku kat korang kan..
Sudah la.. cukuplah aku seksa hati aku dengan hipokrit-hipokrit aku nie..
p/s : Bila nak update entry raya? Macam tak je..
"Kejam" tak lagu ni?
Pada pendapat hana
Pelbagai persoalan terselit dalam video dan lirik lagu ni
Siapa yang salah sebenarnya?
Pelayan tu berharap diorang berpisah kan..
dan Pelayan tu juga yang merosakkan hubungan diorang ka?
Pelayan tu tak menggangu pun tapi dia menggoda lelaki tu. huhu
Gf lelaki tu yang rampas lelaki dari pelayan tu ek..
Lelaki tu main mata dengan perempuan lain padahal depan dah ada gf dia. ish ish ish
Boleh pula lelaki tu ketawa kat gf dia sebab pelayan tu letak garam dalam minuman gf dia
Mesti seronok pelayan tu tengok diorang berpisah
Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu
Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu
Semua orang update pasal Raya, Aku?
Nak beraya rumah kawan? tak sempat..
Nak buat entry raya ? Tapi takda idea.
...............
...............
Sebab fikirkan Kajian Tindakan
Tengah baik basuh pinggan kat dapur masa raya tadi, tiba-tiba terlintas, malam ni nak siapkan 2 analisis data. Pastu dalam perancangan esok siapkan 2 lagi analisis data dan bla...bla...bla...
Yang paling penting, nak satlekan semua sebelum hari Khamis. Sempat ke? huhu macam tak je. terpaksa jadi burung hantu masa Hari Raya ni.
Mood raya = 1%
1% ni simpan untuk esok, sebab esok nak balik kampung. balik sehari je.Ok la dari tak balik
Dan sekarang, nak siapkan Kajian Tindakan. Tengah semangat nak buat tiba-tiba idea terputus di tengah jalan. Alamak jem terus.. tu yang update entry ni. kot-kot ada idea nanti.hehe
Tinggal 5 6 graf lagi yang perlu di analisis segera.
Tak sabarnya nak print.huhu
Erm... pinjam jap buku ni
by : Mr Google
Kalau boleh esok hana nak 5 tesis yang bernama Hana ada atas meja. huhu. Buka ja sekolah terus hantar kat pensyarah. Wah bestnya, merdeka kawe. :P
Tapi itu cuma khayalan semata-mata, banyak lagi yang perlu ditempuhi untuk menjilid buku tesis ni.huhu Semoga permudahkan jalan-jalan yang hana lalui nanti.
Iftar Ramadhan@Haza Bistro
Haza Bistro yang terletak di Kota Bahru. Bistro ni baru ja di buka 2 minggu sebelum puasa kalau ta silap hana. Masa lalu kat depan Bistro ni teringin sangat nak makan kat situ, nak merasai suasana mewah sikit.haha tapi tak sempat sebab masa tu hana praktikum. Tiap kali pergi sekolah lalu depan Bistro tu. Bistro tu macam sedang memanggil-manggil hana ja.huhu
Akhirnya dapat juga makan di Haza Bistro 2 hari sebelum puasa. Setelah di servey harga, pakej dan lain-lain. Hana mencadangkan kat rakan sekelas untuk berbuka puasa di Haza Bistro
Dan ini lah Iftar Ramadhan dengan rakan sekelas untuk pertama kali pada tahun 2012
Menunggu waktu berbuka
3 meja tu semua rakan sekelas hana. 1 meja 7 orang.
Erm.. sayangnya tak mintak pelayan tu gabungkan ketiga-tiga meja.huhu
Hana juga yang jadi photographer yang tidak bertauliah. Untung la korang, setiap pergerakan korang hana snap.hehe :)
Ni group meja yang ketiga.. sabar ye 5 minit lagi nak berbuka
Suka betul hana snap group ni. sebab ada ruang untuk memuatkan hana snap gambar
Ni group hana.
Tengah makan.huhu hana sempat minum air dan makan kurma. Lepas tu terus snap gambar.
Hana takkan lepas peluang untuk snap gambar rakan tengah makan.hehe Lagipun ni merupakan Ramadhan terakhir hana bersama dengan rakan sekelas. huhu sedih tak..
Akhir sekali
Selepas makan
.
Hah ada gambar hana tersesat dalam ni. Saiz besar lagi.haha
Boleh la dari takda gambar hana langsung :P
Dulu aku Ahli Gimnas
Korang mesti tak sangka Hana dulu pernah menyertai sukan yang tidak semua orang yang boleh terlibat dalam sukan ni
GIMNASTIK ARTISTIK
Hana rasa bertuah bila diberi kelebihan yang macam tu. Terima kasih atas sokongan family yang banyak membantu hana hingga hana menceburi sukan ni
Hana buka youtube untuk tengok Sukan Olimpik 2012, Dalam banyak-banyak sukan yang keluar, Tiba-tiba cursor bergerak ke arah Gymnastics
Hana mula menceburi sukan ni bermula dari darjah 4 hingga tingkatan 3. 6 tahun bergelar atlit gimnas di peringkat negeri. Tak sangka dah 7 tahun meninggalkan dunia sukan Gimnastik ni. Rasa macam masih baru bertapak dalam sukan ni. Tengok pula youtube, lagi bertambah minat hana untuk masuk semula sukan ni. Tapi apa kan daya Malaysia hanya mengehadkan umur 18 ke bawah untuk menceburi dalam sukan Gimnastik ni.
Peluang hana untuk menceburi sukan ni masih ada. Tapi bukan sebagai atlit tapi sebagai jurulatih Gimnastik. Hana harap suatu hari nanti hana akan menjadi jurulatih Gimnastik setelah hana bergelar guru nanti. Tapi ikut sekolah pula, kalau sekolah tu ada sukan Gimnastik boleh la hana jadi jurulatih Gimnastik. Wah bestnya..
Ok berbalik cerita pasal Gimnastik
Gimnastik sebenarnya tak main dengan alatan tau. Yang alatan tu Gimnastik Gimrama. Hana Gimnastik Artistik. Gimnastik Artistik ni ada floor exercise (senam lantai), balance beam (batang titian), vault (lombol), uneven bars (palang bertingkat) untuk peringat antarabangsa
Video di bawah ni adalah acara Floor Exercise
Tengok video Gymnastics dan secara tak langsung hana terbayang
"Hana pernah buat pergerakan ni"
"Kaki atlit kena sentiasa point (runcingkan hujung kaki) kalau tak point kena potong markah"
"Kalau jatuh balance beam (batang titian) ni potong markah"
"Tangan kena kuat"
"Naik balance beam muka kena sombong (mendada) baru balance dan tak jatuh"
Atlit dalam video ni kurang keseimbangan sebabnya masa dia mendarat kaki dia tak statik. Potong markah dah kat situ. Hehe boleh jadi juri tak? Sebenarnya banyak ilmu Gimnastik yang hana dapat sejak hana join sukan ni. Ilmu ditambah pula dengan praktikal lagi seronok :)
Video di bawah ni. Dari mata pandangan hana macam tak banyak kesalahan
Di bawah ni floor exercise untuk lelaki.
Lelaki lagi banyak acara dari perempuan . Contoh macam kuda brpelana, palang sejajar dan lain-lain lagi
Hana pernah juga cedera masa buat latihan gimnastik. Tapi tak teruk pun. Masa latihan balance beam
Korang tengok macam rendah je kan..huhu padahal tinggi. Kena pulak dengan hana yang rendah ni lagi bertambah gerun hana tengok palang ni.hahaha, Tapi dah biasa dah jadi tak rasa apa pun. Orang yang tinggi ke rendah ke tetap guna balance beam yang standart. Masa hana nak naik atas beam ni (guna papan spring), mungkin hana terlebih laju kot. Tak sempat nak lompat atas beam terus perut hana terkena hujung beam tu. Nafas hana tak boleh keluar. Tersekat dalam seminit baru ok balik :) Hana pernah dapat tempat ke 3 dalam acara balance beam ni :) pingat hana simpan lagi. nanti balik rumah hana tunjuk.hehe
Sekarang umur dah 23 tahun. ada pergerakan yang boleh hana buat dan ada pergerakan tak boleh hana buat disebabkan faktor usia dan pola pemakanan.hehe. Contoh pergerakan yang masih boleh hana buat
Ni namanya Bridge
melalui Bridge ni kita dapat buat pergerakan yang lagi power macam Flat Back, Handspring dan lain-lain. Search Youtube ye :)
Kenapa dulu hana boleh buat pergerakan sukar tapi sekarang tak boleh? mungkin sebab dah berisi dan tak buat latihan. huhu hana kena berjogging dan senaman ni. Matlamat utama, nak jadi badan macam dulu.hehe Sekarang dah ok cuma kat part-part tertentu nampak berisi sikit. haha
Pernah juga dengar orang kata
"Jadi atlit kena jaga pemakanan, stamina dan latihan"
"Kalau atlit tersebut tinggalkan sukan dia tu maknanya badan dia akan naik sebab tak jaga pemakanan dan tak lakukan latihan/senaman"
Huh, memang betul kata orang tu. Paling mudah tengok ahli bina badan :)
Melalui sukan ni lah hana banyak bergaul dengan masyarakat. Yang banyak mengajar hana berdikari. Sebelum ni hana macam katak di bawah tempurung. Apa pun takda. Sekarang zaman dah maju. Kalau tak aktif sukan pun aktif FB pun dah kira ok. Depan screen je 24 jam.hehe jangan marah haa nanti kena jual.
p/s : Sayangnya masa tu camera bukan calang-calang orang boleh pakai. Takda gambar yang boleh di jadikan kenangan
Kenangan Manis vs Kenangan Pahit
Baru lepas habis tutorial
Lecture minta seorang demi seorang menceritakan kenangan manis dan kenangan pahit. Hana tak senang duduk sebab hana tak pandai nak menceritakan kenangan pahit manis. Biar lah kenangan-kenangan tersebut hana sendiri yang merasainya. Biarlah hana senyum dan sedih sorang-sorang. Hanya blog ni yang menjadi tempat luahan hati hana. Facebook? hana kurang ber'FB'. Hana ada FB pun sebab memudahkan rakan sekelas menyampaikan maklumat or berbincang hal berkaitan kelas. Friends pun 20 orang itu pun rakan sekelas hana.
Tiba-tiba terlintas kenangan pahit pasal kisah sedih hana pada entry-entry yang lepas. Tapi tak sanggup nak cerita. Sesetengah kenangan pahit tu tak patut kita ceritakan pada sesiapa.
Hana orang ke dua yang menceritakan kenangan pahit masin di hadapan kelas
Kenangan pahit
Seumur hidup hana, Hana pernah mengalami kemalangan yang agak teruk. Kemalangan tu terjadi 2 tahun yang lepas di bumi Kelantan tempat hana belajar. Hana yang bawa motor. Jadi hana luka teruk berbanding kawan hana pembonceng yang hanya mengalami kesan calar di tangan. Hana yakin 100% bukan salah hana walaupun masa tu hana bawa laju jugak la dalam 80- 100km/j (laju tak cmtu) sebab masa tu takda kereta. Masa yang sama kereta dari tepi jalan nak masuk ke ruang jalan. Mungkin dia tak perasan hana lalu. Kereta tu pun masuk ke ruang jalan dan hana yang langgar kereta tu. Nak brek tak sempat, nak bunyi hon pun tak sempat. Nasib hana yang langgar kereta tu. Cuba bayangkan kalau kereta tu langgar hana? huhu ngerinya..Daripada kesan tersebut, hana kena 3 jahitan di dagu. Masih berparut tapi tak perasan.
Kenangan manis
Hubungan abang angkat dan adik angkat kembali terjalin setelah 6 tahun tak dengar khabar berita. Ada hana buat entry pasal ni KLIK SINI :). Macam mana boleh terjalin? Memang tak dijangka abang angkat hana terbuka blog Hijau hana ni. Perasaan masa tu gembira tak terkata. Hanya penulisan yang menjadi saksi kegembiraan hana. Start pada hari tu dah mula berhubung melalui telefon. Walaupun tak selalu tapi tak kisah sebab hana tahu dia ada adik yang kiut yang bernama HANA dan hana ada abang yang macho bernama ...... Dan dia lah satu-satunya abang angkat hana. Sweetnya.. haha.
Rata-rata kawan hana cerita pasal kenangan manis melibatkan perhubungan, Kalau kenangan pahit melibatkan personal. Kenangan pahit mudah untuk hana lupakan tetapi sukar untuk padam di dalam kamus hidup hana
p/s : Klik link blog hana keluar website lain ka?
p/s : Klik link blog hana keluar website lain ka?
Kenangan #2 - Boleh makan tapi kena goreng dulu
Satu sesi pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual yang akan di observe oleh pensyarah pembimbing
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pesan hana kepada anak murid
" Nanti guru besar cikgu (pensyarah) nak datang, jadi kena buat molek deh ( perangai elok ), dengar cakap cikgu. Siapa yang ikut cakap cikgu, cikgu bagi hadiah"
Bukan rasuah ye.. tapi peneguhan positif :)
Selepas set induksi ( menarik minat murid ) masuk kepada langkah untuk memperkenalkan tajuk pelajaran
" Hari ni kita nak buat haiwan dengan menggunakan doh ( yang diperbuat dari tepung )
"Plastesin ka cikgu"
"Ye, plastesin tapi diperbuat dari tepung"
Sampai la aktiviti kemuncak iaitu murid di minta buat haiwan menggunakan doh. Nasib hana ada buat model penyu dari doh. Susah juga kalau takda model .
Pensyarah pun berjalan sambil tengok murid buat haiwan menggunakan doh.
"Kamu buat ni pakai apa?"
"Tepung + garam + pewarna sikit"
"Boleh makan tak?"
"Ermm...." (memang tak perfikir pula pasal ni, nak jawap apa ye)
Dalam hati
boleh ke makan? Kan diorang dah main-main dengan doh tu. Tiba-tiba seorang anak murid hana mencelah
"Boleh makan cikgu, tapi kena goreng dulu"
"Haa.. tu lah" jawap hana kat pensyarah
Dalam hati
Bijak juga anak murid aku
Cikgu serba boleh - Biskut Raya
Subjek Kemahiran Hidup
Murid diminta membawa bahan-bahan untuk buat Tart Nenas
Hana terfikir
Kalaulah hana kena ajar subjek Kemahiran Hidup, tiap-tiap minggu hana berkebun je takdanya nak masak-masak, hana mana reti masak.hahaha Tapi apa-apa pun Hana kena belajar gak.huhu
Hana sebagai photographer, nak tolong tapi tak berani. Takut tersilap masuk bahan.hehe
Murid-murid ni macam tak berminat je. Hana yang teruja tengok cikgu buat biskut raya. First time tengok orang buat biskut raya, Mau tak teruja
Murid diminta membawa bahan-bahan untuk buat Tart Nenas
Hana terfikir
Kalaulah hana kena ajar subjek Kemahiran Hidup, tiap-tiap minggu hana berkebun je takdanya nak masak-masak, hana mana reti masak.hahaha Tapi apa-apa pun Hana kena belajar gak.huhu
Hana sebagai photographer, nak tolong tapi tak berani. Takut tersilap masuk bahan.hehe
Murid-murid ni macam tak berminat je. Hana yang teruja tengok cikgu buat biskut raya. First time tengok orang buat biskut raya, Mau tak teruja
Sebenarnya masa ni memang murid diminta tengok apa cikgu buat. nanti baru murid akan buat.
Dah larang jangan main. Tapi main juga. tak kisah la janji tak membahayakan diri
2 orang kanak-kanak rebena ni memang kusyuk tengok cikgu buat biskut raya
Haa tu yang malas nak masak, berterabur habis segala bahan kat meja tu (ceh, alasan ja)
Dah larang jangan main. Tapi main juga. tak kisah la janji tak membahayakan diri
2 orang kanak-kanak rebena ni memang kusyuk tengok cikgu buat biskut raya
Haa tu yang malas nak masak, berterabur habis segala bahan kat meja tu (ceh, alasan ja)
Tiba giliran murid untuk buat bentuk Tart Nenas
Basuh tangan dulu
Bestnya.. Hana tak terlepas peluang untuk mencuba. First time kot..
Jenuh berebut acuan dengan anak murid.haha
Memang kusyuk..
Proses meletakkan jem nenas dan gulung-mengulung
Dah siap..