Bila KeceQ main Ipad 2

Tengok sajo jah. Tekan sini


Sini lah.. 
Eeee geram aku. Duk ajar tak reti-reti lagi


Haa macam tu


Eh, Ko dah potong kuku ka belum? Sedap-sedap je nak main


Dasyat jugak Si KeceQ ni main


PANDANGAN SEMESTA TAMADUN - Tamadun Islam -


Matlamat Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai dua matlamat iaitu matlamat umum dan matlamat khusus.matlamat umum ialah mengangkat islam sebagai ad-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.Matlamat lain ialah memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan selepasnya.Matlamat Khusus pula adalah menjalinkan hubungan manusia dengan Allah pencipta manusia dan alam, mewujudkan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sejagat.

Hubungan Tamadun Dengan Kebudayaan
Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang bersifat sejagat atau universal iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan di dunia ini. Pembentukan kebudayaan Islam telah tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui sumber- sumber asas perundangan Islam iaitu Al-Quran dan Al-Hadis.Sekiranya berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia di anggap sebagai kebudayaan bukan Islam.

Hubungan Manusia dengan Allah Pencipta Alam
Manusia bukan sekadar berfikir tentang penciptaan alam, malah mesti berfikir tentang pencipta alam iaitu Allah s.w.t. Hubungan manusia dengan Allah merupakan matlamat terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Hubungan dengan makhluk lain juga jangan sampai menggugat hubungan dengan Allah.Hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka. Terdapat tujuh implikasi hubungan manusia dengan allah iaitu pengiktirafan manusia yg dicipta, terhadap penciptanya, pencipta manusia dan alam semesta.Kedua, pengiktirafan manusia terhadap keagungan pemerintahan allah dan kebesaran kekuasaannya.Ketiga, mengiktiraf semua nikmat yang diberikan oleh allah dengan bersyukur kepadanya iaitu dengan amalan zahir dan batin. Keempat, supaya manusia mengharapkan rahmat dari Allah. Kelima, supaya manusia dapat mewujudkan perasaan bertanggungjawab. Keenam, supaya manusia memohon dan berdoa hanya kepada Allah.Terakhir ialah supaya manusia yang dicipta akan berasa cinta dan rindu kepada Allah sabagai matlamat kehidupan dan sumber kenikmatan.

Hubungan Manusia dengan manusia 
Masyarakat Islam adalah masyarakat yang berbentuk sejagat iaitu tidak bersifat perkauman, kebangsaan dan tidak dibataskan dgn sempadan geograf. Islam menentang idea dikriminasi perkauman dan ras sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat 
Manusia merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada pada kedudukan yang istimewa iaitu dikurniakan akal dan pancaindera.Islam juga menggalakkan manusia mengkaji alam semesta.. Kesimpulannya, manusia dengan fitrah dan tabii semulajadi akan tunduk akur kepada Allah sebagai pencipta sekalian alam, termasuk diri manusia sendiri.

Dasar Tamadun Islam

Hak-Hak Hidup
Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Tiada sesiapa berhak mencabar hak tersebut. Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan yang hak. Contoh, mempertahankan diri dan hukum bunuh. Antara kaedah Islam dalam menjaga hak-hak hidup adalah kawalan kesihatan dan melawan penyakit, pengharaman perkara yang memudaratkan seperti arak, pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan kehidupan seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.Seterusnya ialah mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan dharurat.

Memelihara Akal Fikiran
Pemeliharaan akal adalah wajib kerana ia lambang kesempurnaan manusia berbanding makhluk yang lain. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran. Islam mengharamkan makanan dan minuman yang memabuk dan mengkhayalkan bagi memeliharaan akal.

Memelihara Kehormatan dan Keturunan
Islam memelihara keturunan manusia. Contohnya terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap semata-mata untuk manjamin keturunan manusia yang sejati dan benar.Segala larangan terhadap perkara-perkara nagatif seperti perzinaan, seks bebas, liwat dan sebagainya adalah untuk memelihara keharmonian dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

Memelihara Harta
Kekayaan bumi bukan milik tertentu oleh itu setiap orang berhak mencari rezeki dengan usaha dan kemampuan sendiri..Kekayaan tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta yang mempertahankan hartanya walaupun ketitisan darah terakhir. Memelihara Hak dan Kebebasan Setiap manusia dilahirkan bebas dan merdeka. Tiada sesiapa berhak memperhambakan orang lain.Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala unsure kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat.Selain daripada itu, setiap penduduk juga diberi kebebsan untuk member pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya.Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian

Sifat Tamadun Islam

Sifat-sifat tamadun islam dianggap unik bebanding tamadun-tamadun lain. Pertama bersifat sejagat iaitu tidak terikat dengan bangsa dan tempat tertentu.Kedua, bersifat terbuka iaitu mengamalkan dialog dan interaksi terbuka antara tamaddun selagi tidak bercanggah dengan prinsip syariat Islam.Sifat ketiga iaitu bersifat sepanjang zaman iaitu bermula dari turunnya wahyu partama iaitu surah Al-Alaq dan tidak pernah berhenti kerana tidak pernah dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga kiamat. Sifat yang keempat iaitu toleransi terhadap sistem agama, keparcayaan atau kebudayaan orang lain.Terakhir, kesatuan dalam kepelbagaian iaitu pembangunan dalam pelbagai bidang dan lapangan bertujuan arah yg satu iaitu meng-esakan Allah dan yakin dgn keagungannya sebagai Tuhan Pencipta Alam.

Ciri-Ciri Tamadun Islam

Ciri-ciri yang pertama iaitu menyeluruh iaitu sempurna.Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu undang-undang, akidah, akhlak dan hubungan sesama manusia.Ciri utama yang kedua pula ialah umum.Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat.Agama Islam juga mempunyai ciri tetap dan anjal iaitu tetap dari segi tujuan tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya.Ciri utama yang berikutnya ialah Ideal dan realistik.Islam sentiasa meetakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat di capai.Ia realistik dari segi mengambil kira reality alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t 


Malam Komposer Muda @ IPG Kota Bharu


Walau sesibuk mana pun, hana tetap tak akan lepas kan peluang nak tengok bakat-bakat komposer dan penyanyi muda ni di IPG Kota Bharu. Sebanyak 15 buah lagu di pertaruhkan. Lagu-lagu tersebut dicipta sendiri oleh bakal cikgu muzik IPG Kota Bharu dan ini merupakan tugasan mereka untuk semester terakhir.

Pengacara majlis (berbaju merah)  juga dari IPG Kota Bharu. Memang berbakat. Hana asyik ketawa je.. Hilang habis segala keserabutan.hahaha.. Dengar kata dia ni akan jadi pengacara majlis untuk Dinner Batch Sem 8 nanti .Caya lah... 

 
Bakat-bakat terpendam.. 

          My classmate Syafiq Seroni lagu yang disampaikan bertajuk Bidadari. Komposer Faiz. Yang berduet tu tak ingat la plak lagu apa..huhu
  

 Hantz, rakan sekelas juga :) komposer Zura. Tempat ke tiga tau.

Tempat pertama di memenangi oleh komposer Tina, lagu Anugerah Kehidupan..


 Import penyanyi luar iaitu adik dari sekolah tempat Tina berpraktikum. Adik ni darjah 6 tapi suara.. Fuh macam Siti Nurhaliza


Di akhir majlis
Penyanyi dan komposer berduet lagu Anugerah Kehidupan. Sedapnya suara diorang..


Barisan komposer dan penyanyi muda

Mesti ada yang kenal Tina a.k.a Fatin

Tina merupakan salah seorang peserta program realiti ‘Tiada Lama Tiada Baru’


Tina (berbaju hitam)

Berat untuk melepaskan kau pergi...


3 tahun 6 bulan kita bersama, akhirnya kita berpisah juga..

Gambar sekadar hiasan
Hana cuba imbas balik kenangan kita dulu...
  •  KAU muncul bila aku perlukan bantuan
  •  Kita sama-sama meredah panas hujan 
  •  Kita pernah ditimpa kecelakaan di sebabkan aku 
  •  Kau sentiasa bersama-sama aku untuk pergi ke mana saja 
Sebelum kita berpisah Hana nak berterima kasih kerana KAU tidak mengecewakan hana, KAU banyak membantu hana jika hana memerlukan pertolongan. Tetapi setelah DIA hadir dalam hidup hana, sedikit sebanyak kehidupan hana berubah. Sebelum hana meneruskan kata-kata ini... 

Hana nak minta maaf kerana menduakan KAU selama 8 bulan dan jika KAU pergi hana tetap akan bersama dengannya. Untuk pengetahuan KAU, DIA datang tanpa di duga. Masa itu hana lebih memerlukan DIA daripada KAU. DIA ada segala-segalanya. 

Itu tak bermakna hana dah lupakan KAU. Segala kenangan suka duka akan hana ingat sampai bila-bila. Hana masih ingat lagi bagaimana kita meredah hujan selama 40minit untuk sampai ke sekolah tempat hana berpraktikum. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Yang paling hana ingat masa kita mengalami kemalangan di depan masjid, badan KAU bercalar habis. Aku hadiahkan KAU badan baru. KAU suka kan... 

Dan sekarang, hana tak nak menyusahkan KAU lagi.  Hana sedih melihat KAU keseorangan bila hana keluar dengan DIA. Walaupun berat untuk hana melepaskan KAU, tapi hana akur dengan perintah TUAN BESAR. Akhirnya, Hana ambil keputusan untuk melepaskan KAU pergi..Hana harap KAU bahagia di sana.

Hana harap KAU faham kenapa aku poskan KAU ke rumah sebenar KAU. Khidmat KAU lebih diperlukan di sana. KAU jangan risau. DIA ada untuk menjadi peneman hana. Dalam masa 2 bulan dari sekarang kita akan bersua juga. 

 TUAN BESAR =  Abah Hana

KAU = Motor


DIA = Kereta


Kesimpulannya
Selepas 3 tahun  6 bulan hana guna motor,  hana terpaksa pos motor sebab pengajian hana di sini dah nak tamat. Kereta yang berumur 6 bulan akan jadi pengakutan hana sekarang sampailah hana habis belajar.

P/s : Ferarri bila nak datang ni :P


Hanya kerana Ayam Goreng

Gara-gara ayam goreng aku terpaksa terima dia....
Ceritanya bermula......

Masa tu aku aku betul-betul lapar. Lapar sangat.... 
Aku mencari makanan. Tiba-tiba terbau ayam goreng. Aku pun mencari punca bau ayam goreng tersebut
Cari punya cari.. akhirnya aku, ternampak ayam goreng di atas meja. Entah meja siapa pun aku tak tau. Aku dengan tak berfikir panjang terus meratah ayam goreng tersebut

Sedang aku menikmati keenakan ayam goreng tersebut....

Ada satu suara menteriak-teriak mengganggu kententeraman aku

"Berani kau makan ayam aku"

 

"Aku... aku..."


"Aku lapar, seketul ni pun jadilah"

 "Ok, aku bagi kau ayam ni, tapi ingat kau kena simpan rahsia ni, jangan bagitau yang kau dah makan ayam ni" 

Beberapa minit kemudian.....

"Rupa-rupanya kau yang makan ayam aku"

 "Ayam kau? tapi dia kata..."


"Ahh... aku tak peduli, disebabkan kau dah makan ayam aku. terimalah cinta aku"  


"Apa?? kenapa aku... Tapi tak mengapa.. aku terima kau"


P/s : Apa motif cerita ni sebenarnya :P . Ayat entah apa-apa. Nak cepat punya pasal
Susah nak update lepas ni.. Sibuk dengan Kajian Tindakan :( 

#1 Sesi Monolog - Pukul Aku,Tamparlah aku..Aku tak kisah

Sesi monolong..luahan perasaan untuk diri sendiri  

Kalau kau tak puas hati atau marah kat aku, kau tamparlah aku.. kau pukullah aku. aku tak kisah. Sebab itu hanya meninggalkan kesan yang sedikit demi sedikit akan hilang

Aku nak kau tahu, aku tak nak kau tengking-tengking aku, cakap kasar dengan aku, perli-perli kasar sampai menusuk hati aku. Itu sebenarnya lagi sakit berbanding kau tampar dan pukul aku. Sakit sangat bila kau buat kat aku macam tu, aku nak kau pukul aku sekarang daripada kau tengking-tengking aku !!!

Kau tengking-tengking, cakap kasar dengan aku akan aku ingat sampai bila-bila sebab melibatkan hati dan perasaan aku kau tau tak. Aku pernah marah kau tak? ada kan.. aku marah kau sebab kau tengking-tengking aku... Macam mana aku marah kau? aku tak tengking-tengking kau tapi aku pukul-pukul benda yang berada di sekeliling aku sebab aku tak tahan dengan kau yang suka tengking-tengking aku.. Kalau aku sakit hati, aku diam ja kan. Ada kau tahu aku sakit hati, ada aku tengking kau sebab aku sakit hati kat kau... takda pun..

Jadi kalau kau marah aku, kau pukullah aku... aku tak kisah sedikit pun.


Wanita Ini Umur 44 Tahun Tapi Masih Kelihatan Seperti Umur 20 tahun


                                        
    













Masako Mizutani masih mempunyai wajah seperti gadis remaja padahal umurnya sudah mencapai 40 tahun.  Masako berasal dari Jepun dan dikenali sebagai “Japan’s Lady Of Eternal Youth” atau wanita Jepun yang memiliki kecantikan abadi. Ketika ini usianya sudah 44 tahun  tetapi masih mempunyai wajah seperti gadis remaja 20-an.

Masako Mizutani dilahirkan pada tahun 1968 dan tinggal di Nagoya, telah dikurniakan 2 orang anak dan yang sulung berumur 21 tahun. Lebih mengkagumkan pada Masako adalah tidak nampak pun kerutan penuaan pada wajahnya.

Beberapa tips kecantikkan yang disebutkan oleh Masako adalah memperbanyakkan minum air putih yang berfungsi untuk membuang racun dalam badan, memakanan makanan yang mengandungi konsumsi sihat dan segar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar serta menggunakan krim wajah yang mengandungi vitamin E. Jangan lupa untuk tidur yang cukup dan tidak merokok.

Masako memerlukan waktu selama 5 jam untuk merawat wajahnya, dengan membersihkan wajah, memakai toner, pelembab, sunblock dan krim Vitamin E dan kadang-kadang pergi ke facial saloon. Tidak ada yang pelik dan aneh yang dilakukan oleh Masako untuk merawat kecantikkan dan kesihatan dirinya. Semuanya seperti yang dilakukan wanita umunya. Sederhana kan?

Agak-agak DIA ni awet muda tak?

P/s : 5 jam untuk merawat wajah? tak sanggup. 5 jam tu boleh tidur, tengok tv, online dan lain-lain.hehe

 

Pavlova tu Dealova ka?

Erk.. bunyi macam lagu Dealova ja..

Layan dulu video khas ni


Mana hana?? tak nampak.. buka full screen ek :)

Berbalik kepada Pavlova

Pavlova ni sejenis puding or kek? Nak sangat makan lebih-lebih lagi kalau puding. Kalau makan kek cepat muak. Kalau puding, hana tak bagi siapa pun makan. "Puding ini aku punya. hahaha"

        
       
   









Hana dah cari kat kedai kek tapi takda pula pavlova ni.  Takkan hana nak buat sendiri? hahaha tak mungkin. Jadi di sini hana nak buka peluang kepada sesiapa yang inginkan hana jadi juri untuk merasa pavlova yang korang buat tu, boleh ja. hana tak kisah pun :) Jangan segan-segan..

Jadi.. tunggu apa lagi, dengan sepantas kilat korang pergi buat pavlova. Pemenanag dikira berdasarkan
  - Keasyikan hana menikmati pavlova
  - Uniknya pavlova tersebut
  - Hiasan
  - Cara korang mempersembahkan pavlova (dalam bentuk kotak, frame, belon udara panas, dan sebagainya)

Ok hana bagi masa... ikut suka korang lah nak minta hana rasa pavlova tu bila-bila masa ja.hehe


Sebelum bergelar Guru


Cita-cita hana masa sekolah rendah, hana nak jadi Nurse. Cita-cita tu timbul sebab hana tengok Nurse semuanya segak, smart, kemas, bersih. Sebab pakaian diorang tu putih.hehe Masa tu Hana tak fikir pun susah senang kerja Nurse ni.


Sehinggalah sekolah menengah hana bercita-cita nak jadi nurse. Serba sedikit hana tahu mengenai tugas nurse ni. Memang mencabar. Orang kata masa praktikal, bakal-bakal nurse kena tidur di bilik mayat. Eh betul ke? Entah la tak pasti pula kebenarannya. Namun, perkara tu tak membatalkan niat hana untuk bergelar nurse. Hana yakin hana mampu lakukan.

Lepas SPM, hana apply untuk menjadi nurse. 2 3 tempat juga hana apply. Tapi keputusan tak berpihak kepada hana. Hana pasrah..Masihkah ada peluang untuk hana bergelar nurse???

Pada masa yang sama juga, Hana apply untuk masuk Politeknik cos Setiausaha


Kenapa setiausaha? Sebab hana nak bina keyakinan diri hana untuk berdepan dengan orang ramai ( hana kan pemalu orangnya). Berbekalkan minat, sebagai pendorong untuk hana melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Hana yakin hana dapat masuk Politeknik. Lagipun dulu, hana aliran teknikal.

Hana juga apply untuk masuk Institut Pendidikan Guru cos cikgu lah.hehe


Sejujurnya... ku tak biasa family hana yang suruh hana apply cikgu. Hana ikut je tapi hana nak nurse jugak. Minat sebagai guru ada tapi masih berharap peluang untuk jadi nurse. Sebak juga masa tu. Tapi bila di fikir balik tugas nurse dan cikgu lebih kurang sama. Dua-dua bidang bekerja dengan masyarakat.

Akhirnya hana diterima untuk temuduga sebagai guru pelatih. Ada ujian, perbincangan kumpulan dan individu. First time ditemuduga. Berdebar-debar rasanya. Tiba giliran untuk sesi individu di mana hana bersama-sama 3 orang penemuduga. 

Hadapi dengan senyuman :) Dengan senyum akan membuatkan kita rasa lebih tenang. Padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Bla..bla..bla.. Last skali penemuduga tu suruh hana menyanyi lagi Twinkle Twinkle Little Star siap dengan gaya sekali. Alamak malunya (sekali lagi hanakan pemalu orangnya). Hana pun menyanyi entah apa-apa dengan gerak tangan je.haha. Dengan slamber badaknya hana kata kat penemuduga tu

"Saya tak pandai lagu English"

"Bukan awak ambil English ke?"

Dengan muka ketidakpuashati hana menjawab 

"Taklah saya ambil Bahasa Melayu"

Dia check file..

"A'a betul awak ambil Bahasa Melayu, Awak menyanyi lagi Bangau Oh Bangau lah"

"Haa nyanyi lagi?"

Ternyata ketidakpuashati terserlah di situ

"Ye"

Hana pun menyanyi. 

Bangau oh bangau kenapa bla...bla...bla...

Selesai juga temuduga individu tersebut. Lebih kurang 30minit juga sesi tersebut.

Hana menuju ke pintu keluar. Huh, takda harapan la hana nak jadi cikgu. Menjawab je kerja hana. Redha jelah...

"Awak"

Hana pandang ke penemuduga tu

"Muka awak lembutlah memang sesuai jadi cikgu, Keyakinan dan keberanian awak memang bagus"

Senyum tak perlu kata apa-apa :) 
(Lembut ke muka aku ni)

Sebulan selepas itu, Hana  diminta lapor diri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu :)

Beberapa minggu selepas hana masuk IPG, hana dapat tawaran KPTM Kota Bharu cos JURURAWAT. What??? tak mungkin ku berpaling pada mu yang telah pergi . Maaf hana dah suka kerjaya guru. Selamat tinggal Nurse.. (dalam hati sedih sangat)

Sebulan selepas tu, SMS dari abah

"Adik, buka laman web ni"

Hana buka

Haa.. hana dapat Politeknik Perlis cos SETIAUSAHA. Beberapa kali hana ofline online nak dapatkan kepastian betul ke apa yang hana tengok ni. Terpaksa hana lepaskan juga..

Hana suka kerjaya GURU


Wordless Wednesday #19 - berbantal lengan tidurku



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Keraian Semester 8

Tempat 
Crown Hotel Kota Bharu

Masa
8.00 - 12.00 malam

Penyertaan 
Semua ahli di bawah Jabatan Pendidikan Khas IPG KKB

Ehem ehem dan semester 8 sudah hana ni. lagi sebulan lebih lagi nak habis belajar.Yehaaa

Haruslah ada gambar sebagai permulaan cerita kan. hehehe


3 Suara


Sebelum majlis bermula


Berikut merupakan entry Kisahnya bermula........ 

Hana dijemput untuk bersama-sama menjamu selera di meja VVIP. Weh hana tak nak.. Nanti makan tak boleh la hana nak berebut dengan korang. huhu nanti siapa yang nak snap gambar korang kan kan. Tapi nak buat macam mana kan Hana sebagai selaku ketua kelas, kena redha je lah. ^wink wink^ dengan penuh sopannya hana menyusun langkah menuju ke meja VVIP bersama-sama dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas

Pukul 8.30 makanan di hidangkan. Ok best juga bila berada sebaris dengan VVIP ni layanan pun macam VVIP.hehe tapi yang tak bestnya bab makanan. Nak dijadikan cerita....

Round 1 
Hana makan soto sambil tengok dan snap gambar persembahan. Lambat lagi giliran kelas hana buat persembahan. Hana tengok kaum kerabat (rakan sekelas) kat belakang. Amboi diorang seronok sakan siap bergambar lagi. Ini boleh gaduh ni. Siapa pula yang nak ambil gambar hana.huhuhu ok lawak ja ek. jangan marah kawan-kawan. Saja buat gempak sikit. I love u all.

Round 2 
Nak makan nasi pula. Berciri-cirikan Perempuan Melayu Terakhir, Hana meminta pelayan tu letak nasi atas pinggan hana. Hana pilih ayam masak merah sebagai lauk utama hana ( ayam masak merah ja yang ada pun). Alaa nak p toilet kejap. Jauh la pulak. Hana pun berjalan ala-ala catwalk. "Hye Hana, comel la awak hari ni, boleh ambil gambar..autograf sekali ye" (Ops, ada peminat rupanya). Ok lawak. Hana nak cepat-cepat pergi ke toilet sebab tak nak terlepas persembahan.

15 minit kemudian

"Aik, kenapa meja ni kosong?, hana baru nak makan nasi ni"

"Pelayan tu dah angkat semua"

"Apa?, baru pukul 10 kan?, ada makanan lain ke?"

"Entah"

Hana pun ternanti-nanti makanan lain akan sampai. Tapi tak juga sampai-sampai. Alahai.. sabar jelah. Ada seorang pelayan ni tanya nak tea or coffee? Of course la tea. Hana tak minum kopi. Ok tea tersebut merupakan hidangan terakhir hana. lapar kot.. Sehari suntuk tak makan semata-mata tunggu makanan untuk majlis ni. huhu sedih tak..

Yoo.. Eh eh peace :)


kenangan #5 - Cikgu merajuk?


Satu hari hana masuk ke kelas. Hari tu memang murid bertingkah laku diluar jangkaan hana (nasib bukan waktu pensyarah menyelia). Murid masing-masing buat perangai masing-masing. Macam mana nak mengajar kalau murid tak bagi tumpuan. Hana pun bagi kerja mengikut apa yang diorang minat. Of Course la berkesan. Tapi satu murid satu sukan kerja. 3 orang murid, 3 kerja yang berlainan. Satu per satu hana kena terang kat setiap murid tu. Nak terang bagi faham pun dah 15 minit. Kalau 3 orang murid?

Masa hana bagi penerangan kat Dina, Ahmad  bersuara


"Cikgu, Aini ambil barang dari beg cikgu"

"Aini, letak balik barang cikgu dalam beg"

 "Tokse (tak nak)"

"Takpa lah Aini buat kerja dulu ye.." 


Tiba-tiba hana nak guna barang yang di ambil Aini tu.
Dengan suara yang ala-ala Nora Danish. Eh, suara Nora Danish manja ke tak? haha


"Aini, bagi balik barang cikgu, Sayang cikgu tak?"

"Tokse" 


Huh, tak berkesan. Ini menunjukkan suara ala-ala Nora Danish tak sesuai untuk proses pemujukan. : P

Hana pun pergi ke arah Dina, mintak dia tolong pujuk Aini supaya bagi balik barang hana.haha siap pakai orang tengah lagi. Sebenarnya ini juga merupakan teknik untuk mengawal emosi. Tapi tak berkesan...

Teknik terakhir (takda dalam buku ye :P)


"Ok lah cikgu dah nak keluar ni"

"Masa cikgu kan tak habis lagi"

"Cikgu majok (merajuk), cikgu tokse dah masuk kelas ni, cikgu nak masuk kelas sebelah (sambil berjalan menuju ke pintu)"


Proses pujuk memujuk berlaku di situ, ada yang pegang beg, ada yang ambil kasut tak nak bagi hana keluar. Aina yang berada di tempatnya bersuara


"Cikgu, tokse ah tubik (keluar). Nah barang cikgu"(sambil peluk dan salam tangan hana tanda minta maaf )


Budak-budak ni buat hana serba salah pula.  Tapi teknik tu berkesan.

P/s : Siapa kata kerja cikgu senang??? 


Snowgurt ??? Macam Tutti Frutti je...


Baru buka di Pengkalan Chepa, Kelantan. Sekarang ni tengah promosi diskaun 30% selama sebulan. Takkan tak cuba kan. hehe


Hana pandang ja wallpaper dinding kedai ni, mata hana tertumpu pada buah epal hijau tu. Menyelerakan.. lama bebenor tak makan epal hijau.


Maaf baru teringat nak snap gambar.hehe

Sedap macam Tutti Frutti jugak. Hana bagi 4 bintang untuk Snowgurt :)

Pernah dengar pasal Frutti Frutti ? kalau belum, klik


Wordless Wednesday #18 - Mencari Teman -


       P/s : Pandai sungguh penulis berkata-kata :)


Awan angan-angan


Tiada apa yang nak diluahkan...

Cuma sekali sekala bila keseorangan tiada tugasan yang nak dibuat, terlintas dalam fikiran bagaimana hidup kita di masa akan datang, mungkin 2 3 tahun akan datang. 

Tapi selepas awan angan-angan tu hilang (awan angan-angan?). Hana pun kata pada diri sendiri dan selalu berpegang kata-kata "biar masa yang menentukan segala-galanya". Hana cuma ikut je. Tapi pada hakikatnya bukan masa yang menentukan segala-galanya tapi kita yang seharusnya menentukan hidup kita. Betul ke?


Hana rasakan perjalanan hidup hana ni lurus je. Padahal tak nampak lagi jalan di depan tu bersimpang 3 ke 4 ke. Selurus mana pun perjalalanan kita ni , kadang-kadang terpeleot sikit disebabkan peristiwa yang kadang-kadang menyebabkan hana down dan terpaksa berehat seketika unuk meneruskan perjalanan hana yang lurus itu :P Yang paling penting hana tak akan u-turn. Rugi masa hana ja nak ulang jalan yang sama :)

Erm... kejap guna perkataan 'hana' kejap guna perkataan 'kita'. Ikut sedap hana je nak taip

p/s : Percaya tak dari dulu sampai sekarang hana berangan nak memiliki sebuah kereta Ferarri.haha walaupun hana tahu hana tak mampu nak memiliki kereta tu.


kenangan #4 - Pipi cikgu lembut la


Pada kebiasaanya, 15 minit sebelum kelas bermula (selepas waktu rehat), murid akan bermain di ruang taman permainan di hadapan kelas. Hana dan bebarapa cikgu  yang lain berbual-bual sambil memerhati murid bermain. Sifat hana yang kebudak-budakkan ni mendorong hana untuk bermain jongkang-jongket lebih-lebih lagi bila di ajak oleh murid. Berebut-rebut nak main dengan cikgu. hehehe Siap tarik tangan lagi.

"Ye ye cikgu datang ni"

Seronok tengok diorang happy

 Mr Google

Sedang hana berbual-bual dengan murid bertentangan dengan hana, datang seorang murid ni pegang pipi hana

"Hye Nabil, kenapa pegang pipi cikgu"

"Aaa., pipi cikgu lembut la.kenapa pipi cikgu lembut"

"Haa Nabil suka kat Cikgu Na ye.." Tanya salah seorang cikgu

"Tak lah (Malu-malu kucing). Kenapa pipi cikgu lembut?"

"Lembut sebab cikgu selalu cuci muka, barulah muka nampak bersih dan lembut" jawab hana dengan nada yang manja

"Nabil selalu cuci muka tak?"

"Saya selalu cuci muka"

Hana tersenyum. Datang cikgu berbadan besar lalu di hadapan kami

"Kenapa badan awak macam Dinasour?"

Alahai budak-budak ni.... memang jujur. Itu lah mereka Kanak-kanak Khas

P/s : Banyak lagi kejujuran diorang yang kadang-kadang membuatkan hana ketawa. :). Next entry ok..


Cikgu Cantik Pelajar Tidak Ponteng Kelas


Seorang guru mengajar subjek bahasa Inggeris yang bernama Lin Xuewei menjadi terkenal secara tiba-tiba di Guangdong University of Foreign Studies Business College. Dia menjadi popular bukan kerana memakai pakaian yang ketat dan seksi tetapi kerana kecantikan semulajadinya sehinggakan dia digelar "Goddes Sister".



Disebabkan kecantikan yang dimiliki oleh Lin Xuewei, kebanyakan pelajar-pelajar di universiti tersebut tidak lagi ponteng kelas apabila cikgu bahasa Inggeris ini masuk mengajar. Menurut rakan sekolah sekolahnya dahulu, dia digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kecantikan yang sangat sempurna.

Ada juga yang berjenaka dengan mengatakan kalau la dari dulu lagi cikgu-cikgu yang mengajar bahasa Inggeris ini cantik, sudah tentu prestasi subjek bahasa Inggeris meningkat. Ada juga pelajar yang menulis untuk meminta Kementerian Pelajaran supaya mula mengambil guru-guru yang cantik sebagai tenaga pengajar.

Seorang lagi bakal cikgu yang menyebabkan pelajar tidak ponteng kelas..



Eh eh silap upload gambar plak.hehe

Nampak gayanya.. guru yang ponteng kelas sebab di buli oleh pelajar .hehe Ok just joking


Jika guru tersebut mempunyai sifat-sifat yang di sukai oleh pelajar insyallah guru tersebut akan di sayangi pelajar 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...