Catatan Ringkas Hari Raya Aidiladha

Catatan ringkas oleh Pik (classmate) sepanjang Hari Raya Aidiladha yang hana copy dari status FB dia :)

Seawal 6.30...
" Pik... ak dah kt depan..." kata si pemilik JMP (Classmate)...
" Ok2 jap.... " ak  jawab.. terus lengkap berbaju melayu... bersongkok...
JMP terus memecut besama KDD (hana) ... ak tumpang diorg je...

8.30 pagi....
" kita singgh semayang raya kt masjid sini la.. Ok..."
tgh2 cri parking da tahiyat akhir... erm... (Tak sempat sembahyang) 
9.00 pagi....
Petronas kami singgah... kami menjamu hidangan pertama di Hari Raya Qurban ni dengan secawan Maggi Cup... sorg satu... Sedih. (hana makan keropok Super Ring. Alaa yang bulat-bulat warna oren tu) 
  10.00 pagi...
Sampai da K. Berang (Rumah Epi)... Erm Syok wo... Jln umah Epi (classmate)... makan2... siap tolong TGK je org lapah lembu... hahaha.. air kelapa pandan SATU! (Air kelapa pandan memang menyelerakan)
   
12.00 tghri...
Bejalan2 ke umah paiz (Romate Pik) kt sana juga.. Nasi dagang, bihun goreng... ngn ak x penah makan benda ni... jering rebus makan ngan kelapa.. ok juga...(Hana tak makan jering)  
2.00 ptg...
Makan2...siap2 tgk sungai... balik.... Tq la Mat Pie (Epi) ngan Mat Yid jamu kitorg...
Mat Pie (biru) dan Mat Yid (pink) adalah kembar seiras. Nama pun kembar jadi serba serbi sama. Suara pun sebijik. Nak bezakan diorang ni dengan baju yang diorang pakai ja
4.00ptg...
Trus berdesup ke pasir putis (Pasir Puteh)... Umah Abe Ku (Classmate) aka Kak Ipah kata Ajwad...

8.00 mlm...
siap2 semayang... makan3 lagi... pergh.. mabuk makanan ak ari ni... siap tlg lap pinggan lagi...(Hana pemerhati sepenuh masa, ramai betul saudara mara dia yang datang, semua kerja diorang buat, hana nak buat apa?)

11.00 mlm...
Sampai umah tebongkang.... nite All... zzz.....

Salam Aidil Adha
Keesokanya kami berkelah di airport :)
  P/s : Pertama kali beraya di negeri orang. Meriahkan beraya di Pantai Timur.  

Hadiah dari blogger fifa3290

fifa? peminat bola agaknya... :)


hadiah apa tu??

tadaaa.....



Hadiah sempena follower yang ke 200.
Erm... matching dengan baju apa ye?Tungguuuu... 

P/s : Pemberian ke 2 dari blogger selepas kad raya dari Boni Kacak :) 


Glamorous Night “A Moment To Remember”


     Tarikh   : 19 Oktober 2012
     Masa     : 8.00 hingga 10.30 malam (baliknye pukul 12)
     Tempat : Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan
     Tema    : Glamorous Night “A Moment To Remember” (cukup ada lip lap lip lap sudah lah)

Majlis bersempena dengan perpisahan setelah 5 tahun 6 bulan bersama di IPG Kota Bharu

Masuk dalam dewan, Hana terasa macam ada acara malam anugerah pula. Jalan atas karpet merah, dikelilingi oleh artis-artis yang wooww. Sekali sekala cikgu nak berglamer apa salahnya. Sampai hana sendiri tak cam kawan-kawan 1 batch.hehe 

Kami je yang mantain cute miut, Tidak bermake-up pun ( iklan inner shine)




1 meja 10 orang
Haa kira orang dalam gambar tu..Tak cukup seorang maknanya seorang lagi tu ambil gambar.hehe (selamat kamera habis bateri)

Meriah dan menyeronokkan. Majlis perpisahan kot tapi perasaan sedih takda pula. Erm... rasanya semua orang pada malam tersebut, happy je, terhibur dengan persembahan.

Sementara tunggu majlis bermula....


Setiap orang dapat bear.. 

 Sebenarnya AMT dah tempah photographer untuk snap gambar semua ni. Masalahnya hana tak suka orang ambil gambar candid.hahaha Entah apa la reaksi muka masa candid tu kan. Jadi  semua gambar tengok kamera je.

Majlis ni diselitkan dengan persembahan. Sambil makan ada persembahan. Tapi makanan habis 15 minit selepas pengerusi majlis meminta semua hadirin menjamu selera..Nak dekat hujung majlis lapar balik :)
 
Couple of The Year

Sempat je kalau tengah makan tiba-tiba terbangun bergambar. Lepas tu sambung makan balik. hahaha




Kat luar dewan ada pentas kecil untuk bergambar. 

    



Hahaha hana suka pegang perkataan ni “Cikgu Glamour” . “Cikgu Glamour” bagi hana membawa maksud hana akan jadi Guru Pendidikan Khas yang disayangi dan disukai oleh murid-murid khas hana nanti :) (teringat masa praktikum) Hana harap anak murid hana nanti suka dengan kehadiran hana disekolah tersebut. Tak sabar rasanya nak mengajar anak-anak istimewa :) 

Manis tak kalau ada taring ?


Sebut ja taring mesti terbayang pontianak. Tapi hana terbayang vampire.hehe

Orang kata kalau ada satu taring samada di sebelah kiri atau kanan, orangnya manis bila senyum kan..Hana ada seorang kawan ni. Dia cantik ditambah dengan taring di sebelah kiri, bertambah manis senyuman dia.


Macam mana pula kalau ada sepasang taring??? Manis tak kalau dia senyum?


"Yaeba" adalah istilah yang bermaksud 2 gigi yang diubah menjadi seperti taring menjadi kegilaan terbaru anak-anak remaja terutama gadis di Jepun kini.  Di Jepun, gigi taring seperti vampire ini menjadi kegilaan dan membuatkan mereka sanggup mengubah suai gigi mereka untuk mengadakan gigi taring seperti vampire.  

Menurut kajian di Jepun, trend unik ini menjadi kegilaan disebabkan ramai lelaki Jepun sangat menyukai gadis-gadis yang ada taring macam ni.

Huh, kena merantau la hana ni.. Ok flight hana ke Jepun dah sampai. pergi dulu :P

P/s : Entry khas untuk seseorang yang megatakan hana langsuir.hahaha kejam giler orang tu. Apa kes langsuir. Kalau vampire barulah international sikit.hehe. Sepupu hana pun ada taring macam hana gak. saudara mara selalu kata kami adik-beradik. Ada gak yang tertukar nama.


Rupa kami ada iras-iras sikit tak??


KAMI berbaju oren

Hari tu KAMI berbaju biru sekarang berbaju oren.

Masa ni ada pengambaran 1 batch yang terdiri daripada 200 lebih guru pelatih. KAMI sepakat nak pakai baju oren ni baru bersinar sikit mata korang tu.hahaha

Pengambaran ni untuk dihadiahkan kepada pihak IPG Kota Bharu.

Lepas ja habis pengambaran, giliran KAMI pula nak bergambar :)

bersama pas kenderaan untuk ke Annual Dinner esok :)


                      

Semoga bersahabatan kita akan kekal selamanya.. Biarlah apa pun 'orang' nak kata, hana tetap macam ni 

p/s : Yeaaah masalah satle, tapi masalah tak dapat tengok video tu belum satle :(

Apa pasal pula ni...

Penatnya beraya hari ni..Dari pukul 7 pagi terus gerak ke Kuala Berang Terengganu. 2jam lebih gak..beraya rumah kawan-kawan kat sana. Kemudian singgah Pasir Puteh beraya rumah kawan kat sini pula. Sebelum ni 

Hana hanya dengar cerita ja yang yang Hari Raya Haji kat Kelantan lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri. Dan sekarang Hana merasai beraya DI bumi Kelantan ni..memang meriah.Dah macam raya puasa pula.haha 

Point utama sebenarnya... Nak bagitau yang sekarang laptop Hana tak boleh buka buka dashboard blog.huhu untrusted apa benda la Hana pun tak tau.lepas ja sejam macam tu, mozilla firefox tak berfungsi. Ish.. Ritu line tak detect, sekarang dah detect tapi Mozilla firefox pula tak boleh buka..dugaan betul la. 

P/s: tq siapakah yang komen entry sebelum..Hana belum try lg download java. SEBAB tak dapat buka Mozilla..

Lepas format terus jadi pelik

Ehem.. ehem.. dapat juga kawe blogwalking. Semenjak laptop kawe tak detect internet ni, hidup kawe serba serbi tak kena..buat kerja lain teringat rakan-rakan blogger kat sini yang membuatkan kawe tersenyum ala-ala Ronald McDonald. Rasanya nak dekat-dekat exam ni, kawe jarang blogwalking.Tapi entry tetap berjalan macam biasa.hehe

Berbalik kepada masalah tak detect internet ni, kawe pun pergi la format laptop degan harapan dapat pulihkan laptop kawe tu.. Alhamdullilah laptop dapat dipulihkan. First skali terus buka blog. hehe Rindunya kat blog hijau kawe ni....

Tapi masalahnya...

1. Kawe tak dapat tengok video yang kawe upload kat entry kawe ni.. Cuba tengok entry kat bawah tu.. demo buleh tengok ka video tu?? kawe tokleh tengok..huhu

2. Kawe reply komen seorang blogger dalam entry kawe ni, tapi komen kawe tu masuk dalam spam.  kehairanan di situ..

3. Microsoft Word dah tukar ke 2007,  sebelum ni 2010. Tak dapat la nak buat power point presentation yang gempak-gempak (ni pun satu masalah ok)

p/s : Demo pahe ke dok kawe tulih ni ? Respon pliss..camna nak atasi masalah 1 tu
 

Will You Marry Me ?


Rahsia Wanita Api Tanah Angin dan Air


Masih belum dapat blogwalking.huhu

 By : Mr Google

WANITA TANAH
Taurus ( 21 April - 20Mei ) , Virgo ( 24 Ogos - 23 Sept ) dan Capricon ( 22 Dis - 20 Jan )

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa


WANITA API 
 Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Leo ( 24 Julai - 23 Ogos ) dan Sagittarius ( 23 Nov - 21 Dis ).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


WANITA ANGIN  
Gemini ( 22 Mei - 21 Jun ) , Libra ( 24 Sept -23 Okt ) dan Aquarius ( 21 Jan - 19 Feb )

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


WANITA AIR  
 Cancer ( 22 Jun - 23 Julai ) , Scorpio ( 24 Okt - 22 Nov ) dan Pisces ( 20 Feb - 20 Mac )

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

P/s : Ada yang betul tak ? hehehe


Wordless Wednesday #20 - Happy Family-

P/s: kenapa la laptop Hana tak boleh connect Internet ni!!!

2 tempat baru ditemui

Tahun ni 4 kali hana pi Cameron Highland. Sebenarnya kali ke 4 ni baru hana tahu kewujudan tempat ni.. Korang ingat tempat apa sebenarnya?huhu
GUNUNG BRINCHANG
By : Mr Google

Perjalanan ke Gunung Brinchang dalam 11 km kot dari Tea Centre Sungai Palas a.k.a Anjung Ombak Rindu. Masa tu hujan rintik-rintik cuba bayangkan di gagahi juga kereta hana tu untuk naik ke atas. Risau tu memang risau tapi bila lagi nak jejak kat situ kan. Tapi sayang kerisauan tu menyebabkan hana tak sempat nak snap gambar asyik tengok jalan je. Tak ada tempat berhenti kat situ, cuma laluan semata-mata. Lalu jalan lain keluar jalan lain. Laluan pun muat-muat kereta ja. tapi ada simpang-simpang yang membolehkan kereta untuk berselisih. (Erk.. betul ke ayat tu)
ROSE CENTRE
Pertama kali hana sampai Cameron ni, hana tercari-cari jugak signboard berkaitan dengan bunga ros. Tapi tak jumpa. Dan kali ke 4 ni baru hana jumpa itu pun nyaris-nyaris hana ingat taman tu dalam proses pembinaan. Tiba-tiba terlintas nak naik kereta lalu kat kawasan tu. Wow, taman ros betul la. RM5 untuk masuk. Aik, dapat peta..

"Peta? boleh sesat ke dalam ni?"

Senyum-senyum je penjaga kaunter tu

Nama pun Rose Centre mesti banyak bunga rose, bunga-bunga lain pun ada tapi kurang. Ada yang bunga ros besar gedabak. Ada yang ros kecik-kecik comel :)

"Apa kata kita ikut laluan peta ni, jangan potong jalan haa?"

Bersimpang-simpang laluan tu. Sanggup patah balik supaya tak terlepas setiap laluan..


Rehat sebentar

"Dalam peta ni ada tulis  Snow White la, jom kita jalan lagi"

"Tu Snow White" sambil menunding jari kat atas bukit (betul ka menunding?)
Hana and The Seven Dwarf 

Dari pukul 2.00 ptg sampailah pukul 3.30 ptg asyik berjalan ja. Banyak lagi yang hana tak jumpa macam Shoes House, Rose Towel dan banyak lagi.. Penatnya berjalan sebab kawasan berbukit.

Di Shoes House
Depan shoes house ada la naga ni. Hujan masa ni... Sepatutnya kat tangan hana ada payung dan peta. Tapi payung tu tercicir kat mana pun tak tahu dan peta tu dah terkoyak.hehe

Pukul 4.30 sampai puncak. Gambar? handset habis bateri, mana nak tahu nak naik sampai menara tu. Tiba-tiba terlintas 

by : Mr Google

Perjalanan hana dari taman yang bersimpang-simpang ada macam-macam benda sampai lah puncak yang ada tulis ROSE CENTRE (putih) tu. Pemandangan dari puncak memang cantik ada kabus-kabus sikit.

"rugi pulak ambik gambar banyak-banyakk kat bawah tadi. Bunga ros tu 1 gambar sudah la kn" 

Kalau tidak boleh save bateri. Rehat-rehat kejap sementara nak turun balik. Hujan pun hujan la bukan lebat pun. Janji dapat rehat. Kena bagitau pengurus tempat ni suruh buat tempat berteduh dan toilet. huhu

"Sekarang pukul berapa"

"Pukul 5. kenapa"

"Taman ni tutup pukul berapa?"

"Alamak"

Belek-belek peta

"Macam mana kalau sesat? peta dah hancur ni (kena hujan), mana larat nak jalan laju-laju, tengok la hana pakai apa"

"Ish, nak naik bukit pakai skirt, kasut tinggi-tinggi"

"Mana nak tahu kena panjat-panjat ni"

Dalam hati "Eleh tadi masa naik tak nak tegur sekarang baru nak tegur, apa kes."

Dengan sepantas kilat. hana pun turun sampai bawah, lenguh tapak kaki. Tak kisah lenguh jangan sesat sudah tak pasal-pasal bermalam dalam taman tu.

Malam tu, jenuh menghilangkan kotoran degil di skirt putih hana.


1001 Cerita #1

Seperti kebiasaan ketika tiada pensyarah, kami satu kelas akan berbual-bual. Ada yang cerita pasal aktiviti, masa depan, kenangan lalu dan lain-lain lagi Hana macam biasa manjadi pendengar setia dan akan angkat tangan jika hana 'blur'.hehe (yang angkat tangan tu tipu semata-mata)

Semester terakhir ni, lagi banyak cerita yang dikongsi sepanjang 5 tahun 6 bulan bersama. Ada kawan seorang, buka cerita pasal ni..


Gambar di ambil semasa latihan 'Budi Bahasa Budaya Kita' tahun 2007. Kanak-kanak rebena lagi. Nak pergi makan nun jauh di sana kena berjalan kaki (masa ni tak ada motor). Pergi kedai dalam keadaan lapar, pastu habis makan nak jalan ke IPG, lapar balik.hahaha
Cerita lagi..
"Kita ni sebenarnya tak boleh nak handle majlis rasmi  macam Perbentangan Kajian Tindakan baru-baru ni. Tapi bab-bab handle sukan ke benda yang boleh main-main kita semangat nak buat macam sukan tradisional congkak, sukan ragam, teater kanak-kanak, buat menara pakai straw. Alaa semua yang main-main tu"

"Hahaha a'a kan memang betul. Tapi ada ja yang kita handle majlis rasmi cuma kita tak aktif sangat pasal perkara tu"

 
Cerita lagi...
Yang paling bestnya. kita suka bergambar. sikit-sikit nak bergambar. Cuba buat album kelas kita sepanjang 5 tahun 6 bulan ni. Erk.. harus ke? Buat album dalam laptop je lah.hehe
Gambar yang ber'edit-edit' dalam blog hana ni semuanya hana serahkan kepada kawan Hana yang berbaju merah tu.haha Hana tak pandai nak edit-edit, Kalau hana edit, gambar edit dengan tak edit sama ja.haha
Cerita lagi...
"Hana, mula-mula saya nampak ko, saya ingat ko sombong"

Semua tengok hana

"Haha, memang orang kata hana sombong tapi tak kan kan kan?"

"Lagi satu, muka Hana macam Harry Potter"

"Betul, dengan spek bulatnya..Ada la iras-iras Harry Potter"

"Malu i, dari dulu sampai sekarang masih Harry Potter tak? hahaha, ingat korang dah lupa pasal Harry Potter tu. Kan dah lama korang samakan hana dengan Harry Potter "

cerita lagi...
Dah habis sudah. nanti update lagi pasal ni ok.


Viva La Vida Loca - DONE-


Tajuk entry kali ni merupakan ayat pemintal lidah yang baik :)



Selesai sudah viva a.k.a Pembentangan Kajian Tindakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar 

SEBELUM PEMBENTANGAN


Huh nampak tenang ja. Dalam hati siapa yang tahu

SEMASA PEMBENTANGAN

                      



Slaid hijau maka hana pun kena la berhijau jugak.hehe hijau kan mendamaikan.. Semasa pembentangan hana sentiasa tenang.hahaha.

Sebenarnya hana alah dengan mikrofon :P pegang ja mikrofon jadi risau dan tak yakin macam pra pembentangan hari tu. Penerangan hana berterabur habis. Tapi pembentangan yang sebenar ni hana tak pegang mikrofon. Tu yang dapat pujian. satu per satu hana terang, tak gelabah biawak :) Satu lagi pujian berkaitan dengan tajuk hana '1, 2, 3 ? MUDAH SAHAJA' . Penilai tu kata "memang mudah. saya suka tajuk awak". Hehehe malu i

Terdapat 3 soalan yang ditanya oleh penilai 

1. Bagaimana kamu memilih subjek kajian? 
Saya memilih subjek kajian berdasarkan ujian diagnostik yang telah dibuat iaitu seorang daripada 3 orang murid yang tidak dapat menamakan nombor 1 hingga 5 

2. Bagaimana kamu ukur kemahiran menamakan 1 hingga 5 sahaja? 
Saya mengukur kemahiran tersebut berdasarkan ujian pra dan pos yang telah dibuat. Hanya 5 nombor sahaja yang ditekankan iaitu nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 ( tunjuk contoh ujian pra/pos) 

3. Bagaimana efektif itu diukur?
Saya mengukur efektif berdasarkan senarai semak dan pemerhatian minat 

"Saya tak faham, pa sebenarnya efektif tu"

"Dah agak, mesti dia tanya soalan ni (dalam hati). Menurut tokoh ..... efektif bermaksud ....................."

"Ok"

Agaknya menepati x jawapan yang diberikan. haha biarlah. yang penting dah lepas :)

Terima kasih kepada KeceQ dan Utih sebab jadi penonton setia sepanjang hana praktis untuk pembentangan. Nanti hana belanja Ayam goreng ek.
Letih bebenor kau ni

P/s : Kita enjoy.. esok plan nak ke suatu tempat ni. Tenangkan fikiran.hehe 


'WANITA' - KRU



Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


IZZATI HILANG !!!


Saya Muhammad Syafiq Saroni abang kepada Izzati Saroni nak minta sapa2 yang menjumpai Izzati, atau menghubungi.. atau tahu di mana dia sekarang... boleh tolong hubungi saya dengan segera... 

Dia hilang lebih dari 50 jam sejak jumaat 05.10.2012 dan langsung tidak dapat dihubungi... dia bersama 2 orang lelaki yang tak dikenali dalam lingkungan umur 25-30 tahun... 

Sila hubungi ibu kami Pn Umi : 0132357134 atau saya sendiri di 0123298640 / 019-4799807 (syafiq) jika ada sebarang info @ terjumpa @ dpt dihubungi untuk kami menjejaki.. 

P/s : Izzati merupakan adik kepada kawan hana. Hana juga mengenali Izzati. Dia diidapati hilang di Selangor


10,715 Cikgu Baru

 06/10/2012 - Berita Harian

 
Kumpulan pertama siswazah lulusan IPGM, IPTA akan diberi penempatan mulai tahun depan

Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diberi penempatan, tahun depan.
Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
"Kepada mereka yang akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi," Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Kerajaan menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang yang digariskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan itu tertakluk kepada graduan yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, sudah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temu duga dikendalikan SPP.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 2,960 graduan terbabit dikenal pasti sudah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai lalu dan dijadualkan menjalani temu duga oleh SPP.

Penempatan interim
“Mereka adalah 2,478 graduan program J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain), 368 dari program TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua), 90 dari program KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah) IPGM dan IPTA termasuk mereka dari Program Pelajar Cemerlang (PPC), 14 dari program Bahasa Perancis, dan 10 calon mengulang temu duga berdasarkan keperluan opsyen.

“Sementara SPP menyelesaikan urusan temu duga, Kementerian Pelajaran akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober ini. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temu duga oleh SPP,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu bagi baki 7,755 pelajar yang menamatkan pengajian selepas Jun lalu, Muhyiddin berkata, mereka perlu mengemukakan permohonan kepada SPP untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 supaya penjadualan temu duga dapat disegerakan.

“Penempatan mereka yang lulus temu duga SPP akan dibuat tahun depan. Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi,” katanya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...