Terapi muzik tenangkan pesakit


http://madahannan.files.wordpress.com/2011/11/komik-muzik.jpg

Washington: Terapi muzik didapati membantu menenangkan pesakit sebelum, ketika dan selepas pembedahan selain mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan waktu pemulihan, kata satu kajian terbaru. 

Universiti Kentucky yang melakukan penyelidikan terhadap penggunaan muzik dalam pra pembedahan, ketika pembedahan dan peringkat pos pembedahan mendapati muzik berjaya memberikan keputusan positif dalam semua tiga peringkat berkenaan. Muzik yang perlahan dan tenang menghasilkan keputusan paling positif dan memberikan keadaan tenang serta mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Data mencadangkan bahawa muzik boleh memberi beberapa manfaat antaranya dalam mengurangkan kos dan tempoh tinggal di unit rawatan rapi, lapor Southern Medical Journal.

Pesakit akan berasa kurang takut sebelum menjalani prosedur dan pulih dengan lebih cepat serta berasa berpuas hati selepas didedahkan dengan muzik ketika pembedahan dan frasa pos pembedahan dijalankan.
Mereka juga tidak memerlukan banyak bius dan dilaporkan lebih berpuas hati dengan pengalaman perubatan itu, kata kenyataan Kentucky. 

Di sini di UK (Universiti Kentucky), muzik terapi biasanya digunakan bagi membantu pesakit menangani rasa sakit dan takut, kata Lori Gooding, pengarah terapi muzik Kentucky. Muzik yang dipilih oleh kakitangan terlatih lebih sesuai kerana garis panduan khas bagi pemilihan muzik perlu dipatuhi dalam usaha untuk memaksimumkan kesan positif kepada pesakit walaupun cita rasa muzik pesakit juga dipertimbangkan.

Karektor muzik juga penting dalam keberkesanan terapi muzik. Antara lain termasuk tempo, irama dan kelantangan muzik yang perlu dikawal secara berhati-hati untuk memberikan kesan positif yang maksimum sesebuah muzik terbabit.

info : Berita Harian 25/11/2012

Silence day of Wednesday #1



"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran"



 

Dalam banyak-banyak entry setakat ni, di bawah merupakan ..........

Entry kegemaran :  
Hana tak puas hati kenapa tajuk contest ni "GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran" Ok Buasir Otak confirm nama blog tuan empunya contest kan. Entry kegemaran kita dah tahu maksudnya. Yang menjadi kemusykilan di sini adalah GiveAway Contest Gila. Kenapa GiveAway disusuli pula dengan Contest. Jadi hana terfikir Contest ke GiveAway sebenarnya ni. Banner contest pula, mana perginya perkataan GiveAway?? Haa.. kenapa nak letak Gila? jawap jangan tak jawap.Yang lain-lain tu jangan nak memandai nak bandingkan entry ni http://buasirotak.blogspot.com/2012/06/giveaway-contest-gila-1-watak-kegemaran.html dengan entry kegemaran ok. Jangan risau sama je sebenarnya cuma tajuk je lain.

Dengan semangat yang berkobar-kobar sempat juga hana join "GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran" sebab dulu tak sempat nak join GiveAway Contest Gila #1: Watak Kegemaran



Si Pemilik HIJAU ITU DUNIAKU


Nak update blog tapi nak buat entry apa ye..

Last sekali terbuat entry ni.

Pemilik
HIJAU ITU DUNIAKU
Yuuu.... Hana in da house

 Siapa yang tak kenal lagi angkat tangan?

Haa... kamu yang angkat tangan tu berdiri atas kerusi
Itu je lah yang nak di sampaikan


PEDAS !!! Kebaikan makan pedas


Siapa suka makan pedas? Ramai orang kata makan pedas tak elok untuk perut. Erm.. mungkin. 

 http://www.thetimes.co.uk/tto/multimedia/archive/00127/chilli_83626914_127434c.jpg

Dulu-dulu masa hana darjah 2, hana pi mengaji dalam pukul 8 dengan kawan-kawan. Menjadi kebiasaan hana untuk beli nasi lemak. Ada seorang kawan hana ni mintak letakkan sambal banyak-banyak dalam nasi dia.

"Minah kenapa makan sambal banyak-banyak, pedas nanti"

"Kalau makan pedas.. nanti cepat besar"

"Erm...."

Yeke? start daripada peristiwa tu hana dah mula makan pedas. Lama-kelamaan pedas tu dah sebati dalam diri hana sampai la sekarang. Takda efek apa pun.. Kecik comel + cute macam ni gak. Itu kecik-kecik punya celita maa.. gua mudah dipengaluh..

Hana senaraikan beberapa kebaikan memakan makanan pedas iaitu -
Menurunkan berat badan
mampu meningkatkan metabolisme tubuh. Kajian menunjukkan bahawa unsur utama dalam cili iaitu kapsaisin, memiliki kesan termogenik yang mampu menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
Menyihatkan jantung
budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
Mencegah Kanser
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
Menurunkan Tekanan Darah
Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress

P/s : Korang panggil cili yang kecik-kecik pedas tu apa ek? cabai melaka, cili api atau cili padi ?


Dapat Hadiah dari Boni Kacak

AMARAN !!!

 Semua tengok header hana sekarang. Dah berubah kan..hehehe 

Cuba teka siapa yang bagi??? hikhikhik 

Layan jap dialog ringkas di bawah 


Special thank to Si Kacak a.k.a Boni Kacak sebab hadiahkan header dan buat entry birthday.. 

Entry apa la pulak kan.. Jom terjah 

Klik gambar beliau yang kacak di bawah 



Tidak dilupakan juga kepada blogger-blogger di luar sana yang wish birthday hana hari ni..hehe tak dan-dan nak buat entry terima kasih kat korang..Terharu kot. Ramai yang wish. Kalau nak di bandingkan dengan rakan-rakan hana 3 4 orang je yang wish.. macam 7 tahun yang lepas dalam entry NIE




23 tahun sudah ~ Happy Birthday ~

Ehem.. lagi 2 jam lagi.. tapi tak sabar-sabar nak publish entry ni. hahaha tak sabar betul kan

 
At Cameron Highland 2012

Erm... Hana nak imbas balik birthday hana 7 tahun yang lalu berdasarkan diari yang hana simpan ni..

 
       23 / 11 / 2005       Rabu     11 pagi
        Hari ni umur aku 17 tahun. Selamat Hari Jadi Hana. Buat masa ni, takda lagi orang yang wish. Akulah orang pertama yang wish kat diri aku sendiri.
        Hari ...............
 
    Sedih tak hana masa ni.. Tiada orang nak wish. Sekarang umur dah 23 tahun, dah ada orang wish tapi tak semua sebab birthday hana jatuh pada hari cuti sekolah. Faham-faham je lah cuti sekolah macam mana kan..hehehe Tapi tak kisah pun sebab dah biasa..

Yeaaah hana dah besar. Sebelum korang tanya lebih baik hana jawab siap-siap ok :)  macam tau-tau je soalan korang kan


Bila nak kahwin?
Esok
Aiseh.... kerja dulu 2 3 4 5 6 7 8 9 10 tahun beli rumah baru kahwin.

Nak hadiah apa?
Kereta Ferarri (Erk...impian yang sukar di capai). 
Hana nak cupcakes dan pavlova (hana tak pernah makan lagi.huhu)

Jom celebrate?
Jom 
Itu jawapan betul. 

Impian / hajat ?
Ish... hana kata nak Kereta Ferarri
Ok serius..Semoga hana sentiasa awet muda..(dalam hati, mana boleh bagitau korang)

Ok next question?


Filem Menarik Melibatkan Haiwan

Disebalik filem haiwan yang menjadi bayangan korang jika korang menonton filem-filem di bawah.

3D lagi tu. Tengok filem ni rasa takut nak mandi laut.. terbayang-bayang sharks bermandi-manda dalam laut tersebut..Takut untuk jangka waktu tertentu ja. Lepas tu elok je mandi laut..Yang hana tahu jerung yang paling ganas namanya Great White Shark yang terdapat di semua lautan . 

Erm.. ikan yu, jaws dan shark ikan yang sama ke?

Bukan saja di darat, dalam air pun anaconda ni boleh hidup. Yang suka jungle trekking, berjaga-jaga ye. Kadang-kadang terfikir juga, wujud ke Anaconda ni? Kalau ular sawa besar tu adalah. Kalau Anaconda ni? Erm... Ada kot kat hutan Amazon nu.. entah la. Kat Malaysia ada tak? Was-was di situ

Jangan pandang remeh ye.. Nampak ja jinak tapi makan orang. Lepas tengok cerita ni, terus elak diri dari kambing atau kambing biri-biri, Kalau kambing tu tengok pelik je terus lari.hahaha tak la sampai lari cuma dalam hati tu berdebar-debar sebab terbayang kambing dalam filem ni. Kejap ja tu..

Paling menakutkan sebab ikan tu serang secara berkumpulan macam mana nak lawan. Aiseh.. Kalau yang buat terapi ikan tu.. alaa ikan yang kecil-kecil comel makan sel-sel kulit mati tu. Ada pernah korang cuba? haa... mana nak tahu kan tiba-tiba tersesat tut..tut... :) Takut tak takut tak? lawak je ok. mana ada ikan tu sesat, tak boleh hidup kot dalam air bersih macam tu (ayat nak sedapkan hati)

Buaya? erm.. takut juga tapi kita dah tahu kan buaya memang haiwan ganas. Kalau di letakkan kat zoo pun ia tetap ganas. Ada tak buaya dipelihara lepas tu jadi jinak? ada..ada.. tapi entah la.hehe  Mungkin buaya tu jinak sebab buaya tu dah tua. tak larat nak buka mulut.hehe.. Kalau jinak pun kita tetap takut kan. Korang tak takut ek.. cayalah boleh kerja kat zoo. Hana pun suka kerja kat zoo tapi bukan dengan haiwan-haiwan macam ni

Erk... kalau filem yang melibatkan kucing makan orang, agak-agak trauma tak korang nak dekat dengan kucing peliharaan korang tu.hehehe yang takut kucing bertambah-tambah takut la kan... 

Macam tak sesuai je tajuk entry ni kan.. Sepatutnya "Filem Seram Melibatkan Haiwan" 

First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin

Nak join? 
klik banner di bawah

 

Syarat-syarat sah puasa wajib penyertaan

Buat satu entry bertajuk First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin atau Fisrt Giveaway by Meuzangelo (kalau rasa yang first tu panjang sangat tajuk dia).
Hana pilih tajuk "First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin"

Dalam entry ringkas korang tu sila sertakan sekali banner untuk giveaway ni. jangan lupa letakkan sekali link ke entry ini.
-DONE-

Letakkan banner sponsor berserta link dorang untuk giveaway ni.
 -DONE-

Sila follow blog dan like facebook page senarai sponsor giveaway ni.
 -DONE-

Last sekali, letakkan url entry korang tu kat bahagian comment entry ini sahaja.
-DONE-

Tarikh tutup 30 NOVEMBER 2012


Para - para sakura sponser

 
 

Photoshoot Si Comel

 By: Mr Google

Eh silap upload pulak.hehe 
Bukan Si Comel di atas tapi Si Comel di bawah ni 

      
          
                                                         
Terserlah kecomelannya di situ
 
      
          

  
Atooiii.... boring tahap gaban ni, ce bagi idea yang bernas untuk menghilangkan rasa boring?
 

KECERDASAN EMOSI

  •  Emosi
         Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain). Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan). The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.
  • Kecerdasan
         Berdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis, menghitung, berketrampilan daripada segi kata dan angka yang menjadi fokus pendidikan formal sekolah. Ia mengarahkan individu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Pandangan baru yang berkembang adalah tentang wujudnya kecerdasan lain di luar IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan emosional dan aspek-aspek lain yang harus juga dikembangkan.
  • Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi merangkupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasi diri sendiri dan bertahan menghadapi kekecewaan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain (simpati) dan berdoa bagi memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan menyelesaikan konflik serta memimpin.

Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ yang juga dikenali sebagai kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman (1995) menyatakan, 80% kejayaan individu adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mental. Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih kecerdasan otak (IQ) supaya lebih berjaya dalam hidup. Individu itu mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkomunikasi secara sihat dengan orang lain.

Jelas dilihat peranan hati menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ). Ia mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ bagi menjana kejayaan dalam hidup adalah tidak dapat dinafikan.

 Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan EQ mengandungi beberapa faktor iaitu memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan emosi, memotivasikan diri, menyedari emosi orang lain, dan mengendalikan hubungan silaturahim dengan orang lain. 


Keyword Nuffnang 17.11.2012

Teringat nak buat entry pasal ni... Asyik tengok blogger lain punya printscreen keywords nufnang jah.hehe 
Sekarang buat julung kalinya blog HIJAU ITU DUNIAKU memaparkan keywordnya..

Tadaaa...


Merujuk keyword nuffnang ni, secara tidak langsung matlamat kedua hana telah tercapai iaitu MENJADIKAN BLOG SEBAGAI RUJUKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN. Alhamdulillah...


Fahamilah Kucing Anda

                 Serius tak tahu nak buat tajuk apa.. 
                 Korang kena hayati betul-betul setiap watak dalam cerita ni ye.. hehehe
                 Watak utama          : Aku (Kucing)
                 Watak sampingan  : Cik Mawar Berduri
                                                : Emak 
 
  ....................................................................................................

Sedang Cik Mawar Berduri bermandi-manda....


10 minit kemudian


10 minit kemudian...

Aku terus masuk tanpa menoleh kiri kanan. Dan pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran aku sepanjang aku menuju ke arah pintu masuk bilik air

          
           



Ah... aku tak nak fikir apa-apa lagi, yang penting aku mahu melepaskan hajat aku..


Haa... kat situ sesuai. 
Aiseh.. tak tutup pintu la pulak 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sedang Cik Mawar Berduri berjalan ke arah dapur, dia mendapati bilik air yang dia gunakan tadi tidak bertutup. Mungkin dia terlupa untuk menutup pintu bilik air


Sedang Mawar Berduri menutup pintu bilik air
Tiba-tiba.........

"Mawar Berduri !!!!"

Mawar Berduri terus menoleh ke belakang


"Mawar Berduri. tolong ambilkan pisau kat dapur tu"

"Baik mak"

Cik Mawar Berduri cepat-cepat menutup pintu bilik air


Dan terus menuju ke dapur untuk mengambil pisau yang di minta oleh emaknya

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

5 minit berlalu


Haa... korang mesti pelikkan, macam mana aku boleh buka pintu sendiri. Ibu aku yang ajar teknik-teknik buka pintu bilik air ni. Tapi teknik-teknik untuk tutup pintu ibu aku tak ajar. Dia kata bahaya untuk kesihatan. Dan sampai sekarang aku fikir, apa kaitannya tutup pintu dengan kesihatan.

P/s : Rekaan semata-mata. Semoga terhibu: )
 

SEDIH vs GEMBIRA

Kalau boleh dalam blog ni tak nak cerita yang melibatkan perasaan.. tapi apakan daya, siapa dan di mana lagi hana nak luahkan perasaan... 

Kalau lah di beri peluang untuk hana buat permintaan. Hana nak ada perasaan GEMBIRA ja. Sakit, kecil hati semuanya akan dihadapi dengan perasaan GEMBIRA. Tapi kalau kita seorang saja yang GEMBIRA tak best juga kan. Ada siapa-siapa nak join hana tak.. Siapa yang sanggup nak ada satu perasaan?

Manusia dilahirkan dengan pelbagai perasaan. Tapi hana...

GEMBIRA datang sekejap sangat. Sehari ja..lepas tu sunyi. Kalau dah sunyi pelbagai perasaan yang muncul. Tak suka betul. Masa tu tiada lagi excited dan keGEMBIRAan hana

Banyak entry-entry hana tak publish, tersimpan rapi di draft. Terfikir juga nak publish ke tak. disebab baca entry pengalaman blogger-blogger lain yang ada sedikit bersangkut paut dengan entry hana, hana terpaksa simpan entry-entry yang hana buat, Terasa entry tersebut entah apa-apa.

Erm... macam gambar hana yang hana edit dalam entry sebelum-sebelum ni. 2 3 hari juga hana fikir nak publish ke tak..huhu dan akhirnya hana terpublish juga. Kenapa kena fikir 2 3 kali

1. Terasa rendah diri sebab baru pandai edit gambar itu pun pakai photoscape
2. Nanti dikatakan SS


Mungkin perasaan hana ja kot. Perasaan lagi.. kan hana dah cakap hana nak 1 perasaan iaitu perasaan GEMBIRA.

Hana rasa GEMBIRA sangat setiap kali entry di publish. Yelaa nak berkongsi perasaan GEMBIRA. Nak tengok feedback korang.. Dan kebanyakan entry yang hana rasakan pelik, tak sesuai, melibatkan perasaan dan banyak lagi setelah di publishkan hana akan buat entry baru untuk 'tutup' entry dirasakan pelik tersebut.. Dan secara automatik perasaan GEMBIRA pada awal tadinya akan hilang kerana entry hana di 'tutup' dengan entry yang belum sampai waktu untuk di publish.

Hana ni macam memahami perasaan blogger-blogger di luar sana kan. Entry yang tak sesuai terpaksa di 'tutup',  Entry yang melibatkan perasaan terpaksa hana tangguh untuk dipublishkan. Ahh..... ini semua mainan perasaan hana ja. Tu hana minta nak ada satu perasaa

 Hana harap entry-entry hana membuatkan korang GEMBIRA :). Kalau korang GEMBIRA, hana pun GEMBIRA

Kalau boleh hana nak kekalkan perasaan GEMBIRA tu. Hana nak cari balik keGEMBIRAan hana yang hilang..

P/s : Sedih la pula masa buat entry ni..dan 2 3 kali fikir untuk dipublishkan dan akhirnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...