Harus Baca !!! Setting Komen Anda di Kotak Komen Google+


Jom Setting Komen anda di Kotak Komen Google+.

Ada bebarapa penguna Google+ yang tak setting komen bila meninggalkan komen di kotak komen google +. Faham tak kat situ. Contohnya :-

Hana penguna Google+. Hana komen blogger A. Blogger A ni guna kotak komen Google+ macam ini


Bila kita komen, secara automatik komen dan url blog yang dikomen tersebut akan terpapar di page google + kita. Betul kan?

Cuba bayangkan bila korang banyak komen kat kotak komen google+ ni. Ini akan menyebabkan page Google+ korang akan dipenuhi dengan link blogger yang korang komen tu. betul?

Jadi, bila Hana nak terjah blog korang bagi pengguna Google+, Hana tak tahu mana satu link blog korang, Bila Hana klik mana-mana link kadang-kadang rasa pelik, " Eh dia dah ubah wajah blog ke?" Padahal itu blog orang lain. Nampak tak kat situ?

Apa-apa pun. Kalau korang tak nak benda ni terjadi. Mari Hana ajar cara tak nak bagi link blog yang korang komen tu ada di Page Google+ korang.

Bila korang dah taip komen kat kotak komen Google +, Korang buat macam gambar di bawah ni


Dah siap
Jadi page Google+ korang tiada lah komen dan link blog yang di komen ni.

Kalau sekali sekala korang nak share komen korang tu kat page Google+ pun boleh. Tapi jangan sampai tak nampak link blog sendiri. Nanti susah orang lain nak kunjung blog korang..

P/s: Ada bebarapa blogger yang tak dapat komen blog Hana. Hana tak tahu kenapa..huhu


Perkara yang patut anda tahu bila belajar di IPG


* Tak tahu nak buat tajuk apa

Selama 5 tahun 6 bulan berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu (2007-2012), Hana nak ceritakan perkara yang hana rasa susah nak percaya bila masuk IPG

Belajar semua subjek
Hana ingat belajar pasal opsyen (Pend Khas) rupa-rupanya kena belajar semua subjek termasuk yang opsyen. Cuba bayangkan... Bahasa Melayu, Hana kena belajar dari sejarah BM , sampai lah mengkaji kesalahan dalam ayat. Baru Bahasa Melayu, belum masuk Sains, Inggeris, Matematik, Tamadun Islam, Asas Kepimpinan, Perkembangan Kanak-kanak, Teknologi Maklumat, Murid dan Alam Belajar, Pend. Jasmani, Pend. Seni Visual, Guru dan Cabaran dan banyak lagi. Paling banyak subjek dalam satu sem adalah 8 subjek. Subjek yang paling sikit KLIK SINI. Setiap subjek ada kerja kursus+exam. Yang paling dasyat bila satu subjek tu ada teori+amali+ujian amali. Lepas habis perkara dasyat ni baru ada final exam.

Larian 2.4km dalam masa kurang 15minit
Hana tak percaya masuk IPG ada lari-lari macam ni untuk subjek Pend. Jasmani. Sebelum memulakan sesi pengajaran kena lari 2.4km dulu. Seminggu 3 kali kena lari 2.4km. Kalau 3 tahun?. Larian 2.4 km adalah salah satu komponen dalam ujian Kecergasan (UKJK). Jadi pandai-pandailah nak lari 2.4km dalam masa kurang 15minit.   Hana memang orang terakhir or kedua terakhir yang berjaya menamatkan 2.4km. hahaha tapi tak kisah dah berapa masa janji dapat tamatkan 2.4km. Hana bab-bab lari jarak jauh kureng sikit. Kalau lari pecut Hana champion. * riak di situ

Kajian Lapangan dan Kajian Tindakan (AR)
Kajian Lapangan = Hana pergi ke Kuala Krai (pedalaman), pertama kali Hana jejak kaki kat tempat macam tu. Kalau pergi tengok ok lagi, ini kena buat kajian di bawah tajuk Kajian Sosial. Kena kaji sistem saliran, ekonomi, cuaca, tumbuhan dan sebagainya. Naik bot menyusuri Sungai Kelantan..  terasa macam masuk rancangan ekspedisi kat tv plak. hehe
Kajian Tindakan= Kepada pelajar yang dah tamat degree korang mesti rasa macam "tak sangkanya dapat siapkan kajian tindakan". hehe Macam tu juga dengan Hana. Kalaulah laptop masa tu buat hal dan segala bahan hilang. Aduh... boleh pengsan.

Pembentangan (presentation)
Hana ni sebenarnya tak berani bercakap depan orang ramai. Tapi bila masuk IPG, ada presentation. satu subjek tu kadang-kadang sampai 3 presentation. Jadi sedikit sebanyak Hana ada keyakinan diri. Yang paling best bila Hana dapat pujian dari penilai masa pembentangan Kajian tindakan (AR). Bukan calang-calang pembentangan. Yang penting Hana melakukan presentation AR tu menggunakan mikrofon :) Hana kalau guna mikrofon terketar-ketar dan terasa suara Hana tak terkeluar. KLIK SINI untuk tengok Hana guna Mikrofon. Kalau tak guna mikrofon of course suara Hana kuat. Orangnya kecik suaranya kuat ok, nama pun cikgu :)

Terlibat dengan Hari Kemerdekaan ke 50/2007
Rasa teruja bila diberi peluang menjayakan Hari Kemerdekaan ke-50. Maklumlah masa tu Hana berstatus junior di IPG.  Selalunya apa-apa program mesti senior yang join. Lepas tu, bila Hana jadi senior, baru Hana tahu kenapa senior kurang join aktiviti luar. Sebab senior banyak kerja. Nak tahu persembahan Hana semasa Hari Kemerdekaan KLIK SINI

Hana yang duduk+tengah

Ada je kisah nakal-nakal Hana di IPG.. Biarlah rahsia :)
Cita-cita Hana SEBELUM BERGELAR GURU < klik

P/s: entri konvo selepas ni ok


Konvokesyen IPG kali ke 3 Tahun 2013




Hana akan berkampung di sana selama 5 hari mungkin lebih. Pada hari yang sama iaitu 27hb, adik Hana akan ke Matrikulasi Selangor. Jadi keluarga Hana akan berpisah pada hari Hana konvo nanti. Harap semuanya berjalan dengan lancar. 


Selesai sudah membuat akuan sumpah


Selesai sudah membuat akuan sumpah iaitu satu daripada tiga eleman sebelum melapor diri untuk bertugas sebagai guru yang berjawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Hana diminta membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah dengan mengunakan Surat Akuan Sumpah.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmj2x4do9l-gHLc1-v4HwFtSnTFKdZhunVijAzeQbiV3KrBWENTJfwPu8P8ahZqN5APbdTVw9H_P2fTMB9GheX9gLJO8WGsKsyNchLMPmJSbjPXUPgm400cq4EVBq4YBRKXDAchu1JzuBu/s400/mahkamah.jpg

Kena masuk mahkamah ke?  Kena berpakaian formal ke? Mesti Hana kena berdiri dalam pagar kayu lepas tu kena kata "Segala penerangan........ adalah benar belaka...."(contoh) lepas tu hakim ketuk-ketuk kayu (nama apa tah). Kiranya semua tu bayangan awal Hana.. Rasa best pula sebab firstime masuk mahkamah. hehe

Keesokan harinya, Hana pergi la mahkamah. Terus ke kaunter isi borang kemudian pegawai tu tanya bla bla bla. Bila dah selesai, Hana pun duduk di kerusi depan kaunter tu. 10 minit lepas tu, Pegawai tu pun panggil, Pegawai tu suruh Hana angkat sumpah dan baca penyataan yang terkandung dalam Akuan Sumpah tersebut "Saya .............................."

Lor, buat akuan sumpah kat kaunter je.. huhu melepas Hana nak masuk dewan mahkamah yang pagar kayu tu.huhu. Tapi tak apa lah.. ada juga pengalaman angkat sumpah. hehe

Entri sampingan.. Baru-baru ni Hana pergi main bowling di Amanjaya Mall dengan ex-jiran Hana. Terkejut bila tengok tempat bowling macam ni.



Kalau tak dapat tengok KLIK SINI


Guru Oh Guru Gyiyomi


Entri pendek buat tatapan semua :)

Hana respect cikgu-cikgu di SK Seksyen 24. Guru serba boleh dan sangat sporting... 

Persembahan yang sangat menghiburkan, dimulakan dengan sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang kemudian ber'gyiyomi'.  Cuba bayangkan salah seorang guru tersebut adalah guru disiplin automatik murid kelip-kelip mata tak percaya cikgu disiplin ke tu.. (lawak je ok)

Nak tengok persembahan guru serba boleh ini? KLIK SINI


BUDAYA KERJA PROFESION KEGURUAN


Antara budaya kerja guru yang perlu ada pada seorang guru ialah  :-

 1. Ingin tahu 
Sifat ini mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambahkan pengetahuannya. Bukan hanya tertaluk dalam konteks pendidikan sahaja bahkan dalam bidang lain juga. Oleh itu, segala pengetahuan dalam pelbagai bidang perlu diketahui oleh seseorang yang bergelar guru.

2. Suka membaca 
Ia merupakan kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti professional seseorang guru, iaitu apabila guru suka membaca pasti akan bertambah yakin dalam menyebarkan ilmu kepada anak didik kerana sudah mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam serta persediaan yang mantap.

3. Budi pekerti 
Ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.

4. Ramah mesra 
Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orang lain. Sifat ini juga akan mendorong murid-murid suka berdamping rapat dengan guru itu.

5. Merendah diri 
Sifat merendah diri adalah antonim daripada sifat sombong. Orang tidak akan suka bergaul dengan guru yang sombong. Oleh itu, sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada pada seseorang guru.

6. Semangat berbakti 
Seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti sentiasa disanjungi oleh orang lain.

7. Jujur 
Jujur merupakan elemen penting dalam profesion keguruan kerana ia merupakan budaya yang wajib ada bagi setiap orang yang bergelar seorang guru lebih-lebih lagi dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.


Kenapa 16 Mei Hari Guru ?



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Antara objektif sambutan Hari Guru ialah: 
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 
  • Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 
  • Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. 
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya. 
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
P/s : Selamat Hari Guru kepada semua Guru di Malaysia :)


Pengaruh selebriti/artis


Rata-rata iklan kat televisyen mengunakan selebriti/artis untuk mempromosikan produk diorang. Lebih-lebih lagi, kalau selebriti/artis tu sedang meningkat naik. sebab apa? 

Sebab confirm-confirmlah ramai pengikut or peminat mudah terpengaruh dengan selebriti/artis tersebut dan meniru setiap apa yang diguna pakai oleh selebriti/artis tersebut. Tapi tak semua . Pengaruh selebriti/artis yang tak elok tu kita buang jauh-jauh ek.. kita ambil yang positif je..

Hana pun tak lari daripada pengaruh selebriti/artis. hehe Tapi Hana suka tengok je nak mengunakan pakai tu tak pasti lagi. Bab-bab nak men'try' ni Hana susah sikit.

Simplysiti
 http://mstar.com.my/archives/2013/3/15/mstar_hiburan/siti.jpg
teringin nak pakai product Simplysiti sebab nak cantik macam Siti Nurhaliza. hehe padahal Siti pun entah ke tidak dia pakai produk dia sendiri.

Krim Mustajab Pati Halia
 http://www.blogammar.com/wp-content/uploads/2012/04/Gambar-Nora-Danish-menunaikan-Umrah-590x590.jpg
Nak beli juga lah Krim Mustajab Pati Halia sebab Nora Danish guna krim ni badan dia kecil-kecil comel je kan.. Yeke dia guna?

*Erk, suka tengok Siti Nurhaliza dan Nora Danish :) 

Nampak tak permainan dia kat situ

Korang pun mesti ada jugak lah terpengaruh dengan selebriti/artis walaupun se'coet'. Kalau tak guna pakai pun mesti korang akan berangan-angan "kalau pakai itu mesti cantik/hensem macam dia"


Human Graphic sempena Hari Kemerdekaan ke 50


Hana dan berapa ratus pelajar IPG dari seluruh Malaysia terlibat dalam persembahan di bawah pimpinan Pak Ngah iaitu komposer dan penulis lirik terkenal Cindai, Balqis, Hati Kama. Latihan seminggu sebelum tiba Hari Merdeka ke 50. Sehari suntuk dibawah cahaya matahari dan malam pula di bawah cahaya bulan :) Tidur 1 jam bermula 1 pagi kemudian bangun pukul 3 pagi. Persembahan kami bermula awal pagi (Dataran Merdeka) dan sebelum ambang merdeka/malam (Stadium Merdeka), Nak tahu Hana terlibat dengan persembahan apa? tengok video ni.

Wajib tengok sampai habis. Semangat Hana nak tunjuk kat korang di mana Hana berada.


Inilah persembahan Hana, Human Graphic (atas stage tingkat-tingkat).  Masa buat Human Graphic, kalau seorang buat silap habis rosak perkataan tu. Contohnya, kalau perkataan tu ada "lubang-lubang", Huruf "T" terputus maknanya ada orang silap angkat bendera. Kiranya tak boleh tengok orang sebelah sebab ada part orang sebelah warna lain. Human Graphic ni buat ikut petunjuk, tak hirau dah jadi perkataan apa sebab masa tengah buat perkataan tu, Hana kena prepair warna lain untuk perkataan seterusnya. bunyi wisel tukar cepat-cepat tukar step. 

Video bawah ni cantik

 
Bila tengok video baru nampak perkataan dari Human Graphic tu cantik, nampak clear perkataan "PERPADUAN" .  Masa ni 6 minit kena angkat bendera "PERPADUAN" kibarkan dan statik. Belum masuk perkataan lain lagi. Tertunggu-tunggu juga bila nak tukar perkataan sebab tak larat nak angkat bendera. Kalau tukar perkataan sempat la jatuh kan tangan dan rehat sekejap 3 saat.

Rasanya hampir seratus perkataan kami kena buat+kibar angkat jatuh bendera+tukar warna bendera+guna pom+kibar reben. Persembahan kami sentiasa bergerak dari mula majlis sampai habis majlis baik sesi pagi dan malam. Penat, lenguh tangan dan pinggang tapi best sebab kami sentiasa ada di atas stage dan tengok persembahan di tengah-tengah padang,bertentangan dengan kerabat-kerabat. hehe time angkat bendera jeling-jeling tengok persembahan asalkan perkataan tak ada yang rosak

Bestnya dapat libatkan diri dalam hari bersejarah Hari Kemerdekaan ke 50/2007


Gosip !!! Hana bercinta dengan suami orang ?


Sangat terkejut bila tengok keyword nuffnang 7hb Mei. Nampak macam biasa tapi cuba tengok yang bulatan merah tu



Kenapa orang tu search  'onitsukahana bercinta dengan suami orang'. Adeh..

Sebenarnya ada dua kemungkinan kepada orang tersebut search tajuk tu

Pertama
Hana bercinta dengan suami orang

Kedua
Orang tersebut bagitau kawan dia suruh search keyword tersebut sebab ada kena mengena dengan diorang

Hana rasa yang kedua tu lebih tepat sebab hits tersebut 3 kali. jadi mungkin juga orang tersebut suruh kawan dia (duduk jauh) baca entri tu. Lagipun orang tu taip 'onitsukahana'. Jarang orang nak taip nama panjang-panjang + susah. Kalau rakan blogger yang search mesti taip 'Hana' je takdanya 'onitsukahana'. Kira orang ni memang betul-betul nak maklumat 'bercinta dengan suami orang' siap mention 'onitsukahana' lagi tu

Yang pentingnya entri tu hanyalah rekaan semata-mata. Kalau ada yang betul, itu kebetulan ok..

Kalau korang nak baca entri 'bercinta dengan suami orang' KLIK SINI


Hukum Meletakkan Status di Laman Sosial



Hana tak pandai sangat bab-bab agama ni. Tapi Hana ada kesedaran sikit bila baca artikel 


dan


Rumusan daripada kedua-dua artikel tersebut

Baru Hana tahu, jika seseorang menipu status seseorang dalam laman sosial seperti 'In A Relationship With' atau sebagainya adalah haram kerana ia dikira menipu. Tetapi jika keadaan mendesak (darurat) mengancam nyawa, akal, maruah dan agama boleh diharuskan.

Pernah juga Hana letakkan status 'In A Relationship' supaya mengelakkan orang ber'kenalan' dengan Hana, tapi itu bukan kategori mengancam nyawa. Perkara meletakkan status menipu tersebut sedikit sebanyak menghilangkan sifat malu dan segan dalam diri sebagai seorang muslimah. Di mana hilangnya maruah seorang muslimah? Lepas tu baru Hana tersedar, betul juga kan.

Jika kita menjaga diri dengan baik. Insya-Allah perkara-perkara seperti ber'kenalan' tersebut susah untuk berlaku. Hal ini mudah berlaku jika sewenang-wenangnya melayan lelaki tanpa ada batas.

P/s : Kekadang perkara itu berlaku di persekitaran kita tanpa kita sedar ia merupakan satu kesilapan


Semakan Keputusan Temuduga SPP IV


Semakan Keputusan Temuduga SPP IV. Perkara yang sangat-sangat mendebarkan selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Selepas tamat pengajian Hana kena lalui Kursus Induksi. Kemudian Hana kena lalui Temuduga SPP IV. Nak tahu macam mana perasaan Hana masa tu. Klik link di bawah

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA SPP
TEMUDUGA SPP

Dan akhir sekali adalah Semakan Keputusan Temuduga SPP IV. Yang ini memang sangat-sangat 10 kuasa 2 mendebarkan

      

Syukur alhamdullilah, Hana lulus dalam temuduga tersebut. Kini Hana memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 (2013). Surat perlantikan akan dikemukakan terus kepada calon.

Tahniah kepada bakal guru yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, akan ditemuduga semula pada tahun berikutnya..Semakan temuduga SPP IV boleh di buat di SINI atau klik link http://anggerik.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga.php secara berperingkat.



Ladang Anggur Tasik Beris @ Sik, Kedah


Baru-baru ni, mak Hana ada perjumpaan dengan kawan lama dia. Ok Hana tak lepas peluang untuk mendengar celoteh-celoteh mereka. Sangat meriah dengan gelak ketawa sampai Hana pun nak tergelak. Riuh sekampung lagi-lagi bila buka cerita zaman muda masa duduk di asrama dulu.

Tapi entri Hana ni pasal Ladang Anggur sebab gambar-gambar di snap kat Ladang Anggur. hehe al-maklumlah firstime datang sini.

     

Mak Hana yang di tengah bertudung purple. Masa ni pukul 11 pagi. Matahari mula nak tunjuk belang 


"Tingkatan 5 ka?" tanya mak cik ...... sambil menunjuk ke arah Hana
"Laa... ni kakak dia umur 24 tahun dah" jawab mak

Pergh... muda 7 tahun kot. Agak-agak la nak bodek jadi menantu dia pun :P (dalam hati). Kalau mak cik tu tanya Hana darjah berapa, automatik Hana belanja mak cik tu McD :)




Gambar kanan : Mak dan adik. Macam adik-beradik kan.

"Mak saya kata, kalau nak tengok rupa isteri masa tua, tengok emak dia. Lepas saya tengok emak awak tadi. senang hati saya"

Iklan Silky Girl. hehehe




Wajib ada gambar besar gedabak tuan Ladang Anggur empunya blog 

       

Kat Ladang Anggur ni kami asyik bergambar dan siap buat video lagi.. Of course Hana videographer dan adik Hana jadi pengacara


Kalau tak boleh tengok video di atas, cuba tengok video kat SINI ataupun
Klik link ni : http://www.keek.com/HanaHadi/keeks/lLBUbab

P/s: Siapa ada akaun keek jangan lupa add ok :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...