Semangat baru
Alhamdulillah ter'update' juga entri yang satu ni. Mungkin entri kali ni entri permulaan semangat Hana untuk meneruskan penulisan Hana yang sudah sekian lama Hana tinggalkan.
Jari-jemari Hana teringin sekali membuat gerak tarian poco-poco atas papan kekunci. Jadi apa salahnya, Hana bagi peluang kepada jari-jari Hana meneruskan kariernya :)
Sebagai permulaan, Hana nak ucapkan terima kasih kepaada para blogger yang tak putus-putus mengunjungi Blog Hijau ni. Kepada secret admire, peminat setia, stranger, stalker dan lain-lain terima kasih kerana sudi men'search' Blog Hijau ni. Sesungguhnya jasa kalian, Hana kenang sampai bila-bila.. hehe macam buat penghargaan dalam kerja kursus pula..
Next.. Buka akaun Nuffnang. Erm... masih berfungsi dengan baik. Bertambah-tambah rezeki Hana walaupun jarang ber'update'. Syukur.. Tunggu bertingkek-tingkek dulu baru cash out. hehe
Hana harap, jari jemari Hana ni terus menari tanpa mengenal erti penat :P
Be Strong
Sometimes I need to stop analyzing the past, stop planning the future, stop figuring how I feel, stop deciding what I want and just see what happens.
Yes.. it's me. I know who I am and I know where I stand