Sambutan Hari Guru.Guru : Penjana Kreativiti Pencetus Inovasi


Sambutan Hari Guru
Guru: Penjana Kreativiti Pencetus inovasi

Baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru, tenaga pengajar di seluruh Malaysia. Sedar tak sedar sudah 13 tahun kita menghabiskan masa kita di sekolah. Tak termasuk tadika dan universiti, kolej, institut dan seamgkatan dengannya.

Kalau macam Hana ni, dari umur 7 tahun sampai lah 25 tahun ulang alik ke sekolah je. 19 tahun kot ulang alik ke sekolah. Erk, Institut Pendidikan Guru pun lebih kurang macam sekolah juga :) Insyallah kalau masih berpeluang bernafas di muka bumi ini, sampai umur 60 Hana ulang alik ke sekolah :)

Macam biasa kalau dah bergelar guru ni, bersusun aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan di sekolah.

22 April 2014 : Program Jom Membaca dan firedrill
Jom Membaca ni diadakan serentak seluruh sekolah di Malaysia. Penyelaras program Cikgu Rosmah yang bertudung purple tu. Hana nak buat entri ni sebenar tapi tak berkesempatan.huhu  So gambar je lah ek :)

   
Ada aktiviti lagi tu. Bukan semata-mata membaca je tau

Beralih pula kepada firedrill yang dilaksanakan pada waktu petang. Siapa penyelarasnya ek.. tak ingat sudah

        
Hujan-hujan pun boleh buah latihan kebakaran. Yang penting payung hijau tu sebenar :)

10 Mei 2014 : Gotong-royong PIBG
Masa ni Hana kemas bilik Pendidikan Khas. Kusyuk kemas tak ingat nak ambik gambar. Biasalah ada pelawat nak datang.

13 Mei 2014 : Cuti sekolah sempena Wesak
Di kira aktiviti juga tau :) Aktiviti pengemaskinian file-file dan sebagainya T_T

14 Mei 2014 : Lawatan dari PPD dan Sukaneka Hari Guru
Buat pertama kalinya Kelas Pendidikan Khas Integrasi menerima lawatan dari PPD. Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Biasalah Kami budak baru belajar.


Di sebelah petangnya di adakan sukaneka Hari Guru. Penyelarasnya Cikgu Adelly. Sukaneka dalam hujan pun boleh :)

  
5 acara sukaneka dipertandingkan. Antaranya ialah isi air dalam botol, sepit char koew teow, bawa buah kelapa guna gelung, Tiup belon sehingga pecah dan pengilan buah, Pengilan in Bahasa Sarawak mean kenduri. Makan buah semangka. Haaa.. semangka tu buah timun kalau di Kelantan. Secara formal semangka tu buah tembikai :)

15 Mei 2014 : Program Bebas Denggi dan Penjagaan Gigi
Program di bawah unit HEM. Penyelaras Program Bebas Denggi of course Cikgu Hana dan Cikgu Faizal. Siapa tak kenal cikgu Hana memang Hana ketuk-ketuk kepala. ngeee..


Program Penjagaan Gigi pula dikendalikan oleh Cikgu Fauziah dan Cikgu Rosmah. 


16 Mei 2014 : Pertandingan mewarna dan menghasilkan Kad Hari Guru
Masa ni murid-murid mewarna dan menghasilkan Kad Hari Guru. Para guru pula sibuk menguruskan persiapan untuk Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Isnin 19hb ni.

   
Hana di tugaskan sebagai AJK persembahan. Persembahan apa? Tungguuu.... Hari isnin ni ok

17 Mei 2014 : Sambutan Hari Guru Peringkat Zon
Baru ja berakhir petang tadi. 3 sekolah yang terlibat. Sekolah Hana berbaju batik merah. Masih bau kedai lagi batik ni tau :)  Gambar besar sikit maklumlah gambar terlatest
 Aktiviti :  pertukaran hadiah, karaoke, dan yang paling penting makan-makan

Bergambar bersama Penolong Kanan 1, satu-satunya lelaki dalam gambar di atas :)

Meja yang mempunyai pencahayaan yang baik, tak macam meja-meja lain, samar-samar je

Cikgu-cikgu yang sporting habis

Lain benar tudung yang Hana pakai. hehe ter'purple' la pula kan. sepatutnya merah

19 Mei 2014 : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Next entri ..................

5 orang dah komen :

Tie HT said...

selamat hari guru :)

Unknown said...

Selamat Hari Guru Cikgu Hana...;)

Afasz said...

slmt hari guru .. seronok la jd cikgu. cite cite sy yg tak kesampaian lg.

Niesa said...

selamat hari guru hana!hana nampak menyerlah utk gmb last sekali tu.hehe.

Ann Ishak said...

selamat hari guru utk hana, jasa mu sentiasa di kenang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...