Happy Ramadhan


Happy Ramadhan

2 kali sudah Hana menyambut bulan Ramadhan di Bumi Kenyalang di mana waktu berbuka puasa lebih awal berbanding di semenanjung.

Tak berkesempatan nak komen rakan blogger. Tapi apa-apa pun Hana tetap baca entri korang tau. Smartphone penyelamat keadaan :)

Sebut pasal smartphone ni, ada satu perkara yang betul-betul Hana rasa nak muaah-muaah smartphone tau.

Sedang Hana outstation :P (luar makan angin), tiba-tiba ada satu meseg ni meminta Hana menghantar satu tugasan penting berkaitan dengan pengurusan sekolah dalam bentuk sofcopy (emel) tarikh akhir ESOK!!.

"What?? Esok!! Dah kenapa last-last minit baru nak bagitau, kat mana nak cari cybercafe nie, Argghhhh... jem terus"

Tarik nafas.. hembus nafas...tarik nafas.. hembus nafas..
15 minit berfikir sambil jalan-jalan menghirup udara segar. Tiba-tiba tangan ter'automatik' tepuk dahi sendiri.

"Ko tu Hana kenapa tak check emel dalam handset ko tu ja, Hana Hana"
"Yalah kan, handset canggih tapi tak terguna"

Dah kena berleter kat diri sendiri T_T

Lepas buka emel, terus tahu pasal maklumat tu, Dan sebenarnya dah lama dia minta maklumat tu tapi biasalah lah emel sebulan sekali belum tentu buka :P Nasib maklumat pasal pengurusan tu dah Hana download dalam handset. Kiranya just attachfile and terus hantar ke pihak pengurusan. Yeaaah dah satle.

Disebabkan semata-mata attachfile jadi ada lah ruang kosong di tempat tulis emel tu kan So Hana pun type le "Maaf, atas kelewatan" :P

Sejak peristiwa tu,Hana dah ada tugas baru iaitu buka emel selain daripada buka blog korang setiap hari T_T

P/s : panas na aritok..

Hukum memakai contact lens ketika solat dan puasa




Hukum memakai contact lens ketika solat dan puasa. Sebelum itu, ada dua tujuan dibenarkan memakai kanta lekap mengikut Islam

 Tujuan perubatan
Orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

 Tujuan perhiasan
Memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri 

Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa, ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata).

Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.



Kuching!!! aku kembali


Aku seorang cikgu Pendidikan Khas. Aku mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran. Kerjaya aku memerlukan aku untuk balik ke Sarawak :P Aiseh.. macam buat karangan sekolah rendah la..

Dah sampai sudah ke penghujung cuti pertengahan tahun. Esok 15hb 6 aku bertolak balik ke Sarawak


Ok set kan minda kepada mode positif, fokuskan pada kerjaya dan ingatlah murid-murid sentiasa menunggu untuk menagih ilmu. 

P/s : Selamat Hari Bapa :)


Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (FROG VLE)


Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE)  adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna


Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya. Untuk maklumat lanjut sila klik SINI

Nampak tak Hana ada tugasan baru di situ.. hehe

Sebenarnya Hana tengah menghitung hari untuk balik ke Sarawak. Lagi 3 hari nak balik Sarawak. Rumah ke dua selepas Kedah.. Jejak ja kaki kat sekolah, kena menghitung hari untuk pulang ke Kedah pula. ngeee.. Bukan homesick tapi untuk baget perbelanjaan kapal terbang. Tiada istilah homesick dalam kamus hidup Hana.Weehuuu

Alhamdulillah, segala booking tiket kapal terbang untuk tahun ni dah satle. Tinggal print bording pass je :)

Dulu masa belajar di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan tak fikir pasal perbelanjaan tiket bas balik kedah pun. Fikir pasal tarikh ja. Maklumlah tiket bas cepat habis T_TC(Erm... lama tak naik bas) Sekarang kena fikir perbelanjaan tiket kapal terbang. Tarikh? tak fikir sangat.

Di Sarawak nanti memang susah dah nak update blog. Tunggu raya pula la kan.. :)


Silent day of Wednesday #9




Bila tiba musim cuti sekolah


Bila tiba musim cuti sekolah, banyaklah kad-kad jemputan yang mengisi peti surat rumah. Sampai Hana tak berkesempatan nak pergi. Tarikh-tarikh pun sudah di booking untuk program sendiri. Buat masa ni yang ada satu majlis perkahwinan yang Hana confirm pergi."Housemate I will attend your wedding :)"

Apa-apa pun tahniah Hana ucapkan kepada kawan-kawan yang telah mendirikan rumah tangga. dan tidak lupa juga yang sudah bertunang pada cuti. Yang bakal bertunang tu. Tahniah juga di ucapkan. Tak sampai seminggu cuti, dah 5 6 orang dah berubah status. Belum 2 minggu cuti lagi tu.Hehehe

Bila tengok kawan-kawan dah mendirikan rumah tangga, Hana boleh relax lagi. Tak kisah pun, kita habiskan kenduri akak-akak dan abang-abang dulu :P  Tapi bila tengok kawan-kawan yang dah ada baby, rasa macam "Eeee... geramnya, macam nak ada baby sendiri". Nampak tak kuasa baby di situ. hahaha

Bawah ni gambar kawan-kawan Hana dari IPG Kampus Kota Bharu dan sama batch dengan Hana.

Kedua-dua pengantin ni kawan sekelas Hana tau :) Tahniah Epie dan Fifie. Sweet korang kan. Lepas ni siapa pulak agak-agaknya kan..

Selamat bertunang Syafiq :) Kawan sekelas Hana juga. Hana doakan semoga majlis Syafiq berjalan dengan lancar nanti ok. 

She is my classmate. Rowena a.k.a Wen and her fiance,Naya. Congratulations both of you.. All the best for preparation for the big day!!!

Pengantin perempuan dan pengantin lelaki
Cikgu Fatin a.k.a Tina. Seorang cikgu Muzik. Muka familiar di kaca televisyen. Tak kenal? Klik SINI dan SINI. Pengantin lelaki senior kami. Cikgu Abbas. Pemilik blog Chegu Abbas

Pengantin perempuan
Cikgu Muzik. Yang interframe belakang tu Kawan-kawan Hana juga

Pengantin perempuan dan pengantin lelaki
Majlis akad nikah. Cikgu Bahasa Melayu. Tak pasti pula sekelas ke tak diorang ni

P/s: Ehem.. bila rakan blogger nak update pasal majlis ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...