Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (FROG VLE)


Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE)  adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna


Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya. Untuk maklumat lanjut sila klik SINI

Nampak tak Hana ada tugasan baru di situ.. hehe

Sebenarnya Hana tengah menghitung hari untuk balik ke Sarawak. Lagi 3 hari nak balik Sarawak. Rumah ke dua selepas Kedah.. Jejak ja kaki kat sekolah, kena menghitung hari untuk pulang ke Kedah pula. ngeee.. Bukan homesick tapi untuk baget perbelanjaan kapal terbang. Tiada istilah homesick dalam kamus hidup Hana.Weehuuu

Alhamdulillah, segala booking tiket kapal terbang untuk tahun ni dah satle. Tinggal print bording pass je :)

Dulu masa belajar di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan tak fikir pasal perbelanjaan tiket bas balik kedah pun. Fikir pasal tarikh ja. Maklumlah tiket bas cepat habis T_TC(Erm... lama tak naik bas) Sekarang kena fikir perbelanjaan tiket kapal terbang. Tarikh? tak fikir sangat.

Di Sarawak nanti memang susah dah nak update blog. Tunggu raya pula la kan.. :)


2 orang dah komen :

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semakin cangih guru-guru di negara kita dengan teknologi yang berbagaikan..

wantie said...

hmmm.. canggihkan. kalau cam tu. kita kat Malaysia pun boleh beljar kat university kat luar Negara la.

balas kunjungan. maaf lambat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...