Penghujung cuti
Pejam celik pejam celik akhirnya tiba sudah ke penghujung cuti sekolah. Macam biasa bagi yang bergelar pelajar tu, 2 or 3 hari buka sekolah pun masih dalam mood raya lagi. Bagi yang bekerja apatah lagi kan. hehe
Lepas ni susah sudah Hana nak dapatkan line internet selaju ferrari T_T Apa-apa pun akan diusahakan untuk mendapatkan line internet selaju ferrari
Ok gambar buat tatapan
"OMG 2 3 bulan, sanggup ke ko Hana nak biar blog kau bersawang"
"Harus lah tak sanggup tengok blog bersawang"
Me and younger sister
Hana (bertudung merah)
Orang ingat Hana dan sepupu sebelah Hana tu adik-beradik dan berjubah hitam (adik) adik-beradik dengan sebelah dia tu. Antara semua di atas tu Hana yang paling muda lawannya :)
Nak juga inteframe gambar ni. Sekali Hana tengok ekornya dah macam keychain yang bulu-bulu tu
Sekarang ni tengah mencari designer-designer blog yang super duper awesome untuk renovate blog Hana. Dulu boleh la 24 jam Hana design blog sendiri. Sekarang ni nak mengadap blog pun susah apatah lagi nak design blog T_T
Ok misi mencari designer blog yang super duper awesome. Cayok cayok cayok
Soalan cepumas bila menjelang Hari Raya
Soalan cepumas bila menjelang Hari Raya. Tapi sebenarnya sebelum balik raya lagi dah ada soalan yang memerlukankan kita explain panjang berjela T_T
Raya balik mana?
Sebagai anak perantau nun jauh disana, dalam otak duk fikir-fikir nak bagi jawapan balik rumah (Kedah) or balik kampung (Perak). Kalau selain Hari Raya, Hana akan jawab balik Kedah. Tapi bila time raya ni, terus tak pasti nak bagi jawapan apa. Lagi satu, bila orang tanya "kampung kat mana?" Orang yang tanya tu maksudkan kampung ke rumah beralamat surat-menyurat. ngeee..Dah kena explain panjang lebar di situ, Lebih-lebih lagi bila Hana turun flight Penang."Owh rumah kat Penang ke? Kenapa tak turun Alor Star? T_T Hana dan Penang tak dapat di pisahkan bagai aur dengan tebing. Tu belum beraya kat Kelantan lagi tu. Opss.... Hana anak jati Kedah tau. Keturunan Mahsuri lagi tu :P
Tingkatan berapa?
Waaaaaahh nampak tak soalan yang menyebabkan kita senyum memanjang :), "Lor adik besar dari kakak?""Adik tingkatan berapa? kakak tingkatan?" Kakak dah habis belajar pun, 25 tahun, kerja sudah. Lepas dapat tahu Hana dah kerja cikgu."Alaaa keciknya cikgu pun".
Cikgu?
"Adik-beradik cikgu la ni","Sekolah menengah ke sekolah rendah?""Mengajar kat mana?" Soalan yang mencabar bila di tanya "subjek apa?" Kalau Hana nak sebutkan subjek mau terkejut orang. 7 subjek semuanya. Kan susah kalau nak bagitau 1 per 1 subjek apa yang Hana ajar. So Hana ambik pendekatan Hana bagitau ajar Pendidikan Khas."Pendidikan Khas?macam mana tu?" Kena soal lagi T_T
Bila nak kahwin?
Soalan popular ni. Senyum-senyum ja Hana lepas tu pas soalan kat mak "Bila mak?" Hahaha Muda lagi baru 25 tahun :)
Kad Raya Gergasi
Kad Raya Gergasi ciptaan kelas PPKI SK SAMPADI. Kad raya ni bukan bertujuan untuk komersial ye tapi ia dicipta untuk pertandingan kad raya gergasi yang telah di anjurkan oleh Panatia Pendidikan Islam SK Sampadi.
2 hari untuk siapkan kad raya gergasi ni. Tak sangka pula boleh buat kad raya sebesar ni.hehe murid - murid pun suka benar bila nak buat kad raya. Ingat cikgunya je excited nak buat kad raya gergasi ni :)
Macam biasa guru sebagai pembimbing dan penyediaan bahan-bahan untuk kad raya. Idea asal pun guru :P
Eheem... tema kad raya gergasi tetap hijau
Taaadaaaa... dah siap :P
Nampak tak, awal-awal je semangat ambik gambar, lepas tu bila dah kusyuk buat kad raya baru teringat tak ambik gambar. hehe
Sadness :(
I never stopped loving you but I stopped showing it to you
You may be out of my sight... but never out of my mind
Two different quotes but it have a same meaning. Sometimes it cannot be express in words,only heart can say. I will always care for you even if we're not together even if we're far, far away from each other. If I had my chance I'd never let you go
Kulit muka nipis nampak urat
"Kulit muka nipis nampak urat" Haa macam menarik je keywords "kulit muka nipis nampak urat". Meh nak explain sikit. hehe Ada 2 jenis kulit nipis. Satu kulit nipis semula jadi dan satu lagi kulit nipis di sebabkan pengunaan produk yang mengandungi merkuri. Produk yang mengandungi merkuri ni sangat bahaya tau. Bahaya macam mana tu? KLIK SINI
Terbaca juga dari blog siapa tah, kalau nak tahu produk tu mengandungi merkuri ke tak? begini caranya.. Ok korang, sila cuba buat uji kaji produk korang tau..
Ambil secalit cream yang hendak diuji, dan gosok dengan emas. Jika cream tersebut bertukar pada warna grey, ini bermakna cream tersebut mengandungi Logam Mercuri. Lagi gelap warna cream tersebut bertukar, lagi banyak kandungan Murkuri dalam cream tersebut
Iklan jap.. :)
Erm... kejap ja campaign menempek dalam blog Hana ni T_T . Ni akibat blog kurang kasih sayang dari tuanya kot. Tak apalah janji ada campaigns kan :) Thank Nuffnang