Dilema bila mood meng'update' blog hilang


Ok tajuk entri entah apa-apa.

Mood nak meng’update’ blog tapi bila sudah di klik create post, tak tahu nak taip apa. Itu lah yang sering berlaku dikalangan blogger kan. Erm...........

Nak buat apa ni? Nak buat kerja? Tak sampai seru lagi.. Keluar? malasnya.. main game?



Game Hay Day ni pun bukan game yang “Kalau boring baru main” bukan ye kawan-kawan.

Nampak tak kebosanan yang melanda dan menyebabkan para blogger membuka blognya dan meng’update’ apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Bila fikiranya kosong. Entry macam ni lah yang akan ditaipnya :P

Nasib ada blog tempat untuk melepaskan kebosonan. Kadang-kadang terfikir, kalau Hana tak ada blog ni.. apa yang Hana akan buat kalau ke’boring’an melanda? Tidur? Sudah tadi.Opsss....

Blogger-blogger sekalian, apa yang anda akan buat bila korang boring ???

#2 Sesi monolog – Be Patient and Ignore Them


Kenapa aku perlu memahami mereka, sedangkan mereka tak langsung memahami aku. Asyik aku kena jaga hati mereka , tapi ada ka mereka men jaga hati aku? Jawapnya TIADA, tiada seorang pun yang tahu apa yang aku rasa melainkan aku bagi tahu mereka yang aku ni terasa or berkecil hati samada dari segi perbuatan atau sebagainya.

Maaf susah untuk aku menunjukkan tanda-tanda tersebut.Yang aku tahu, aku hanya mampu menyendiri, dengar lagu yang berkemungkinan dapat lupakan sakit hati aku. Sampai satu tahap, hanya air mata yang mampu mengalir

“kenapa dia tak faham aku”
“kenapa dia suka sakitkan hati aku” 

"Sabar-sabar mungkin aku ada buat salah kot, dengki kot, suka-suka nak sakitkan hati aku kot"

Be patient and ignore them Hana T_T

Dalam kita menjaga hati mereka, hati kita terluka. Usaha nak jaga hati mereka sampai kita sendiri mengalir air mata. Sebab apa?

Mungkin kita sebahagian orang yang disakiti atau kita juga adalah sebahagian daripada menyakiti hati orang tanpa kita sedar

Miss You




Selesai touch up blog Hijau Itu Duniaku


Akhirnya, dapat juga Hana touch up blog sendiri sebelum balik Sarawak. Nampak tak 5 hari dah berlalu baru Hana dapat buat entri.hehe Mungkin tak banyak perubahan yang Hana buat, masih mengekalkan ciri-ciri kehijauan :)  Lagipun Hana masih suka design sekarang ni nampak kemas dan tersusun.
  • Bahagian sidebar dan post diasingkan
  • Setiap sidebar diasingkan 
  • Pengunaan 3 warna dalam blog
Teringat Hana masa Hana mula-mula nak design blog dari zerro sampailah Hana pandai main dengan code-code dalam blog ni (pandai ke?). Usaha ni cari tutorial nak buat blog nampak kemas dan tersusun. Hari-hari mengadap blog, 3 4 pagi baru tidur T_T. Bukan sebab terpaksa tidur lambat. Tapi diri sendiri tu tak nak tidur selagi tak perfectkan blog. Blogger-blogger lain pun ada yang macam Hana kan :)


Header
Thanks to owner blog Bingkisan Hati, Maisarah. Dia yang designkan header Hana ni. Memang memenuhi apa yang Hana nak. Ehem.. berkenan kat design header blog Bingkisan Hati sebenarnya tu yang terus Hana minta dia buat design macam tu. hehe

Warna background entri dan sidebar
Sebelum ni hijau yang Hana gunakan warna hijau gelap dan tulisan pun macam tak berapa nak jelas sangat kan. So dengan mengunakan Code warna html. Huh, rambang mata Hana nak pilih warna hijau. Hati berkenan hijau ni tapi tak nampak tulisan. Atas keselesaan pengunjung blog ni, Hana memilih hijau yang lebih cerah.

Warna background tajuk entri dan sidebar
Pengunaan warna hijau pucuk pisang. Kalau nak englishkannya warna lime. hehe jauh beza betul pucuk pisang dengan lime. Nampak menonjol sikit warna background tu takkan nak bagi sama warna dengan background entri pula kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...