Bengkel Pendidikan Jasmani Suaian bagi Guru Pendidikan Khas Seawal Prasekolah zon Sabah, Sarawak dan Labuan


Bengkel Pendidikan Jasmani Suaian bagi Guru Pendidikan Khas Seawal Prasekolah zon Sabah, Sarawak dan Labuan. Bengkel tersebut diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2015 di Merdeka Palace Hotels & Suites.

Pendidikan Jasmani Suaian didefinisikan sebagai Pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan Kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.


Pendaftaran pukul 2.30 petang.. Taklimat ringkas dan malamnya pula ada sesi brainstorming. Sambil-sambil tu Hana tengok-tengok juga siapalah roomate Hana.. Rupa-rupanya Hana seorang dalam bilik tu. Yehaaa...Opss....

Peserta diminta meniup belon yang dipilih. Hana mana dapat tiup belon. Nanti gedebom nanti pengsan Hana. hahaha Sekadar dua kali tiup dapat le Hana. ngee.. Rupanya peserta diminta buat kumpulan berdasarkan warna belon. Ingatka tiup sampai pecah ka apa ka kan. hehe

Alatan yang digunakan untuk PJ Suaian. Tak semestinya guna alatan ni. Boleh juga guna kain or apa-apa yang di rasakan sesuai untuk aktiviti.

Ni antara contoh-contoh aktiviti yang sesuai untuk murid Pendidikan Khas Seawal Prasekolah

1 kumpulan diminta menekup kon. 1 kumpulan lagi diminta membuka tekup kon. Masa diberi 5 minit. Kalau kon yang menekup tu banyak dikira pemenang. *Betul kan perkataan menekup tu. paham kan. hehehe 

Permainan ala-ala pentaqe. Sesuai dimainkan oleh murid spastik. Bagi murid yang bermasalah penglihatan. Seorang pembantu diperlukan dimana pembantu tersebut diminta menepuk tangan ke arah yang ingin dituju bola.

Ala-ala permainan hoki. Seorang pemain A down sindrome/spastik akan ditempatkan di luar gelanggang. Jika bola tersebut ke luar gelanggang, pemain-pemain lain tidak di benarkan menggangu pemain A. Pemain A akan pas bola tersebut pada ahli kumpulannya di dalam gelanggang. Pemain di gelanggang akan bermain seperti biasa

Bola tampar. Main macam biasa tapi dengan cara duduk. Sesuai untuk murid yang terbatas pergerakannya.

Macam-macam lagilah aktiviti. Pandai-pandailah guru tersebut mengubahsuai aktiviti sesuai untuk murid Pendidikan Khas



Hana and the Geng.. 
Peace...


3 orang dah komen :

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus buat macam ni. Nampak kita semua ambil berat juga kepada mereka yang kurang sedikit daripada kita. Terbaik cikgu hana..

Jobdirumah Buat Duit said...

Mesti suka anak-anak ini diberi peluang juga unutk bermain sukan.

OhPanduan said...

Bagus cikgu buat aktiviti macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...