Preparation sebelum ke korea musim sejuk


Preparation sebelum ke Korea Musim Sejuk mengikut Hana.ngeee
Semua google ja tapi sebenarnya atas baget, suhu dan kepentingan. Lain orang lain caranya..ada setengah orang tahan sejuk ada orang yang tak tahan sejuk kan..

Baju dan winter coat.Disebabkan musim sejuk dan snow. Hana fikir down feather winter jacket iaitu jacket waterproof dan kalis angin adalah pilihan yang tepat. Pastikan jacket yang cun dengan saiz badan supaya mengelakkan ruang udara sejuk berkumpul.ngeee.. Disebabkan Hana saiz kanak-kanak Rebena, Hana pun ambik saiz kanak-kanak hahaha murah sikit berbanding saiz dewasa xs.. Terus ambik saiz kanak-kanak. Nampak tak kelebihan Hana di situ.hahaha padahal dalam hati "saiz kanak-kanak ka aku ni T_T".. Bukan setakat jacket ja ambik saiz kanak-kanak.Longjohn or thermal wear pun saiz kanak-kanak.haha triple murah dari dewasa. Longjohn or thermal wear ni sangat-sangat penting yee kawan-kawan. Hana beli yang extra heattech sebab Hana ni jenis tak tahan sejuk. So Longjohn or thermal wear lapisan pertama sekali. Lapisan kedua baju fleece. Nak Pakai baju thirt pun boleh tapi Hana lebih selesa pakai fleece sebab lebih ringan dan merangkap haba .Lapisan paling luar barulah winter jacket.Ada setengah orang pakai sweater dulu lepas tu baru winter jacket.

Kesimpulanya
Lapisan pertama: longjohn or thermal wear
Lapisan kedua: fleece or t-tshirt
Lapisan ketiga: sweater ( depend)
Lapisan keempat: winter coat/jacket

Seluar .macam biasa lapisan pertama extra heattech thermal wear pants. Hana beli satu set dengan baju. Lapisan kedua jeans. Itu dah cukup. Tapi Hana tak yakin semua tu dapat panaskan kaki Hana.ngee so Hana beli seluar yang lapisan dalamnya wool dan luarnya polister. Ada ciri-ciri kalis air dan angin di situ. Ada juga Hana beli legging jenis tebal. Promoter tu kata sesuai untuk winter. Kiranya kalau sejuk juga. Hana akan pakai legging untuk lapisan kedua kemudian seluar jeans or seluar polister tu.

Winter boot. Cari yang kalis air dan tinggi melepasi buku lali. Kasut sukan pun boleh tapi pastikan korang beli spray untuk kalis air tu..

Wool sock. Stokin dari material 100% wool. Sangat penting.Kalau stokin biasa cotton tu. Siap la korang kena pakai 2 lapis stokin cotton. Kaki kalau dah sejuk akan rasa kebas-kebas. Spoil mood nak jalan-jalan nanti.Hana beli stokin wool di Sox World. Legging tebal tadi tu pun Hana beli di Sox World. Sebab time tu memang dipamerkan untuk winter :)

Glove. Hana beli jenis kulit jadi tak serap air. So boleh main salji. Yeaaaaah.hehe beli yang jenis wool pun boleh tapi tak boleh main salji le.Kena ada juga leather glove ye..

Muffle. Eksen ja beli padahal winter coat dah ada koler tinggi bersambung dengan hood. Mufle bertujuan untuk memberi tahap kepanasan yang selesa di bahagian leher, hidung, mulut dan telinga.. 



0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...