first Dose Vaccine is done


Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia dilanda wabak Covid19 sejak bulan Februari 2020. So tu untuk pengenalan tak nak cerita panjang pasal ni nanti takut tersalah info pula kan..

So setelah daftar vaksin pada bulan 2 2021 akhirnya pada 1 Ogos 2021 tibalah saat Hana divaksinkan. ngeee..

Bertempat di Arena of Stars Genting Highland (PISA) Bayan Baru. Aiseh..

Tempat : Setia SPICE Arena (PISA) HCO B
               Setia SPICE Convention Centre
Tarikh   : 1 Ogos 2021
Masa     : 2:00PM

Guna waze juga untuk ke SPICE ni maklumlah masih baru di Penang. Tapi tak jauh dari jambatan. Jauh sedikit dari sekolah

Firstime ke SPICE.

Wooowwww... besar betul. Masuk pagar nampak banyak bangunan besar. Ish mana satu bangunan khas untuk penerima vaksin. bla.. bla..bla..  2 3 bangunan juga khas untuk penerima vaksin. Tapi Hana ditempatkan di bangunan HCO B. So ada HCO A dan HCO C kot untuk vaksin.

Hana park kereta dalam bangunan juga. jalan kaki ke bangunan HCO B. Sebelah je dengan tempat parking. Masuk ja HCO B ni dah rasa mewahnya tempat ni.. Baru HCO B yang HCO lain-lain tu agaknya mewah dan besar macam ni juga ka? Besarnya macam PWTC. Dalam tu pula ada ruang-ruang yang boleh tahan besar juga.. 

Ok itu first impression. Lain orang lain impressionnya kan

Waktu menunggu pun tak lama. Sangat teratur dan smooth je perjalanan. Dah macam explore race versi ada anak panah aka tapak kaki ditampal pada lantai 😁 ada lorong lorong nak ke kaunter, masuk pintu ni keluar pintu lain. Lepas tu eh2 ada auditorium, eh2 dan eh2 lagi. 😁


Ni Hana di ruang ke 2 setelah. Ruang pertama tadi di luar tapi dalam 3 minit macam dah diminta masuk ikut barisan. Yang ruang ke 2 ni pula dalam 5 minit ja tunggu. Tapi tunggu lama pun tak apa sebab selesa sangat.. Lepas tu dah tak ada tunggu dah terus ja berjalan pastu stop jap check ic pastu berjalan lagi stop lagi check ic sampai lah terakhir kena menunggu 20minit lepastu baru boleh balik. Rasanya 15minit ja kot Hana tunggu


Alhamdulillah dose AZ yang diperkatakan sangat kuat kesannya tidak menganggu Hana. Aiseh.. Hana tak mengalami sebarang kesan selepas terima AZ ni sehinggalah sekarang 4/8/2021.  Nasib baik juga kan. Drive balik pun ok tak rasa apa-apa. Balik tu Hana tidur, relax-relax dekat 3 jam juga tidurnya hahaha Kawan-kawan yang lain ada kesan seperti sakit kepala, lenguh badan, sakit pinggang, seram sejuk, nak demam macam tu..

Syukur juga, dapat melayan anak-anak seperti biasa 😊

Done.. 
Tunggu dose ke 2 pula..


2 orang dah komen :

nanieydotcom said...

Sorang sorang dar settle.. Naniey belum dpt tarikh lagi ni..

aswadz said...

Alhamdulillah. Tahniah sebab dah dapat vaksin. Tengah tunggu giliran gak ni. Bila ntah nak dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...