Rabun tanpa cermin mata


Anak murid kesayangan cikgu
Tulisan kat papan hitam jadi kurang jelas (Kedudukan Meja hana di belakang) Terpaksa lah Hana angkat kerusi dan duduk kat meja kawan yang di depan. Tiba-tiba cikgu kata 'duduklah kat meja cikgu tu'. Bukan setakat meja je. sekali dengan kerusi cikgu Hana duduk. Pergh... Cuba bayangkan masa sekolah rendah  (zaman dulu) cikgu suruh duduk kat kerusi cikgu. Satu kelas pakat tengok Hana. Hana pun terkejut jugak. Selalu jugak duduk kat meja cikgu sampaikan kawan hana kata Hana murid kesayangan cikgu.

Dilabel sombong
Terasa sekeliling penuh dengan bayang-bayang manusia yang Hana tak kenal siapakan manusia itu. Datang dekat baru perasan, Eh, Siti rupanya (baru nak senyum) Kalau tak memang sepanjang kat sekolah masa tu tak senyum langsung sebab tak perasan kan orang tu siapa. Bagi orang yang tak kenal Hana, diorang kata Hana sombong.

Pinjam mata
Masa sekolah menegah Hana mula pakai cermin mata. Disebabkn Hana ni kanak-kanak rebena,cermin mata Hana selalu pecah. Sementara tengah proses buat cermin mata baru. Hana free eye je lah..
Kenapa mata Hana tak sepet? 
sepet? kenapa nak sepet pula
Kebanyakan orang pakai cermin mata, mata dia akan sepet dari kebiasaan. 
Yeke? 
Bagi aku pinjam mata jap? mata Hana bulat elok original colour lagi.
Ambik lah.. Hana pun tak nak rabun :P
Gara-gara Hana free eye, 3 4 orang booking nak pinjam mata Hana.

Cermin mata hilang
Ini memang selalu jadi. Cermin mata elok je letak kat atas meja. Disebabkan kerabunan memang tak nampak langsung cermin mata tu. Pernah terjadi, bila mak suruh Hana cari cermin mata dia. Pada masa yang sama jugak, Hana tengah cari cermin mata Hana. Erk, macam mana nak cari kalau dah tak nampak. Riuh satu rumah. hahaha Nasib ada Syifa, dia la yang tolong cari. Tapi sekarang dah boleh hafal tempat mana yang selalu Hana tinggalkan cermin mata.hehe

Dan

Orang yang rabun tanpa cermin mata akan nampak gambar ni adalah Marilyn Monroe 


kalau dia pakai cermin mata/tidak rabun akan nampak Albert Einstein

P/s : Tiada idea nak update entri, Seminggu dua ni rasa nak blogwalking ja.

Apo bendo WeChat nih



Abang Hana beli handset baru kat adik Hana sebab result SPM dia ok. Hana pun suka-suka hati nak install WeChat kat handset dia. Biasalah handset baru, segala benda Hana nak tekan. Padahal Hana sendiri pun blur pasal WeChat ni..
http://malayandroid.com/wp-content/uploads/2012/12/WeChat_Logo.jpg
Main apa la sampai shake-shake handset tu? Hana biarkan je..Suatu hari dia tanya Hana maksud perkataan. Hana pun tengok la ejaan perkataan tu dalam handset dia. Ceah... rupanya yang selalu shake-shake tu untuk dapatkan kenalan. Sekali kenalan dari Amerika, Jepun, Indonesia.. Itu rupanya permainan dia. hahaha

Ish, gelak sorang-sorang. Main apa pula tu? WeChat.. WeChat pun boleh gelak ke? WeChat ni lebih kurang macam SMS je kan cuma WeChat ni free. SMS tak pula gelak macam ni. Itu Hana tak tau, yang hana tau 4 jam dia ber'WeChat'. Nasib la dah habis belajar. Kalau time belajar duk WeChat je, parah juga...

Cuba buat webcam? Hana memandai-mandai explore webcam WeChat dia. Yeaaah boleh, Huh riuh setaman perumahan Hana. Memang seronok betol dia dapat tengok kawan dia. Padahal esok tu nak jumpa.Takpa-takpa ambil mood nak jumpa esok. hehe

Ok sekurang-kurangnya Hana tahu pasal WeChat walaupun Hana tak ada WeChat :) Hana nak ada WeChat? Handset Hana kadang-kadang entah ke mana. Facebook pun entah hidup ke tak, Twitter? haruslah tak ada. Itu pun berangan nak ada WeChat. Kalau ada pun mesti sekadar hiasan je macam Fb Hana.  Habis tu apa yang Hana ada? Hana ada BLOG HIJAU ni.hehe

  • Kekurangan WeChat
Yang tengah study lagi-lagi SPM, pandai-pandailah kawal perasaan untuk berWeChat, Tapi perasaan remaja suka memberontak, akhirnya tak terkawal juga. Apa yang Hana perasaan, orang ambik masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam untuk ber'WeChat'. 3 jam tu dah boleh hafal 1 tajuk dah. Banyak lagi kekurangan ber'WeChat' sebenarnya cuma kita tak nampak. Hana malas nak sebut. diam-diam sudah :)

  • Kelebihan WeChat
Haruslah mengeratkan silaturahim. Itu yang utama. Benda free haruslah guna dengan sebaik-baiknya kan.. Seronok ber'Wechat' ni, macam-macam ada. Tukar suara, icon comel-comel. Erk, banyak lagi tapi itu je yang Hana tahu buat masa ni. hehe

P/s : Isilah masa diantara Maghrib dengan Isyak dengan berselawat dan membaca Al-Quran bukan dengan berFb atau WeChat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...