Seminggu selepas dapat gaji


Seminggu lepas dapat gaji...

Ada ke patut laptop Hana tu berendam dalam air. Tak tau berenang nak berendam juga.. Kan dah lemas.. Terpaksa Hana buat CPR. Tapi tak dapat di selamatkan juga..

2 September merupakan hari terakhir beliau. 5 hari selepas itu, Hana nak bawa laptop ke hospital berdekatan untuk di bedah siasat punca kematian.. Setelah di bedah siasat , rupa-rupanya beliau hanya koma. Hana terpaksa membeli wayar (chager) baru untuk menghidupkanya kembali. Kos rawatan RM90. Berbaloi juga lah, servis pun tip top. Yang penting beliau selamat walaupun laptop tersebut boleh dikatakan barangan antik dan patut diletakkan di muzium..Sampaikan orang yang servis laptop tu pun tak pernah dengar jenama laptop hana.. Huhuhu

Kesian kau laptop.. Diorang semua dah lupakan kau kecuali tuan kau yang setia 7 tahun bersama kau.. Lepas ni kau jangan berendam lagi ye.. Aku sayang kat kau walaupun orang lain dah lupakan kau.


    

Hana dah tak ingat Dak Mok tengok movie apa.. yang penting dia kusyuk giler mengadap movie tu.. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Best tak karangan Hana.. haha apa-apa pun alhamdulillah akhirnya, Hana kembali juga mengadap blog ni. Aiseh.. macam lama benar Hana tak mengadap blog ni kan..

Berbalik kepada entry lepas yang Hana jadi MC yang bertarikh 4/9/2013. Hana baca skrip je.. memang tersangat lancar. hahaha Kalau Hana jadi MC pegang skrip bila-bila pun boleh Hana jadi MC. Tapi pegang mikrofon tu still gementar lagi. Adoi.. nak kena cari petua tak nak gementar bila pegang mikrofon ni.. hehe


P/s: Jenama laptop Hana FTec = Future of Tecnology

Serba sedikit tentang Cikgu Hana :)



Memang tak tahu nak letak tajuk apa..

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang Hana tak buat entry. Tapi kesuntukan masa. Mungkin tahun depan Hana baru start masukkan aktiviti sekolah dalam entri :)

Dulu seminggu selepas posting, Hana target nak tukar ke semenanjung selepas 2 or 3 tahun berkhidmat di Sarawak. Tapi sekarang tak terfikir pun nak tukar penempatan di e-GTukar. Hana sayang dengan semua orang di Kuching ni. Amboi semua teruuiih.hahaha.You know that I'm Fall in Love With in this ENTRY. Kalau tiada arah melintang, Hana akan menetap di Kuching. Insyaallah..

Kita masuk lebih spesifik lagi ye...

Jika nak dibandingkan 5 tahun setengah di Kelantan dengan 2 bulan di Kuching, Hana tak nak banding-bandingkan. Tapi cukuplah Hana sekadar menyatakan Hana lebih dapat+cepat menyesuaikan diri di Kuching.

"Kau suka tinggal di Kuching sebab sekolah bukan pedalaman kan?"
Ya, sekolah Hana bukan pedalaman tapi sekolah Hana luar bandar. Sejam dari rumah Hana. Siap naik feri lagi. Sebelum ni memang sekolah tu pedalaman 1 tapi sekarang tak sudah.

"Pendidikan Khas senang je nak mengajar"
Senang? cuba mengajar dulu lepas tu nilai sendiri. Hana kena buka kelas Pendidikan Khas. Ada yang dah satle ada yang belum.  Hiasan kelas lagi. Duit sendiri tau (peruntukan belum dapat). Tapi Hana tak kisah pun guna duit sendiri asalkan kelas cantik :) Cantik untuk siapa? untuk Hana dan murid juga

"Hana tak garang?"
Serius weh, Hana garang sebenarnya, cuma muka Hana ni tak berapa nak garang. Disebabkan muka Hana tak garang jadi Hana kena sesuaikan perwatakan Hana mengikut muka :P Hahaha lawak ja ok. Kadang-kadang Hana marah murid lepas tu Hana membelakangkan murid Hana gelak.. haha Macam tu juga bila Hana tengok cikgu-cikgu lain marah. Hana nak tergelak tapi hana cuba kawal. hehe

"Jawatan yang di pegang di sekolah?"
Buat masa sekarang Hana pegang jawatan guru penasihat Kelab Keceriaan, Guru Penyayang Tahun 2. Guru penyayang memang wajib pun.. Lepas tu guru penasihat Program Susu Sekolah dan Denggi. Belum masuk jawatan dalam Pendidikan Khas.

Anak murid.
cute-cute semua termasuk cikgunya :P Masa ni tengah bersiap sedia untuk edarkan susu kotak :)

Jamuan Hari Raya Tahun 5
Guru penyayang tahun 5 yang terlibat tapi Hana join adventure sekali :)

Weh.. Hana jadi pengacara majlis untuk Program Ramah Tamah Aidilfitri hari Rabu 4/9/13 ni.. Adoi, pertama kali jadi mc.Seram sejuk bila dapat tahu perkara ni.. hehe Hana tak kisah pun tapi itu lah Hana kalau boleh tak nak pegang mikrofon. Disebabkan ke'traum'ana pegang mikrofon jadi banyak entri yang berkaitan dengan mikrofon kat  sini, sini dan sini.

Dan Hana berharap takkan jadi mc dah lepas ni. Biarlah mc untuk satu-satunya program tu ja.. boleh tak macam tu? Tugas yang paling mencabar setakat ni. jadi pengacara majis lah. huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...