Wordless Wednesday #8




Tension !!!



HANA SANGAT TENSION KALI NIE !!! Tak tau kenapa dan  di mana nak LEPASKAN KEMARAHAN, KESEDIHAN ++ NIE..
 
Maaf terpaksa lepaskan ke'tension'an kat blog nie
.

Pembelajaran Secara Kontekstual


Pengenalan

Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, pemecahkan masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan. Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Strategi ini dapat memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Kaedah kontekstual adalah berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan. Ringkasnya, pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.


Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran ini mempunyai banyak kepentingan dan faedahnya. Ini termasuklah faedah kepada murid dan faedah kepada guru sendiri. Pendekatan kontekstual adalah satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang bersifat kompleks yang menjangkau kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Konsep pengajaran ini lebih menumpukan kepada pembelajaran yang bercirikan penemuan dan pencarian. Ia akan mendorong murid-murid mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya.

Pendekatan kontekstual juga merupakan pendekatan yang menekankan dunia kehidupan sebenar murid-murid. Ini bermakna, pembelajaran adalah berkisar kepada konteks kehidupan sebenar dan cara ini sudah tentu akan lebih mudah memberi kefahaman kepada murid-murid tentang konsep-konsep berkaitan. Selain itu, pembelajaran ini juga boleh dilaksanakan secara koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini amat menggalakkan interaksi dan perbincangan sesama murid atau antara murid dan guru. Dengan cara ini proses pembelajaran murid akan berlaku dengan lebih mudah. Ini sudah tentu dapat memastikan objektif pelajaran yang telah ditetapkan dalam perancangan pelajaran ini dapat dicapai dalam sesi praktik yang akan dilaksanakan nanti.

Bagi guru pula, pendekatan pengajaran ini sudah tentu menggalakkan mereka memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Berdasarkan persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperoleh melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.


Jangan pandang luaran je. .


Hana taktau nak letak tajuk pa.huhu. Apa yang hana nak cuba sampaikan sebenarnya ialah....

Hana dah bungkus semua hadiah pemenang untuk "FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA".Semuanya 8 pemenang daripada 11 pemenang yang tuntut hadiah tersebut.

Jenuh juga nak bungkus ye.. Jadi faham-faham je lah kalau bungkusan tu tak kemas.hehe Tak kemas pun isi dalam tu tetap berharga kan.. :) Diharap semua akan happy bila dapat bungkusan tu..

Malu pulak nak tunjuk gambar bungkusan hadiah tu.hehe

sekadar hiasan

Pejabat pos buka bila ek? Hana akan pos bungkusan tersebut secepat yang mungkin.

Nanti kalau dah dapat hadiah bagitau ek..


PANGGILAN TERAKHIR UNTUK PEMENANG 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'

klik link bawah k




Ber 'Chim Chum' bersama housmate

Apa itu Chim-Chum? Chim Chum tu sejenis makanan ala-ala steamboat / yong tau foo / celup-celup atau lain-lain lagi :P


Walaupun gambar nie gelap.hana nak jugak upload sebab ada gambar hana.hehe Mana la hana kan.. Macam biasa hana mesti pakai baju warna hijau.lengan putih.hehe


Haa tu la namanya chim chum.
Hana sebagai photographer, Masak memasak bukan kerja hana ok..Hana tau makan je.

Zoom sikit


Semua pakat berdiri nak masak.lapar agaknya tak makan tengahari sebab nak ber'chim chum'.Korang nak masak rebus pun boleh bakar pun boleh. ikut kesedapan korang.

Harga chim chum nie ikut kepala. Kalau kepala ketam mahal sikit. Aiseeh.. Kepala ketam la pulak..hehe. 1 kepala orang RM16.50. Ikut korang lah nak ambik apa pun janji perut kenyang. Bukan setakat nie je makanannye. Ada nasi putih, nasi goreng, me goreng, lauk ayam paprik, bubur kaung, pulut pauh, ais-cream, buah tembikai dan banyak lagi



Gambar ni hana mintak pelayan tu tolong snap kan.hehe

Jom kita serbu restoran nie..



Pemenang 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'

Alhamdulillah segala perancangan mengenai GA ni berjalan dengan lancar..So tanpa melengahkan masa hana nak umumkan pemenang 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA' Hadiah? semua dah sedia maklumkan..hehehe

Kesemuanya ada 12 TUDUNG BAWAL SULAMAN ATAS KEPALA mengikut warna pilihan masing-masing.  

Sepatutnya hana beli hadiah  24hb dan 25hb Februari 2012. Terbeli awal plak kan.hehe awal lagi baik kan
memilih warna

memilih warna

memilih warna 

memilih warna

memilih warna

memilih warna

memilih warna

memilih warna




memilih warna

memilih warna

Tarikh untuk tuntut hadiah adalah sebelum 22 FEBRUARI 2012. Jika pemenang tidak tuntut hadiah sebelum tarikh tersebut maka hana akan sponser untuk contest blogger lain :)

letak alamat dalam komen nie ek..


Lilin ?


Leganya dah siap satu xsignment..Tu yang terus update blog. Padahal tak tau nak update apa.huhu

Sebenarnya tak terasa lapang lagi nie. Semenjak berpraktikum,kerja bertambah-tambah. Kesian hana tengok blog nie tak ber'update'

Nie ja yang mampu hana update. Itupun  Entry yang belum di post 3 minggu:)

LILIN


Sejam dalam kegelapan, Hana dan Syifa (adik) ditemani 5 lilin nie ja. Empat daripada lilin tersebut adalah lilin yang kecik tu. Dan sebatang lilin hiasan.hehe dah tak ada lilin  pakai jalah lilin hiasan tu

 Tiba-tibe terpikir pasal nie

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

Takkan Ku Sia-Siakan Kamu Lagi



Senarai Peserta 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'

 ENTRI MELEKAT  
scroll ke bawah untuk entry seterusnya

Klik Banner di bawah untuk tengok senarai peserta

SEBARANG PEMBETULAN BOLEH DIBUAT 
SEBELUM 12 FEBRUARI 2011


PERHATIAN UNTUK PESERTA 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'


Pemenang akan di umumkan pada 14 Februari 2012. Jangan lupa untuk terjah entry hana pada 14 hb Februari nie ye..


Tarikh untuk tuntut hadiah adalah sebelum 22 FEBRUARI 2012. Jika pemenang tidak tuntut hadiah sebelum tarikh tersebut maka hana akan sponser untuk contest blogger lain :)

Macam awal je hana bagitau pasal tuntutan hadiah.hehe pemenang tak tau lagi. 

Mahu tapi Malu


Geram betul hana tengok. Kalau nak ambik jelah tapi nak ambik malu. Kekadang geram jugak nasib baik comel. Hana bagi makanan tak mai ambik. Lepas tu  hana bagi, lari pulak. Bukan lari dekat-dekat sini tapi lari sampai

Atas pokok

Geram gak.. Kalu hana dapat siap la..

Dua kali tengok macam keychain patung bear yang bulu panjang tu

Malu sangat. 

p/s : tukar perkataan malu kepada takut dalam entry nie :)


Pupel Liyana Mega Giveaway

Sebulan je..Apa yang sebulan.. Mega giveaway di bawah nie. Jom join. Sempat lagi nie


Banyaknya penaja dia, Meh sini tengok

Pupel Liyana( 2 x Ohsem Handbag Bernilai RM50 Setiap Satu)
ShagYahya (Memo Stand Comel)
Herba Tihara (1 x Bookmark rose)
Arif (3 x Full Template Design & 3 x Vector)
CicakJawaz (1 x Kasut Preloved Nose & 1 x Baju)
Zaihazra (1 x Header & 1 x Template Blog)
ButikFiq'ra , Facebook Butik Fiq'ra ( 2 x inner bawal)
Butik Mia (1 x tudung bawal)
Putri Auni , Facebook Putri Auni, Fanfage Putri Auni , Like This (1 X Full Template Design & 3 X Header)
HannaJR ( 2 x brooch sabah)
Syamina (1x Wang Tunai RM10, 1 x Rantai Basikal)
twynzshophouse , Facebook Twynzshophouse (2 x (set brooch + shawls)
Eyza (4 x shawls, 1 x pin ribbon, 1 x clip shawl)
Lulu Caldina (2 x sticky post entri 24 jam di Lulu Pages)
Azreen Shafila (2 x simple header)
Cik Puan Muda Umi (2 x Topup RM5)
Pink Ummi, Facebook Pink Ummi (4 x lipgloss Avon, 4 x buah note book Pooh, 1 x helai tudung outer plain)
Qma Shop (1 Perfume Paradise - Set Mini 8ml (TYPE B)
miszsheyla (2 x Topup RM10)
TehaaNFM, Facebook TehaaNFM (1 x edit minima/blogskin template, 2 x header simple, 2 x watermark simple)
Diana , Facebook Diana (3 x header simple)
Fyza Life, Facebook Fyza (2 x Topup RM10)



Minyak wangi beralkohol


sekadar hiasan

Akohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasil daripada biji-bijian ini dinamakan sebagai "alkohol etil" atau "thanol". Alkohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai "methyl" atau Metanol.

"Alkohol etil" yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam sehingga cecairnya dijadikan bir atau wain yang digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam, dan sebagai pengawet ubat-ubatan

Alkohol yang dicampurkan dalam minyak wangi untuk meyemarakkan harumannya BUKAN jenis ethanol yang sama yang digunakan dalam arak. Sebaliknya ia mengunakan ethanol mutlak ( absolute ethanol ) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu kesannya juga berbeza dengan arak dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini jika dimakan tidak akan mabuk sebaliknya akan MATI.

Berdsarkan penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol adalah TIDAK NAJIS dan BOLEH DIGUNAKAN KETIKA SOLAT.

Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Al-Azhar. Begitu juga dengan pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (anda bertanya Islam menjawab) bahaya minyak wangi yang digunakan alkohol TIDAK NAJIS


CONTEST: Warna Hidupku by Aisyah Humaira

Memang hana mengharapkan contest macam nie sebab dalam perancangan hana , hana nak update entry pasal HIJAU. Kiranya entry nie 2 dalam 1.hehe.boleh di terima tak penganjur contest?

Nak join klik banner di bawah


Warna pilihan ? Tengok warna blog la.. tapi erm.. cuba tengok gambar-gambar di bawah..

tomey tak? hehe

Laptop nie dah berusia 4 tahun 6 bulan. Harap-harap bertahan sampai hana habis belajar.Tinggal 10 bulan ja lagi nak habis belajar

Nie kat rumah sewa. Hana sayang CJ7 nie tu yang letak kat rumah sewa.hehe


Nie pula kat rumah di Kedah. Terpaksa tinggalkan bear-bear nie. Tak muat tempat kat rumah sewa.

Jadi memang tak di nafikan la Hana pilih warna HIJAU sebagai warna pilihan sebab Hana suka HIJAU.hehe

Dalam syarat-syarat contest diminta peserta meletakkan gambar.Hana pun memilih gambar nie.

Hijau warna hidupku :)

erk..

lebih kurang ayat kat header je..hehe

Tiap-tiap tahun mesti hana akan tempah or beli baju kurung warna hijau. Yang gambar besar tu tahun 2011,  bahagian tepi bawah tahun 2010, tengah 2009, dan atas 2008.Agak-agak ada perubahan tak?

hana rasa dari segi tudung tu memang ada perbezaan. Dulu (2008) popular tudung corak-corak macam gambar atas tu, lepas tu 2009 tudung bawal air mata duyung macam gambar tengah, kemudian 2010 tudung bawal mata lalat (gambar bawah) Yang gambar besar tu gambar terbaru (2011) tudung awning.hehe

tag

Bapa Ku Pulang Dari Kota.. Papa Ku Belikan Kereta Viva..


Sampai jugak ko kat sini ye..Rehat lah ye esok lusa ko akan ke Pasir Mas pula :)


Dalam gambar nie macam warna putih padahal warna green light


5 jam perjalanan dari Kedah ke Kelantan, berhabuk sudah. nak cuci boleh ja hantar kedai tapi nanti kena hujan jugak.

P/s :Sesiapa nak tumpang untuk praktikum ke Pasir Mas ?

Akhirnya..


Masa yang di nanti-nanti telah tiba. Bukan pasal kereta tapi pasal cuti. Baru seminggu praktikum, hana dah fikir pasal cuti. Sebabnya time cuti boleh rehatkan badan, bangun pagi pukul 12tengahari, boleh tidur petang. Waaah memang best

Hari Ahad cuti Maulidur Rasul.


Jadi kesemuanya 3 hari. 3hari cuti akan dimafaatkan dengan merehatkan badan + tidur. Bahagian yang paling diistirehat adalah bahu dan pergelangan tangan. Bawa motor sambil galas beg belakang. Nak letak beg dalam raga takut kena ragut. huhu Tapi jari jemari masih kuat dan mampu meng'update' blog.hehe

Malam ni nak satlekan semua kerja-kerja. Erk, tidak termasuk kerja kursus ye.. Kerja kursus kena pilih masa yang betul-betul tenang baru dapat berfikir dan cari idea yang bernas. Fuyoo.. bernas tuu.

Dan pada masa yang sama juga masih menantikan kereta.hehe

Entry seterusnya nanti Hana update pasal kereta pula..Tak sabar betul.


Sabar sehari ja lagi



Dah seminggu hana meredah onak duri, ombak rindu tsunami, ribut taufan, dan akhirnya esok adalah masa yang ditunggu-tunggu. Cuba bayangkan selama 40minit bawa motor dalam kehujanan + trafik jem tanpa baju hujan.

Jalan? Jalan pekan trafik jem, lepas jalan pekan, masuk pulak jalan highway. Highway tak jem cuma angin bersepoi-sepoi language, Hana rasa macam helmet nak tercabut. Lepas highway, masuk pula jalan kampung, jalan berlopak-lopak. Hana rasa tayar belakang dah nak tercabut. Nak mengelak tapi tak nampak sebab hujan + gelap (7 pagi). Lepas tu pulak masuk pekan balik. Ada pula pasar pagi kat situ. Jem lagi. Lepas 5 minit dari pasar tu baru jumpa sekolah. 5minit kalau tak jem. Kalau jem 8 - 10 minit jugak.

Bayangkan semua yang di atas tu berlaku semasa hujan selama 2 hari. Waah memang tabah terus..

Suatu petang tadi di pasar malam

Hana : Hello Abah, duit dah masuk
Abah : Yela abah dah tranfer online memang terus masuk.
Hana : Ooo.. Abah bila nak mai sini (Kelantan)
Abah : Jumaat abah pi
Hana : Ok. dah 2 hari redah hujan
Abah : Musim hujan sekarang
Hana : Ok tak palah

Faham kan? hehe
Maknaya esok hari Khamis merupakan hari terakhir hana pergi sekolah praktikum naik motor meredah hujan dan sesak. Abah hantar kereta hari Jumaat


First GiveAway by Onitsukahana

ENTRY MELEKAT

TAMAT

Scroll ke bawah untuk entry seterusnya



 
Sila copy code banner GA dan letak di entry anda..



   SYARAT PENYERTAAN   
   1. Buat 1 entry bertajuk 'FIRST GIVEAWAY BY  ONITSUKAHANA'
   2. Letak banner GA di dalam entry korang
   3. Nyatakan warna yang korang suka (wajib untuk hadiah nanti)
   4. Tinggalkan link korang dalam entry ini.
   5. Penyertaan yang kurang dari 10 kebawah secara automatik akan ditutup
   6. Nak tag pun boleh (lagi banyak penyertaan lagi cerah peluang untuk menang)

   HADIAH
   Tudung bawal bersulam atas kepala ( bilangan mengikut penyertaan )
   Klik ice-cream  untuk  tengok hadiah

Giveaway akan  berlangsung dari 10 JAN 2012 hingga 10 MAC 2012 31 JAN 2012
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...