Bila lagi ?

tiba-tiba ada kawan hana tanya 'hana bila lagi ?'

'Bila apa?'

'Bila nak kawin' 

hahaha tak terlintas pun nak kawin buat masa nie. Napa ek.. Nak kawin tu memang nak tapi banyak benda lagi yang nak di fikirkan selain kawin 

 'Hana muda belia lagi, bagi akak-akak dulu kawin'

 'Umur dah 23 tak muda pun, memang tahap umur tu orang banyak berkenan. Lepas satu tahap umur dalam 25 or something dah tak laku dah, orang tak pandang' 

 'betul ke?, alaa cuba jangan tengok umur. Kawin bukan ikut umur pun. Muka budak lagi ni' 


Dalam hati.... Nak kawin tapi tu lah banyak benda nak kena fikir

 Hana pun kekadang teringin nak berfamily macam nie 

 
Romate di Sek Teknik time form 4. Bahagianya. Bertambah ceria bila ada baby

 
 Tengok riak wajah ibu dan anak. Hepi ja

 
Nie plak clasmate (perempuan) sekolah teknik dari form 4 dan form 5. Happy family. Geram tengok

 
Anak dia yang cute miut. Hana nak culik anak dia tapi apakan daya, dia dan suaminya adalah polis.hehe (lawak ja ek)

 
Ni plak kawan sekolah teknik.

 
Alahai momeynyaa macam ibu dia

Lambat lagi rasanya hana nak berkeluarga. 

Biar la hana nak enjoy puas-pas dulu, nak beli rumah dan kereta sendiri. Eh2 kereta dah ada la.hehehe

Tapi kan statement hana tadi tu orang kata tak boleh pakai. Sebab nanti dah berkeluarga, suami yang akan belanja untk semua tu

Tapi bagi hana tak puas la kalu tak guna duit sendiri. Biarlah hana beli rumah dulu nanti rumeh tu boleh buat sewa. Fuh, berfikiran jauh ke depan hana nie kan..haha logik ke tak ek?

Masalah paling utama sakali ialah MASAK. MASAK? hahaha hana tak terfikir plak pasal masak. Tapi untunglah kalau si suami tu tak kisah si isteri tak tahu masak. Tapi ada ke suami tak kisah?

 Nasiblah hana ada orang yang memahami hana, dia tahu hana tak suka masak.hahaha. Untung juga kat situ. sekurang-kurangnya dia tahu semua pasal hana. Hana tak pandai itu ini, kita tak suka itu ini sebelum mendirikan rumah tangga. Hana memang suka berterus terang. Kalau dia nak terima hana, terima lah seadanya kan. Alaa nanti-nanti hana pandai gak masak walaupun tak seberapa. Takkan lah nak makan kat kedai je kan. Lagipun belum tentu jodah hana dengan dia. Apa-apa pun biar masa yang menentukan

Hana pernah dengar pendapat kawan lelaki (26 tahun )yang dah bekerja tapi belum kahwin. Dia kata

'Masa abang dulu memang tak nak fikir pasal ni sebab nak tumpukan perhatian pada pelajaran dan dapat pekerjaan yang baik. Berkawan pun dengan budak-budak yang belajar la kan. jumpa ja diorang sembang pasal pelajaran.Belajar punya belajar pastu dah masuk ke alam pekerjaan. Bila dah berkawan dengan orang yang bekerjaya dah berkeluarga, jumpa ja sembang pasal anak, rumah dan lain-lain. Abang yang tak kawin lagi ni tak boleh la nak bersembang sangat sebab abang tak kawin lagi. Tu lah dulu orang nak kat abang, abang tak nak pikir, sekarang nak fikir pun calon tak da, semuanya nak ambik kesempatan ......'

Sekarang ni hana berada di tahap 'MENUMPUKAN PERHATIAN PADA PELAJARAN'. Risau pula hana kalau hana berada di tempat abang tu kan.. Dah la perempuan...huhu Pasrah je lah

p/s : hari ni nak masak apa ye :P. Erk.. buger daging satu


Praktikum Fasa 3 di SID Dalam Kenangan


Tamat sudah praktikum 3 bulan  di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua, Pasir Mas Kelantan. Dah mula rasa rindu kat anak murid kesayangan. Terbayang-bayang telatah diorang. :) rindunya cikgu kat korang semua..

Faris dan Aina Syafikah. Faris kelas sebelah tapi bila hana mengajar dia nak masuk kelas hana.hahaha Aina pelajar baru.Seorang yang peramah

Nur Aina Natasha. Panggil Na. Anak murid kesayangan hana. Dia kata nama hana dan dia sama. hehehe. Pada mulanya sukar sikit hana nak faham apa yang dia kata maklumlah masalah dia nie menyebabkan dia menghadapi masalah dalam pertuturan. Tapi lama kelamaan, hana dah faham apa yang Na kata. Dia suka di puji dan suka sangat tiru cara cikgu mengajar

Bahan bantu mengajar yang berkesan sebab ada muzik dan pergerakan. Bahan nie juga dapat meningkatkan daya tumpuan murid dan kordinasi mata dan tangan. Main la anak-anak yee nanti nak belajar pula.

Subjek yang diajar di kelas ni adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Mula-mula memang susah nak kawal tingkah laku diorang nie. Tapi sejak hana perkenalkan peneguhan positif, tingkah laku negatif dapat dikurangkan

Hahaha anak murid hana yang snap gambar nie. Budak-budak zaman sekarang terdedah dengan teknologi kan.. pantang tengok laptop, kamera dan handset mesti nak pegang.

Syamil dah Hafiz. cute jee

Syamil dan hana memang rapat sebabya kami suka kucing. cerita lah apa-apa pasal kucing mesti dia suka. Lagi-lagi kalu pasang video kucing. kusyuk giler.

suka melawak ganas.. Kekadang risau juga dengan keselamatan diorang.

Subjek Seni. Seronok diorang main doh. Doh ni dihasilkan mengunakan tepung. Hana mintak diorang buat haiwan mengunakan doh. Nampak tak haiwan dekat atas meja tu.. dibuat dari doh la tu.. pandai anak-anak cikgu buat haiwan dari doh kan.

 
 Pandainye...

Lawatan ke TESCO

Ikut cikgu buat yee..

Sukarelawan dari Jepun.

 
Hehehe walaupun praktikum. Hana dijemput untuk bergambar jugak..

Hari terakhir praktikum.

Dapat cenderamata dari pihak sekolah dan guru pembimbing.

TQ kepada warga Sekolah Kebangsaan Sultan Ibbrahim Dua (SID) kerana menerima kami untuk berpraktikum di sini. Memang best sangat


CINTA KENANGAN SILAM ~begitu rupanya~

Lagu lama tapi baru sekarang hana tahu yang lirik lagu ni di ambil mengikut nama tajuk lagu tersebut 



P/s : lagu C.I.N.T.A pun XPDC yang nyanyikan kan??

Jom ber 'SIM SIMI'

korang pernah dengar tak Sim Simi nie apa? Bukan sejenis makanan tau. Tapi ia adalah

 
Sim Simi yang cute.. Dia kata dia nie robot. nak tahu kebenarannya tanya lah dia sendiri,hehehe

Apa-apa pun, sempat je hana print skrin time hana chat ngan dia.. Hana yang berwarna biru


Nama sendiri pun boleh lupa.



Apa-apa jela.. kekadang sakit hati hak layan sim simi nie. Tapi dapat la melepaskan kebosanan dan kemarahan kat seseorang.ngee


Pemalu rupanya..hehehe 

Korang nak berkenalan dengan SimSimi. Meh klik SINI 
 

Salah faham nie..

cuba tengok entry lepas pasal pasal TEPAT PUKUL 10.30 PAGI. Ada 2 3 orang yang komen pasal gambar dalam entry tersebut 



Sebenarnya itu kereta impian ja. Tak mampu la nak beli kereta tu..Dalam entry INI dan INI ada cerita pasal kereta hana :) dah 3 bulan dia bersama dengan hana. hehehe 


Tepat pukul 10.30 pagi ....

10.30 pagi keluar dari rumah. sebab nak servis kereta.Masuk hari ni dah kali ke 2 Hana servis kereta. Yang bestnya bila servis nie boleh cuci kereta luar dalam free je.hehe. Hana tak pernah berposing dengan kereta hijau hana lagi kan


huhu tak pa.. lepas cuci berkilat baru posing kat kereta.hehehe

Siap pasal keta, kena isi perut pulak. 2jam kowt servis dan cuci kereta. Lepas makan hana nak habis kan baucher buku yang berbaki RM1OO. Banyak lagi. Nak beli apa RM100. Nak beli barang praktikum, tapi praktikum dah nak habis. Nak beli buku rujukan. Buku tak da. dah survey dah semalam.huhu

Lepas menghabiskan baucher buku, Hana nak beli bahan bantu mengajar pula. Hari tu beli sayur-sayuran (kubis, timun, bayam, lobak. salad) untuk mengajar KV + KVK. Hari ni nak beli bahan bantu mengajar sayur-sayuran jugak tapi lebih kepada ulam-ulaman macam halia, serai, kucai, petai dan peria. Erm.. kucai tu ulam ke? hehehe tak kisah la janji esok hana dapat mengajar perkataan yang mempunyai suku kata KV + KVV. Ingat senang nak cari suku kata yang sama mengikut tema tertentu, Contoh la kan.. Korang nak buat tema serangga guna suku kata KV+KVK. Ce bagi contoh 5 serangga yang mempunyai suku kata KV+KVK? Siapa awal yang dapat jawap dan paling tepat hana bagi FREE 2UP RM 3. RM3 je?? tak pa rezeki tu jangan di tolak. Tarikh/masa tutup tepat pukul 8malam ini.

P/s : Hari ni hari tanpa plastik. kena bawa beg guni dan usung troli la jawapnya


AMALAN MEMAKAN BUAH-BUAHAN


Makanlah buah limau (oren) kerana ia mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan fikiran
Makanlah buah anggur satu per satu (sebijik demi sebijik) kerana cara ini lebih berkhasiat
Banyakkan memakan buah terung. Sesiapa yang memakannya sebagai penyakit maka ia akan jadi penyakit. Dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat maka ia akan menjadi ubat
Jika Allah mempunyai pohon yang lebih ringan daripada peria maka sesungguhnya Dia akan membuatkannya saudara kita Nabi Nuh a.s. Peria baik untuk kencing manis dan darah tinggi
Jika kamu bercadang hendak memasak sup (kuah), dianjurkan supaya memasukkan labu kedalamnya sesungguhnya ia menambahkan fikiran dan akal
Makanlah buah-buahan pada awal musim kerana ia menjana kesihatan kepada badan dan menghindar penyakit.
Janganlah mengambil makanan yang masam seperti jeruk dan epal hijau


Wordless Wednesday #10

 


DIA KAWAN AKU

10 APRIL 2012 / SELASA / 1.15 PETANG 

Hari-hari yang mendatang amat menyakitkan 
Aku rela mengasingkan diri 
Diam buat seketika 
Tidak seperti selalu 

Aku harap ini hanyalah sementara 
Walaupun hanya sementara 
Tapi aku tak mampu menghadapinya 
Sebab DIA KAWAN AKU 

Aku biarkan dia 
Biarkan dia untuk bersama teman baru 
Meluahkan segala masalah
Mungkin itu yang terbaik buatnya 

Aku sedih 
Tapi aku redha 
Redha dengan apa yang terjadi 
Semoga dia bertambah ceria seperti selalu 

 

 

Jom Layan - Teman Tapi Mesra

Lagu ni popular 5 6 tahun dulu. Dulu 2 rangkap atas lagu ni dah hana lalui. Sekarang hana masih kenangkan dia. Hana happy sebab hana jadi adik angkat dia :) 

Tapi sekarang semua rangkap lagu nie hana TENGAH lalui. Tabahkan hati hana untuk lalui semua ni. Hana tak suka merancang.Biarlah masa akan menentukan apa yang akan terjadi seterusnya. 



Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra



Pesta Buku Kelantan 2012

Pesta buku nie dah tamat pun. minggu lepas lagi.huhu baru nak wat entry. Tahun lepas pun Hana ada pi gak pesta buku nie.Ce baca entry NIE. 

Kiranya ini merupaan kali kedua hana ke pesta buku Kelantan..

 Dewan Jubli Perak

 Dalam Dewan
 Penulis novel Siti Nur Dhuha, Damya Hanna dan ......... (tak ingat)

Jalan punya jalan. terpandang satu buku ni. Macam best je.. Hana pun beli jarga RM15.++ tapi dapat diskaun sebab Hana ada kad SMO (Syarikat Muda Osman). Selepas di diskaukan dapat la harga RM14.++

Tarraaa ni bukunya..

  Tak sempat nak baca lagi.. sibuk dengan kajian tindakan.huhu Sabar yee

MURID-MURID PKBP SID @ TESCO


Kenangan manis bersama murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua.

First time bawa anak-anak buah ke Tesco Kota Bharu. Memang best sangat-sangat. Budak-budak pun seronok. Cikgu lagi bertambah seronok.hehe. Dalam keseronokan tu ada satu perasaan yang sukar nak diluahkan. Apa yang difikirkan oleh murid-murid tersebut apabila berada di Tesco tersebut??? Seronok ke? Takut ke? Kalau murid normal mungkin seronok tapi murid-mrid istimewa, kita tak tahu apa perasaan mereka.. 

Ada bebarapa kanak-kanak seronok sentiasa tak kira lah dalam kelas ka luar kelas ka.. anak kanak-kanak yang pendiam. Diam ja lah. So macam mana kita nak tangani masalah murid-murid yang pendiam tu. Lapar ka dia? Nak ke toilet ka? Diam jaa..Tak cakap sepatah pun Kalau bab tingkah laku tu memang sukar nak di kawal. 

Macam situasi hana...

Dalam tesco ada mesin mainan yang masukkan kan duit pastu mainan tu gerak kan..Tak sedar pulak bila masa murid A nie dah duduk atas keretapi mainan tu..

 

 

"Cikgu cikgu nak duit? "

"Cikgu takda duit" ( tak nak bagi murid-murid laian berebut nak naik) 

"Dekut" (kedekut) 

Merajuk la pulak budak ni.. 

"Saya ada duit " murid B menjawab

Dalam hati, napa la ko cakap ada duit.huhu
( Kebanyakan murid-murid istimewa memang akan cakap terus terang,jadi janganlah cepat terasa dengan apa yang dicakapka oleh kanak-kanak istimewa nie) 

"Ok ok masukkan kan duit, cikgu nak 2 orang ja yang naik, Jangan berebut."

huh, berebut juga..berebut ok lagi..siap dengan tumbuk-tumbuk pulak. Ish camna nak buat ni. Nasib tak menagis. Kalau menangis nak kena pujuk. Lagi susah 

Sabar-sabar cikgu Pendidikan Khas perlu banyak bersabar dengan karenah budak-budak 

"Cikgu nak main sana pula" (tunjuk mainan kapal terbang) 

Jauh tu.. tokse gi lah ( tak payah pi sana) 

Dah tahu dah mesti pi sana juga.Ikut mu lah.hehe

Nasib da seorang cikgu ni ikut budak tu main kat sana. Kalau tak susah juga nak kawal pergerakan budak-budak nie. 

Lepas habis bersoping, tibalah masa untuk makan di A&W. Nie pun firstime makan A&W.hehe.. Memang puas hati minum root beer float kat sini.


Seronoknya budak-budak ni..





Wordless Wednesday #9 - "KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI"

 

"KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...