MURID-MURID PKBP SID @ TESCO


Kenangan manis bersama murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua.

First time bawa anak-anak buah ke Tesco Kota Bharu. Memang best sangat-sangat. Budak-budak pun seronok. Cikgu lagi bertambah seronok.hehe. Dalam keseronokan tu ada satu perasaan yang sukar nak diluahkan. Apa yang difikirkan oleh murid-murid tersebut apabila berada di Tesco tersebut??? Seronok ke? Takut ke? Kalau murid normal mungkin seronok tapi murid-mrid istimewa, kita tak tahu apa perasaan mereka.. 

Ada bebarapa kanak-kanak seronok sentiasa tak kira lah dalam kelas ka luar kelas ka.. anak kanak-kanak yang pendiam. Diam ja lah. So macam mana kita nak tangani masalah murid-murid yang pendiam tu. Lapar ka dia? Nak ke toilet ka? Diam jaa..Tak cakap sepatah pun Kalau bab tingkah laku tu memang sukar nak di kawal. 

Macam situasi hana...

Dalam tesco ada mesin mainan yang masukkan kan duit pastu mainan tu gerak kan..Tak sedar pulak bila masa murid A nie dah duduk atas keretapi mainan tu..

 

 

"Cikgu cikgu nak duit? "

"Cikgu takda duit" ( tak nak bagi murid-murid laian berebut nak naik) 

"Dekut" (kedekut) 

Merajuk la pulak budak ni.. 

"Saya ada duit " murid B menjawab

Dalam hati, napa la ko cakap ada duit.huhu
( Kebanyakan murid-murid istimewa memang akan cakap terus terang,jadi janganlah cepat terasa dengan apa yang dicakapka oleh kanak-kanak istimewa nie) 

"Ok ok masukkan kan duit, cikgu nak 2 orang ja yang naik, Jangan berebut."

huh, berebut juga..berebut ok lagi..siap dengan tumbuk-tumbuk pulak. Ish camna nak buat ni. Nasib tak menagis. Kalau menangis nak kena pujuk. Lagi susah 

Sabar-sabar cikgu Pendidikan Khas perlu banyak bersabar dengan karenah budak-budak 

"Cikgu nak main sana pula" (tunjuk mainan kapal terbang) 

Jauh tu.. tokse gi lah ( tak payah pi sana) 

Dah tahu dah mesti pi sana juga.Ikut mu lah.hehe

Nasib da seorang cikgu ni ikut budak tu main kat sana. Kalau tak susah juga nak kawal pergerakan budak-budak nie. 

Lepas habis bersoping, tibalah masa untuk makan di A&W. Nie pun firstime makan A&W.hehe.. Memang puas hati minum root beer float kat sini.


Seronoknya budak-budak ni..





6 orang dah komen :

Aishah Jahirah said...

mencabarnye....mmg perlukan kesabaran yg tinggi sbb mereka istimewa...

Prettywrite said...

hehe comelnya budak2 ni..kagum dengan hana..:)
'ikut mu lah' hok tak tahan tu..hahaha..
anak sepupu yana ada sorang belajar pkbp SID nih..fatihah nama dia..tak tahu hana mengajar dia ke tak..lupa pulak dia dah darjah berapa..

Onitsuka_hana said...

@Prettywrite fatihah? murid khas ek?

Onitsuka_hana said...

@Aishah Jahirah sabar je lah

Prettywrite said...

a'ah murid khas..dia ada syndrom down..

Onitsuka_hana said...

@Prettywrite xda plak nama tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...