Bila lagi ?
tiba-tiba ada kawan hana tanya 'hana bila lagi ?'
'Bila apa?'
'Bila nak kawin'
hahaha tak terlintas pun nak kawin buat masa nie. Napa ek.. Nak kawin tu memang nak tapi banyak benda lagi yang nak di fikirkan selain kawin
'Hana muda belia lagi, bagi akak-akak dulu kawin'
'Umur dah 23 tak muda pun, memang tahap umur tu orang banyak berkenan. Lepas satu tahap umur dalam 25 or something dah tak laku dah, orang tak pandang'
'betul ke?, alaa cuba jangan tengok umur. Kawin bukan ikut umur pun. Muka budak lagi ni'
Dalam hati.... Nak kawin tapi tu lah banyak benda nak kena fikir
Hana pun kekadang teringin nak berfamily macam nie
Romate di Sek Teknik time form 4. Bahagianya. Bertambah ceria bila ada baby
Tengok riak wajah ibu dan anak. Hepi ja
Nie plak clasmate (perempuan) sekolah teknik dari form 4 dan form 5. Happy family. Geram tengok
Anak dia yang cute miut. Hana nak culik anak dia tapi apakan daya, dia dan suaminya adalah polis.hehe (lawak ja ek)
Ni plak kawan sekolah teknik.
Alahai momeynyaa macam ibu dia
Lambat lagi rasanya hana nak berkeluarga.
Biar la hana nak enjoy puas-pas dulu, nak beli rumah dan kereta sendiri. Eh2 kereta dah ada la.hehehe
Tapi kan statement hana tadi tu orang kata tak boleh pakai. Sebab nanti dah berkeluarga, suami yang akan belanja untk semua tu
Tapi bagi hana tak puas la kalu tak guna duit sendiri. Biarlah hana beli rumah dulu nanti rumeh tu boleh buat sewa. Fuh, berfikiran jauh ke depan hana nie kan..haha logik ke tak ek?
Masalah paling utama sakali ialah MASAK. MASAK? hahaha hana tak terfikir plak pasal masak. Tapi untunglah kalau si suami tu tak kisah si isteri tak tahu masak. Tapi ada ke suami tak kisah?
Nasiblah hana ada orang yang memahami hana, dia tahu hana tak suka masak.hahaha. Untung juga kat situ. sekurang-kurangnya dia tahu semua pasal hana. Hana tak pandai itu ini, kita tak suka itu ini sebelum mendirikan rumah tangga. Hana memang suka berterus terang. Kalau dia nak terima hana, terima lah seadanya kan. Alaa nanti-nanti hana pandai gak masak walaupun tak seberapa. Takkan lah nak makan kat kedai je kan. Lagipun belum tentu jodah hana dengan dia. Apa-apa pun biar masa yang menentukan
Hana pernah dengar pendapat kawan lelaki (26 tahun )yang dah bekerja tapi belum kahwin. Dia kata
'Masa abang dulu memang tak nak fikir pasal ni sebab nak tumpukan perhatian pada pelajaran dan dapat pekerjaan yang baik. Berkawan pun dengan budak-budak yang belajar la kan. jumpa ja diorang sembang pasal pelajaran.Belajar punya belajar pastu dah masuk ke alam pekerjaan. Bila dah berkawan dengan orang yang bekerjaya dah berkeluarga, jumpa ja sembang pasal anak, rumah dan lain-lain. Abang yang tak kawin lagi ni tak boleh la nak bersembang sangat sebab abang tak kawin lagi. Tu lah dulu orang nak kat abang, abang tak nak pikir, sekarang nak fikir pun calon tak da, semuanya nak ambik kesempatan ......'
Sekarang ni hana berada di tahap 'MENUMPUKAN PERHATIAN PADA PELAJARAN'. Risau pula hana kalau hana berada di tempat abang tu kan.. Dah la perempuan...huhu Pasrah je lah
p/s : hari ni nak masak apa ye :P. Erk.. buger daging satu
4 orang dah komen :
jodoh akan datang nnt.jgn risau k.enjoy dulu hidup single.
mak saya siap suruh tunggu 30+ baru berkuarga macam syeikh angkasawan kita. tapi syeikh angkasawan kita takpela hensem dan macho. 40+ pun laku lagi!!!
Jodoh itu hadiah misteri yg sangat sweet daripada Allah Ta'ala. Sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik untuk dapat hadiah terbaik daripadaNya.
Jodoh itu hadiah misteri yg sangat sweet daripada Allah Ta'ala. Sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik untuk dapat hadiah terbaik daripadaNya.