Matanya lirik-lirik selalu


Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...

Thanks Teja U make Me happy


Hana baru mula berkawan dengan Teja. Cute betul dia. Terima kasih kepada seorang sahabat yaang memperkenalkan Teja kepada Hana. Perkenalan dan pertemuan  selama 1 jam 30 minit amat bermakna buat Hana. Dari Teja tak suka hana sampailah Teja dah serasi dengan hana. Thanks Teja kerana dapat mengembirakan hati dan perasaan Hana.


Pemilik kuda
(terinterframe kereta pulak.hehe)

Dah pandai kawal kuda :)


Pandai Teja posing


Ingat Teja, kita ada temu janji hari Khamis ni di watu yang sama ok.

I LOVE YOU

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kepada sahabat, 

Terima kasih banyak-banyak kerana memenuhi keinginan hana untuk menunggang kuda. Terima kasih juga kerana merancang aktiviti yang seterusnya untuk hana iaitu naik Jetski dan kayak. Hana tak pernah sentuh dan naik jetski. Teringin sangat. Bagai mengantuk di sorongkan bantal. ‘ Saya akan tunaikan keinginan Hana’. Satu kejutan yang sukar untuk hana bayangkan ‘bagaimana hana nak bawa jetski’. Harap ia merupakan satu pengalaman yang bermakna nanti. Terima kasih sekali lagi kerana merancang setiap perkara untuk hana.


Saya perlukan masa lagi

Dah masuk hari ke 3, perasaan hana tak tenang. 

Lepas satu, satu lagi masalah, lepas tu satu lagi masalah. Sudah jatuh di timpa tangga.Sebenarnya bukannya masalah sangat pun tapi perkara tu membuatkan perasaan jadi bercampur- baur .  Hana pun tak pasti apa masalahnya.

Dan pagi tadi masalah pertama dan kedua dah dapat dilupakan. Alhamdulillah. Senyum seketika

Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Masuk tengahari pada hari yang sama, Masalah ketiga datang dengan tiba-tiba dan masalah pertama dan kedua yang sudah dilupalan kembali bermain di fikiran

Hana hanya mampu menyendiri seketika mengasingkan diri dari kawan-kawan. Maafkan hana. Itu sahaja yang mampu hana lakukan.



Orang kata dengan cara menagis, kita dapat menenangkan perasaan. Tapi hana tak menagis pun. Macam mana nak menagis? betul ka menagis dapat menenagkan perasaan.huhu

Kenapa masalah tu datang secara berturut-turut? Berapa hari yang hana perlukan untuk melupakan masalah-masalah tersebut? 

Hana perlukan masa lagi untuk melupakan segala masalah yang berlaku

p/s : Esok nak jumpa Teja Si Kuda cute, harap Teja dapat mengembirakan Hana

I need one day..





Think Positive 

but 

I need a few day to think positive

but

I just need a one day to forget the feeling

so 

Give me one day to soothe my feeling

Don't worry
I will be as usual after one day



TEORI DAN TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA



Terapi Muzik

Pernah tengok filem Tintanic? Korang perasan tak semasa kapal tu nak karam, parang penumpang berlari selamatkan diri, ada sekumpulan ahli muzik kan.Diorang tak lari dan terus bermain dengan alat muzik masing-masing. Salah seorang daripada mereka nak selamatkan diri sebab kapal tu dah nak tenggelam, Tapi dia berpatah balik dan terus menyertai kumpulan muziknya. Mereka terus bermain muzik seperti tidak ada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Kanak-kanak sangat suka menyanyi. Kebanyakkan lagu kanak-kanak semuanya gembira. Contoh mudah lagu A B C. Suruh kanak-kanak tersebut baca A B C secara automatik diorang akan menyanyi lagu A B C. Cuba mintak kanak-kanak tu tunjukkan huruf C. Kanak-kanak tu akan keliru mana satu huruf C. Kalau kanak-kanak yang dah besar tu lagi la, laju je menyanyi tapi bila suruh hafal sifir 2 sangat susah.
Daripada 2 contoh di atas, muzik bukan sekadar hiburan kan.. Agak-agak korang penting tak muzik? Muzik melalaikan ke? kalau kena dengan tempat mendatangkan kebaikan tak?



Antara kegunaan muzik adalah muzik digunakan sebagai terapi

TERAPI muzik berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stress menghadapi peperiksaan. Ia merupakan alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.

Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS dan lain-lain lagi

Matlamat Utama Terapi Muzik

  untuk memulihkan kekuatan fizikal 
  menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan 
  memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
  memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Fakta Tentang Terapi Muzik

Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan. 

Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS. 

Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi. 

Ada dua keadaan yang menggunakan terapi muzik. Satu daripadanya ialah keadaan klinikal, di mana terapi muzik itu digunakan untuk tujuan pembetulan. Keadaan yang satu lagi ialah keadaan pendidikan, di mana terapi muzik itu digunakan untuk meningkatkan kecerdikan. 

Terapi muzik dalam keadaan pendidikan membantu pelajar belajar dengan lebih baik. Di samping meningkatkan kecerdikan, ia juga sangat berkesan untuk membaiki ingatan. Pelajar yang melalui terapi muzik itu juga menunjukkan keupayaan daya ingatan yang lebih kuat.  Dalam keadaan klinikal itu, penyelidikan mendapati bahawa orang yang mengalami masalah psikiatri bertindak balas dengan lebih baik kepada rawatan apabila mereka diberikan terapi muzik pada masa yang sama

Dalam handset,  hana stanby muzik ni untuk me'relax'kan diri (dengar tau)

Richard Clayderman - Balada para Adelina
Richard Clayderman - Love Story
Richard Clayderman - Unchained Melody  
Mozart - symphony 40
Kitaro - Caravansary
Kitaro - Mirage
Kitaro- Silk Road

p:s Kalau study sambil dengar desiran ombak atau air terjun pun best juga :)

Sanggup tak?

Pendapat semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 

 
Hana akan tersenyum tapi dalam hati sebak gila mcm smiley tu. Menangis tak berlagu. Tak semangat nak buar kerja. Walauapa pun, Hana turut bahagia untuk dia. Apa hana mampu buat? Yang pastinya semua nie berpunca dari hana

 'Kenapa hana tak berterus terang dengan dia bahawa hana suka dia'.

Takkan dia mencintai orang lain dan lepas tu hana nak berterus terang. Nanti mesti dia rasa serba salah nak pilih yang mana satu.Tak pasal-pasal hana jadi pemusnah cinta mereka. (Tapi apa salahnya kalau dia suka hana juga).hehe  

Mungkin hana tak mampu nak kata macam tu. Budak mentah macam hana ni apa yang tahu.huhu ( Tu ja yang hana fikir) Di sebabkan hana berfikiran macam tu lah hana selalu ambik mudah dah hana meletakkan diri hana ni penyebab sesuatu perkara tu terjadi

Hana tak suka kalau hana bertepuk sebelah tangan. Lebih baik hana berdiam diri memendam perasaan. Hana harap kalau dia mencintai orang lain jangan bagitau hana. Terasa seperti ada kejutan elektrik dengan mata terbeliak, diri mengeras cuma tak hangit ja. Lepas tu hujan turun..macam tau-tau je time hujan tu nak turun. Tapi kalau dia cintakan hana bagitau hana.hehe Malunya..
Hana mungkin ambik masa kurang 5 hari untuk melupakan dia. Kejap ja kan? Sebab hana selalu berfikiran positif. Kalau berfikiran positif hidup kita akan bertambah ceria. 

Layan lagu nie jap. Macam ada kaitan je


Apa pula pendapat korang kalau dia mencintai orang lain ? Biar kan saja?


Bagini Caranya with lirik - shaheizy sam dan yana samsudin


Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku


Selamat Datang Semester 8 (akhir)



Susah dah hana nak update blog. Sem akhir ni mesti sibuk dengan

- Intership 
- Kajian tindakan 

Oooh. tidak, kenapa hana kena lalui semua nie. Walau apa pun hana tetap bersemangat, lagi-lagi dah nak habis semester ni. Hana down dekat satu benda ni ja.
Cuba klik SINI 
Hahaha betul la yang tu sebabnya. Harap semua berjalan dengan lancar.

Tak sabar pulak nak tempuh alam pekerjaan lepas tu nak sambung Master. Insyaallah kalau ada rezeki. Erm.. Tiba-tiba terlintas kat fikiran hana


'Alaa buat apa belajar tinggi-tinggi nanti duk kat dapur gak' 
(yaka? bukan nanti import Chef ka masak kat rumah)

'Masak tak pandai ada hati nak sambung master '
 (nanti hana study buku resepi masakan. Erm..nasi bungkus kan ada)


'Praktikal bersiang ikan dan seangkatan dengannya pun tak reti'
(pi pasar suruh peniaga tu bersiang siap-siap, balik masak ja)

haha semuanya berkaitan dengan masak. Lemah betul la. Kenapa hana tak berminat nak belajar masak. Hana pun pelik


Jangan lupa blog hijau nie tau..Kalau ada masa hana terjah blog korang k ( ayat macam tak boleh online je ni)

P/S: Alang-alang tak sibuk nie blogwalking jap 
 

Diari Lama


Masa hana cari buku rujukan untuk semester depan, Hana terjumpa diari ni. Tak sangka jumpa diari kenangan silam. Masih elok cuma berhabuk dah tulisan dah kabur-kabur sikit


2005 dan 2006 (form 4 dan form 5)
Hana di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang.
Lamanya 7 8 tahun diari nie. Mesti banyak kenangan suka dan duka.

2005


Wow.. cantik lagi. plastik pembalut dah terkoyak sikit

 











Lawak pulak hana baca. Diari di tulis bulan Julai 2005

Kita buka lagi

Tarikh 18/7, 9.00malam (Macam waktu prep ja)


Siapa sukarela nak baca? haha Hana masih ingat tulisan nie. Hana baca sikit ek. Kalau banyak nanti bahaya. Rahsia kerajaan.hehe

ayat pertama ' AKU SENYUM  ............... '

Ok next.

Ada kad. Nie mesti hana tulis pasal kad tu


Bawah nie pulak , kursus interpesonal di Bendang Man, Sik.


Time Ice- Breaking. Penganjur suruh cari pemilih tandatangan. So pemilik tandatangan ni adalah Rahman. Kenapa abang, sebab dia tua dari hana :)


Cekap jugak hana tulis tulisan nie.hehe

Gambar bawak tu masa hana pi Progress Anti Dadah di UPM. Nak dijadikan cerita hari tu (tahun 2012) hana ada call member sekumpulan hana tu. Dia dah kawin pun. Haa.. cepatnya masa berlalu. Gambar atas masa lawatan pelajar New York kot. Tak ingat lah nanti hana baca balik :)

Tengah pegang diari tu tiba-tiba terjatuh segala benda yang terselit..

Foto Kenangan silam, Aku dan dirinya.. (Sekali lirik lagu pulak) haha tak da lah. Foto yang hana rasa istimewa jadi hana letakkan kat dalam diari


Dikaburkan. Rahsia kerajaan kan..

2006


 'PROGRAM BERSAMAMU WARGA EMAS'


Disebabkan kad ni terselit kat sini maka ada lah hana tulis dalam diari tu

Seterusnya


Siap belipat lagi

Buka sikit


Dikaburkan.. Rahsia kerajaan.

p/s : Harap hana dapat simpan diari ni sampai bia-bila. Tiba-tiba terlintas "Kalaulah hana dapat berkongsi kenangan dalam diari ni dengan seseorang mesti best". Tapi hana tak jumpa lagi siapa yang sanggup membaca tulisan hana tu.haha. Memang memerlukan tahap kesabaran dan komitmen yang tinggi untuk men'translet'kan tulisan tu dengan tulisan rumi

Tutorial Tudung Bawal


Tengah boring sangat, hana pun buka youtube cari lagu yang best-best.  Tiba-tiba tengok kat sidebar youtube tu ada tutorial tudung bawal. Ter'klik' la pulak.. haha

Fuh, muka dah cantik buat la tudung senget mana pun tetap cantik juga. Tiba-tiba terlintas nak try buat tutorial tu.. kot-kot boleh jadi cantik.hahaha boleh pi photoshoot kan kan

Lilit punya lilit, jadi rimas dan serabut. Tutorial tu 3 minit ja tapi hana buat sampai 15 minit. Tetap tak jadi juga. Mungkin tak sesuai dengan muka kali (padahal tak reti buat).

Hana mana reti lilit-lilit nie.Pakai tudung pun selempang ja. Letak 2 kerongsang dekat bahu. Tak pun pakai awning.huhu

Yang lawaknya, dulu masa permulaan nak pakai tudung letak kerongsang kat bawah dagu ja. Sekarang permulaan nak pakai tudung letak kerongsang kat bahagian telinga. Hehehe .Mejoriti tutorial letak kerongsang kat bahagian telinga. Ka hana ja baru tau?

Hana pun cari tutorial tudung bawal lagi. Akhirnya jumpa yang ni. Nampak susah. Tapi tak pa lah try dulu. Eh eh jadi la. Sekali cuba dah jadi.hehe (buat muka berlagak)

Cuba tengok tutorial nie. Sediakan tudung bawal sekarang.cepat sikit yee.. Kita buat sama-sama


Dah siap?
 

Erk.. abaikan bintik merah tu ek..

 
 





















Kemas tak..

Tak sangka dapat buat tudung jadi macam ni..Tapi tutorial tu nampak lagi cantik.huhu ini tidak adil.:P

p/s : Nanti photoshoot boleh buat tudung macam ni.



Wordless Wednesday #13

 
 


Geramnya Tengok Dia Tidur

Kita sibuk-sibuk kemas rumah, mop lantai, lap perabut boleh dia pulak yang letih..Yang dia tu main, tidur, makan tu je keja dia. 

Eee.. geram ni...

Yang tak tahannya tidur atas orang. Orang nak rehat pun tak boleh

                 

















Bestnya dia berbantalkan kaki orang
 
  

Gebunya ekor dia..

  

Ish, kuku tak potong 


Geramnya.. macam nak cubit-cubit. Nasib ko garang ja, hana tak berani.haha


 Ibu tidur, anak keluar melepak dengan jiran sebelah.


Sedapnya tidur..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Haa buat apa pulak tu

                 

ambik mood nak tidur 

 

Walaupun panas nak tidur jugak 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...