Kelebihan Kulit Berminyak


Hari tu entry pasal KEKURANGAN BERKULIT CERAH, kali ni fokus kat kulit muka berminyak pulak. Hana nak bagitau kat sini, apa yang Hana kongsi semuanya hasil daripada pengalaman dan pemerhatian hana sendiri. Jadi.... teruskanlah pembacaan.hehe

Kulit berminyak ni sebenarnya tiada masalah cuma yang jadi masalahnya minyak tersebut berlebihan. Kalau kekurangan minyak pun jadi masalah jugak. Aish.. macam kenderaan pula kulit muka kita ni. Kebiasaanya kulit berminyak di berlaku di usia 20 tahun

KELEBIHAN KULIT MUKA BERMINYAK

AWET MUDA!!! siapa setuju angkat tangan.. Maksud hana kat sini kulit muka lambat kedut. Bagi yang berkulit cerah tak nampak sangat muka dia berminyak tau. Kalau kena cahaya nampak berkilat licin je muka dia kan. Kalau kulit muka dia gelap sikit nampak muka dia berminyak ( pastikan Clean & Clear Oil Contral Film sentiasa di samping anda )

Tak payah beli bedat padat yang mahal-mahal tu, pakai bedah tabur je sebab bedak tabur ni lebih menyerap minyak. Tapi ada juga kan bedak padat yang oil-control. Tapi hana syorkan bedak tabur sebab hana tanya pakar kulit (KLIK SINI) bedak yang sesuai untuk kulit berminyak ni bedak tabur Johnson Baby Powder. ( Bedak Johnson Baby saiz kecil RM 2.++ )

Tak payah pakai mask selain mask berasaskan lumpur/ tanah liat. Ish, nak ambik kat mana lumpur/tanah liat. Korang beli mask yang bertulis Facial Clay Mask kat cosway, farmasi atau sebagainya. Kalau nak petua, sapukan putih telur kat muka.( Kalau clay mask yang jenis tarik lagi bagus )

Jimat duit sebab untuk merawat kulit berminyak ni perlu ada pencuci muka khas untuk kulit berminyak dan  ubat untuk mengawal minyak dari dalam. Paling asas la. Ubat tu sebenarnya ada di klink pakar. Kena dapatkan rawatan dulu baru doktor syorkan makan pil untuk kawal minyak semasa tidur. Tapi ada juga pelembab oil free untuk kulit berminyak pakai waktu malam. Ok ke tak tak pasti pula.

Katakan tidak kepada set pencerahan kulit ( Adakah ini salah satu kelebihan kulit berminyak? ) Kebanyakan set pencerahan kulit akan ada krim malam kan. Sesetengah krim malam tu berminyak kan kan.. jangan tipu. Aiseh gimik pulak. Sesetengah krim je.. kalau yang tak berminyak tu ok lah. Putih tu memang putih kan nama pun set pencerahan, cuba berhenti pakai set tu jadi macam mana ye. Pss... krim malam untuk set pencerahan apa yang tak berminyak?

     Sekian,
     Majulah Sukan Untuk Negara,
     Malaysia boleh...


Keyword Nuffnang #2


Eheh...mention nama sendiri.
Entah-entah ada orang bernama Hana yang bergelar Cikgu Pendidikan Khas di luar sana.

Kalau betul la Hana yang dimaksudkan oleh keyword ni mesti adik-adik junior Pendidikan Khas yang cari pasal nota atau bahan yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Maklumlah tugasan or xsignment dah dapat.hehe Lepas hana fikir pasal nota Pendidikan Khas baru hana perasan, dah lama Hana tak buat entri pasal nota.huhu Lepas ni nak kena check subjek apa yang diorang ambil untuk sem ni lepas tu update pasal nota pula.

    P/s : Keyword tu membuatkan Hana tak sabar bergelar cikgu Pendidikan Khas


Lipas yang lawak


Antara banyak-banyak lipas dalam dunia ni, Hana paling suka lipas di bawah ni

http://media.comicvine.com/uploads/12/127852/2815197-oggyandthecockroaches.jpg

Pernah tengok tak kartun ni? lawak tak?hahaha kartun favroute kot sebelum Spongebob Squarepant.
Itu je lah hana nak cerita sebenarnya. Tiada idea sudah tapi hana nak cerita jugak pengalaman hana berdepan dengan lipas.. Amboi, macam nak berperang pula

Hana dan abang Hana nak spray ridset kat lipas di dapur. Masing-masing takut dan pas ridset untuk spray lipas tu "abang la spray", "adik la spray". Dalam pas-pas tu. Kami nampak lipas tu dah terbang. Kami diam kaku, baget lipas tu anggap kami perabut. Entah macam mana lipas tu terbang kejar kami dari dapur sampai ke ruang tamu. Menjerit kami berdua. Kami terus masuk bilik terus selimut satu badan takut lipas tu cari kami.

Start dari peristiwa tu terus Hana jadi trauma dengan lipas

Disebabkan ke'trauma'an tersebut, hidung Hana ni sensitif dengan bau lipas. Kawan-kawan hana pelik sebab diorang tak bau apa-apa pun. "Yee.. Hana bau lipas, lipas ada kat sini". dalam berberapa minit lepas tu nampak lipas merayau-rayau kat situ. "Haa.. kan lipas tu" terus hana masuk bilik. Tunggu sampai lipas tu tiada baru hana duduk situ balik. hehe

Dalam bilik air pula, sebelum mandi Hana pastikan tiada bau lipas dan hana mesti tengok keliling bilik air tu sebelum Hana mandi. Kalau ada lipas, Hana bagi peluang kawan hana mandi dulu.hehe kawan Hana semua tak takut lipas. nasib diorang penyelamat. Kalau ada spray, hana akan spray ridset dulu kat dalam bilik air sebelum hana masuk. Biar bau ridset jangan bau lipas (macam peribahasa di situ)

Lipas dalam bilik tidur? of course hana akan tidur kat ruang tamu. Masa hana tidur pun, hidung hana akan alert dengan bau lipas.  Malas-malas Hana pun Hana akan tetap akan tidur kat ruang tamu biarlah pukul berapa pun  Hana tak berani bunuh lipas kadang-kadang Hana kesian kat lipas tu. Hana lebih suka spray lipas berbanding dengan pukul lipas. Walaupun spray tu menyeksa lipas tapi sekurang-kurangnya dia ada peluang nak gerak-gerakan badan dan fizikal lipas tersebut akan berada dalam keadaan sempurna.

Hana menjerit sorang-sorang, kawan hana confirm dapat tau hana menjerit sebab apa? sebab lipas. Kadang-kadang diorang gelak sebab hana halau lipas bunyi syuh..syuh.. macam halau kucing. padahal tiada efek pun kat lipas tu..kadang-kadang hana hentak kaki kat lantai, bagi lipas tu lari. dan hana akan sembur perfume bagi tak bau lipas.

    P/s:  Dalam tiada idea awal tadi, sekarang habis keluar pasal lipas.hahaha


GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Komen Terakhir



 

Bukan pengomen terakhir tu gila ye. Contest ni namanya contest gila.
Nak tau gila kat mana? Klik la banner contest di atas

   Secara ringkasnya contest ni...
  • berlangsung pada hari Isnin (28hb Januari 2013) dan tutup pada Jumaat (1 Februari 2013) iaitu selama 5 HARI
  • SETIAP HARI AKAN ADA PEMENANG. (Haa macam mana tu.. sila klik banner ye)
  • PENGOMEN TERAKHIR pada hari tersebut DIKIRA PEMENANG
  • Tingalkan KOMEN TERAKHIR korang tu DI ENTRI CONTEST tersebut
  • MASA PENUTUPAN CONTEST PADA HARI TERSEBUT AKAN DIBERITAHU oleh pihak penganjur. Jadi setiap hari sepanjang contest tersebut berlangsung haruslah tengok entri contest tersebut untuk tengok masa terakhir untuk komen.
Contest ni simple je tapi boleh menang RM30 sehari. Cuba bayangkan kalau 5 hari korang jadi pengomen terakhir, korang boleh MENANG RM150

                              


600 guru baru di Sarawak menjelang bulan depan


KUCHING: Penempatan kira-kira 600 guru baru di Sarawak menjelang bulan depan atau Mac dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan guru terutama di luar bandar, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, guru-guru ini akan ditempatkan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang mengalami kekurangan guru terutama guru agama dan bahasa Melayu.

"Kita berkongsi keprihatinan rakyat dan akan memastikan kemudahan pengajaran, sumber manusia dan infrastruktur dinikmati oleh anak-anak kita di Sarawak sama seperti kanak-kanak lain di negara ini," katanya ketika menghadiri taklimat Pengarah Pelajaran Negeri, Abdillah Adam di sini, hari ini.

“Kini terdapat 364 kekosongan dari kuota 14,327 yang perlu diisi di Sekolah Menengah, 354 kekosongan di Sekolah Kebangsaan daripada 20,002 kuota sementara Sekolah Jenis Kebangsaan mempunyai 64 kekosongan daripada 5,111 kuota,” katanya.

Data jabatan berkenaan turut menunjukkan sejumlah 4,117 guru kelahiran Sarawak berkhidmat di luar Sarawak termasuk 879 di Sabah, 821 di Selangor, 638 di Johor dan 292 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober tahun lalu.

Mengenai penutupan sekolah yang terdapat sebilangan kecil pelajar, Fatimah berkata, kini terdapat 600 sekolah yang mempunyai pelajar kurang dari 150 orang di seluruh Sarawak, tetapi pihak berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran perlu terlebih dulu berbincang dengan masyarakat setempat sebelum keputusan dibuat untuk menutup sekolah berkenaan atau menempatkan pelajar di sekolah lain.

Beliau berkata, beberapa isu seperti keadaan sekolah berasrama di luar bandar yang yang uzur dan kekurangan kemudahan infrastruktur akan dibangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ketika melawat Sarawak minggu depan. - BERNAMA 

     Info : Berita Harian 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkdEVHYBn6QvsUlzjCU-NK4HWvjf-4UJ2hNEg6AOf21K3Z9zcgm-WR40_DF0Ap9-IWud16SnWgPz8OoaHQMkkFi3JOJV5WE4dPrTfCcfZ7ku2wfzASnlvo0x_eRgmxK3CXlJOu5ZsL6p4/s400/cikgu.jpg



Kekurangan Berkulit Cerah


Rata-rata perempuan di luar sana inginkan kulit yang cerah/putih gebu bak tepung jagung. Lebih cantik dan comel katanya sebab terpengaruh dengan minah-minah saleh dan k-pop. Apa warna kulit korang pun, korang kena bersyukur. tak semestinya berkulit cerah/putih tu cantik dan comel. Tak semestinya berkulit gelap dan sawo matang tu tak cantik dan tak comel.

Kita sendiri dapat bezakan samada dia pakai krim putihkan kulit atau tidak. Kalau pakai krim memang sangat ketara la muka dia putih pelik dan tangan dia tak sama warna dengan muka. Lepas tu mula la awan-awan muncul "Tak boleh ke pakai krim muka tu pakai kat seluruh badan" Itu lah yang hana fikir. Tak salah sebenarnya tapi tiada ke set produk pencerahan dari muka sampai kaki? pelik tak soalan hana...

Berikut hana senaraikan KEKURANGAN ORANG BERKULIT CERAH SEMULAJADI menurut pandangan tokoh Hana ye

Kalau tumbuh jerawat warna merah seketul boleh nampak dari jauh bagi orang berkulit cerah. Baru seketul kalau 2 3 ketul.huhu Kalau berkulit sawo matang dan gelap jerawat tu tak ketara sangat kadang-kadang orang sekeliling tak sedar pun kehadiran jerawat tersebut.

Parut jerawat yang berwarna merah kehitam-hitaman memang boleh nampak. Parut jerawat lambat hilang. Orang berkulit cerah kena pakai concelor ke apa nama benda tu untuk tutup parut. Tapi parut masih kelihatan juga ( pengambilan vitamin C dan E untuk kulit )

Kalau kucing cakar sah-sah akan kelihatan . Mula-mula kena cakar warna merah terang (darah), lepas tu warna merah pudar, beruping dan jadi warna kelabu (kalau berkulit kering akan mengelupas) yang kelabu tu la lambat nak hilang.

Kalau terluka kena pisau, terjatuh dan sebagainya jelas kelihatan. Dah la luka, berparut pulak tu. Parut boleh hilang cuma lambat sikit. kalau berparut kena jahit tu tak dapat nak di selamatkan. cuma boleh pudarkan warna ja ( Pakailah Maderma untuk hilangkan parut ) Itu pun kalau perhati betul-betul baru perasan yang orang berkulit cerah ni ada parut.

Kalau sunburn/terbakar bagi orang berkulit cerah memang nampak. Kalau dah hilang sunburn tu kulit jadi cerah macam biasa. Tapi nak kembali ke kulit cerah tu kena melalui proses kemerahan, kepedihan, beruping dan mengelupas. Lebih-lebih lagi di bahagian hidung ( pakai sunblock )

Urat berwarna biru/hijau kelihatan di bahagian tangan dan kaki. Ada juga urat tersebut kelihatan di pipi orang berkulit cerah. Itu biasa bagi bebarapa orang berkulit cerah. Mula-mula ingat kulit nipis sampai nampak habis urat-urat.

Kalau terdapat bintik-bintik hitam dan jeragat memang jelas kelihatan bagi orang berkulit cerah.  Kebanyakan bintik-bintik hitam ni terdapat di hidung dan sekitar hidung. Terdapat pencuci muka yang dapat hilangkan bintik-bintik hitam. Kalau jeragat susah nak hilang dan ambil masa yang lama untuk hilangkan jeragat (pakai sunblock dan tidur yang cukup untuk elak dari jeragat). Jarang jugak orang berkulit cerah ada jeragat tapi lebih baik cegah sebelum terkena kan.

Ada juga orang berkulit cerah tiada masalah-masalah di atas tapi tak tahu la. Mungkin dia mengamalkan kesihatan, gaya pemakanan, kebersihan diri yang baik dan pengunaan produk-produk seperti vitamin, suplemen, kolegen atau sebagainya.


Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Syarat-syarat segmen semudah a b c
Kalau nak tahu syarat yang semudah a b c tu sila klik banner

Hadiah berupa

Tarikh Tamat
30 Januari 2013 
Rabu 
11.59 Malam 


Sebuah Pertemuan Singkat


Thanks for the wonderful smile
Thanks for every moment that cherished me
 hope that you will succeed in your life 
Sorry, that I took your picture without permission 
So, I'm giving back to you
Continue your focus on your SPM
And I will continue keeping my eyes of you
and wish that you will get straight 10 A's
Just keep on smiling
THANKS FOR EVERYTHING !!!
                                                                                                                                     16 / 3 / 2006 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 Dia milik insan yang mendamba
Kebahagiaan
Sebelum kesudahannya tercapai
Impian murni
Kekasih hati cinta yang diredhai
Ucapkanlah kalimah yang ku rindui
"Semoga Berjaya dalam SPM 06 dan dapat 10A1
                                                                                                                                            2006
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Special coklat for you
                                                                                                                                            2006
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

4 KM 5
5.30 ptg di koperasi
Maaf masih tercari-cari
Belum ku temui
                                                                                                                                       12 / 4 / 2006
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ikhlaslah menjadi diri sendiri
agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Hope we can still be frenz, right?

                                                                                                                                        9 / 5 / 2005
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PROGRESS @ UPM
                                                                                                                                       11 / 5 / 2005

   P/s : Kenapa pertemuan yang singkat lebih berharga dan sentiasa diingati ?


1st Giveaway By Puterikasih.com


              
    



 

  
<<<<<<<<    Klik banner untuk join







Yehaaa di tag oleh Ayie dan Remy

Tujuan 1st Giveaway By Puterikasih.com ini adalah untuk meraikan ulangtahun yang kedua puteri sebagai seorang blogger dan juga bersempena dengan perasmian blogshop puteri yang pertama iaitu All About Craft
                            


Tarikh Tutup
31 Januari 2013 ( tepat pukul 11.59 malam )

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHnNoXTRv9mTVZIpivAGvaTZyr4aIWQlZAWS40sAncg84ffaFp06sQJ2b8dxX37ncIwqeYyNODAPWc4yZfCHtkr4OIC3R-yhh3WEunmzhkwMxxD1Zy7lFtBgIeKIbvw94gsnAgU9FhfVM/s400/giveaway+jiwarosak.png
Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

- CARA SERTAI GIVEAWAY -
Tajuk "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"
Letak Gambar Giveaway seperti diatas dan Backlink Entry Ini
Copy dan Paste URL/Link Sponser dalam ENTRY ANDA (Backlink)  
Follow dan Like Website/Fanpage Sponser
TAG 3 orang rakan blogger (inform mereka)

Para SPONSER Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak >>>>>>>>>>>>>> 
SEMUA PESERTA mendapat brooch tajaan Belalang Hijau Perisik
Hadiah yang di sponser oleh mereka adalah
















Semudah A B C kan..
Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai. Giveaway TAMAT pada 1 FEB. Pemenang akan diumum pada 4 Feb pukul 12 Tengahari

- TAG -
Miss Hearty si blogger Penang 
Arina Shamsul pemilik blog Bunga Hati Mama 
Aina love Cadbury 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...