Kewujudan Bunyi Tikus



Selepas berumur 20 tahun (sekarang 24 tahun), ini kali pertama Hana pergi pasar malam (kecuali pasar malam di waktu petang). Hana paling tak suka pergi pasal malam sebab ramai orang, berhimpit, asap di awang-awangan lepas tu mulalah Hana rimas dan berjalan dengan cepat. 

Nak dijadikan cerita,  tengah Hana berjalan cepat macam The Flash (berjalan ke berlari)


Hana sempat tangkap bunyi tikus. Tak kisah la bunyi tikus tu untuk sesiapa pun. janji Hana tak suka.

Hana dengan slambernya terus menuju ke arah sekumpulan pemuda tersebut, lalu menumbuk mereka tanpa belas kasihan. Kemudian mencapai getah dan mengikat mulut mereka. Puas hati Hana. Tapi semua perkara tersebut berada di fikiran Hana. Hana hanya mampu bersabar dan terus bersabar. 

Fahamkan bunyi tikus tu bunyi apa? Bunyi tikus tu bunyi sekumpulan tikus pemuda melepak yang memuncungkan mulut kemudian menghasilkan bunyi ala-ala tikus apabila ternampak gadis yang lalu lalang. 3 4 tahun juga Hana tak dengar bunyi tikus ni. Ingat ka zaman purba Hana sekolah menengah ja ada bunyi-bunyi tikus rupa-rupanya zaman moden Ipad, DSLR pun wujud lagi bunyi tikus. 

Akhir kata, sama-samalah kita menghapuskan bunyi-bunyi tikus yang berada kawasan sekitar anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.


Silence day of Wednesday #7

  

Siapa pernah tengok sitkom ni?


F.R.I.E.N.D.S 


Zaman sekolah rendah  era 90-an. Siapa pernah tengok?

F.R.I.E.N.D.S ni sebaris dengan cerita-cerita popular seperti Charmed dan Sabrina the Teenage Witch. Hana sebut 2 cerita omputeh tu ja sebab cerita tu yang hana suka tengok :)

Adik Hana yang berumur 18 tahun pun tak tahu menahu pasal cerita ni. Tengok.. betapa lamanya cerita ni.. Dengar lagu I'll Be There For You iaitu lagu tema sitkom ni terus mengadap televisyen. Mau tak rabun . kecik-kecik mengadap televisyen, semua cerita Hana tengok. Tapi itu dulu...

Sekarang Hanalah paling ketinggalan dalam cerita-cerita terbaru kat televisyen. Setia Hujung Nyawa, Abu Dhabi apa tah, Cinta Qaseh, Vanila Coklat (baru hana tu cerita tu ulangan) dan lain-lain lagi. Semua tu cerita popular kat televisyen tapi tak terlintas pun nak tengok. Ini semuanya.. poyoo gara-gara terlebih excited menonton televisyen masa kecik-kecik dulu sampai tiada excited sudah nak menonton televisyen bila dah besar.

P/s  : Tahniah kepada Syifa kerana memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM Hana harap dia dapat mengejar cita-citanya dalam bidang perubatan. Tapi Hana nak dia dapat TESL. Biar adik beradik jadi pendidik :)


Keputusan SPM 2012



Seperti kenyataan yang di buat oleh KPM, 21 Mac 2013 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SPM 2012 termasuklah Hana adik Hana, Syifa.

Bagi pelajar yang tidak berkesempatan nak ambik slip keputusan SPM 2012 di sekolah, bolehlah semak keputusan melalui SMS.

Halakan cursor ke gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Nak tahu Syifa dapat berapa? hahahahaha
Tunggu entri akan datang ok :)

P/s : Hana tak biasa panggil Syifa ni adik sebab mak abah, abang, jiran panggil Hana, adik.


Kepentingan Bermain



http://mamahakim.files.wordpress.com/2010/06/sos_kopshti.jpgMain mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)


Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :
Meluahkan idea, perasaan dan emosi
Tenang dan beriadah
Menggunakan tenaga yang berlebihan
Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa
Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek
Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial
Membudayakan proses pembelajaran
Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni


Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:
Menggerakkan psikomotor
Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat
Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh
Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal 
Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan 


Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:
Belajar berinteraksi secara positif
Belajar menghormati hak orang lain
Menghargai alam sekitar
Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:
Mendengar
Berbahasa
Membaca
Berbincang
Berlakon


Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :
Belajar konsep
Meningkatkan keupayaan kognitif
Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan
Membantu dalam menyelesaikan masalah
Membina kemahiran sosial
Memahami dunia sekeliling
Mempelajari bahasa
Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan
Membina kemahiran kendiri yang positif
Memupuk sikap tanggungjawab
Mempelajari peranan orang dewasa


WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT


Daku Amat Menyintai Mu

WEEEHU! Hana dah join. Anda bila lagi?

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT dan LIKE fanpage Facebook
      - Putera Gahara Gagah Perkasa
      - Daku Amat Menyintai Mu
Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT 
Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang
Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang.
Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN (Tengok blog penganjur ye)
Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).
Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.
Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.

HADIAH-HADIAHNYA

Daku Amat Menyintai Mu

SEJARAH UNTUK SIAPKAN ENTRI GIVEAWAY

Pada mulanya, Hana tak tau nak buat button like pada syarat pertama tu.. Nak kena print skrin ka gambar dan button like tu? buat je lah kan.. Untuk syarat pertama Hana habiskan masa 2 jam lebih untuk print skrin, delete, undo, edit gambar nak letak sebelah menyebelah macam entri penganjur contest ni. Keserabutan di situ. Lepas Hana siapkan syarat pertama baru hana terfikir nak cari tutorial Letak Button Like Dalam Entri Blog

Ceaah.. ada rupanya tutorial ni. Kalau Hana tahu pasal ni, tak payah la nak print skrin segala bagai. Hahaha Hana gelak kat diri sendiri. Rugi Hana tak print skrin buttton like yang Hana buat manual tu. Hahaha. Hana ambik keputusan untuk siapkan entri contest ni keesokan harinya dengan menggunakan tutorial Letak Button Like Dalam Entri. hahaha

Hari ni (hari ni 18/3/13), Hana lengkapkan entri giveaway ni. Tak kira, Hana nak publish hari ni gak tapi jam menunjukkan pukul 1.15 pagi 19/3/13. Arrgghh nak tahu kenapa tak sempat nak publish? sebab..... Hana tak pandai nak buat gambar dan nama page macam entri penganjur tu. Dah cuba berapa kali dah tapi gambar page Daku Amat ada kat bawah. Huh, tak cantik, Setelah bebarapa jam ambik masa nak setting cantik-cantik akhirnya Hana ambik keputusan tak nak letak gambar, letak nama ja. hehehe Hana rasa gambar, nama page dan button like tu satu set la. Tapi tiada tutorial pun. Heran.. kena tanya penganjur giveaway +Ayie Abas 

Last sekali Hana nak tag +Sheila Salim , +Cik Pena , +Mimie Najib+Diari Si Froggie dan +Nurzakiah Hanum. Warganegara Malaysia kan. Agak-agak diorang ni dah kena tag ke belum. hehe


Tujuan anda pakai contact lens ?


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqXeyOKvudjqDJYJ3KLvo8dMJjga5ejJe90ZNE8UyCoixMM90RKnINhQ3HAFbK3U9kHFN_Aqm8Vc47E1y79TE78glhG48O0THg165Eh0sSpG5Ms1RyBdp5ywwcyOXRnbJwk5g9giDXuqo/s320/13.jpg
Maaf Nur Huda Rasidi sebab tak mintak izin copy paste gambar ni, Hana ambik dari google.

Haip.. tak mau yang warna-warna ye. Yang suka-suka nak pakai pun tak mau tau. Nak berkaler lah..  Untuk apa pakai contact lens berwarna?  untuk hiasan?  kepuasan? boleh tapi di rumah. Yang tak bolehnya bila si pemakai menjadikan contact lens sebagai perhiasan dan memperlihatkan kecantikan di khalayak sekaligus melanggar hukum syara seperti megubah ciptaan Allah, menyerupai perbuatan orang kafir, mendatang ghairah/menarik perhatian lelaki (kecuali suami) dan sebagainya.

Yang bercermin mata ni pun kalau boleh tak nak pakai cermin mata. Tapi  orang yang tiada masalah pulak teringin nak pakai cermin mata yang tiada power. Stail, comel, hensem katanya.( Erk, lelaki pakai spek nampak hensem ) Ada reben, bingkai tebal warni-warni segala bagai. Erm... rasanya itu pun perhiasan untuk mendapatkan perhatian kan. Haa haa kena tanya pada yang pakar ni....

Kalau macam Hana ni. pakai contact lens untuk aktiviti sukan. Itu pun selepas buat research. Kanak-kanak rebena macam Hana ni suka lari sana sini, kejar anak murid, anak murid kejar Hana, Kalau pakai cermin mata masa aktiviti, Bahaya oo.. kawan Hana terjatuh kemudian cermin mata dia retak, nasib serpihan cermin tak masuk dalam mata dia.

Yang pastinya, Hana ada spare contact lens untuk di pakai masa aktiviti sukan. Kalau nak pergi jalan-jalan masa cuaca panas dan rimas dengan cermin mata, Hana free eye je (suka hati je bagi istilah free eye).Tapi selalunya Hana bercermin mata :)

Sekarang teknologi canggih. simpan duit buat Rawatan Lasik. Kalau pakai ICL pun boleh. Yang penting bertujuan untuk perubatan. Jangan memandai nak ubah mata jadi warna oren, kuning, biru pula.

P/s : Hana cuma menyampaikan apa yang hana tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...