Fakta Menarik Tentang Tidur


Fakta menarik tentang tidur..
Ambik dari buku apa tah kat library sekolah Hana SK Sampadi.. Sehari suntuk Hana menelaah buku-buku yang ada di library tu sementara tiada kerja lagi..

 Tanpa makanan manakan manusia dapat hidup lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
Hana lebih suka tidur dari makan

 Mamalia yang paling tidur lama adalah beruang koala (22jam), kelawar (19jam) dan tenggiling (18jam) manakala mamalia yang paling tidur sekejap adalah zirafah (2jam), rusa (3jam) dan gajah asia (3jam)
Manusia memerlukan 3 jam untuk tidur yang baik tanpa sebarang gangguan mahupun mimpi.

 Apabila dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif. Lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan
Dolphin tu ikan lumba-lumba. Dalam buku tu taip dolphin, Hana pun taip dolphin juga lah.

 Bermimpi adalah normal tidak kira mimpi indah atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti
Rata-rata manusia pernah bermimpi terbang. termasuk Hana.. Kenapa???

 Perkara yang belaku ketika tidur adalah otak akan berehat. sel-sel rosak dibaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu
Hormon apa tu ye? yang Hana tau bila bangun dari tidur, Muka Hana ada sedikit berminyak. hehe

 Selalunya 70% daripada mimpi lelaki adalah tentang lelaki lain dan 30% adalah perempuan. Manakala bagi perempuan 50-50 tentang lelaki perempuan lain. Selalunya kita akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira samada masih ingat atau tidak.
Hana pernah mimpi berlawan dengan orang jahat. Tapi Hana tak tau siapakah orang jahat itu :P

 Saat kita tidur nyenyak, nafas, dengup jantung dan tekanan darah dalam tingkat yang paling rendah
Kalau mimpi yang mengerikan tu maknanya tak nyenyak la kan sebab masa tu degup jantung kita mesti berdegup dengan kuat. hahaha

 Banyak orang yang menderita isomania sebenarnya adalah pegaruh daripada rasa bimbang dan depresi atau kemurungan. Rata-rata penderita isomania adalah wanita dan orang tua
Hana tak termasuk di kalangan wanita isomania ye..

 Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit
Patut rasa sejuk je masa tu

 10 cara tidur melambangkan personaliti seseorang 
 12 cara tidur melambangkan personaliti kucing 

CPUV mencurah-curah ke ladang gandum


CPUV mencurah-curah ke ladang gandum sejak Hana mengadap blog 24 jam dari bulan Januari hingga Julai 2013. Masa tu Hana tengah merehatkan diri sementara tunggu kerja. So confirm-confirmlah berblogging ni menjadi kerja Hana pada masa tu. 

Hana pun tak sedar bila masa CPUV menempek kat blog Hana. Tiba-tiba dah di kredit.hehe Tak sangka pula dapat CPUV. Asyik merungut dan mengadu kat blog orang yang dapat CPUV yang melimpah-ruah je kan. Selama ni juga Hana macam mengharap bulan jatuh ke riba.Huh, hiperbola betul entri Hana kali ni.
 

Cuba tengok CPUV pertama Hana 27 Nov 2012. Padahal Hana berbloging dah berkurun lama ku rahsiakan kot. Eh bila Hana start berblog ek. huhuhu

Ok lah tu daripada tiada kan. 
Ehem.. sebenarnya Hana dah boleh cash out Nuffnang

Yeehaaaa... terima kasih Nuffnang
Tidak lupa juga terima kasih kepada pengunjung blog kerana sudi menjenguk blog Hana


I'm Fall In Love


I'm Fall in Love with?? Siapakah yang bertuah itu


Hana sudah jatuh cinta? Argghhh..... hebatnya penangan cinta kan
Kalau kita cintakan seseorang rasa semangat je hari-hari yang kita tempuhi kan
Hati berbunga-bunga selalu dan senyuman tidak pernah lekang dari bibir Hana. Erk.. bibir ke mulut :)

Tiada istilah cinta pandang pertama dalam hidup Hana. Korang tahu Hana ambil masa 2 minggu untuk jatuh cinta pada dia. So sweet..Tengok tu nak taip entri ni pun dah nak berbunga-bunga.
I'm fall in love with my school, teachers, parents and student. 

All about my school.
Walaupun ada sedikit kekurangan tapi itu tak menganggu Hana untuk jatuh cinta pada sekolah hana :)

Hari tu Hana ada perjumpaan dengan ibu bapa untuk mengisi borang bank...

Hana masih blur lagi pasal borang-borang ni. Kena tulis itu ini, tunjuk tempat tandatangan ibu bapa dan anak. Tak terlayan Hana. Ada juga Hana tersalah bagi maklumat. Dalam hati Hana, mesti ibu bapa 'marah' Hana. 1 per 1 Hana bagi maklumat tak lengkap.

Tetapi sedikit pun ibu bapa tak marah. Bukat setakat tak marah malah sangat baik layanan dan kerjasama diorang terhadap guru. Siap tolong cikgu lagi. Tiba-tiba Hana terfikir, kalau Hana di tempatkan di sekolah bandar adakah situasi tersebut akan berlaku ?

Pada perjumpaan tersebut juga, ibu bapa kata "Anak saya ok cikgu? cikgu buatlah apa yang cikgu suka kat anak saya". Hana hanya tersenyum :)

"Cikgu baru ka?"
"A'a Cikgu baru"
"Ooo..Kacak cikgu"
"Asal mana cikgu?"
"Asal kedah"

Kamus bahasa sarawak
kacak = cantik

Alhamdulillah... Apa yang ditanya oleh ibu bapa Hana faham :) tapi nak jawab pertanyaan tersebut mau tersusun juga ayat Hana kang tak pasal-pasal keluar loghat Kedah pula.hehe


Kena cepat-cepat belajar Bahasa Sarawak


Kena cepat-cepat belajar Bahasa Sarawak sebab....

" Kitak bagi no telefon, ibu **** minta, pasal akaun BSN **** "
" Owh, ok ni no Hana ******** "

Gelabah mamat dah masa tu. Bukan sebab masalah mengenai akaun tapi masalah nak bercakap dengan ibu ****. Macam mana kalau dia bercakap Bahasa Sarawak.. Aduh..

Biar Hana je lah yang call ibu ****. tarik nafas..Bismillah hir rahman nir raheem...Hana pun call ibu ****

Ibu A**** : Hello. Cikgu Nurul?

Hana : Ya, saya.Saya cikgu kepada ****. Mengenai akaun bank tu. Sebenarnya...

ibu mencelah

Ibu ****        : Kamek sik ada akaun BSN.. bla bla bla..

Hana mencelah

Hana : Erm.. macam ni Akaun ni perlu untuk..... bla bla bla

Ibu ****    : Bank lain sik dapat?

Hana : Sik dapat. Bsn juga untuk urusan .....

Ibu ****   : Bla bla bla kami.....ayah... bla bla bla

Hana : Ya.. sebelum cuti kalau boleh. Tapi kalau sik dapat, sik apa

Ibu ****   : Ok terima kasih

Daripada perbualan telefon antara Hana dan ibu tersebut, suku daripada percakapan ibu sahaja yang Hana faham. Yang lain Hana Auk auk saja. Kalau si ibu cakap satu persatu secara pelahan mungkin Hana boleh faham lagi kot tapi cepat pula dia cakap.

Kamus Bahasa Sarawak
auk = ya
sik = tidak/tak
sik ada = tiada
kamek = saya
madah = cakap

P/s : Ibu **** panggil Hana Cikgu Nurul. Sweet betul hehe



Pengalaman lebih mahal dari harga tiket Airasia


Pengalaman lebih mahal dari harga tiket Airasia. Nampak tak motif entri Hana kat situ? 

Masa mula datang Sarawak KPM yang uruskan semua. Sekarang tibalah masa untuk Hana beranikan diri dan belajar cara nak booking tiket flight sehinggalah Hana naik flight. Cuti Hari Raya dah confirm jadi Hana mestilah nak balik semenanjung, 2 minggu cuti wehh. Sekarang, perkara pertama yang timbul di otak Hana ialah "macam mana kalau tersalah naik flight", "macam mana kita nak tau kaunter tu untuk check in", "kalau flight terlepas". 


Hana pun buka Web Airasia. Pertama kali Hana buka web ni. Macam mana rupa agaknya web tu. hehe Nasib Hana baik sebab ada flight dari Kuching terus ke Penang. Dari Penang ke Sungai Petani (rumah Hana) dalam 45 minit. Kalau transit-transit mau mati kutu Hana sorang-sorang kat KLIA  (kalau transit). Hana teringin juga nak mencuba transit KLIA sebelum ke Penang. Tapi disebabkan Hana pertama kali naik flight secara personal jadi Hana cuba dululah yang direct ke Penang

Hana ada juga baca dari blog "cara mendapatkan tiket murah Airasia". Hana usaha tidur lambat  2 3 hari kot-kot ada tiket murah boleh terus Hana booking balik Penang. Tapi hampeh, tiada murah pun. Tapi satu malam tu Hana tidur awal. Akak housmate Hana kata tiket Airasia murah malam semalam. huhu sampai hati Airasia buat Hana macam ni.. Time Hana tidur lambat tak pula tiket murah

Esok tu Hana booking je lah tiket flight pagi Kuching-Penang pergi balik berharga RM7++. Disebabkan masalah teknikal Hana terpaksa tangguhkan booking tiket dan 3 hari  (3 minggu sebelum cuti) lepas tu Hana booking semula. Mak ai.. naik harga RM9++. belum masuk duit bagasi dan sebagainya. Banyak betul bezanya.. Hana call Abah " bla. bla...bla... tak apa ambil fligh malam pun boleh nanti Acu ambik kat Airport". Terus Hana booking tiket tersebut kang kalau tunggu nanti naik harga pula. Harga tiket flight malam Kuching-Penang pergi balik berharga RM8++ setelah ditolak tambah :) 

Pengalaman sangat berharga, tidak dapat dibeli dan tidak boleh dijual. Kalau tiket (barang) semahal-mahal mana pun ia, kita tetap akan beli kerana kita memerlukannya :) 

Inilah pengalaman pertama Hana mem'booking' tiket flight Airasia. Nanti sampai Kedah, Hana ceritakan pula pengalaman Hana dari jejak kaki di Airport Kuching sampailah kaki Hana jejak Airport Penang

Pengajarannya di sini :-

  • Belilah tiket awal-awal kalau boleh sebulan sebelum cuti
  • KALAU bertuah dapat lah tiket murah
  • Buka akaun Maybank2u or CIMB Clicks memudahkan untuk urusan pembayaran


Salam perantauan dari Kuching


Tahu dah kan Hana bekerja di Sarawak. Kira bolehlah jadi anak perantauan kan :P  Back to the point....

Sekarang Hana menetap di Kuching dan bertugas di Sekolah Kebangsaan Sampadi, Lundu iaitu salah sebuah daerah kecil (luar bandar) di Sarawak. Sekolah Sekolah Kebangsaan Sampadi tidak dikategorikan pedalaman. Hana mengambil masa  kira-kira sejam untuk ke Sekolah Kebangsaan Sampadi. Agak jauh tetapi perjalanan untuk ke sekolah amatlah selesa dan tak sibuk. Yang paling best Hana kena naik feri 5 minit untuk menyeberangi sungai (Ada jalan darat tapi jauh)


Disebabkan daerah Lundu ni kecil, Penduduk di Lundu dah anggap Lundu ni sebahagian dari Kuching. Lundu kaya dengan makanan laut dan hasil pertanian yang sangat murah dan segar :) Antara banyak-banyak ikan di sini, ikan muncung adalah ikan yang paling mahal :) boleh cecah ribuan ringgit seekor. Nanti bila Hana jumpa ikan muncung Hana tunjuk kat korang tau.

Sekolah Hana tiada masalah apa pun. Semuanya ok :) 2++ murid dan 2+ guru. Bagi Pendidikan Khas pula ada 4 orang murid. Jadi kami (Hana dan kawan Hana) dipertangungjawabkan untuk membuka kelas Pendidikan Khas tersebut. Huhuhu itu yang kureng sikit.. Susah kot. Tapi boleh je cuma ambik masa juga nak menubuhkan kelas baru sebab maklumat semuanya kosong lagi..

Hal-hal berkaitan gaji dan pengurusan sekolah dah satle. Terima kasih guru besar dan guru-guru yang membantu dalam urusan tersebut. Sekarang, Hana kena siapkan portfolio guru baharu dan folio-folio khas untuk Pendidikan Khas. Benda-benda ni sebenarnya senang tapi renyah. renyah???

Nak cerita panjang lagi sebenarya. tapi takut korang tak terbaca.. hehe apa-apa pun rindunya weh kat korang walaupun 5 hari dan macam berpisah sebulan. Hana tak boleh kehilangan kawan-kawan blogger Hana lama-lama. Rindunya kat korang..... Sedih+kegembiraan bila buat entri ni..rindu sangat.

P/s: Sangat cantik pemandangan semasa penerbangan kapal terbang dari KL ke Sarawak pada waktu malam :) tiba-tiba je kan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...