Hasil shopping baju babies
Tiga hari ambil masa nak membeli keperluan baby dari A-Z tak termasuk pampers. Pampers kat tesco dan Giant banyak senang cari. ngeee. Kalau keperluan baby selain baju Hana fokus kat sini
Manjaku Aman Jaya, Sungai Petani
Mau 2 3 jam dalam kedai ni. Macam nak beli semua barang dalam kedai ni. hehe
Tapi untuk baju baby Hana tak fokus 1 kedai. 3 4 kedai juga Hana beli baju baby. Kedai ke 4 tu Parkson sebab kedai lain tak ada sangat baju jenis lubang-lubang. hehe Semua baju lubang-lubang tu semua Hana beli di Parkson brand macam-macam tak ingat dah..
Nak dijadikan cerita masuk 1 kedai ni dah beli dah baju dah penuh raga ni. Bila nak balik dah naik kereta.. Tiba-tiba...
"Eh tadi macam baru beli 2 pasang baju, tapi penuh raga"
"Memang la penuh kalau 2 pasang baju tu di double kan"
"Betul juga kan.😅"
Nampak tak baju merah, pink, hijau, peach yang dalam 4 gift box... tu yang buat penuh raga. hahaha
Hana beli gift box baget hadiah untuk diri sendiri hahaha Tak adalah sebenarnya gift box ni senang tak perlu nak mix and match. Lagipun siap pakage dengan mitten, topi dan segala benda alah dalam tu. Dah jimat masa dan tenaga nak memilih. Untuk 2 baby pula tu. Nampak tak nak mudah kerja ja Hana kan. ngeee Kadang-kadang murah juga dari beli asing-asing.
Next, kedai baby yang wajib pergi di Design Village Penang. Promosi tak ingat dunia weehh.. Hana pun masuk kedai Cotton-On dan Brand Outlet. Banyak yang berkenan tapi semua jenis satu saiz satu patern gitu.. mesti orang lain dah beli habis. Walaupun twin sepasang nak juga beli baju yang sama patern dan warna T_T. Comel kot pakai rompers sama patern dan warna
Kebanyakan baju 0-3 bulan macam limited sikit kan. Kebanyakan 0-6 bulan baru ada banyak. 6 bulan ke atas lagi-lagi banyak.. Tak sabar tunggu babies besar boleh shopping baju yang cantik-cantik. hehehe.
So Hana campur-campur baju. Orang kata baby cepat besar tu tak teragak-agak nak ambik saiz 0-6 walaupun Hana tengok besar weehh.. Tapi tak palah besar-besar pun pakai juga nanti. Baju yang kecik-kecik tu yang simpan. ngeee
Rasanya cukup kot 9 pasang seorang cuma nak tambah seluar sehelai dua buat emegancy. Kalau ikut list Hana buat 10 pasang baju + 2 seluar panjang + 2 seluar pendek. Kira ok lah kan tak terpesong dari list. Hahaha Erm... tengok gambar macam banyak kan padahal untuk 2 orang 😏
2 orang dah komen :
saya pun baby dah otw.. nk kna start shoping nih.. hehee
@Pha Ismesti excited kan hehe