An apple a day keeps the doctor away
Hana pilih apple fuji sebab kerangupan epal tu kriup krip kriup bila makan. ngee Sebelum kukus pastikan buang kulit dan biji epal yee.
Lepas tu, potong dadu
Stim atau rebus. Hana guna 2 in 1 Food Processor Auntumz. Masukkan air ikut sukatan maximum
Pusing tombol ke kanan untuk stim. Kalau epal ni Hana stimkan selama 15minit.
Bunyi 'ting' dah siap stim.
Kemudian pusing tombol ke kiri untuk blander. Blander sampai halus. Tak halus blander lagi. hehehe
Dah siap
Isi dalam bekas kecil ni untuk sekali makan.
Ni untuk makan di rumah.
Kalau untuk makan di rumah pengasuh better bekas yang tapak lebar sikit untuk kesenangan pengasuh
Tunggu sampai puree ni sejuk barulah masuk dalam peti ais untuk difrozenkan. Kalau nak makan ambil satu bekas rendam dalam air biasa or air suam.
See... excitednya beliau kalau makan puree epal sampai rambut tercacak 😋
Suap sendiri, mama dia asyik ambik gambar je, lambat sangat. ngeee
Nie kalau bubur nasi, mama dia kena menyanyi lagu Baby Shark dulu baru nak buka mulut T_T
Happy Travelling : Keperluan baby untuk 2 hari 1 malam
Sambungan dari entry Happy Travelling
Ni keperluan yang paling simple mimple kalau Hana
Pakaian
Cukup 3 pasang. Nak senang bawa yang jumpsuit or rompers. Tapi dalam bilik hotel kan sejuk so bawa seluar panjang. Nak pakaikan rompers pun boleh tapi slowkan aircond. Hehe pampers 5 helai. Stokin sepasang. Kain napkin sehelai. Baju sendiri bawa sepasang dah cukup buat pakai time tidur. Esok tu pakai baju yang sama time datang hotel ngeee Tudung sehelai kot baby termuak. Bawa tudung ekpress yang ironless. Telekung jangan lupa.
Toiletries dan sebagainya
Semua dalam travel pack. Sikat, sabun baby, nappy cream, minyak telon dan bedak pureen. Wet tissue dan changing mat memang dah tersedia dalam diaper bag tu dah. Tak pernah bawa keluar. Hana pula, sunblock, sikat, pencuci muka, berus gigi dan ubat gigi. Semua ni letak dalam plastik ziplock asingkan yang basah dan yang kering. Nanti kalau emergency memang ada gunanya plastik tu nanti. Tapi kalau korang yang jenis bawa banyak barang pilih beg toiletries yang ada partition tu lagi senang
Barang penyusuan
Kalau mama yang breastfeeding bawa kain untuk cover dan breastpump kalau nak buat stok :) Kalau untuk susu fomula Hana bawa 3 botol susu. Mamanya malas nak basuh botol kalau time tidur. Itu sebab sampai 3 botol. Ngeee Thermos air panas, paket susu. Kenapa paket susu? Sebab mudah. Lagipun semalaman je tidur hotel. Nak letak dalam bekas dispenser or dalam bekas lain, makan ruang juga. Pack ikut sukatan baby minum, kalau macam ni lepas dah guna, plastik tu terus buang. Nampak tak bijak di situ, bukan saja bijak tapi dapat menjimatkan masa, ruang dan tenaga anda. Kalau dah 2 hari baik letak susu dalam bekas, Opsss berus botol dan pencuci jangan lupa. Masih tercari-cari berus botol travel. Huhu berus botol dan pencuci masukkan sekali dalam plastic ziplock toiletries yang basah tadi
Baby carrier / stroller
Mestilah stroller. Sebab stroller ni 4 in 1 ok. Carseat boleh, baby carrier pun boleh, tapi baby carrier yang tempat tidur tu. Stroller ni telah diiktiraf oleh semua Aircraft. So korang boleh transformers jadi carseat dan letak di atas seat flight tapi jangan lupa beli tiket flight untuk seat tu juga. Eh terpromote pula. Tapi baby carrier yang dukung baby tu pun bawa juga tapi letak dalam kereta.
Solid Food
Disebabkan jarak hotel hanya berapa minit ja tak perlu le bawa food jar segala benda tu. Bawa terus yang frozen food. Hotel yang Hana booking ni ada sediakan peti ais jadi yang frozen food boleh letak dalam peti ais. Kat rumah ada stok frozen carrot je so bawa yang ni je. Kalau korang ada pisang lagi senang letak je dalam food feeder. Kalau semata-mata nak beli buah yang senang baby makan tak perlulah kot lainlah kalau nak duduk hotel 3 hari 3 malam.
Lain-lain
Baby pillow sebab kat hotel bantal besar. Permainan favroute baby. Satu dah cukup. Plastik kecil untuk pampers baby dan untuk kegunaan lain juga. Kebersihan perlu dijaga yee.. Mosquito patch nak jalan malam. Sooo… dah siap. Cuma nanti bantal, mainan dan napkin minta tolong baby bawakan. Hehe
p/s : Doakan baby Ainul Mardhiah selamat tiba di UK dan menjalani rawatan selanjutnya
Happy Travelling
Travelling lah sangat. Nak Tidur hotel satu malam je pun bawa si kecik ni. Hotel yang dipilih mestilah harga berpatutan yang sesuai untuk satu malam, jauh dari kesesakan jalan raya, ada peti ais dan bathtub. hehehe
So dah melalui fasa pemilihan 3 hingga 4 hotel, Hana pilih Grand Continental Kuching. Ni kali ke-3 Hana akan bermalam di hotel ni. So tahu juga lah keadaan bilik hotel tu macam mana :) Jarak antara Grand Continental Kuching dengan rumah Hana lebih kurang 20 minit.
"Duduk di Kuching pun nak checkin?" Ada sebab juga kenapa checkin
Sekarang ni musim panas 24jam Jasmin pun kerap berjaga berjaga malam. Bangun dari tidur basah tilam, peluh punya pasal. Dengan harapan Jasmin dapat tidur yang berkualiti. hehehe
Enviroment baru untuk Jasmin. Mana nak tahu lepas ni ada cuti-cuti Malaysia. Kiranya yang ni sebagai persediaan awal gitu. Hehe
‘Me Time’ untuk Hana. Mama Jasmin kalau kat rumah ada je kerja nak di buat. Nak nak pula dah ada baby carrier. Lagi banyak kerja yang dapat dibuat sambil bawa Jasmin ‘jalan-jalan’ dalam rumah. Haha so hotel ni sebagai reward untuk diri sendiri.
Belajar cara bawa dan pack barang baby untuk bermalam. “Wow..woww” Hana tanya “kenapa?” “Bawa baby seorang diri kot, terbaiklah.” Biasa ja Hana rasa. Cuma sebelum terkeluar ayat “ “Ok jom hotel” terfikir juga mesti banyak barang baby nak di bawa. Hehe tapi apa-apa pun cabaran untuk diri sendiri kan. Hana boleh buat seorang diri. Tiada yang mustahil kalau Hana. Ok dah ada idea untuk next entry : Keperluan baby untuk satu malam :P
Yeaaah dah sampai...
Buka pintu dah nampak cermin. ngeee
Biar Jasmin berseorangan dulu. Mama dia nak check keadaan bilik kot-kot air paip tak keluar ka, air panas tak berfungsi ka, boleh complain tukar bilik. hehe Tapi setakat ni semua tip top :)
Nampak keterujaan beliau di situ
Rehat-rehat jap. sambil tengok channel Fox Movie sampai Jasmin terlelap. Bangun ja Jasmin bawa dia ronda-ronda dalam hotel.
Aih Jasmin posing lebih dari mama dia pula :P
Ni dinner Hana. Dinning in 😜
Harga RM 26 kot nasib baik sedap dan banyak.
Ni pula desert breakfast.
RM11 kot. Nak pisang punya pasal order banana split. Pisang dilenyek untuk dijadikan makanan Jasmin. heheh
Siap-siap untuk checkout pula