Happy Travelling
Travelling lah sangat. Nak Tidur hotel satu malam je pun bawa si kecik ni. Hotel yang dipilih mestilah harga berpatutan yang sesuai untuk satu malam, jauh dari kesesakan jalan raya, ada peti ais dan bathtub. hehehe
So dah melalui fasa pemilihan 3 hingga 4 hotel, Hana pilih Grand Continental Kuching. Ni kali ke-3 Hana akan bermalam di hotel ni. So tahu juga lah keadaan bilik hotel tu macam mana :) Jarak antara Grand Continental Kuching dengan rumah Hana lebih kurang 20 minit.
"Duduk di Kuching pun nak checkin?" Ada sebab juga kenapa checkin
Sekarang ni musim panas 24jam Jasmin pun kerap berjaga berjaga malam. Bangun dari tidur basah tilam, peluh punya pasal. Dengan harapan Jasmin dapat tidur yang berkualiti. hehehe
Enviroment baru untuk Jasmin. Mana nak tahu lepas ni ada cuti-cuti Malaysia. Kiranya yang ni sebagai persediaan awal gitu. Hehe
‘Me Time’ untuk Hana. Mama Jasmin kalau kat rumah ada je kerja nak di buat. Nak nak pula dah ada baby carrier. Lagi banyak kerja yang dapat dibuat sambil bawa Jasmin ‘jalan-jalan’ dalam rumah. Haha so hotel ni sebagai reward untuk diri sendiri.
Belajar cara bawa dan pack barang baby untuk bermalam. “Wow..woww” Hana tanya “kenapa?” “Bawa baby seorang diri kot, terbaiklah.” Biasa ja Hana rasa. Cuma sebelum terkeluar ayat “ “Ok jom hotel” terfikir juga mesti banyak barang baby nak di bawa. Hehe tapi apa-apa pun cabaran untuk diri sendiri kan. Hana boleh buat seorang diri. Tiada yang mustahil kalau Hana. Ok dah ada idea untuk next entry : Keperluan baby untuk satu malam :P
Yeaaah dah sampai...
Buka pintu dah nampak cermin. ngeee
Biar Jasmin berseorangan dulu. Mama dia nak check keadaan bilik kot-kot air paip tak keluar ka, air panas tak berfungsi ka, boleh complain tukar bilik. hehe Tapi setakat ni semua tip top :)
Nampak keterujaan beliau di situ
Rehat-rehat jap. sambil tengok channel Fox Movie sampai Jasmin terlelap. Bangun ja Jasmin bawa dia ronda-ronda dalam hotel.
Aih Jasmin posing lebih dari mama dia pula :P
Ni dinner Hana. Dinning in 😜
Harga RM 26 kot nasib baik sedap dan banyak.
Ni pula desert breakfast.
RM11 kot. Nak pisang punya pasal order banana split. Pisang dilenyek untuk dijadikan makanan Jasmin. heheh
Siap-siap untuk checkout pula
1 orang dah komen :
syoknya jalan2