Happy Travelling : Keperluan baby untuk 2 hari 1 malam


Sambungan dari entry Happy Travelling

Ni keperluan yang paling simple mimple kalau Hana

Pakaian 

Cukup 3 pasang. Nak senang bawa yang jumpsuit or rompers. Tapi dalam bilik hotel kan sejuk so bawa seluar panjang. Nak pakaikan rompers pun boleh tapi slowkan aircond. Hehe pampers 5 helai. Stokin sepasang. Kain napkin sehelai. Baju sendiri bawa sepasang dah cukup buat pakai time tidur. Esok tu pakai baju yang sama time datang hotel ngeee Tudung sehelai kot baby termuak. Bawa tudung ekpress yang ironless. Telekung jangan lupa.

Toiletries dan sebagainya 

  
Semua dalam travel pack. Sikat, sabun baby, nappy cream, minyak telon dan bedak pureen. Wet tissue dan changing mat memang dah tersedia dalam diaper bag tu dah. Tak pernah bawa keluar. Hana pula, sunblock, sikat, pencuci muka, berus gigi dan ubat gigi. Semua ni letak dalam plastik ziplock asingkan yang basah dan yang kering. Nanti kalau emergency memang ada gunanya plastik tu nanti. Tapi kalau korang yang jenis bawa banyak barang pilih beg toiletries yang ada partition tu lagi senang

Barang penyusuan

Kalau mama yang breastfeeding bawa kain untuk cover dan breastpump kalau nak buat stok :) Kalau untuk susu fomula Hana bawa 3 botol susu. Mamanya malas nak basuh botol kalau time tidur. Itu sebab sampai 3 botol. Ngeee Thermos air panas, paket susu. Kenapa paket susu? Sebab mudah. Lagipun semalaman je tidur hotel. Nak letak dalam bekas dispenser or dalam bekas lain, makan ruang juga. Pack ikut sukatan baby minum, kalau macam ni lepas dah guna, plastik tu terus buang. Nampak tak bijak di situ, bukan saja bijak tapi dapat menjimatkan masa, ruang dan tenaga anda. Kalau dah 2 hari baik letak susu dalam bekas, Opsss berus botol dan pencuci jangan lupa. Masih tercari-cari berus botol travel. Huhu berus botol dan pencuci masukkan sekali dalam plastic ziplock toiletries yang basah tadi

Baby carrier / stroller 

Mestilah stroller. Sebab stroller ni 4 in 1 ok. Carseat boleh, baby carrier pun boleh, tapi baby carrier yang tempat tidur tu. Stroller ni telah diiktiraf oleh semua Aircraft. So korang boleh transformers jadi carseat dan letak di atas seat flight tapi jangan lupa beli tiket flight untuk seat tu juga. Eh terpromote pula. Tapi baby carrier yang dukung baby tu pun bawa juga tapi letak dalam kereta.

Solid Food 

Disebabkan jarak hotel hanya berapa minit ja tak perlu le bawa food jar segala benda tu. Bawa terus yang frozen food. Hotel yang Hana booking ni ada sediakan peti ais jadi yang frozen food boleh letak dalam peti ais.  Kat rumah ada stok frozen carrot je so bawa yang ni je. Kalau korang ada pisang lagi senang letak je dalam food feeder. Kalau semata-mata nak beli buah yang senang baby makan tak perlulah kot lainlah kalau nak duduk hotel 3 hari 3 malam.

Lain-lain 

Baby pillow sebab kat hotel bantal besar. Permainan favroute baby. Satu dah cukup. Plastik kecil untuk pampers baby dan untuk kegunaan lain juga. Kebersihan perlu dijaga yee.. Mosquito patch nak jalan malam. Sooo… dah siap. Cuma nanti bantal, mainan dan napkin minta tolong baby bawakan. Hehe

 p/s : Doakan baby Ainul Mardhiah selamat tiba di UK dan menjalani rawatan selanjutnya


0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...