23.11.2013 - Check it out !!!
23.11.2013- My Birthday !!!
Apa yang menarik pada hari tersebut?
Hana jumpa kawan-kawan lama Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai (SMTSP) di majlis perkahwinan kawan lama ex-SMTSP juga :) 9 tahun lebih kami tak jumpa. Sangat lama kan..

Azri, Zul, Pie, Asraf, Lia, Jue, Alin, Ain (pengantin perempuan), Diba
Balik dari kenduri, Hana ada date la pula. dengan siapa?
Taaadaaa.....


Perbincangan dengan client. ngee...
biasalah 10 tahun tak jumpa mesti cerita pasal perkembangan terbaru kan..
Masih ingat entri ABANG KOMEN ENTRI NIE bertarikh 6 Jun 2012. Akhirnya kami di pertemukan pada 23/11- My birthday setelah 10 tahun terpisah. Agak-agak lepas ni kami berpeluang untuk berjumpa lagi tak? Erm.. entah-entah 10 tahun akan datang. Waaa.. lamanya tak mau tak mau..Entri TENTANG ABANG ada Hana ceritakan serba sedikit pasal abang Hana yang sorang ni :)
Birthday yang sangat bermakna bagi Hana :)
Kursus Pertama Setelah Bergelar Guru
Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Tahun 4 Peringkat Daerah 2014
Haa...nampak tak bukan main panjang nama kursus tersebut. Kursus ni merupakan kursus pertama Hana setelah bergelar guru. Di sebabkan ia kursus pertama jadi tersangat banyak pengalaman Hana sepanjang mengikuti kursus tersebut.
Perasaan Hana bila dapat tahu Hana terlibat dalam kursus ni?
Sangat excited tapi ada la sedikit gementar maklumlah keseorangan pergi kursus. Ada juga perasaan was-was macam "kat mana tempat kursus ni, jauh ke?"Maklumalah masih tak kenal tempat-tempat di Kuching.Erk, sekarang pun tak kenal lagi. hehe
Kursus berlangsung 4 hari. Penginapan tidak disediakan, pandai-pandai korang nak tumpang rumah sesiapa pun. yang dekat macam Hana ni, ulang-alik ja. Tapi masuk hari ke-3 dan ke-4 Hana terpaksa Hana bermalam di rumah kawan sebab ada perubahan tempat kursus yang agak jauh dari rumah Hana. Kawan? She is my classmate at IPG Kota Bharu.

Terasa diri ni kecik je dalam kursus KSSR tersebut. Dah la diri ni kecik di tambah pula zerro knowledge about KSSR. Macam Hana silap tempat berkursus pula. haha Hana berada di kalangan cikgu-cikgu ok. Padahal diri sendiri tu cikgu. Erk... tiba-tiba teringat kursus kahwin tak ambik lagi. Macam lambat lagi nak kahwin je, Macam malas nak ambik je..huhu

Terima kasih kepada En. Teksi yang hantar dan jemput Hana selama 3 hari dari tempat kursus. 3 hari = RM300 untuk teksi. Terima kasih jiran kepada kawan Hana kerana mnghantar kami ke tempat kursus pada hari ke-4. Hari terakhir tersebut, ada cikgu tolong hantarkan Hana pulang ke rumah. Terima kasih cikgu :) Sebenarnya pergi ambik baju untuk tidur semalam di rumah kawan Hana tu. Fuh, jauh perjalanan pergi ambil baju je. Lawak pula bila dikenangkan balik. Maklumlah kawan sekelas jadi banyak cerita yang nak dibualkan.
P/s: Happy blogwalking :)




