Contest Bulat Bulat Bella Boolat
Susak payah ku belek2 album dalam laptop nie..akhirnya terjumpa gak benda yang bulat2. bukan satu tapi banyak bulat2.hehe
Tapi kan gambar tu ada ku ngan kawan sekelas ku..gambar sorang2 xda huhu.harap diterima la ek..
Nie la gambar ku ngan benda bulat2. Ku yang pakai tudung hitam k
Saya suka Blog Bella Boolat sebab blog Bella yang simple dan memudahkan saya nak explore.
Last skali ku nak tag: Yana dan comel
Jom naik Roller Coaster
Huh, terjunam
Jamuan Mama ( Tutor Peribadi )
Jamuan nie berjalan dengan lancar jah..cuma da la sedikit cabaran2 yaang perlu ditempuhi..Biasalah nak wat sesuatu majlis bukannya senang malam plak tuu kan..Tipu la ku cakap kalu nak wat sesuatu perkara yang melibatkan ramai orang xda cabaran.. K lah bukan ku nak cakap pasal cabaran. Ku nak menceritakan peristiwa yang berlaku time jamuan Mama berlangsung..
Setiap jamuan mesti da makanan yang sedap2 tol x..hehehe nak tengok??? jom...
Eh2 pic air dulu yang di postnyee... Air sirap jee.huh pa kes.. Korang jgn air nie la yang menghilangkan dahaga setelah 30min perjalanan kami tau.. sirap air..fuh best..
Haa nie la lauk pauk yang sedap2. sapa masak? Mama yang cadangkan pkai catering je..senang xyah susah2 basuh pinggan..paham2 je kan anak2 mama nie malas basuh pinggan..hehe (lawak ja lah)
Dah habis makan. rehat2 jap..rehat2 dekat mkan gak..confirm sikit ambik ayam sikit2 ambik daging..
Tapi da ja yang nak bergambar..bialasah mmg kelas ku n bergambar xleh dipisahkan..
Nie dekat tingkat atas umah Mama. Time makan tadi kat tingkat bawah.. nampak biasa ja kat tingkat bawak..Kata Mama kat tingkat bawah tuu oarang slalu wat sembahyang berjemaah. Owh, patut lapang.. Tapi kat tingkat atas mcm dalam pic tepi tu la..cantik sangat..bersih n kemas..Like like..
Time nie kami menyanyi lagu khas untuk Mama.. Lagu di gubah oleh Freda Rinya Ak Nok n Rumatenya Hantzebra James .Yang mna satu nie..Alaa yang cute cute tuu. barisan no 2 yang angkat tangan tuu Freda (sarawak).. Yang sebelah Mama pkai baju hitam tuu Hantzebra ( sabah) dia bab2 lagu nah ko la buat..hehehe xlah..dia mmg suka wat lagu xyang suruh paksa2..
I'm home now..
Baru ku teringat..sebelum exam subjek TERAPI... ku nak cari bahan pasal terapi berkuda.. tapi malas nak mencari maklumat.Malas satu hal, klu xjumpa kan rugi masa study ku..huhu..Cmna tu ek..tiba2 baru ku tringat ku da wat post pasal terapi berkuda..terus ku buka blog ku nie..Search kat sidebar 2 TERAPI BERKUDA..Terus kuar posting pasal TERAPI BERKUDA. Senang oo.. xyah susah2 nak cari yang lain.. Mungkin tuu salah satu sebab np ku nak wat post berkaitan dengan pelajaran.
by : Mr google
Huh, Korang nie kan..mcm ku jugak
Time2 cmnie mmg korang suma xcari maklumat tapi time nak dekat2 exam nnt terpinga-pinga nak cari bahan..
Exam dah habis so...
SUNGAI PETANI, KEDAH
KASIHANILAH GURU DI PEDALAMAN
DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.
Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan kawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini keadaannya sangat perit.
Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.
Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.
Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.
Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama berhari-hari.
Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.
Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan tanah merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban, elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula.
Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!
Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan.
Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke luar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang diminta.
Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga khususnya guru-guru di luar bandar.
Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar.
By : http://syurgaituindah.blogspot.com
HADIAH BUAT GURU
Dan diharap kaedah terbaru kenaikan pangkat ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat untuk mendidik bangsa agar menjadi insan yang gemilang pada suatu hari nanti.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan. "Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan. "Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan
Mood study = 0%
Elok je nie haa study..pa yang 0% nyee...
Yelaa pic di atas tuu untuk 10 minit pertama jah pas 2 mood dah 0% so disebabkan mood 0% ku snap la pic2 nie. Memang xtau nak watpa dah..
Mula2 nak start study nie macam2 subjek nak baca nak wat nota..Tapi np xda mood malam tuu.. sebelum nie ok.. Ermmm mungkin kecelaruan mental..hahaha
Nie nota untuk subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) . Kiranya malam tuu dah target nak study PSV. Last2...
Tertengok plak nota subjek Budaya nie..
Sebab time nie mmg dah xda mood. Mata pun tengok2 kat tempat yang selerak2 tuu nak susun kertas yang berterabur tiba2 jumpa nota nie pas2 terbaca..huhuu Baca punya baca sampailah mood pada tahap 0%
Pen pelbagai warn mmg wajib ada untuk membuat nota expecialy pen warna hijau.. Tengok tuu da 3 pen warna hijau yang berlainan. Sebab apa hijau?? xkan xtau kowt,,hikhik Ku rasa klu tulis ngan pen warna hijau rasa seronok je nak baca nota 2..
Tapi time nie pen bawa kuar suma yang guna 2 3 pen je pas2 dah xterguna. mood = 0%
Cute Giraffe dengan....... tissu. Korang tau x dlam entry lepas.. Klu korang xtau klik sini yang Giraffe tu sebanarnya pencil case? nnt korang ingat bear plak..Tapi bear pun boleh.
Tissu tuu untuk pa ek?? tah mmg da kat c2. bila masa ku ambik pun xtau plak..Luar sedar.
Cutenyee kucing tuu..
Laptop nie time study kekadang ada kekadang xda. So jgn salah faham..(pa la ku cakap nie). Masa mood = 0% laptop nie la banyak berjasa. Xda mood?? jom main game, layan blog 10 hingga 15 min pas2 sambung study. Tapi kekadang sampai mengantuk pas2 tido..hehehe
Haaa ini penting.. Bantal kecik CJ7.. Eleh eleh korang nie xkan xtau plak bantal nie untuk pa kan..Kalu korang nak ta nie salah satu barang CJ7. Da lagi 4 barang CJ7.. Ku minat CJ7 sebab CJ7 warna HIJAU..
Ku nie cakap panjang2 korang tau x CJ7 tuu pa??
CJ7 tuu yang bear comey2 warna hijau cam kat bantal kecik kat pic atas tuu.. Kan da movie pasal CJ7. Stephen Chow watak utama dalam ceta 2..Xtengok lagi ??? Tengok la..Best x rugi..
Ok..ku tulis entry nie ke esokan harinya..sebelum star studu..hikhikhik. Sesapa yang exam dalam masa terdekat nie diharap Study Smart ok..
KESAN POSITIF DAN NEGATIF KEMASUKAN JEPUN KE TANAH MELAYU
Kemasukan Jepun di Tanah Melayu memberikan banyak kesan negatif. Antaranta ialah dari segi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial , ekonomi , dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal.
Kesan dari segi sosial iaitu permusuhan antara kaum.Ketika Jepun di Tanah Melayu , penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun. Ramai orang Melayu dan India menjadi buruh paksa khususnya unutk membina Jalan Keretapi Maut antara Negeri Thai dan Burma. Oleh itu orang Cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang. Permusuhan juga berlaku antara orang-orang Melayu dan orang-orang Cina. Hal ini adalah akibat daripada layanan orang Jepun yang amat baik terhadap orang Melayu berbanding dengan layanan terhadap orang -orang Cina. Misalnya dengan mengambil mereka menjadi tentera , polis dan menggalakan orang Melayu bergiat dalam politik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Cina terhadap orang Melayu.
Kesan negatif yang seterusnya ialah dari ekonomi. Pada masa pemerintahan Jepun , kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali. Hal ini berlaku kerana tentera British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah. Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf kehidupan penduduk turut merosot. Barangan kegunaan dan makanan Bagi mengatasi masalah ini , tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman-tanaman makanan seperti ubi kayu , keledek dan keladi.
Seterusnya ialah kesan dari segi Politik juga mengakibatkan Rakyat di Tanah Melayu sengsara.Ini kerana pentadbiran Jepun mengambil tindakan mengawal pergerakkan rakyat dengan ketat. Sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.
Kemasukan Jepun ke Tanah Melayu juga memberi kesan positif. Antaranya ialah sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan aktiviti daripada akademik untuk menanam sifat kerajinan terutamanya di kalangan orang Melayu. Nilai kerajinan dapat dipupuk di kalangan masyarakat melayu. Selain daripada itu, rakyat di tanah melayu ialah mewujudkan keyakinan untuk memerintah sendiri dikalangan orang Melayu akibat daipada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun . Orang-orang Melayu merasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris. Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang telah berubah. Sikap anti penjajah di kalangan orang Melayu semakin berkembang.
Kesimpulannya kemasukan Jepun di Tanah Melayu telah banyak membawa keburukkan dan kebaikan yang tersendiri kepada rakyat negara ini. Malahan kesan-kesannya masih dirasai sehingga kini. Kesengsaraan yang dialami oleh generasi lalu semasa zaman Penjajahan Jepun menjadi pedoman kepada semua rakyat.
Teori Behavioris
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkah laku
Pada peringkat Awal eksperimen, anjing tidak merembeskan air liur apabila loceng di bunyikan.Tetapi apabila loceng dibunyikan serentak dengan menunjukkan daging kepada anjing tersebut, ia menunjukkan tindak balas dengan merembeskan air liur.Setelah langkah perama diulang beberapa kali, didapati anjing telah merembeskan air liurnya apabia loceng di bunyikan walaupun makanan tidak dikeluarkan.Sesuatu perlakuan yang terlazim akan menjadi tabiat
Pendekatan behavioris percaya bahawa tingkah laku manusia dibentuk dari luar iaitu dengan cara memanipulatifkan persekitaran
Teori Perlziman Operan - B.F Skinner
Contoh, murid yang telah selesaikan tugasnya dengan baik akan di puji dengan memberi perhatian.Ini boleh menjadikan murid berkenaan sentiasa hendak menyediakan kerja yang terbaik untuk di hantar kepada gurunya.Sebaliknya, jika tugasan murid itu tidak mendapat perhatian dan kritikan dari gurunya, ada masa yang akan datang murid tersebut mungkin tidak berminat dan menyelesaikan tugasnnya dengan bersungguh-sungguh
Peneguhan diberi selepas sesuatu perilaku ditunjukkan.
Teori Pembelajaran Sosial – Bandura
Manusia boleh diajar mengikut peniruan atau pemerhatian terhadap orang lain.
Penting bagi guru dan ibu bapa menunjukkan perilaku yang baik supaya dapat menjadi contoh ikutan kepada kanak-kanak
Melalui perlakuan, kanak-kanak belajar gerak bakas baru, mengelkkan gerak balas yang tidak diingini atau mereka digalakkan untuk melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan tingkah laku model
Kesimpulannya, teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal
Selamat Hari Guru
Maaf yee xda pic dalam entry nie.. maklumlah time dulu2 nak beli camera pun payah.nak pegang camera takut2 je..Tapi budak2 skrang umur 10tahun dah pandai pegang camera, camera sendiri plak 2
Nie time form 4. Muka suci jee..
Cuba teka mna ku ???
hahaha
ku yan duduk tepi sebelah kanan.
Ok sempena Hari Guru nie ku nak postkan sajak GURU OH GURU Karya Usman Awang
Di IPG Kampus Kota Bharu tempat ku belajar skrang nie.. mmg fames sajak nie.. Biasalah bakal guru kan.
GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Giraffe yang kiut miut
Korang pernah tengok giraffe yang kecik2 comel2 x? da housemat ku bawa balik 8 anak kembar giraffe.. kecik2 comel je.. Terima kasih sangat2 ye akak housemate ku nie..Dia kata dia beli kat langkawi..Erm..bila masa ek dia p langkawi..Haa i2 rahsia.
Haa nie dia anak2 giraffe kembar 8
Disebabkan da 8 housemate so 8 giraffe la suma nya. Senang xyah berebut2 suma dapat pegang n pelihara anak giraffe nie
Seronoknya tengok anak2 giraffe nie..
Napa 7? mna lagi sekor??? huhu
Disebabkan ku sayang sangat kat haiwan peliharaan ku nie..ku bawa dia jalan2 ke kelas..Sukanyeee die..
Rupa2nya bukan ky je yang bawa giraffe ke kelas rupa2nya housemate ku yang 2 orang nie pun bawa..Kami classmate. :)
P/S : Yang edit2 pic nie buka ku tau tapi Afifah Ahmad yang ttp muka 2..auuucak.
HIJAU ITU INDAH
Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.
1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”
2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76
3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21
4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.
Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.
From : Solihin Zubir
Imbas Kembali
Tapi yang penting bukan ku nak ceta pasal nasi lemak kat kantin sekolah..huhu. Ku nak ceta pasal.....
Sekarang ku dah berumur 22 tahun. Lama dah masa berlalu. Tapi kan pada suatu hari di waktu rehat pukul 10 pagi lepas makan kat cafe.... ku nak p ke koop (koperasi) sesaja nak cari makan ringan cm gula2 ke untuk ilangkan rasa mengantuk nanti (erk.. maksudnya kowt2 mengantuk).
Ku pun cari la gula favroute ku..Yeeah da pun.. di sebabkan ku suka gula2 nie..ku pun ambik seberapa banyak yang mungkin ( selalunya segengam dalam 5 or 6 ja yang bleh muat segengam tangan ku nie.hehehe). Korang nak tau gula-gula favroute ku x?? hehehe nie haa..
Masuk mulut je masam.. pas2 manis.hehehe
Kira dah penuh segengam ku pun terus bayar sebijik 10sen. ku ambik 6 biji.maknanya 60sen. Ku malas nak berbaki2 nie ku pun cari gula2 yang terdekat kanter pembayaran 2. Malas nak jalan jauh nak ambik lagi 4 biji gula2 favrote ku 2. Banyak barang kan.. beg kuliah lagi file lagi.. 2 yang ku ambik segengam ja.. Klu ku Xpengang file.. 2 genggam ku ambik.huhu
Tanpa di duga.. Ku terpandang 1 gula2 yang boleh mengingat kan ku kepada alam persekolahan dulu2 time darjah 3.. Dulu ku p n balik dr sek naik van. Balik ja dari sekolah ku cari van dulu nak berebut tempat duduk kan.. :) tapi klu van xmai lagi ku terus ke kedai runcit (kedai 2 jual makanan ringan ja biasalah dengan ngan sekolah kan. bebudah mesti ramai punya kat kedai 2 pas balik sekolah). Kenapa ku kedai runcit ???
Sebab ku pun kategori budak gak.hahaha Nie la gula2 yang ku salalu 2..sama macam yang ku tengok dalam koop kat tempat ku belajar sekarang
Ingat dah xwujud dah gula2 nie.. :) Dulu gula2 nie 1 bungkus 10sen.sekarang dah xingat la..ku beli ri2 pun x ingat berapa ku bayar asyik duk berangan teringat zaman sekolah dulu2 jah.. Rasanya 20 sen 1 bungkus kowt.
Sebab ku ambik 2 bungkus untuk cukupkan rm1 tadi 2..
Mari Berjiwa
Tapi sekarang ku nak xda keja.. xsignment dah satle..program/lawatan??? rasanya dah xda kowt. Presentation dah satle gak.. Minggu depan study week. Sebelum nak meng 'study week', ku nak hilangkan kepenatan kelelahan dengan menjoin contest nie
Syarat-syarat mmg simple. nak tau syarat2 contest klik kat banner.
Ku pertaruhkan gambar
TEMA : BAJET
Sukan Ragam dalam Karnival Sukan dan Warisan
Ok ini dia pasukan pengelola untuk sukan ragam
Yang nie AJK terpenting dalam Sukan Ragam. AJK Persegaran.
PERMAINAN HOKI
KRIKET
Taklimat oleh pengelola mengenai syarat-syarat permainan
Kemahiran memukul dan membaling bola. Korang nampak x lingkaran bulat warna putih 2.. I2 mata. Semakin dekat bola 2 jatuh kat si pemukul, makin tinggilah mata yang dapat.