Karnival Sukan Dan Warisan


Pada 17 April 2011, Karnival Sukan dan Warisan telah berlansung dengan jayanya. Karnival ini dianjurkan oleh semua pelajar Semester 5 bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran yang mengkehendaki pelajar-pelajar semester 5 menganjurkan Sukan dan Warisan pada kali ini. 

Penganjuran ini merupakan bentuk ujian amali yang dilakukan bagi subjek PJM 3112. Tambahan juga ianya menjurus kepada pendedahan kepada guru pelatih berkaitan dengan pegendalian sesuatu projek dengan sistematik dn lancar. Oleh iru pendedahan awal ini mampu memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih apabila ditempatkan di sekolah kelak.

Selain itu sukan memainkan peranan penting dalam pembagunan individu. Melalui kegiatan sukan, guru pelatih bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan malahan pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan dan disiplin diri mampu melahirkan bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Atas kesedaran ini, maka Guru Pelatih PISMP SEM 5 menganjurkan Karnival Sukan dan Warisan di samping menyahut seruan kerajaan'1 murid 1 sukan' seterusnya memperkasakan sukan de arena yang lebih tinggi dan memperkembangkan lagi sukan-sukan tradisional negara yang semakin pudar pada masa kini. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh pada masa akan datang

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...