Teori Behavioris
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkah laku
Pada peringkat Awal eksperimen, anjing tidak merembeskan air liur apabila loceng di bunyikan.Tetapi apabila loceng dibunyikan serentak dengan menunjukkan daging kepada anjing tersebut, ia menunjukkan tindak balas dengan merembeskan air liur.Setelah langkah perama diulang beberapa kali, didapati anjing telah merembeskan air liurnya apabia loceng di bunyikan walaupun makanan tidak dikeluarkan.Sesuatu perlakuan yang terlazim akan menjadi tabiat
Pendekatan behavioris percaya bahawa tingkah laku manusia dibentuk dari luar iaitu dengan cara memanipulatifkan persekitaran
Teori Perlziman Operan - B.F Skinner
Contoh, murid yang telah selesaikan tugasnya dengan baik akan di puji dengan memberi perhatian.Ini boleh menjadikan murid berkenaan sentiasa hendak menyediakan kerja yang terbaik untuk di hantar kepada gurunya.Sebaliknya, jika tugasan murid itu tidak mendapat perhatian dan kritikan dari gurunya, ada masa yang akan datang murid tersebut mungkin tidak berminat dan menyelesaikan tugasnnya dengan bersungguh-sungguh
Peneguhan diberi selepas sesuatu perilaku ditunjukkan.
Teori Pembelajaran Sosial – Bandura
Manusia boleh diajar mengikut peniruan atau pemerhatian terhadap orang lain.
Penting bagi guru dan ibu bapa menunjukkan perilaku yang baik supaya dapat menjadi contoh ikutan kepada kanak-kanak
Melalui perlakuan, kanak-kanak belajar gerak bakas baru, mengelkkan gerak balas yang tidak diingini atau mereka digalakkan untuk melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan tingkah laku model
Kesimpulannya, teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal
0 orang dah komen :