Selamat Hari Guru

Sebagai bakal guru, ku mmg menanti2 tarikh 16 Mei.. Bukannya pa..Ku rasa macam nak balik ke zaman sekolah2 dulu.. Kena rotan xbawa buku teks, kena berdiri atas kerusi.. time 2 mmg rasa malu habis. Malu2 pun best gak kalau 3 4 orang kena denda.

Maaf yee xda pic dalam entry nie.. maklumlah time dulu2 nak beli camera pun payah.nak pegang camera takut2 je..Tapi budak2 skrang umur 10tahun dah pandai pegang camera, camera sendiri plak 2


Nie time form 4. Muka suci jee..

Cuba teka mna ku ???




hahaha


ku yan duduk tepi sebelah kanan.


Ok sempena Hari Guru nie ku nak postkan sajak GURU OH GURU Karya Usman Awang

Di IPG Kampus Kota Bharu tempat ku belajar skrang nie.. mmg fames sajak nie.. Biasalah bakal guru kan.

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


3 orang dah komen :

Jahirah said...

selmt hari guru ye bakal guru..:)

Unknown said...

slamat hari guru jugak yee!

menu tabs kmu cantekk!

hnahdy said...

Cik Aishah : tq

Naurah : Hehehe tq Naurah baru wat. itu pun dari copy paste tutorial. Tapi cm pelik skit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...