Faktor Pembentukan Falsafah Kebangsaan


Falsafah Pendidikan digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat, dan negara. Antara faktor pembentukan falsafah adalah seperti berikut

Faktor Agama
Agama Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Unsur agama dapat dihayati daripada pernyataan, ’mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.....’

Faktor Sosial
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, sikap positif adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang penting dalam mewujudkan keadaab sosial yang stabil. Ia dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu : ’.....melahirkan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

Faktor Politik
Falsafah Pendidikan Negara digubal berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalamdokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Oleh itu pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam menetukan dasar pendidikan negara.

Faktor Ekonomi
Rakyat Malaysia terlatih dalam pelbagai kemahiran untuk membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluaran. Tujuan in dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawap dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

Faktor Individu
Potensi individu yang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang akan bersedia menhadapi cabaran hidup dengan tenang.

Faktor Sejagat
Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sisitem pendidikan antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan sebagai ”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.....”. Ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...