Lompat Kijang / Triple Jump

By : Mr Google

Sesiapa yang cemerlang dalam acara lari pecut dan lompat jauh, boleh mengambil acara ini dalam kejohanan-kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan, mahupun di peringkat antarabangsa untuk mewakili negara. Seperti juga acara-acara olahraga yang lain, semaikan semangat juang yang tinggi, sama ada semasa membuat latihan, mahupun dalam kejohanan yang sebenar.Selain memerlukan larian yang bertenaga, daya anjakan serta ketepatan kiraan langkah amat penting bagi mengelakkan lompatan daripada terbatal.

Lompat kijang merupakan satu acara olahraga yang kompleks dari segi kemahiran melaksanakannya berbanding lompat jauh. Peserta dikehendaki berlari pantas ,melompat ketinting , kemudian melangkah dan terus melompat untuk mendarat dalam kawasan pendaratan.Pelompat dikenhendaki memberi perhatian kepada koordinasi pergerakannya dalam proses melaksanakan keseluruhan lompatan ini.Selain itu, pelompat juga perlu memperseimbangkan ketinggian ketiga-tiga lonjakan yang dilakukan dan jarak jarak langkah ketika fasa melangkah supaya mencapai satu lompatan yang baik.

ASAL USUL

Mengikut catatan sejarah, acara lompat kijang tidak terdapat pada Sukan Olimpik kuno, Pada masa dahlu,manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat, seperti acara olahraga. Dalam Sukan Olimpik Kuno, acara ini tidak dipertandingkan. Ini bermakna, acara lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada acara lompat jauh.

Dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh (long jump).

Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke Negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.

Lompat kijang juga dikatakan dipertandingkan dalam zaman Sukan Olimpik Purba. Di kalangan pelompat kijang yang terkenal ialah Victor Sanegev (USSR) yang menjuarai acara ini dalam Sukan Olimpik 1968,1972 Acara dan 1976 dan menyandang tempat ke¬2 dalam 1980. Pelompat Jepun mula menunjukkan kehebatan mereka mulai 1928. Mika Oda menang pada tahun 1928 dengan lompatan

TEKNIK LOMPATAN

Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.

Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.

Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara Sukan SEA (SEA Games) turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.

FASA-FASA LOMPAT KIJANG

Fasa Lari Landas atau penujuan

Fasa lari landas merupakan tindakan peserta pada peringkat awal acara ini yang sama seperti yang dilakukan oleh pelompat dalam acara lompat jauh.Fasa ini bertujuan untuk menjana kelajuan larian supaya pelompat dapat menghasilkan lonjakan yang berkesan.Fasa ini akan mempengaruhi fasa-fasa yang berikutnya.Peserta baru disyorkan mengambil 13 hingga 15 langkah bagi fasa lari landasnya.Kepantasan berlari yang optimum oleh pelompat merupakan faktor yang penting dalam peringkat ini.

Jarak larian landas biasanya adalah di antara 35-42m.Tandaan adalah amat penting,khususnya di peringkat mulaan.Apabila bermula,ia hendaklah pada kelajuan yang sama pada setiap sekali, iaitu kelajuan yang konsisten.Kelajuan ditambah secara progresif dan kekerapan langkah bertambah mulai 6 langkah terakhir.Kedudukan badan agak tinggi dan tegak.Kecondongan badan adalah paling minimum ,khususnya pada langkah-langkah terakhir.

Pelompat hendaklah mencapai kelajuan maksimum yang agak terkawal.Apabila menghampiri papan lonjak,pelompat tidak seharusnya mengurangkan kelajuan dengan tujuan membuat persediaan untuk melonjak.Pelompat hendaklah berlari terus dengan menggunakan papan itu sebagai titik loncatan.

Fasa Lonjakan

Dalam fasa lonjakan, pelompat melakukan 3 kali lonjakan untuk menyempurnakan lompatan kijang.Lonjakan pertama lonjakan dari papan lonjak untuk melakukan ketinting. Lonjakan ini lebih mendatar berbanding dengan lonjakan yang lebih tinggi dalam lompat jauh.Setelah ketiting ,pelompat terus melakukan lonjakan kedua dengan kaki yang sama dan melangkah dengan kaki yang bebas.Lonjakan ketiga pula terus dilakukan di kaki itu sebaik saja tamat langkahnya untuk menyempurnakan fasa lompatan dan pendaratan.Lonjakan ketiga ini lebih tinggi daripada lonjakan pertama dan kedua.

Fasa Ketingting

Dalam lompatan pertama ataupun ketingting,Kaki yang terkuat perlu digunakan dalam fasa ini.Semasa menghampiri papan lonjakan,pelompat harus kelajuan yang diperolehi untuk membuat ketingting yang jauh.Pendaratan kaki lonjak pada papan diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki.Lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu dan diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke hadapan.

Kaki kiri digerakkan ke hadapan dan lutut bengkok sementara kaki kanan pula dijatuhkan ke belakang untuk mengimbang gerakan kaki ke hadapan.Seterusnya kedudukan kaki kiri adalah di depan badan,peha selari dengan bumi,dan bahagian bawah kaki dalam keadaan senang.Sebelum mendarat,kedua-dua tangan di hayun ke belakang badan.Semasa memijak tanah, kaki dibengkokkan pada lutut untuk persediaan melangkah.Pelompat membuat lompatan ketinting yang rendah untuk membolehkannya mendarat secara aktif (active landing)supaya memudahkan tindakan yang seterusnya.

Fasa Melangkah

Selepas ketingting,pelompat akan melangkah dengan memanjangkan kaki yang bebas ke hadapan dan meninggikan lututnya.kedua-dua tangan dihayun kuat ke belakang untuk menggerakan badan ke atas dan ke hadapan.Kaki kanan di hadapan dihayun ke belakang dan kaki kiri di gerak ke hadapan supaya berada di bawah kaki.Kedudukan kaki terbuka di kekalkan seketika.Sebelum mendarat kaki kanan dibawa ke depan dan menyentuh bumi.Ketika ia memijak bumi,ia dibengkokkan di pergelangan kaki dan lutut.

Fasa melompat

Sebaik sahaja mendarat, pelompat terus sahaja melakukan aksi lompat jauh iaitu kaki lonjak menolak dengan kuat dan disertai oleh ayunan tangan,dan mendarat dalam kawasan pendaratan seperti dalam acara lompat jauh.Sepanjang fasa ini, ,pelompat hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan pergerakannya.Tindakan tangan yang beroordoninasi boleh membantu kawalan imbangan badan peserta.

Fasa Pendaratan

Sebelum mendarat,pelompat akan melojurkan keedua-dua kaki ke hadapan sambil menghayunkan kedua-dua tangan ke hadapan untuk membantu layangannya.Pelompat mendarat dengan bahagian tumit kedua-dua kakinya mencecah kawasan pendaratan terlebih dahulu dan seterusnya badan digerakkan ke hadapan atau ke tepi.







REKOD LOMPAT KIJANG

Atlet negara Malaysia iaitu Zaki Sadri merupakan pemegang rekod kebangsaan di SUKMA IX SABAH 2002. Beliau merupakan atlet dari kontijen Selangor dan mencatat rekod 16.29 meter pada 21.08.89 di Kuala Lumpur.Beliau juga pernah memenangi beberapa pingat emas untuk negara di Sukan SEA dan beberapa kejohanan trek dan padang di beberapa negara jiran.Sementara atlet wanita pula ialah Ngew Sin Mei yang mewakili kontijen Kuala Lumpur dan mencatat rekod 12.69 meter pada 12.06.02 di Kelana Jaya.

Pemegang rekod lelaki bagi sukan SEA pula ialah Philakong Theerayut dari Thailand yang mencatat rekod 16.44 meter pada jumaat,7 Disember 2007. Pemegang rekod bagi wanita pula ialah Muangjan Thitima juga dari Thailand yang mencatat rekod 13.85 meter pada hari selasa ,11 Disember 2007.Pemegang rekod bagi lelaki dalam sukan olimpik 2004 pula ialah Crutos Meletoglou.

Pemegang rekod dunia bagi lelaki ialah Jonathan Edwards iaitu dari kontigen United Kingdom yang memegang rekod 18.29 m pada 7 August 1995 di Goteborg.Sweden.Manakala pemegang rekod dunia bagi perempuan pula ialah Inessa Krevent kontigen Ukrainel yang memegang rekod 15.50 m pada 10 August 1995 di Goteborg . Sweden.

6 orang dah komen :

ZORA said...

wahhh..zora dulu penah gak men game ni kat sekola...men mase sukan,,p kalah...huhuhuhh..

Noor Fatin said...

lompat jauh pun tak lepas, apatah lagi lompat kijang. hik3

Hana said...

zora : suka lompat kijang tapi 2 kali kalah

fatin : alaa fatin lompat jee

nurfatiha blacky said...

wahh, mcm dalam buku pj la. hehe.

Hana said...

NurFatiha : Pulak dah..hehe dari pelbagai sumber nie.. Yang gambar2 tu dari buku PJ

ibnanurwa_ib said...

wah...terbuka pulak blog ni,lama dah x lompat kijang..dulu2 terer juga benda ni,tahun ni Ipg nak adakan sukan..nak join balik la bnda nie,even step da x brpa ingt.hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...