RPH PSV KBSR Tahun 1

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas :1 Amanah

Tarikh : 22 Febuari 2011

Masa : 10.40 pagi – 11.40 pagi ( 60minit )

Bil Murid : 36 orang ( 16 : lelaki 20: perempuan )

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Tema : Corak terancang

Tajuk : Corak Unik

Teknik : Lipatan dan guntingan

Hasl pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Meyenaraikan alatan dan bahan untuk membuat lipatan dan guntingan.
2. Menyatakan cara-cara menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.
3. Menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah mengetahui asas mengunting kertas

BBM : Sampel hasil karya lipatan dan guntingan guru yang telah siap, laptop. projektor

Alat dan bahan : gunting, penci, kertas berwarna, gam

Buku : Huraian Sukatan Pelajaran PSV Tahun 1

Nilai : Ketekunan, kegigihan, keberanian, kerjasama



LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

SET INDUKSI
5 minit

Pengenalan
Tayangan video

1. Guru menyuruh murid melihat tayangan video cara – cara membuat corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan
2. Murid menumpu perhatian terhadap tayangan video tersebut
3. Guru mengaitkan tajuk pelajaran pada hari ini


NILAI
-daya tumpuan

BBM
- laptop
-projektor

LANGKAH 1
14 minit

Perkembangan pelajaran
- Alatan dan bahan untuk membuat menghasilkan corak dan lipatan
- langkah-langkah membuat lipatan dan guntingan

1. Guru menunjukkan beberapa contoh hasilan corak yang telah dihasilkan terdahulu menggunakan teknik lipatan dan guntingan.
2. Murid menyentuh hasil corak lipatan dan guntingan
3. Guru memperkenalkan bahan dan alatan untuk menghasilkan corak dan lipatan
4. Guru memberi penerangan cara membuat lipatan dan guntingan pada kertas warna.
5. Murid memberi tumpuan terhadap penerangan guru

Langkah penghasilan:
a) Lipat kertas warna kepada 4 bahagian atau lebih.
b) Melakar corak bebas seperti flora fauna atau geometri pada lipatan.
c) Kemudian,gunting atau potong bahagian motif yang telah dilakar.
d) Buka kertas warna dan lihat hasilnya. Lekatkan pada kertas lukisan

Nilai
-daya tumpuan
-kegigihan
-hormat-menghormati

KBKK
- menjana idea.
- mencirikan
- banding beza

BBM
- Hasil corak lipatan dan guntingan
-gunting
-kertas warna
-pencil
-gam

LANGKAH 2
30 minit

Perkembangan isi
Melaksanakan aktiviti membuat corak dan lipatan

1. Guru mengarahkan murid menjalankan aktiviti membuat corak dengan bimbingan dan pemantauan guru.
2. Murid diberikan kebebasan untuk membuat kemasan

NILAI
-Kerjasama

KBKK
-Menjana idea.

BBM
-gunting,
-pencil
-kertas putih
-kertas berwarna
-gam

LANGKAH 3
6 minit

Sesi apresiasi dan refleksi

1. Murid mempamerkan hasil kerja mereka
2. Guru memuji setiap hasil yang telah dibuat oleh murid
3. Murid menceritakan perasaan terhadap aktiviti yang telah dilakukan
4. Guru mengkategorikan hasil kerja murid kepada tahap
- baik
- sederhana
- lemah

KBKK
-Interpesonal
-Intrapesonal

NILAI
-Keberanian

PENUTUP
5 minit

Rumusan
1. Guru Memasang klip video ‘ Corak Kegemaran Saya’
2. Murid menyanyi beramai-ramai
3. Guru merumuskan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini

KBKK
-Interpesonal
-Intrapesonal
-Verbal linguistik

BBM
-laptop
-projektor

Refleksi:
Sebanyak 85% murid telah berjaya menghasilkan corak berdasarkan teknik lipatan dan guntingan manakala 15% murid tidak dapat menghasilkan corak berdasarkan teknik lipatan dan guntingan kerana terdapat kesalahan dalam teknik menggunting. Oleh itu, guru perlu mengajar dan membimbing murid dalam teknik menggunting

p/s : Nie adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian PSV KBSR yang diguna pakai semasa praktikum nanti. Cuma perlu tambah strategi di bahagian catatan. Disebabkan dlam blog nie xleh wat garis2 tu yang jd cm2..:)

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...