Rahsia 2013 Tahun Ular

By: Mr Google 

2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru, hijau dan ungu.

Menurut Prof Joe Choo dalam mStar Online, industri berada dalam keadaan baik pada tahun 2013 iaitu Tahun Ular, terhadap orang-orang yang berkaitan dengan unsur-unsur air, kayu dan logam, termasuk bidang insurans dan kewangan, kewartawanan dan pendidikan, logam dan perniagaan yang berkaitan dengan mineral. Tarikh bertuah untuk majlis perkahwinan, memulakan perniagaan atau untuk melahirkan bayi, ialah pada 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember.

Bagi individu yang lahir Tahun Ular iaitu tahun 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001 dan 2013 akan menjadi lebih baik dalam percintaan dan pekerjaannya pada Tahun 2013 berbanding tahun-tahun lain. Dalam bidang akademik, individu akan lebih menonjol daripada yang lain asalkan individu tersebut fokus terhadap apa yang dipelajari. Individu akan dapat banyak kenalan baru dan hubungan dengan rakan-rakan akan bertambah rapat.


Individu yang lahir pada tahun ular mempunyai personaliti yang menarik, licik, cerdas, berfikir secara mendalam, bijaksana, lemah lembut, mudah menangis, berani, belas kasihan dan berwaspada. Sifat negatif pula adalah cemas, malas, berahsia dan cerewet.

KEBETULAN

Hana lahir tahun 1989 (Tahun Ular) yang dikatakan lebih baik pada tahun 2013 (Tahun Ular). Hana suka warna hijau yang merupakan warna bertuah tahun 2013. 2013 merupakan tahun permulaan untuk Hana bina kerjaya dalam bidang pendidikan

P/s : Ada sesetengah Feng Shui berkaitan dengan pembagunan boleh diaplikasikan dan diterima pakai sebab ia mempunyai penjelasan yang ilmiah. Kalau berkaitan yang diterangkan di atas tadi sekadar pengetahuan mengenai kepercayaan masyarakat Cina.



Laman Chatting Popular


Ingat lagi tak?


Berlatar belakang hitam dan kita boleh pilih nak chat dalam Room mana. Room tersebut dilabel dengan Kampung, Sekolah, Kedah (ikut negeri masing-masing) dan lain-lain lagi. Dengan siapa kita chatting pun tak tahu sebabnya profile diri tiada.hahaha kadang-kadang menyamar jadi lelaki/perempuan. Masa ni memang terkenal dengan nama Chatting sebab satu-satunya tempat untuk cari kenalan. Sebut Chatting, owh.. benda tu.


Rasanya tak ramai yang tahu. Hana tahu pun dari abang angkat Hana. Kiranya friend masa tu abang angkat hana je lah. Background Meebo ni warna putih dan strukturnya yang sangat ringkas. Hanya ada list friend dan ruang untuk chat. Sekejap ja populariti Meebo ni sebab lepas tu populariti diambil oleh YM
Yahoo Messenger atau YM. YM ni kalau sesiapa yang ingat kita boleh pilih background yang disediakan. Hana suka background yang ada lukisan. Sebab dengan background lukisan tu, Hana bukan saja dapat chat tapi boleh lukis dan buat doodle lagi. Lepas tu kawan yang kita chat tu pun boleh lukis sambung yang kita lukis. Kira 2 dalam 1 berkongsi kertas lukisan yang sama. Kalau yang upgrade YM, kita boleh tengok apa yang friend kita tu buat kat skrin laptop dia. macam tengah taip ke? tengok video ke? kita pun boleh tumpang sekali :) TAPI benda tu perlu di accept oleh friend kita dulu. Rasanya YM ni boleh buat video call kan?  Banyak icon-icon best dalam YM ni.

 

Hana tak pernah guna SKYPE. Tak berminat. Serabut je hana tengok. hehe. Yang ni kebanyakan orang video call.


Facebook atau FB. Kat sini macam-macam ada. Segala benda yang hana terangkan di atas semua ada dalam FB. Siap ada group lagi. Invite kenduri pun pakai FB. Siapa yang invite kenduri kahwin pakai FB tidak dilayan ok. FB lain kad kenduri lain. Siapa sokong? hahaha.  Kelemahan FB ni tak boleh buat video call.
 

Rumusan Statistik Hari Ini


Graf di atas menunjukkan statistik pengunjung bagi tarikh 26/12/2012. Pengunjung pada hari ini agak berkurangan kerana 3 hari penulis tidak menunjukkan minat terhadap blognya. Penulis juga kekurangan idea untuk meng'update' blog. Pada hari ini juga penulis tidak menerjah mana-mana blog lain. Pengunjung paling tinggi melawat blognya dalam satu masa adalah seramai  229 pengunjung. Statistik ini juga menunjukkan bahawa pengunjung gemar melawat blognya pada waktu malam. Penulis berasa amat bersimpati terhadap blognya. Oleh itu, penulis  perlu sentiasa mencari idea agar blognya sentiasa di update. Akhir kata, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa memberi sokongan dengan melawat blog yang tidak ber'update' ini.


Sekarang nak blogwalking.. Jaga-jaga blog korang akan diterjah oleh Hana.. Hahaha (itu pun ko nak bagitau kan hana?)
 

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod


IPod Touch siapa tak nak kan. Nak juga? klik banner di bawah

  
Berbalik pada tajuk di atas, ini merupakan 1st Giveaway Wak Gelas. Jadi Hana harap Ipod ni juga menjadi 1st Ipod  Hana. Ermm... ada kaitan tak di situ? huhu

 5 HADIAH SAGUHATI 
di sediakan. Tak dapat IPod, saguhati pun boleh bah :)


Menjilat-jilat Badan

Selalu tengok kucing menjilat-jilat badan. Kadang-kadang sampai berjam-jam dan bersungguh-sungguh sampai tidak mempedulikan orang lain.Sebenarnya menjilat badan ini adalah untuk membuang bau-bau yang asing termasuk bau anda. Kucing mempunyai kelenjar di bawah kulit yang akan merembeskan bau mereka sendiri apabila di jilat.

                                                                                                        Artikel dari akhbar
http://www.catster.com/files/fields/600px-mom-and-kitten.jpg
 By :Mr Google

 Nak dijadikan cerita.....


Masa hana pulangkan baby Kelabu kat tempat tidur dia, Che Ah si ibu Kelabu tu pun datang. dia hidu-hidu kat Kelabu tu. Kemudian dia meng'iau-iau' kat hana. 

"Kau culik anak aku ye, aku bau kau je ni"

"Dah kenapa?"

Takkan Che Ah nampak hana culik Kelabu kot kan dia tiada tadi. Erm.... Che Ah pun hidu Kelabu dan jilat-jilat bulu Kelabu tu. Ini bermaksud Che Ah nak buang bau-bau wangi hana kat badan Kelabu tu la kan. 

Che Ah takut nanti bila Kelabu dah besar dia ingat kat bau hana, dan anggap hana ni sebahagian dari Kelabu. Jadi sebab tu Che Ah jilat-jilat bulu Kelabu supaya  Kelabu tahu dia ibunya.  
  
 Erk.. yang tulisan coklat tu rekaan semata-mata. hehe tapi macam betul ja


End Year Giveaway By Fhazwani & AqilaF


Dah tiada idea nak create entry (amboi English lagi tu). Join GA lagi bagus

Jadi siapa yang berminat silalah join GA ni ok :) kalau tak berminat pun, Klik jelah banner bawah ni.. hehe boleh jadi top refferal. Jangan marah haa nanti kena jual.

  

Jemputlah join giveaway ini,
Banyak hadiah untuk di menangi,
Mungkin tuah datang esok hari,
Sabar.. tarikh tamat GA belum habis lagi

Ok memang hana tak pandai buat pantun-pantun ni apatah lagi hendak membacanya dengan intonasi yang betul

Tarikh tamat
31 DISEMBER 2012

Tag



Freebies + Tutorial Link Hover


Tadi tergerak hati nak buka GLITTER GRAPHICS. Yaa ampun comel bangat kesemuanya. Alang-alang buka, Hana pun cari background hover hok comey-comey untuk di tempekkan ke dalam blog hana ni. Cuba halakan cursor kat header. Comel tak? hehe

Semua ni hana cari kat GLITTER GRAPHICS. hehehe Tengok lah, comel kan..



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1175/1175324v8vs8exzv3.gif
 http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1175/1175324v8vs8exzv3.gif



http://dl10.glitter-graphics.net/pub/794/794030y9lhwmvbm1.gif
 http://dl10.glitter-graphics.net/pub/794/794030y9lhwmvbm1.gif



http://dl8.glitter-graphics.net/pub/627/627198yo91gmydvm.gif
http://dl8.glitter-graphics.net/pub/627/627198yo91gmydvm.gif



http://dl5.glitter-graphics.net/pub/729/729475pwo0tj9hiw.gif
http://dl5.glitter-graphics.net/pub/729/729475pwo0tj9hiw.gif



http://dl10.glitter-graphics.net/pub/93/93010lu7oxb9siu.gif
 http://dl10.glitter-graphics.net/pub/93/93010lu7oxb9siu.gif



http://dl2.glitter-graphics.net/pub/729/729642g8z5cf0f0r.gif
 http://dl2.glitter-graphics.net/pub/729/729642g8z5cf0f0r.gif



http://dl5.glitter-graphics.net/pub/705/705625dlliu27cnv.gif
http://dl5.glitter-graphics.net/pub/705/705625dlliu27cnv.gif



http://dl10.glitter-graphics.net/pub/590/590970j5jhw6ukb2.gif
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/590/590970j5jhw6ukb2.gif



http://dl3.glitter-graphics.net/pub/590/590973kq2hvs6owg.gif
http://dl3.glitter-graphics.net/pub/590/590973kq2hvs6owg.gif
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/738/738322z0khilo37b.gif
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/738/738322z0khilo37b.gif



CARA PASANG

Dashboard > design > edit html


Cari ni ( ctrl + f )
a:hover

Copy code di bawah ni ( ctrl + c )
{border-top:2px dashed #ffffff; border-bottom:2px dashed #ffffff; text-shadow:3px 3px 3px #fff000; background:url(http://dl5.glitter-graphics.net/pub/729/729475pwo0tj9hiw.gif); background-repeat:repeat; text-decoration:underline}
atau
{background:url(http://dl5.glitter-graphics.net/pub/729/729475pwo0tj9hiw.gif); background-repeat:repeat; text-decoration:underline}

Pilih salah satu kemudian paste di bawah code a:hover tadi


                        merah   (saiz garisan)
                        biru   (jenis garisan)   =   solid , dotted, dashed
                        ungu   (warna garisan)   =   Code warna
                        hijau   (Warna bayang-bayang tulisan yang di linkkan)   =   Code warna
                        oren   (background hover)   =   url image
 

   P/s : Sejak bila hana pandai buat tutorial ni.hahaha 
 

Simple Giveaway By Princess Fyda


Nama pun Simple Giveaway jadi entry Hana pun mestilah simple barulah ada persamaan dengan Giveaway ni kan kan. Boleh tak Cik Fyda?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Impian saya? Impian Hana...

Ada dua impian Hana. tapi Hana nak ceritakan satu je. Sebab impian yang satu ni lah paling sukar di realisasikan. Cewahh perkataan yang bombastik di situ

Kebanyakan entry-entry hana macam INI, INI, dan INI, Hana selitkan impian Hana. Ini menunjukkan betapa besarnya impian hana tersebut.

Impian hana adalah untuk memiliki sebuah kereta FERRARI. Vrooommm...

ok hijau jugak

Yelaa hana tahu siapa diri hana. Hana tak mampu nak memiliki Ferrari tersebut. Kenapa hana minat sangat ek dengan Ferrari ni? Hana sendiri pun tak tahu. Tapi hana suka la tengok lambang kuda kat Ferrari tu.
  http://car-logos.50webs.com/logo/ferrari/ferrari7.jpg
"Yaa ampun.. lambang yang ko minat hana. baik bagi lambang je kat ko"

Sebelum dapat Ferrari kena dapatkan lambang dulu.haha boleh tak macam tu? 
Impian Hana memang sukar di capai tapi cukuplah sekadar test drive je ke. Jadi penumpang pun boleh.hehe

Hana nak tag

P/s : Fuyooo... tag diri sendiri. Mana ada lah, blogger yang di tag pun nama Hana juga :)

Ibu Pilih Kasih


Baru-baru ni hana nak simpan baju dalam almari. Buka  ja almari.

"Mak Che Ah beranak"

"Kat mana"

"Dalam almari abah"

"La bila masa dia masuk"

Riuh satu rumah nak menyambut kelahiran cucu Uteh. Menyambut apanya. dah keluar baby dah pun

 Uteh dah jadi nenek. Tapi badan solid molid lagi.

Di bawah ni Che Ah bersama 4 ekor anak-anaknya

Gambar di ambil 4 hari selepas dilahirkan

Korang nak tahu. Che Ah ni pilih kasih

Ceritanya macam ni...
Dalam banyak-banyak anak dia, hana berkenan kat anak berwarna kelabu yang bahagian kiri sekali. Jadi hana nak culik yang kelabu tu untuk snap gambar sekor dia jah..

Takut pula nak culik sebabnya yang kelabu tu di kawal ketat oleh Che Ah siap peluk lagi. Yang lain-lain tak pula. Pilih kasih di situ. Anak emas kot.. 

Sementara Che Ah pergi makan, hana pun culik la kelabu ni

Comel kan

         P/s : Kena buat carta hierarki keturunan Uteh lah lepas ni


Silence day of Wednesday #2




Mari Berjiwa Part II


Apa yang kau fikir pasal aku semuanya tak betul. Sekurang-kurangnya kau bagi aku bukti tapi bukti sahaja tak cukup jika tanpa pengakuan. Hanya kau sahaja yang pandai bermain kata-kata tapi aku hanya ia kan sahaja..

Aku masih 'kecil' untuk berfikiran lebih matang dan tak terfikir langsung pasal perkara tu. Tapi sekarang semuanya dah berakhir. 

Berat untuk aku lepaskan kau tapi kalau itu keputusan kau, aku terpaksa... aku terpaksa melepaskan kau pergi. Selamat tinggal. Mungkin itu dapat membuatkan kau bahagia. 

 

Maaf.. aku bukan orang yang kau cari selama ni . aku harap hubungan persahabatan kita tidak akan putus sampai bila-bila

P/s : Alahai.. berjiwa la pulak tengah malam ni. hehehe. Mari luahkan apa yang korang rasa apabila baca entry ni?


Over Excited tahap GABAN


Sekarang baru hana tahu perasaan blogger-blogger di luar sana yang menyampah, tak senang dan sebagainya dengan entry-entry blogger lain (hana tak tau nak buat ayat sebenarnya, korang faham kan). Korang tak nak luahkan perasaan ketidakpuashatian, ketidaksenagan korang ke?

Memang tak nafikan, hana pun kadang-kadang ter'over excited'  sehingga menghasilkan entry-entry yang bila hana baca balik entry  tersebut 2 3 hari lepas dipublish tu "alahai.. aku ke yang tulis ni". Erm.. adakah korang pernah baca entry hana yang membuatkan korang menyampah tu..haha sorry la tak ada niat sebenarnya. Tapi ada ke? macam tiada ja..hehehe



Korang pun ada ja yang ter'over excited' kan kan tapi hana tak kisah pun sebab itu lah perasaan korang. Lagi hana seronok ada la sebab hana pun terbawa-bawa excited korang tu. Hana pun sama naik happy macam korang. Sebelum ni tak pernah pun hana terasa hati, tak puas hati dan menyampah dengan entry-entry yang di hasilkan oleh blogger. 

Tapi kat satu blog ni. Adoi... hana rasa dia yang 'cam best di abad ini'. Nak buat macam mana ek kalau ada perasaan macam tu.hehe Buat macam biasa la kan. Hana tak pasti la kenapa hana ada perasaan macam tu kat satu-satunya blogger ni. dia tak salah apa pun. Dia cuma nak sampaikan perasaan dia ja. Adoi.. hana hana. 

Adakah anda jelous hana?
Tak.. kenapa nak jelous. kat blogger-blogger lain hana tak jelous pun

Blog ni je ka ko jelous hana?
Tiada lama, tiada baru satu-satunya blog ni

Hana tak tahan sangat sehingga terpublishnya entry ni. Dan korang tengok betapa dasyatnya blog tersebut sehingga hana buat entry khas untuk beliau. Kadang-kadang hana ada gak terjah blog dia.hehe alaa itu perasaan je cik kak oi. Terjah tetap terjah :)
 "itu perasaan je cik kak oi"
Terbawa-bawa dialog Amir kepada Syanaz dalam drama Aku, Dia dan Tong Sampah
P/s : Hana rasa 2 3 hari lepas ni, baca balik entry "Over Excited tahap GABAN" confirm hana tak percaya hana yang hasilkan entry ni


SIMPLE GIVEAWAY PINK ORANGE SHOPE

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQmT8W4UHRTUdCJHaYtjFu2NkEwMzjRYxaDDypHB34nYyRU6Dnd2XP4Pj-NUV6B18B4DF-sUX_Gc9d2iGWKqMGNBBMe-bfIsvw6TYb2OQIl_SeXgYdvvLlOniT5Hzwa7PJBRIzHIHcSW4/s1600/mfqFG8S-1.jpg
Di tag oleh Remy.

Syarat-syarat GA yang simple menyebabkan perasaan hana membuak-buak untuk men'join'kan diri sekaligus menjadi pemenang untuk GA ni 

Jadi tanpa membuang masa, korang semua boleh klik banner di atas untuk Join GIVEAWAY ni

Tag
Izzah iaitu watak heroin dalam Ombak Rindu 
Wuming , apa-apa pun ada 
Dya suka sugar glider 

join ainkalam's rm30 top up give away

Rugi tau sesiapa tak join Giveaway ni. Semudah a b c. Sebab tu la Hana pejam mata je nak buat entry ni. Nampak sangat pembohong di situ.

Jom join ramai-ramai, Klik banner GA di bawah ok :)

  

26th december, 2012 jam 12 tengahari

Kenali Diri Melalui Warna Kereta


Bagi yang sudah memiliki kereta, sila tengok personaliti korang
Kalau korang hendak beli kereta, warna apa yang korang nak? silver, hitam, putih, biru, kuning, hijau, merah

SILVER  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrXuI-mi-XXm_U5g-n_KXesQaxpkhYSm5V-4B71cj9gLRuOJXjED3UdMFAQ1HuLfEQOrjzBWLnPrT_rqaeZuyIifkBd5cVnis4vOH_uDYfluzm37r68q3I3obQeJuqgeGhkKDjQAeyjw/s1600/myvi-colour-glittering-silver.JPG
Seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Tidak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala.

HITAM
https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCMcjkcZEoig3Bq1h-PBpag7bhZnmOmp-Knqec7hFMbAwSfEKk
Mereka sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Mereka tidak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Bersikap panas baran. Cuba kawal sikit sikap panas baran yang membuatkan teman-teman sering makan hati.  Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia dan teman. Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai.

PUTIH
 Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara.

BIRU
 https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTNuMmmtzf5__940smSDDT-7uGSEWUbmSfOIATLAUag1-DDmEjnBQ
Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Mereka maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak.

KUNING
 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQsqHkHR9tlWoG5yhpVLP4Mji0EUdMGnbv1Y7D2ClsHmCVZohdozw
Gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu.

HIJAU
 http://media2.paultan.org/w/fit-hybrid.jpg
Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya.

MERAH
Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri . Mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami.

       P/s : Betul la tu...wink^wink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...