Awan angan-angan


Tiada apa yang nak diluahkan...

Cuma sekali sekala bila keseorangan tiada tugasan yang nak dibuat, terlintas dalam fikiran bagaimana hidup kita di masa akan datang, mungkin 2 3 tahun akan datang. 

Tapi selepas awan angan-angan tu hilang (awan angan-angan?). Hana pun kata pada diri sendiri dan selalu berpegang kata-kata "biar masa yang menentukan segala-galanya". Hana cuma ikut je. Tapi pada hakikatnya bukan masa yang menentukan segala-galanya tapi kita yang seharusnya menentukan hidup kita. Betul ke?


Hana rasakan perjalanan hidup hana ni lurus je. Padahal tak nampak lagi jalan di depan tu bersimpang 3 ke 4 ke. Selurus mana pun perjalalanan kita ni , kadang-kadang terpeleot sikit disebabkan peristiwa yang kadang-kadang menyebabkan hana down dan terpaksa berehat seketika unuk meneruskan perjalanan hana yang lurus itu :P Yang paling penting hana tak akan u-turn. Rugi masa hana ja nak ulang jalan yang sama :)

Erm... kejap guna perkataan 'hana' kejap guna perkataan 'kita'. Ikut sedap hana je nak taip

p/s : Percaya tak dari dulu sampai sekarang hana berangan nak memiliki sebuah kereta Ferarri.haha walaupun hana tahu hana tak mampu nak memiliki kereta tu.


18 orang dah komen :

Nick Nashram said...

boleh je dreaming nak dapat keta ferrari..tapi kena kahwin ngan anak datuk atau anak raja la..huhu

Mrs Velentine said...

wah ferari yea..takpe beli jer yg mainan punya..jangan marah./hehe

:: Mrs.Eady :: said...

angan-angan tu penting :)

luqman zakaria said...

huhu..biase;ah tuh..semua org ae angan2 lah..uhu

Everything's Everythings said...

Bagus perumpamaan tu

Selepas masuk salah satu persimpangan, kita akan dapati jalan yg kita pilih lepas tu menjadi lurus semula ;D
maksudnya walau ap pun pilihan kita, inshaAllah ada manfaatnya

jaakechik said...

ferrari? bkn hana jer suka...jaa seribu kali pon suka.. and ada angan2 jugak.... hehehe...tp mcm jaa ni smpai ke mati x dpt merasa kot. ngeee

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

kena ada angan2 dan usaha :)

lynndAmya said...

hehe, betul tu..kdg2 rse ahh biarlah masa yg tentukan, tp sebenarnya kite yg kena tentukan..sy pon berangan nk beli Combi Van volkswagen, tpi~~~~huhuhu... T_T

boni kacak said...

hehehehe.. saya pulak berangan nak jadi seorang lelaki yang serba serbi sempurna :P

Iffah Afeefah said...

hah memang smela kite

C'Jai said...

insyaAllah dengan usaha gigih yg diberkatiNYA angan2 akan menjadi kenyataan..

MAY said...

bagusnye..mengikut jln yg lurus...=)

* nak mee kene la dtg umh..;)

izan mama mia said...

ferrari..???suka hok kaler merah..suka tgk jaa...

Neiaa said...



berbogwalking, follow sambil komen2

Azian Elias said...

salam kenal..

i think , must be a long way to go.. baru 20an kan..

Neiaa said...

berblogwalking, follow sambil mengomen2

nik ros said...

tak pe.berangan dulu.mana tahu dpaat.
setiap org ade angan2 masing2.dapat ker tak dapat tu, kena redha jea la..hehe

lelamaisara said...

tak pe la pssang angan2 dulu mana tau tercapai hajat tu
..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...