kenangan #4 - Pipi cikgu lembut la


Pada kebiasaanya, 15 minit sebelum kelas bermula (selepas waktu rehat), murid akan bermain di ruang taman permainan di hadapan kelas. Hana dan bebarapa cikgu  yang lain berbual-bual sambil memerhati murid bermain. Sifat hana yang kebudak-budakkan ni mendorong hana untuk bermain jongkang-jongket lebih-lebih lagi bila di ajak oleh murid. Berebut-rebut nak main dengan cikgu. hehehe Siap tarik tangan lagi.

"Ye ye cikgu datang ni"

Seronok tengok diorang happy

 Mr Google

Sedang hana berbual-bual dengan murid bertentangan dengan hana, datang seorang murid ni pegang pipi hana

"Hye Nabil, kenapa pegang pipi cikgu"

"Aaa., pipi cikgu lembut la.kenapa pipi cikgu lembut"

"Haa Nabil suka kat Cikgu Na ye.." Tanya salah seorang cikgu

"Tak lah (Malu-malu kucing). Kenapa pipi cikgu lembut?"

"Lembut sebab cikgu selalu cuci muka, barulah muka nampak bersih dan lembut" jawab hana dengan nada yang manja

"Nabil selalu cuci muka tak?"

"Saya selalu cuci muka"

Hana tersenyum. Datang cikgu berbadan besar lalu di hadapan kami

"Kenapa badan awak macam Dinasour?"

Alahai budak-budak ni.... memang jujur. Itu lah mereka Kanak-kanak Khas

P/s : Banyak lagi kejujuran diorang yang kadang-kadang membuatkan hana ketawa. :). Next entry ok..


12 orang dah komen :

aimaniman said...

seronok ye jadi cikgu...

tapi x seronok kalau anak murid lebih sudu dari kuah...

PORUMAN said...

budak2 mmg cmtu

Aishah Jahirah said...

diaorang ni telus...hee mungkin diaorg suka hana...:)

Hanif Idrus said...

Awak ni memang mesra dgn kanak2 ler... Saya lak cepat tension layan karenah bdk2 ni...kekeke

Qaseh Qistina said...

hehe..jujurnye budak2 nih...budak2 mmg x pandai menipu. Apa yg dia tgk,itu la yg dia nak smpaikn kn..=)

Miss Volvo said...

haha anak buah sy mcm tu la nmpk benda pelik je terus tny orang tu

Everything's Everythings said...

hak2 kesian cikgu dinasour tu xD

lynndAmya said...

hahaha kelakar nya... (n_n) best tau jd cikgu, rapat dgn kanak2, tp mungkin penat sket lah kan :D

boni kacak said...

hahahaha.. kenapa badan awak macam dinasour??hehehe

Iffah Afeefah said...

ske kanak2 ni

lain dr lain

ritu de layan kanak2 terenct

serius banyk ckp

pening

caliph shuriken said...

abis jujur budak2 ni ^^

izan mama mia said...

anak2 mmg jujur kalau memuji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...