Sebelum bergelar Guru


Cita-cita hana masa sekolah rendah, hana nak jadi Nurse. Cita-cita tu timbul sebab hana tengok Nurse semuanya segak, smart, kemas, bersih. Sebab pakaian diorang tu putih.hehe Masa tu Hana tak fikir pun susah senang kerja Nurse ni.


Sehinggalah sekolah menengah hana bercita-cita nak jadi nurse. Serba sedikit hana tahu mengenai tugas nurse ni. Memang mencabar. Orang kata masa praktikal, bakal-bakal nurse kena tidur di bilik mayat. Eh betul ke? Entah la tak pasti pula kebenarannya. Namun, perkara tu tak membatalkan niat hana untuk bergelar nurse. Hana yakin hana mampu lakukan.

Lepas SPM, hana apply untuk menjadi nurse. 2 3 tempat juga hana apply. Tapi keputusan tak berpihak kepada hana. Hana pasrah..Masihkah ada peluang untuk hana bergelar nurse???

Pada masa yang sama juga, Hana apply untuk masuk Politeknik cos Setiausaha


Kenapa setiausaha? Sebab hana nak bina keyakinan diri hana untuk berdepan dengan orang ramai ( hana kan pemalu orangnya). Berbekalkan minat, sebagai pendorong untuk hana melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Hana yakin hana dapat masuk Politeknik. Lagipun dulu, hana aliran teknikal.

Hana juga apply untuk masuk Institut Pendidikan Guru cos cikgu lah.hehe


Sejujurnya... ku tak biasa family hana yang suruh hana apply cikgu. Hana ikut je tapi hana nak nurse jugak. Minat sebagai guru ada tapi masih berharap peluang untuk jadi nurse. Sebak juga masa tu. Tapi bila di fikir balik tugas nurse dan cikgu lebih kurang sama. Dua-dua bidang bekerja dengan masyarakat.

Akhirnya hana diterima untuk temuduga sebagai guru pelatih. Ada ujian, perbincangan kumpulan dan individu. First time ditemuduga. Berdebar-debar rasanya. Tiba giliran untuk sesi individu di mana hana bersama-sama 3 orang penemuduga. 

Hadapi dengan senyuman :) Dengan senyum akan membuatkan kita rasa lebih tenang. Padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Bla..bla..bla.. Last skali penemuduga tu suruh hana menyanyi lagi Twinkle Twinkle Little Star siap dengan gaya sekali. Alamak malunya (sekali lagi hanakan pemalu orangnya). Hana pun menyanyi entah apa-apa dengan gerak tangan je.haha. Dengan slamber badaknya hana kata kat penemuduga tu

"Saya tak pandai lagu English"

"Bukan awak ambil English ke?"

Dengan muka ketidakpuashati hana menjawab 

"Taklah saya ambil Bahasa Melayu"

Dia check file..

"A'a betul awak ambil Bahasa Melayu, Awak menyanyi lagi Bangau Oh Bangau lah"

"Haa nyanyi lagi?"

Ternyata ketidakpuashati terserlah di situ

"Ye"

Hana pun menyanyi. 

Bangau oh bangau kenapa bla...bla...bla...

Selesai juga temuduga individu tersebut. Lebih kurang 30minit juga sesi tersebut.

Hana menuju ke pintu keluar. Huh, takda harapan la hana nak jadi cikgu. Menjawab je kerja hana. Redha jelah...

"Awak"

Hana pandang ke penemuduga tu

"Muka awak lembutlah memang sesuai jadi cikgu, Keyakinan dan keberanian awak memang bagus"

Senyum tak perlu kata apa-apa :) 
(Lembut ke muka aku ni)

Sebulan selepas itu, Hana  diminta lapor diri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu :)

Beberapa minggu selepas hana masuk IPG, hana dapat tawaran KPTM Kota Bharu cos JURURAWAT. What??? tak mungkin ku berpaling pada mu yang telah pergi . Maaf hana dah suka kerjaya guru. Selamat tinggal Nurse.. (dalam hati sedih sangat)

Sebulan selepas tu, SMS dari abah

"Adik, buka laman web ni"

Hana buka

Haa.. hana dapat Politeknik Perlis cos SETIAUSAHA. Beberapa kali hana ofline online nak dapatkan kepastian betul ke apa yang hana tengok ni. Terpaksa hana lepaskan juga..

Hana suka kerjaya GURU


30 orang dah komen :

Unknown said...

takpe.. ambil guru pon ok. saya kerja setiausaha.hahah.

Unknown said...

heh selamat temudga tu xde suh nynyi2

tp mmg main taram je jwb mase tu

Unknown said...

ee dlu mse temuduga main taram je jwb

slamat tak suh nynyi cm hana

rAIHan said...

mak raihan pon cikgu..tahniah hana..

Unknown said...

Good luck :) Cintai kerjaya yang ada pilih ;)

Vidic said...

wah cantik pompuan yg pakai baju hitam tu !! hehehe

jaakechik said...

jaa tak minat jadik cikgu.... sbb rasa cam susah jer.. plus lagi jaa jenis garang siket. risau! hahahaha...

p/s : praktikal di p.mas? nantyi kalo nak ajak bjumpa time2 free. boleh ker? hehehehe

Jahirah said...

semua dapat tu....tp hati hana dah lebih ke cikgu dah kan....memang muka hana lembut pun,betul penemuduga 2 ckp...:)

Mummy MM said...

Sama lh.. tawaran jd nurse dtg lmbt sgt.. huhu

dya nasir said...

kerjaya guru akan diingati sampai bila-bila..dh tua pun org akn pggil guru juga

jaakechik said...

panggil jaa aje dah ckup. mudah dan simple....nanti kalo nak jumpa jaa bagi tahu yer.

Everything's Everythings said...

Hahaha yker interview cikgu pun kne nyanyi2 juga eh? xD
igtkan Malaysian idol je ;P

hnahdy said...

@Pupel Liyana huhu jeles ni..

hnahdy said...

@Iffah Afeefah xkene nyanyi ek..

hnahdy said...

@PORUMAN hok aloh tengok perempuan tu jah

hnahdy said...

@Aishah Jahirah hehe :)

hnahdy said...

@Isabel Diaz tidak kita jadi nurse kan kan

hnahdy said...

@Everything's Everythingsguru serba boleh :)

boni kacak said...

hahahaha.. kena menyanyi lagu bangau oh bangau?? haha. mesti comel kan..hehehe

Anonymous said...

happy ending

Chris Avilla said...

Evergreen dah. (^^)

Kisah hidupku said...

ok la tu..nurse mmg susah..tapi keja mulia..

Nick Nashram said...

sama la..dulu tak pernah terfikir pun nak jadi cikgu..pas spm masuk ipg kuarnya jadi cikgu la :)

ipg kb dekat la dengan rumah..huhu

Aimacomel said...

jadi cikgu best tu =) saya takut darah2 nii.. huhu

SCA said...

sy dulu mati2an xnak jadi cikgu..last2 menyesal..haha..family sy hampir semua kerja cikgu..

good luck Cikgu Hana ~

cita2 saya nak masuk UPM je LOL !

Anonymous said...

Wah,smpai gitu penemu duga tu buat?hana awesome la :D
semoga menjadi guru yg terbaik utk anak2 murid 1 hari nanti^^

Zafirah nazri said...

wahhh , dari nurse menjadi guru . tawaran datang semuanya . hehe

nae nematoda said...

muka mmg sesuai jadi cikgu , anak murid tengok pun , suka...hikhik , penuh keibuaan , chewah :P
btw , mesti susah kn , nak buat pilihan masa apa yang kita nak , datang secara tiba-tiba...tapi kalau jadi nurse pun , sesuai gak , sebab muka pun lembut je , patient tengok pun , tenang :)

Unknown said...

Sis,saya bakal hadapi temuduga kos pendidikan khas kat UPSI.. Ada tips tak? Huhuhu.. Nervous lah..

Hana said...

@Unknown tips pertama kena yakin..biar jawapan kita was-was or salah pun. :) kalau da soalan bertulis.. semua kena jawab jangan ada yang tertinggal. tak tahu pun kena jawab gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...