kenangan #5 - Cikgu merajuk?


Satu hari hana masuk ke kelas. Hari tu memang murid bertingkah laku diluar jangkaan hana (nasib bukan waktu pensyarah menyelia). Murid masing-masing buat perangai masing-masing. Macam mana nak mengajar kalau murid tak bagi tumpuan. Hana pun bagi kerja mengikut apa yang diorang minat. Of Course la berkesan. Tapi satu murid satu sukan kerja. 3 orang murid, 3 kerja yang berlainan. Satu per satu hana kena terang kat setiap murid tu. Nak terang bagi faham pun dah 15 minit. Kalau 3 orang murid?

Masa hana bagi penerangan kat Dina, Ahmad  bersuara


"Cikgu, Aini ambil barang dari beg cikgu"

"Aini, letak balik barang cikgu dalam beg"

 "Tokse (tak nak)"

"Takpa lah Aini buat kerja dulu ye.." 


Tiba-tiba hana nak guna barang yang di ambil Aini tu.
Dengan suara yang ala-ala Nora Danish. Eh, suara Nora Danish manja ke tak? haha


"Aini, bagi balik barang cikgu, Sayang cikgu tak?"

"Tokse" 


Huh, tak berkesan. Ini menunjukkan suara ala-ala Nora Danish tak sesuai untuk proses pemujukan. : P

Hana pun pergi ke arah Dina, mintak dia tolong pujuk Aini supaya bagi balik barang hana.haha siap pakai orang tengah lagi. Sebenarnya ini juga merupakan teknik untuk mengawal emosi. Tapi tak berkesan...

Teknik terakhir (takda dalam buku ye :P)


"Ok lah cikgu dah nak keluar ni"

"Masa cikgu kan tak habis lagi"

"Cikgu majok (merajuk), cikgu tokse dah masuk kelas ni, cikgu nak masuk kelas sebelah (sambil berjalan menuju ke pintu)"


Proses pujuk memujuk berlaku di situ, ada yang pegang beg, ada yang ambil kasut tak nak bagi hana keluar. Aina yang berada di tempatnya bersuara


"Cikgu, tokse ah tubik (keluar). Nah barang cikgu"(sambil peluk dan salam tangan hana tanda minta maaf )


Budak-budak ni buat hana serba salah pula.  Tapi teknik tu berkesan.

P/s : Siapa kata kerja cikgu senang??? 


11 orang dah komen :

Nur Emilya said...

Betul-2. Orang banyak cakap kerja cikgu senang, padahal dior tak mengalaminya sendiri. Apepun semoga sis berjaya dlm apa jua bidang :)

Nick Nashram said...

hahah..pernah jugak merajuk dengan students ni..marah pun diorang buat bising jugak..tak larat dah nak cakap..bila diorang tengok muka cikgu kelat ngn diam je baru la ade yg datang nak minta maaf..

boni kacak said...

hahahahahaha.. mesti comel kan. murid dengan cikgu sama2 comel. lagi2 dalam situasi tu.hehehehehe

Iffah Afeefah said...

ade gak bebudak y takpaham kite merajuk

syiela said...

hehehehe... sangat comel je... susahkan kerja cikgu ni sebenarnya banyak kena psyko.. baru dapat tambat hati anak murid

nik ros said...

keje cikgu keje yg mulia.ma sis pun cikgu.ehehe
kena majuk dulu baru nak bagi barang yea.

anakpakpawi said...

kerjaya sebagai seorang guru ni memerlukan kita untuk jadi pakar psikologi, pakar motivasi, kerani, pakar mengira, pakar IT...dan mcm-mcm lagi....bukan hanya satu tugas untuk mendidik tetapi banyak bidang kita perlu 'master' hehe cikgu serba boleh la kononnya....tugas guru bukan senang...serba serbi keperluan murid kita sediakan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi =)

jaakechik said...

mengajar di kelate ke dear? skolah mana?

Hanif Idrus said...

Cikgu merajuk...hehehe.
Berkesan gak!!!

Isabel Diaz said...

takut plk sya nk g praktikum law mcm nie.. huhu

CikMai said...

pernah juga satu kelas kene marah sbb bising dalam lab..gelabah kitorang pergi pujuk cikgu berjemaah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...