#Sebarkan - Warkah Dan Surat Terbuka Untuk Pencuri Motor

Ini merupakan kisah benar kehidupan seorang hamba Allah yang menumpang hidup di muka bumi ini yang bernama Ismail. Dalam pada sedang menghadapi kesusahan dan keperitan hidup, officemate aku yang layak aku panggil seorang abang ditambah dengan satu lagi kesulitan. Di mana motor yang sering dibawa untuk mencari rezeki dan sesuap nasi, telah dicuri pada jam lebih kurang 3 petang di PPR Intan Baiduri, Selayang.

Aku tau macam mana keadaan susah Bro Ismail. Kerana beliau dan aku bukanlah orang yang jauh. Satu ofis. Bagaimana keadaan mak beliau yang sakit. Semuanya aku tau. Dan boleh dikatakan aku dan beliau susah dan senang sama-sama. Bila aku ditimpa kesusahan, beliaulah orang yang paling awal datang untuk membantu aku.

Benar kata orang ini adalah satu takdir. Tapi biarlah aku nukilkan ini untuk membuka mata mereka-mereka yang selalu 'mengambil' motor orang lain. Bukan semua tuan motor yang kamu 'ambil' tu memiliki tahap kehidupan yang sempurna. Bukan semua tuan motor yang kamu 'ambil' tu orang yang senang. Mungkin kamu tak pernah fikirkan pasal ni. Motor yang kamu 'ambil' tu, kebanyakannya adalah motor orang-orang susah yang menggunakannya untuk mencari rezeki. Untuk menampung keluarga yang susah. Untuk memberi makan kedua orang tua yang sudah pun tak berupaya lagi untuk bekerja. Untuk mencari makan kepada kedua orang tua yang sakit. Sama juga seperti aku. Aku juga memiliki motor yang bertujuan untuk mencari rezeki. Adakah kamu tak pernah terfikir jika kamu 'ambil' motor orang-orang seperti kami, maknanya kamu telah menambah lagi kesusahan orang-orang seperti kami? Kamu tak pernah terfikir kenapa kami hanya menaiki motor? Kerana itu sahaja kemampuan kami untuk ke sana sini mencari rezeki.

Entri ini bukanlah untuk meraih bantuan sesiapa. Sama ada aku ataupun Bro Ismail. Beliau takkan sama sekali akan melutut untuk menagih bantuan sesiapa. Selagi masih mampu berdiri, berjalan dan bergerak, selagi tu kudrat yang ada ini akan diperah berhabis-habisan demi mencari rezeki yang halal. TETAPI, perjalanan hidup beliau untuk mencari rezeki telah pun berjaya disekat oleh orang-orang seperti kamu. Pernah tak sesekali kamu berfikir, adakah kami mampu untuk membeli motor yang baru? Baiklah. Ini jawapannya. Kami tak mampu. Sama sekali tidak mampu. Takkan tiada sikit pun nilai kasihan pada tuan-tuan motor yang kamu 'ambil' itu?

Bukan maksud dan niat aku untuk mencari pasal mahupun masalah dengan sesiapa, tetapi niat aku adalah untuk menyedarkan kamu semua yang terlibat. Aku takkan sesekali akan menghina dan menghukum kamu semua. Kerana kamu juga manusia biasa. Pasti akan melakukan kesilapan. Aku bukan sesiapa untuk menghukum kamu. Seperti aku juga. Aku pun pernah membuat kesilapan pada masa dahulu. Tapi jikalau kamu terbaca kisah ini, mohon bukakanlah hati kamu itu. Jika terbaca, mohon dipulangkan motor bro Ismail itu. Aku merayu. Walaupun aku tau ia agak mustahil untuk terjadi, tapi tak salah aku mencuba. Demi seorang abang yang banyak membantu aku di kala aku sedang dilanda kesusahan.

Aku juga ingin meminta jasa para sahabat yang lain. Mohon disebarkan kisah ini. Biarlah ia menjadi renungan dan iktibar kita bersama. Sama seperti kes Bro Jejai. Jikalau Bro Ismail tahu tentang kewujudan entri ni, aku pasti aku akan dimarah. Tapi takkan aku hendak berdiam diri sahaja terhadap insan yang banyak membantu aku? Bukan bantuan kewangan yang aku minta, tapi cukuplah dengan menyebarkan entri ini.

Kepada sesiapa yang ternampak motor model EX5 hitam bernombor plat WGU 4608 , sila hubungi Ismail di talian 019-3224866. Lokasi hilang PPR INTAN BAIDURI , SELAYANG. Masa hilang lebih kurang petang ahad. Dan kepada individu yang terambil motor beliau, jika terbaca kisah ini, aku minta budi bicara dan perasaan belas ihsan kamu untuk memulangkan motor beliau semula. Mohon sebarkan kisah ini.

Mungkin ada yang menganggap ini kes remeh temeh. Setakat motor je kot. Tapi bukan kepada Bro Ismail dan juga aku. Motor sahajalah kemampuan kami untuk mencari rezeki yang halal. Motor sahajalah sumber kami memperoleh rezeki untuk keluarga kami. Maafkan aku jika entri ini terlalu emosi. Maafkan aku.

Kredit bulat-bulat dari : BoniKacak

p/s : Manjakan diri dengan tugasan dan blogwalking sampai mengantuk :P


5 orang dah komen :

Prettywrite said...

sebaknya..harap2 dpt blik motor bro ismail tu nt..ataupn boleh bg acc no. beliau utk kte sme2 bntu beliau dpt bli mtor ln..blogger ni ramai..bg rm10 sorang ,kalo 250 org yg drma da bleyh bli mtor 2nd hand pn ok la kan..

Iffah Afeefah said...

erm sian sngt bile bce kan?

Aujinz said...

sangat bencikan orang yang suka ambil hak orang lain.. mereka yang sebegini walau macam mana susah pun diri mereka tak layak ambil harta orang lain..

semoga Bro Ismail tabah..

Ridzwan Mohamed said...

semoga pencuri tu dapat petunjuk dan menerima balasan yg setimpal

boni kacak said...

kenapa bulat2? saya ni bulat ke?hahaha..

thanks ye hana.. tak tau nak balas macam mana jasa hana ni.. thanks sangat2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...