Berat untuk melepaskan kau pergi...


3 tahun 6 bulan kita bersama, akhirnya kita berpisah juga..

Gambar sekadar hiasan
Hana cuba imbas balik kenangan kita dulu...
  •  KAU muncul bila aku perlukan bantuan
  •  Kita sama-sama meredah panas hujan 
  •  Kita pernah ditimpa kecelakaan di sebabkan aku 
  •  Kau sentiasa bersama-sama aku untuk pergi ke mana saja 
Sebelum kita berpisah Hana nak berterima kasih kerana KAU tidak mengecewakan hana, KAU banyak membantu hana jika hana memerlukan pertolongan. Tetapi setelah DIA hadir dalam hidup hana, sedikit sebanyak kehidupan hana berubah. Sebelum hana meneruskan kata-kata ini... 

Hana nak minta maaf kerana menduakan KAU selama 8 bulan dan jika KAU pergi hana tetap akan bersama dengannya. Untuk pengetahuan KAU, DIA datang tanpa di duga. Masa itu hana lebih memerlukan DIA daripada KAU. DIA ada segala-segalanya. 

Itu tak bermakna hana dah lupakan KAU. Segala kenangan suka duka akan hana ingat sampai bila-bila. Hana masih ingat lagi bagaimana kita meredah hujan selama 40minit untuk sampai ke sekolah tempat hana berpraktikum. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Yang paling hana ingat masa kita mengalami kemalangan di depan masjid, badan KAU bercalar habis. Aku hadiahkan KAU badan baru. KAU suka kan... 

Dan sekarang, hana tak nak menyusahkan KAU lagi.  Hana sedih melihat KAU keseorangan bila hana keluar dengan DIA. Walaupun berat untuk hana melepaskan KAU, tapi hana akur dengan perintah TUAN BESAR. Akhirnya, Hana ambil keputusan untuk melepaskan KAU pergi..Hana harap KAU bahagia di sana.

Hana harap KAU faham kenapa aku poskan KAU ke rumah sebenar KAU. Khidmat KAU lebih diperlukan di sana. KAU jangan risau. DIA ada untuk menjadi peneman hana. Dalam masa 2 bulan dari sekarang kita akan bersua juga. 

 TUAN BESAR =  Abah Hana

KAU = Motor


DIA = Kereta


Kesimpulannya
Selepas 3 tahun  6 bulan hana guna motor,  hana terpaksa pos motor sebab pengajian hana di sini dah nak tamat. Kereta yang berumur 6 bulan akan jadi pengakutan hana sekarang sampailah hana habis belajar.

P/s : Ferarri bila nak datang ni :P


29 orang dah komen :

luqman zakaria said...

feeling abes..last2 bace..upernye pasal moto ngn keta!

Kesuma Angsana said...

wah best tu, tapi sudah dapt gading bertuah jgn lupakan tanduk tu ye!

Norhaizan said...

Hana memang dah kenakan kak zan, tapi bila sampai part ganti badan tu, kak zan dah mula garu kepala..hahaha :D

Everything's Everythings said...

Wahhh, satu hari nnti ferrari la plak kan? inshaAllah ^^

Zamani said...

Salam~ Hai tuan blog.. Zam datang nak jemput anda join satu segmen ni..

http://zamani84.blogspot.com/2012/09/segmen-tangkap-follower-sebanyak-mungkin.html

Harap dpt luangkan masa utk meriahkan segmen ni ;) Thanks

Mieya Atiera said...

Ingatkan apa lah tadi. Rupa-rupanya motor. hihi

AkuMalas said...

HAhaha!motosikal rupanya!ok..aku doakan u dapat ferari yerrr.. tapi dengan syarat..aku mintak RIM ferari u nanti..badan dia u ambik.

Hanif Idrus said...

Ingatkan pakwe mana...hahahaha

boni kacak said...

hana pernah eksiden?? mesti berparut ni kan? nak kena mintak diskaun utk duit hantaran ni...heh heh

Sanji Ngatmi said...

untunglah guna keta .. kita lelaki elok merempit saje ..perempuan bahaya guna moto ..

PORUMAN said...

wah kaya jg awk ni.. siap ada moto n kereta lg..

hnahdy said...

@Kesuma Angsana :)

hnahdy said...

@Norhaizan hahaha jgn marah haa

hnahdy said...

@boni kacak diskaun? not for sale kali :)

hnahdy said...

@PORUMAN kereta tu sebab jauh nak p praktikum. jauh daripada tempat praktikum lama

hnahdy said...

@Sanji Ngatmi :)

akubiomed said...

Naik kereta lebih selamat berbanding motor.

ejulz said...

menarik.. tapi alangkah sedihnya kalau KAU dan DIA adalah insan yg bergelar MANUSIA.. :)

wantie said...

wah.. betul betul jiwang citer ni. memang la kan, kita sayang sangat dengan kenderaan yg selalu mendampingi kita.

akak pun sedih bila jual keta lama dulu. kekadnag bila drive tercari cari jugak, siapalah yang membeli keta lama akak tu.

Iffah Afeefah said...

alahai sedih pulak bace nye

xpe da upgrade

maszmadi said...

hoho, dah bertukar pasangan yerk..... harap2 DIA x berkecil hati yerk... haha

Leeza dayasari [santai leeza] said...

berpisah dgn motor erk... huuuu

tiefazatie said...

cool gle!hee

Aishah Jahirah said...

KAU dah lama berjasa, sampai masa DIA pulak berbakti....:)

gdsbnga said...

amboiii naik kereta dah , kite ni jalan kaki je tauuu :(

Anis Adila Aris said...

motor ok lagi kot untuk perempan..selamat tinggal kat motor..sobsob

C'Jai said...

bes la kan... dapat drive plak setelaH sekian lama'berkuda'..hehe..

shahdiana said...

elok la tu...perempuan kan sweet bawak kete...ferrari coming soon kot...

ANNA MARIANA said...

hahhahahha.. terkono den.. xpe, ferari nanti datang gak kat kak... jalan sesak lagi kot... 2 yang lambat sampai..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...