Takdir saya berkahwin dengan gadis tak pandai masak
Search perkara lain, perkara lain yang dapat, ni yang buat mood nak update blog bertambah. hehe Bila terbaca 'Takdir saya berkahwin dengan gadis tak pandai masak' jantung Hana dup terhenti 5 saat.
Hana pun klik tajuk tu dan baca ....
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004 semasa di matrikulasi UIA lagi. Walaupun jurusan berlainan tetapi kami berpeluang mengenali disebabkan dia antara pelajar yang menyertai kelas Bahasa Arab saya.
Saya mengambil jurusan kejuruteraan manakala isteri saya pula mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik bukan?
Lebih kurang 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya di mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.
Semasa di matrikulasi lagi saya sudah memasang matlamat untuk berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin semasa masih belajar lagi. Calon isteri semasa itu belum ada, cuma angan-angannya sahaja. Saya tidak memikirkan sangat berkenaan hal kewangan disebabkan yakin dengan asbab perkahwinan Allah akan bagi rezeki.
Saya mula mengumpul duit sedikit demi sedikit dengan hasil jualan prepaid telefon bimbit di matrikulasi. Alhamdulillah perniagaan agak maju. Disitulah saya dapat mengumpul sedikit duit. Apabila masuk ke kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk tuisyen di rumah.
Saya mula dengan meminjam motor kawan untuk pergi mengajar. Lama jugak saya meminjam motornya, sehinggakan kadang-kala rasa bersalah takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal terpakai dan kereta kemudiannya
Apabila pendapat bulanan sudah agak banyak dan stabil, saya mula mencari calon isteri. Calonnya banyak disebabkan geng-geng “ustazah pilihan” ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya senang untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya saya telah memilih seorang yang terbaik pada pandangan saya
Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan sendirian. Saya meminta pendapat adik perempuan saya yang turut belajar di UIA sama ada pilihan saya baik ataupun tidak. Alhamdulillah adik saya menyatakan ianya baik.
Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. Jika sang dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa setahun.
Kalau tidak bersetuju berkahwin dalam masa setahun, maka saya akan mencari calon lain. Alhamdulillah dia suka dan bersetuju. Saya menelefon maknya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Akhirnya maknya pun setuju. Maka kami pun bertunang.
Selepas bertunang barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa supaya dapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak matrikulasi lagi rupa-rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon, sayalah menjadi pilihanya. Inilah berkat doa.
Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai masak langsung. Dahulu semasa merisik tidak semak betul-betul. Aduhai nasib-nasib.
Risau juga pada awalnya disebabkan tidak pandai memasak biasanya mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kekurangan sifat keibuan dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba positifkan fikiran bahawa semua benda boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang itu kena pandai sebelum berkawin.
Kalau begitu semua yang hendak jadi isteri kenalah pandai mengandung dan pandai menjaga anak sendiri sebelum berkahwin. Jadi saya tetapkan minda untuk terima dirinya seadanya dan bersedia untuk memberi sokongan.
Kami berkahwin semasa tahun dua di UIA Gombak. Apabila sudah berkahwin barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu pandai. Semua perkara ini boleh di cari menerusi enjin carian Google seperti resepi dan cara-cara memasaknya. Cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ikutkan sahaja langkah-langkah yang diberi. Akhirnya siap satu hidangan.
Jadi zaman sekarang istilah tidak pandai masak ini lebih bermaksud kepada malas memasak. Seseorang itu sebenarnya malas memasak dan bukanlah disebabkan tidak pandai masak. Boleh sahaja memasak dengan bantuan tutorial dari telefon bimbit dengan meletakkan di tepi dan mengikutnya. Mudah!
Sekarang, pelbagai resipi telah dicuba dan jauh lebih sedap daripada tukang masak pakar di restoran. Tahun lepas, banyak telah dikongsi di FaceBook resepi masakannya, tips-tips mengurus rumah tangga dan tips keibubapaan
Kalau di lihatkan inbox Facebooknya, seolah-olah dirinya yang pakar memasak disebabkan ramai yang PM bertanyakan resipi dan nasihat tunjuk ajar. Walhal sampai masa sekarang pun kadang-kala dia masih memasak menggunakan telefon bimbit.
Malah cara mengemas rumah dan susun atur perkakas dan perabot pun di carinya di Google. Banyak juga group Facebook disertainya mengenai hal menguruskan rumah tangga. Terima kasih Dyana sebab rajin dan tabah mengurus hal rumahtangga dan minta maaf juga sebab kadang-kala abang tidak banyak menolong.
Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil.
Kredit : Takdir saya berkahwin dengan gadis tak pandai masak
FB YAZID ISMAIL
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Erm... tu lah dia. Hana ni rajin dah ada tapi bab masak out of servis. Kalau ada kerajinan mesti google kalau nak masak. Apa-apa pun cerita ni sebagai motivasi untuk Hana juga :) Dah la tak nak komen lagi. tapi dalam hati "Nasib dapat suami yang suka dan pandai masak:P" Tiba-tiba terlintas nak buat entri pasal "Takdir saya berkahwin dengan lelaki pandai masak".. Ko nie Hana..(^_^)
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi #4
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi masuk hari ke 4. Klik sini untuk hari pertama, kedua dan ketiga :) Yeehaaa tak demam pun semalam :) Breakfast kemudian kemas-kemas pakaian untuk check out. Bye bye Sea Village. lepas ni dapat imagne je lah T_T
Sebelum kami bertolak balik kami singgah makam Mahsuri. Melawat nenek moyang jap :)
Boleh ke ambik gambar kat sini. huhu
Dengar cerita, sebenarnya makam mahsuri bukan kat situ tapi bersebelahan dengannya (tempat pokok bunga) Tak tahu lah kesahihannya.
Dulu semata-mata makam Mahsuri tapi sekarang kawasan tu dah membangun jadi Muzium Mahsuri. Bayaran RM5 dikenakan untuk masuk muzium tersebut. Kusyuk tengok teater Lagenda Mahsuri :)
Pukul 5 petang feri kami. The end... :)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Betul... Hana dah cuba elak. Hana dah cuba menjadi orang yang positif pada hari tersebut. Senyum, ketawa seperti selalu. Hana dah betul-betul lupa kot pasal itu dan itu.. Tapi hakikatnya ........ T_T
Persekolahan 2015 bermula "Selamat Pagi Cikgu Hana"
Persekolahan 2015 bermula. Lepas ni bermulah lah rutin harian Hana
Kriiinnnggg...... masuk kelas
Kriiiinnngg....... rehat
Kriiiinnngg....... masuk kelas. Tak sempat nak makan T_T
Tapi nanti pandai pula kerja yang dah satle tu jadi tak satle T_T
Tak apa cobaan awal-awal tahun "Tapi macam setiap kali macam tu ja"
Lepas ni banyak entri pasal aktiviti sekolah pula kan :)
P/s: Tahun tok nak kena kurangkan entri jiwangness
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi #3
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi masuk hari ke 3. Kami ke Oriental Village. Kat sini pelbagai aktiviti ada. Tempat wajib Hana nak pergi adalah Langkawi Cable Car buat kali ke 2 dan jambatan gantung buat kali pertama :)
Puas Hana pujuk husben suruh naik cable car. Dia gayat sebenar tapi naik titi gantung kat Ranau hari tu tak gayat pula. Dia ada cerita family dia semua pernah naik cable car kecuali dia dan kakak ipar dia sorang. Gayat punya pasal sanggup tunggu kat bawah. Kali ni Hana tekad nak pujuk dia naik cable car buat kali pertamanya. Ngee... Pujuk punya pujuk akhirnya berjaya juga membeli 2 ticket cable car RM30 kot untuk 2 orang. hahaha akhirnya...Tapi sayang tak dapat nak naik jambatan gantung sebab maintenance T_T
Sementara tunggu turn nombor cable car kami di panggil, kami lepak dulu kat kawasan tu. Dari jauh nampak cable car. Husben Hana nak cancel ja tiket sebab tengok cable car bergoyang-goyang. hehe
Lepak di depan tangga 6D Motion. Hana memang teringin nak masuk 6D Motion ni tapi husben tak berani.hehe Tak kisah pun masuk ke tak sebab kat Sungai Petani Hana dah tengok. Best...
Sebelum beratur naik ke cable car kami diminta masuk ke Dome. Kami ditayangkan 3D roller coaster. Husben Hana duduk semakin ke bawah sudah. Hahaha macam mana nak ajak dia pi Genting Highland ni.
Kami bernasib baik tak perlu beratur panjang. Kami di beri laluan express redcarpet sebabnya ada kekosongan 2 orang dalam cable car tu. Yeaah... tak perlu bayar mahal-mahal nak naik cable car cepat-cepat :)
Yehaaa... sudah naik cable car.
Sampai stesyen pertama angin kuat. Husben Hana nak turun tak nak naik ke puncak sudah. huhu. Alahai rugi tu. Lama juga Hana berhenti kat stesyen ni sebab nak pujuk husben suruh naik cable car sampai kat puncak :)
Akhirnya....
Kat puncak Gunung Mat Chinchang. Angin kuat bila tiba di puncak gunung ni. Habis terpeleot tudung.
Lepas naik cable car, Kami jalan-jalan sekitar Oriental Village
Nampak bola atas tasik tu. Excited nak main tu. hehe tapi bentuk silinder RM8. Tak pandai nak gerakkan silinder tu ke tengah-tengah tasik. penat kot. huhu keluar dari silinder terus pening kepala. Sumpah tak nak main benda alah tu dah. kalau nak cuba buat pertama kali boleh lah. hahaha
Kami masuk ke fish spa. Berapa ringgit tah tak ingat. Tak berani sebenar. Kali ni husben yang paksa dan pujuk Hana suruh join fish spa ni. Hana tak mau. geli kot sebab dah pernah try fish spa tapi ikan besar-besar. Ikan besar tu pun geli inikan pula ikan kecil. huhu .. Ok husben dapat naik cable car, apa kata Hana join juga fish spa ni T_T
Jalan punya jalan nampak banner 'elephant adventure'. Kami ikut anak panah yang menuju ke 'elephant advanture'. Mahal juga kalau ikut pakage paling murah RM100 untuk pusingan taman.Kalau yang mahal kita akan menyelusuri sungai bukit-bukit sikit dengan menaiki gajah tu. Nak tak nak nak tak nak.Macam tak berbaloi pula.Husben Hana on je.. Dah on tu Hana pun on la juga. hehehe
Kami masuk keluar kedai itu ini sampailah pukul 4 petang. Perut dah lapar.. Search kedai makan lagi. hehe
"LAKSA POWER" di Pantai Chenang berdekatan dengan airport. Memang power. Penjual pakai van jual laksa kat kawasan terbuka di Pantai Chenang
Kami menjamu selera bertemankan hujan rintik-rintik. Laksa power punya pasal makan dalam hujan pun boleh. Bukan kami 2 orang je. Ramai lagi makan laksa bertemankan hujan. hehe
Demam lagi Hana malam ni kot. huhu
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi # 2
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi masuk hari ke 2. Kami ke Pulau Payar.Yeaaahaa apa aktiviti di situ? snorkeling and scuba diving!!!
Kami berbelah bahagi samada nak memilih island hoping or snorkeling. Kami sepakat untuk ber'snorkeling'. Island hoping lain kali jelah. Kalau nak pergi esok macam tak sempat. huhuhu kenapa 4 hari 3 malam? kenapa tak 5 hari 4 malam???
Kami ambil pakage untuk snorkeling RM150 seorang termasuk insurans + lunch + feri so total RM300 untuk 2 orang. Kami di minta menunggu di lobi tempat penginapan nanti akan ada bas akan pick up kami.
Berjalan kaki dari tempat penginapan ke lobi
Dari jeti Pekan Kuah ke Pulau Payar naik feri kira-kira 1 jam. Kami di beri stiker untuk pakai di pergelangan tangan sepanjang kami berada di Pulau Payar. Di sebabkan ini firstime Hana snorkeling ke'excited'an Hana tu melebihi husben Hana yang dah berkali-kali snorkeling. Sementara dalam feri ke Pulau Payar, Hana menyunblockan diri.Confirm kalau dah snorkeling tak ingat dunia panas terik segala. Jauh perjalanan sempat Hana tido. Zzzz... Kumpul tenaga untuk snorkeling :P
Feri kami tiba di platform untuk scuba diving laut dalam. Dari platform tu kami naik bot ke pantai. Kami di minta memakai life jacket sepanjang berada di dalam air. Jarak dari platform dari pantai tak sampai 5 minit pun
Yeaaah dah sampai
Tiba-tiba rasa takut pula bila tengok banyak ikan. mula lah terbayang macam-macam
"Tak bahaya ka ikan-ikan ni"
"Ikan ni suka gigit ke tak"
Beach boy tu kata ada baby shark. Bertambah-tambah nerves Hana time tu. Kalau ada baby shark mesti ada mama shark kan.huhu Tapi tak perlu risau tak ada apa-apa pun. shark baik-baik belaka. hahaha
Relax-relax sambail pakai sunblock sebelum turun padang dalam air. Dalam 10 minit Hana sapu sunblock, Hana tengok cuaca mendung. Syukur juga sebab tak panas. sejuk-sejuk angin gitu. Tapi bila masuk dalam air tak sejuk. So makin lama Hana di dalam air. Nak kuar sejuk terketar-ketar
Kami di beri briefing mengenai had-had untuk snorkeling. Jauh bebenor had untuk snorkeling tu.. Tak menyesal punya. Alat-alat snorkeling di beri. Husben Hana yang ajar pakai alat-alat snorkeling tu.
Tibalah masa Hana ber'snorkeling'kan diri. Kalau ingat balik memang lawak. Hana langsung tak jejak pasir kat dalam air tu, geli kot. Kaki hana paut kat kaki husben hahaha Jumpa ikan pun Hana lari. Macam mana nak jadi little mermaid :P Oooop...firstime ok. Hana snorkeling dekat-dekat ngan pantai ja tak pergi jauh-jauh
Cuaca masa tu sangat sejuk dengan angin dan hujan rintik-rintik lagi. Lepas lunch, Hana snorkeling semula. Kalau lama di pantai sejuk beku Hana. huhu
Kali ni Hana dah boleh snorkeling nun juah di penghujung had snorkeling.nanti menyesal kalau tak snorkeling jauh-juah kan RM150 tu.. hehe Risau juga sebab dalam sangat dah ni kalau dah ada terumbu karang bagai kan. Of course time tu kaki tak dapat jejak dasar laut. Menakutkan bila tengak terumbu karang besar lepas tu ada ikan colourful besar-besar di celahan terumbu karang tu.,ada berkelompok ada yang sekor-sekor berenang. Yang sekor-sekor ni suka gigit kaki. huhu
Eee... jangan la gigit, pi main jauh-jauh"
Dua round juga Hana pusing-pusing kawasan tu.. Sampailah pukul 3 petang Hana bersiap-siap untuk balik ke jeti Pekan Kuah. Rasa kejap la pula snorkeling ni kan. huhuhu Time nak balik Hana nampak mama shark. Sukaati ja Hana panggil mama shark. hehe Dapat tengok shark depan mata :)
Sampai tempat penginapan bersihkan diri. rehat-rehat. Malam tu Hana demam. Kesian husben terpaksa berpanas no aircond or kipas. Pukul 5 pagi hari ke 3, Hana dah ok. Siap-siap ke aktiviti seterusnya..Terasa berat kepala sikit tidur lama agaknya
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Erm... boleh kan pospone dulu entri kawin :P kita terus ke entri 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi :)
Perancangan awal nak ke Krabi, Thailand tapi cuaca tak mengizinkan. Terus tukar rancangan ke Pulau Langkawi tanah tumpah darah ku. Haaa kat sini Hana di lahirkan.
2 hari sebelum sebelum bertolak, Kami husben wife survey resort. Teringin nak resort atas air :) Pilihan pertama Berjaya Resort tapi dah full house. huhuhu Survey punya survey , akhirnya kami pilih Langkawi Lagoon Resort yang terletak berhampiran dengan pantai. Kami memilih Sea village by Langkawi Lagoon Resort sebagai penginapan kami dan semestinya penginapan kami atas air :)
Permandangan dari lobi. Dalam hati "Nak mandi kolam sebelum check out"
Selesai check in kami dihidangkan dengan minuman 'selamat datang'. Alololo sweet je dengar kan
Kami bergerak ke kediaman penginapan dengan menaiki kereta khas pihak Langkawi Lagoon Resort. Kalau nak gunakan khidmat kereta khas sepanjang berada di Sea Village ni call ja dari bilik nanti akan di jemput.hehe Bilik kami di tingkat dua. Waaaah dapat tingkat 2 mesti best pemandangan time malam nanti :)
Letak beg, terus ke beranda. Tengok permandangan dari tingkat 2, ke'excited'an nak jalan-jalan sekitar Langkawi Lagoon Resort terpancar di wajah waktu tu. Rehat letak tepi dulu, yang penting jalan-jalan :) Luas rupanya tempat ni. Ada gym, gelanggang bola tampar pantai, trek jogging/basikal, swimming pool, spa, dan jenis-jenis penginapan selain daripada Sea village
Dalam pukul 8 malam, kami ke Pekan Kuah 30 minit dari Langkawi Lagoon Resort. Hana sudah terdengar coklat-coklat di kedai coklat Haji Ismail Group memanggil-manggil Hana. Demi tak menghampakan coklat-coklat tersebut terpaksa juga Hana pergi ke sana :) Nampak tak hari pertama dah Hana cari coklat. hahaha
Lepas habis borong coklat kami gunakan khidmat Mr Google untuk cari restoran ikan bakar. Kedai makan pun di'search' Hana tau. hehe Hasil carian Hana restoran Nelayan Kampung Malut yang terletak kira-kira 15 minit dari penginapan kami manjadi destinasi jalan-jalan cari makan kami :) Kampung Malut tersebut terletak di tengah-tengah antara Pekan Kuah dan Langkawi Lagoon Resort
2 jam kami tunggu untuk makan malam ni. Kesabaran di perlukan di situ.
Hari ke-2 next entri ok :)