4 hari 3 malam di Pulau Langkawi # 2


4 hari 3 malam di Pulau Langkawi masuk hari ke 2. Kami ke Pulau Payar.Yeaaahaa apa aktiviti di situ? snorkeling and scuba diving!!! 

Kami berbelah bahagi samada nak memilih island hoping or snorkeling. Kami sepakat untuk ber'snorkeling'. Island hoping lain kali jelah. Kalau nak pergi esok macam tak sempat. huhuhu kenapa 4 hari 3 malam? kenapa tak 5 hari 4 malam???

Kami ambil pakage untuk snorkeling RM150 seorang termasuk insurans + lunch  + feri so total RM300 untuk 2 orang. Kami di minta menunggu di lobi tempat penginapan nanti akan ada bas akan pick up kami. 


Berjalan kaki dari tempat penginapan ke lobi

Dari jeti Pekan Kuah ke Pulau Payar naik feri kira-kira 1 jam. Kami di beri stiker untuk pakai di pergelangan tangan sepanjang kami berada di Pulau Payar. Di sebabkan ini firstime Hana snorkeling ke'excited'an Hana tu melebihi husben Hana yang dah berkali-kali snorkeling. Sementara dalam feri ke Pulau Payar, Hana menyunblockan diri.Confirm kalau dah snorkeling tak ingat dunia panas terik segala. Jauh perjalanan sempat Hana tido. Zzzz... Kumpul tenaga untuk snorkeling :P 

Feri kami tiba di platform untuk scuba diving laut dalam. Dari platform tu kami naik bot ke pantai. Kami di minta memakai life jacket sepanjang berada di dalam air. Jarak dari platform dari pantai tak sampai 5 minit pun


Yeaaah dah sampai
Tiba-tiba rasa takut pula bila tengok banyak ikan. mula lah terbayang macam-macam

"Tak bahaya ka ikan-ikan ni"
"Ikan ni suka gigit ke tak"

Beach boy tu kata ada baby shark. Bertambah-tambah nerves Hana time tu. Kalau ada baby shark mesti ada mama shark kan.huhu Tapi tak perlu risau tak ada apa-apa pun. shark baik-baik belaka. hahaha

Relax-relax sambail pakai sunblock sebelum turun padang dalam air. Dalam 10 minit Hana sapu sunblock, Hana tengok cuaca mendung. Syukur juga sebab tak panas. sejuk-sejuk angin gitu. Tapi bila masuk dalam air tak sejuk. So makin lama Hana di dalam air. Nak kuar sejuk terketar-ketar


Kami di beri briefing mengenai had-had untuk snorkeling. Jauh bebenor had untuk snorkeling tu.. Tak menyesal punya. Alat-alat snorkeling di beri. Husben Hana yang ajar pakai alat-alat snorkeling tu. 

Tibalah masa Hana ber'snorkeling'kan diri. Kalau ingat balik memang lawak. Hana langsung tak jejak pasir kat dalam air tu, geli kot. Kaki hana paut kat kaki husben hahaha Jumpa ikan pun Hana lari. Macam mana nak jadi little mermaid :P Oooop...firstime ok. Hana snorkeling dekat-dekat ngan pantai ja tak pergi jauh-jauh

Cuaca masa tu sangat sejuk dengan angin dan hujan rintik-rintik lagi. Lepas lunch, Hana snorkeling semula. Kalau lama di pantai sejuk beku Hana. huhu

Kali ni Hana dah boleh snorkeling nun juah di penghujung had snorkeling.nanti menyesal kalau tak snorkeling jauh-juah kan RM150 tu.. hehe  Risau juga sebab dalam sangat dah ni kalau dah ada terumbu karang bagai kan. Of course time tu kaki tak dapat jejak dasar laut. Menakutkan bila tengak terumbu karang besar lepas tu ada ikan colourful besar-besar di celahan terumbu karang tu.,ada berkelompok ada yang sekor-sekor berenang. Yang sekor-sekor ni suka gigit kaki. huhu 

Eee... jangan la gigit, pi main jauh-jauh"

Dua round juga Hana pusing-pusing kawasan tu.. Sampailah pukul 3 petang Hana bersiap-siap untuk balik ke jeti Pekan Kuah. Rasa kejap la pula snorkeling ni kan. huhuhu Time nak balik Hana nampak mama shark. Sukaati ja Hana panggil mama shark. hehe Dapat tengok shark depan mata :)

Sampai tempat penginapan bersihkan diri. rehat-rehat. Malam tu Hana demam. Kesian husben terpaksa berpanas no aircond or kipas. Pukul 5 pagi hari ke 3,  Hana dah ok. Siap-siap ke aktiviti seterusnya..Terasa berat kepala sikit tidur lama agaknya

11 orang dah komen :

weschairs said...

Snorkeling memang best.. Tambah Kalau banyak ikan yang berwarna warni

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok berjalan-jalan di Langkawi. Rasa macam nak pergi juga nanti

ps: Yang ashadee tu boleh join dengan masukkan email Hana dan pilih masa yang nak join. Percuma aje.

Ayie Abas said...

Assalamualaikum

ahah nampak dah suami hana..hehe. sama-sama muda. :)

selamat tahun 2015 hana.

Kakzakie said...

Kakak yg memabca N3 pun terasa alangkah seronoknya bersnorkling. Dalm pada macam seram-seram lama-lama terasa seronok ye Hana..

CintaHati Lina said...

syoknya snkling... best tak pakej tu.. nanti boleh la g tmpt ni lepas ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

Lama x ke.lgkwi.. huhu

hana hadi said...

Wslm
haha xdpt nak sorok2 la ayie:P

hana hadi said...

Kalau macam hana yg xpernah snorkeling kira ok la pakej tu.tp klu yg dah pernah snorkling kt pulau perhentian mesti kata xberbaloi.huhu

Aisya A. said...

ala nak jugak snorkeling.. hehe..

Cetusan Minda said...

bila la sis dpt bersnokling agaknya ...

Sheila Salim said...

assalamualaikum hana, alaaa nanti sheila tak dapat snorkelling sebab dah ada anak ni. takkan nak suruh orang jaga pula. hihiii tunggu Adam besar, nak ajar dia snorkelling juga. masa kat Krabi dulu, snorkelling tengah laut, scary gila. tapi puas tengok ikan2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...